You are on page 1of 2

Amanah Tugasan Pensyarah

Bahagian A: Amanah Tugas Syarahan


1. KS (Konteks Syarahan) : Mengikut Jam KTA (Kuliah/Tutorial/Amali) & jam KTAL bagi setiap kursus yang berkaitan: 1 jam =
1 jam (tidak termasuk kuliah penggantian).
Manakala 1 jam eP (MK) secara dalam talian, bersamaan 0.5 jam KS. (eP: (MK): 50% daripada e-Pembelajaran)
MUET boleh menuntut 2 jam kuliah seminggu dalam jadual waktu untuk pelajar TESL berdasarkan surat
KP(IPG)8282/600/36 (6) bertarikh 10 Mac 2017.
2. PS (Persediaan Syarahan): Setiap jam KTA/KTAL boleh tuntut 0.5 jam.
Manakala 1 jam eP (MK) secara dalam talian, 0.25 jam penyediaan syarahan
3. Bilangan Kursus: Ikut jumlah kursus. Kalau 1 kursus = 0 jam, 2 kursus =1 jam, 3 kursus = 2 jam, 4 kursus = 3 jam, lebih
4 kursus = 4 jam.
4. Bilangan pelajar/peserta : Bagi setiap kumpulan KS / sejam
1-30 = 0.5 jam, 31-40 = 0.6 jam, 41-60 = 0.8 jam, 61-80 = 1 jam, 81-100 = 1.2 jam, 101-150 = 1.5 jam, lebih 150 = 1.8 jam
5. Setiap pensyarah wajib mempunyai sekurang-kurangnya 8 jam ATS dalam KS.
6. CPD tiada PS tetapi boleh tuntut bilangan peserta yang mengikuti CPD. Cth 75 peserta = 1 jam.

Bahagian B: Kesetaraan Jam Syarahan


1. K1: Aktiviti Penyeliaan (hanya ada kaitan dengan pelajar sahaja)
Intership / Praktikum / Projek Akhir Tahun (Penyelidikan pelajar) PISMP & Diploma : Setiap pelajar 1 jam

2. K2a : Aktiviti Penyelidikan, Penerbitan & Penulisan, Penilaian Akademik, Perundingan, Inovasi & Pengkomersilan
Penyelidikan :
Dengan geran(Tanpa mengira nilai geran) : Ketua 3 jam, Ahli: 2 jam bagi setiap penyelidikan yang dijalankan.
Tanpa geran dengan berdaftar dgn PPI: Ketua 2 jam, Ahli : 1 jam
Dgn lantikan rasmi dgn pengesahan IPGK (terhad kepada 4 orang setiap penyelidikan yang dijalankan) : Ketua 2 jam, Ahli
1 jam.

Penerbitan & Penulisan


Setiap artikel jurnal (berwasit), Buku (dgn surat dpd penerbit/karya kreatif, e-content penuh dalam e-pembelajaran IPGK :
(4 jam)
Bab dalam buku, e-content (dalam e-pembelajaran) lebih 1 topik penuh (2 jam)
Edit buku sedia ada (surat dpd penerbit (2 jam)
Manual berorientasikan penyelidikan/pengajaran (berwasit/ISBM), Buku kerja / siri rujukan yang diterbitkan (ISBN),
Penulisan dlm terbitan umum (Majalah, surat khabar, dsb) (2 jam)

Lain-lain (2 Jam)
Manual rasmi / modul / polisi / laporan teknikal / garis panduan/ Manual Kerja / Maklumat Kursus / Penggubalan soalan
peperiksaan peringkat IPGM / dsb.

 Bukti penghantaran penulisan kepada penerbit diperlukan.


 Surat lantikan dpd pihak yang berkenaan pada tahun semasa.

K2b : Penilaian Akademik


Intership / Praktikum / Projek Akhir Tahun (Penyelidikan pelajar) PISMP & Diploma : Setiap pelajar 1 jam
KJ: Pemantauan SG semasa praktikum utk pengesahan markah cemerlang SG : 2 jam
Penilai artikel jurnal / prosiding konferensi (setiap artikel) : 1 jam
K2c : Perundingan
Aktiviti Perundingan dalam Bentuk Latihan / Bengkel sebagai Fasilitator atau penceramah sahaja.
Program 1 hari (8 jam) : 1 jam
Program setengah hari (kurang 4 jam) : 0.5 jam
Nota: Kalau terlibat sebagai Urusetia atau peserta = 0 jam.

K2d : Inovasi & Pengkomersilan


Pertandingan inovasi / IP / KIK bagi setiap projek / produk) : Ketua = 1 jam, Ahli = 0.5 jam
Pengkomersilan : Ketua = 1 jam, Ahli = 0.5 jam

3. K3a : Kesetaraan Jam bagi Aktiviti Perkhidmatan dalam Jawatankuasa

* IPGM/IPGK/Jabatan/Unit (tetap) : Pengerusi = 2 jam, SU = 1.5 jam, Ahli = 1 jam

* Luar (Profesional / bukan profesional) : Pengerusi = 2 jam, SU = 1.5 jam, Ahli = 1 jam

* Lantikan Aktiviti (ad-hoc) : Pengerusi = 1 jam, SU = 1 jam, Ahli = 0.5 jam

* Asrama (Warden) : 2 jam

* Maksimum 2 jam sahaja bagi setiap peringkat

K3b : Kesetaraan Jam bagi Tugas-tugas membantu Pentadbiran Akademik & Pembangunan Pelajar

Timbalan KJ : 6 jam

KU (rujukan carta organisasi Jabatan dalam perancangan strategik) : Maksimum 4 jam walaupun lebih

Penyelaras Program (PDPP, PPISMP, PISMP = lantikan IPGK) : 3 jam

Pemeriksa Dalaman (IEE) : 3 jam

Pensyarah Sumber (SME) : Maksimum 2 jam walaupun lebih

Penasihat Akademik/Mentor : 2 jam

Penasihat Persatuan /Kelab Pelajar (berdaftar dengan HEP) : 2 jam

Penyelaras kursus : Maksimum 2 jam walaupun lebih

Nota: Kalau sudah di lantik sebagai TKJ dan juga KU, hanya boleh tuntut jam sebagai TKJ (6 jam) atau KU (4 jam)
bukan kedua-duanya.

You might also like