You are on page 1of 1

AKTIVITI 1

AIR DAN MINYAK

Panduan aktiviti

1. Air lebih tumpat daripada ais dan minyak lebih tumpat daripada ais.

2. Apakah akan berlaku kepada ais dan titisan air yang lebur daripada ais apabila ais
diletak di atas air?

3. Isi satu tabung didih sebanyak 80% dengan minyak masak.

4. Letakkan seketul ais di atas minyak.

5. Perhatikan apa yang berlaku apabila ais melebur. Catatkan pemerhatian anda di
dalam buku nota sains.

6. Ketumpatan ais dan ketumpatan air berbeza. Yang mana satu lebih tumpat?

Mengapa? 7. Satu gram air memenuhi isipadu satu mililiter, oleh itu ketumpatan air =

1 g/ml. 8. Apakah jisim 10 ml air? Gunakan penimbang untuk menentusah jawaban

anda betul.

9. Apakah ramalan anda tentang ketumpatan 10 ml minyak masak dibanding dengan 10


ml air?

10. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains dan gunakan penimbang
untuk menentusahkan ramalan anda.

11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains mengapa jisim 10 ml minyak
masak adalah sedemikian.

You might also like