You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Bengkel Pengurusan Kewangan SK Lubok Nibong

Tarikh : 24. 05. 2018


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Am, SK Lubok Nibong

Senarai Kehadiran

1. Pn Analisa Jati @ Jaty Ak Jantum - Guru Besar


2. En Jacob Gorge - Penolong Kanan 1
3. Pn Maria Jau - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn Usun Jok - Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
5. Hayati Binti Salleh - Peserta NPQEL
6. Pn. Biah Ak Pius Banggau - Pembantu Tadbir(Perkeranian &Operasi) N19
7. Encik Yusri Bin Hj Amin - Penyelia Asrama
8. Puan Freeda Ganang - Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah.

Agenda Mesyuarat

1. Kata-kata Aluan Pengerusi


2. Bengkel Pengurusan Kewangan SK Lubok Nibong
3. Agihan Tugas Jawatankuasa Kerja
4. Hal-hal lain

1.0 Kata- kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih semua


yang hadir ke mesyuarat pada pagi ini. Beliau memaklumkan tentang tujuan
mesyuarat yang akan diadakan untuk membincangkan tentang bengkel yang
telah dicadangkan oleh Puan Hayati ( peserta NPQEL ) untuk Sk Lubok
Nibong.
1.2 Pengerusi juga memaklumkan tentang kepentingan pengurusan kewangan di
sekolah yang booleh memberi impak yang negatif jika tidak diurus dengan
berkesan. Oleh itu, pengerusi berharap semua ahli mesyuarat bersetuju
dengan cadangan tersebut.

1.3 Pengerusi mengharapkan semua ahli jawatankuasa yang akan dilantik nanti
dapat memberikan kerjasama bagi melancarkan aktiviti yang akan dijalankan
kelak.
Tindakan : Makluman

2.0 Bengkel Pengurusan Kewangan SK Lubok Nibong.

1.1 Puan Hayati telah mencadangkan Bengkel Pengurusan Kewangan diadakan


untuk para pentadbir dan AKP yang terlibat. Pengurusan Kewangan Sekolah ini
sangat penting untuk sekolah dan boleh memberikan impak kepada prestasi
pencapaian murid-murid.

1.2 Bengkel kewangan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan semua


pentadbir dan AKP tentang pengurusan kewangan secara asasnya.
1.3 Setelah perbincangan diadakan, semua ahli mesyuarat bersetuju untuk
mengadakan bengkel pengurusan kewangan sekolah bagi para pentadbir dan
beberapa orang AKP yang terlibat dalam mengurus kewangan mengikut
bahagian masing-masing terlebih dahulu berdasarokan kekangan kehadiran
berikutan cuti perayaan dan cuti sekolah. Bengkel ini juga akan dikembangkan
kepada semua guru-guru sekolah yang akan dibincangkan kemudian.
Kebanyakan mereka yang terlibat dalam bengkel ini adalah staf yang tinggal
berhampiran dengan pekan Marudi sahaja. Kebanyakan guru di sekolah ini
berasal dari daerah lain.

1.4 Oleh kerana bilangan pentadbir dan AKP yang hadir ke bengkel tersebut hanya
melibatkan bilangan yang kecil sahaja, Guru Besar telah mencadangkan supaya
bengkel ini dibuka penyertaannya kepada Pembantu Tadbir yang mengurus
kewangan sekolah di sekolah-sekolah yang berhampiran.

1.5 Perbincangan juga dibuat berkaitan dengan pengisian bengkel ini dan mengambil
kira kelemahan dan perkara kewangan yang sering diuruskan di sekolah. Selain
itu, tarikh, masa dan tempat bengkel tersebut diadakan juga turut dibincangkan.
Dengan itu, pengisian akan menyentuh tentang pengurusan akaun, nota minta
dan pengurusan gaji yang akan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 3.30
petang di PKG Baram pada 7 Jun 2018.

1.6 Segala persiapan berkaitan dengan tempahan tempat dan surat menyurat akan
diuruskan oleh setiausaha.

3.0 Agihan Tugas Jawatankuasa Kerja

3.1 Berikut adalah agihan tugas yang telah dipersetujui untuk mengurus Bengkel
Pengurusan Kewangan SK Lubok Nibong.

Pengerusi : Pn Analisa Jati @ Jaty Ak Jantum


Guru Besar

Naib Pengerusi : En Jacob Gorge


Penolong Kanan 1

Pn Maria Jau
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Usun Jok
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

Setiausaha/ : Hayati Binti Salleh


Penyelaras : Peserta NPQEL

Bendahari : Pn. Biah Ak Pius Banggau


Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N19

Sesi Pendaftaran : Encik Yusri Bin Hj Amin dan Puan Freeda Ganang

Penyelaras Makanan : Puan Biah Ak Pius Banggau

Siaraya : Pegawai PKG Baram


4.0 Hal-hal Lain

4.1 Puan Hayati mencadangkan supaya pihak sekolah memohon peruntukan


kewangan daripada Bahagian Kewangan PPD untuk makanan dan minuman
peserta kerana bengkel ini akan melibatkan jemputan sekolah-sekolah lain.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada 10.45 pagi.

Disediakan oleh,

Hayati Binti Salleh


Setiausaha / Penyelaras Program

Disemak oleh,

Annalisa Jati @ Jaty Ak Jantum


Guru Besar,
SK Lubok Nibong

You might also like