You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330675350

EKSPLORASI MINAT DAN FAKTOR DALAM PEMILIHAN KERJAYA PERTANIAN


DALAM KALANGAN BELIA

Conference Paper · November 2018

CITATIONS READS

0 3,227

2 authors, including:

Mohd Hazwan Mohd Puad


Universiti Putra Malaysia
49 PUBLICATIONS   17 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

The Aquisition of 21st Century Work Skills among Graduates of Selected Universities in Malaysia View project

Job Satisfaction and Retention Factors of Vocational College Teachers in the Malaysian Technical and Vocational Education Training (TVET) System View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hazwan Mohd Puad on 28 January 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1329 | MEDC 2018


Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

EKSPLORASI MINAT DAN FAKTOR DALAM PEMILIHAN KERJAYA


PERTANIAN DALAM KALANGAN BELIA
1
SYAHIDA SIDEK & 2MOHD HAZWAN MOHD PUAD
1,2
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
1
syahidasidek@gmail.com
2
hazwan@upm.edu.my

Abstrak: Dalam memacu negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, sektor pertanian negara
perlu dipastikan terjamin dan terkawal, sama ada melalui penghasilannya atau melalui aktiviti
perdagangan. Ini kerana sektor pertanian adalah sektor yang kritikal dan penting kepada negara kerana
pertanian dapat menjamin sumber makanan dan kelangsungan kepada negara (Abdul Rashid et. al, 2009).
Dalam memastikan jaminan dalam industri pertanian, keperluan tenaga kerja dan sumber manusia adalah
isu utama yang perlu ditangani oleh negara. Maka, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) perlu mengetuai usaha membekalkan tenaga kerja mahir mahu pun separa mahir dalam bidang
pertanian. Isu pada hari ini ialah kurangnya penglibatan belia secara terus dalam bidang pertanian
seterusnya menjadikan bidang pertanian bukan sebagai kerjaya pilihan. Ini berpunca dari minat mereka
yang kurang untuk menceburi pertanian sebagai kerjaya pilihan (Rohana, 2010). Penyelidik telah
menjalankan kajian untuk meneroka dengan lebih mendalam mengenai orientasi minat pelajar dalam
memilih kerjaya pertanian. Seterusnya, kajian ini mengeksplorasi pembentukan minat pelajar termasuk
juga faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar ke arah bidang pertanian. Kajian ini telah dijalankan
secara kualitatif dengan informan dalam kalangan pelajar yang mengambil bidang pertanian. Hasil
dapatan kajian mendapati faktor keluarga, persekitaran, pengetahuan, dan diri sendiri menjadi faktor
utama yang menyumbang kepada minat pelajar. Pihak pemegang taruh utama pendidikan dicadangkan
memfokus kepada faktor-faktor tersebut dalam memastikan minat pelajar sentiasa tinggi untuk
menjadikan kerjaya pertanian sebagai kerjaya utama. Ini penting bagi memastikan modal insan sentiasa
cukup dan berkelayakan seterusnya dapat menjamin kelangsungan negara dalam bidang pertanian.

Kata kunci: Minat, faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor pengetahuan, faktor diri sendiri, kerjaya
pertanian.

PENGENALAN

Sektor pertanian merupakan sektor yang penting kepada negara-negara membangun seperti
Malaysia (Abdul Rashid et. al, 2009). Hal ini kerana dalam mendapatkan sumber makanan
kepada manusia, pertanian merupakan tunggak utama dalam menghasilkan makan di dunia ini.
Jika dilihat dengan teliti betapa sektor pertanian merupakan satu sektor yang luas dan menjadi
peneraju dalam penghasilan sumber makanan kepada seisi penduduk di bumi. Hasil daripada
ternakan, pertanian, dan industri usaha tani dapat memberi banyak manfaat kepada manusia
kerana dari situlah terhasilnya sumber makanan yang diperlukan oleh manusia. Pertanian dan
manusia tidak dapat dipisahkan kerana dengan pertanian manusia masih boleh bernafas di dunia
ini.
Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pihak memandang ringan terhadap bidang
pertanian terutamanya melibatkan proses penanaman dan penternakan. Tidak dinafikan kerja-
kerja penghasilan dalam pertanian sedikit sebanyak mendorong sesetengah pihak memandang
sebelah mata sahaja. Mereka tidak memahami bahawa dari hasil kerja yang dianggap kelas
bawahan dan berbahaya inilah menjadi makanan mereka seharian. Oleh yang demikian, sektor
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1330 | MEDC 2018

pertanian amat penting di dalam dan juga luar negara dan setiap manusia perlu menghargai hasil
pertanian yang ada di sekeliling agar sumber makanan dapat dihasilkan dengan berterusan.
Sektor pertanian mempunyai cabang pekerjaan yang luas dan amat diperlukan di dalam
dan juga luar negara. Sektor pertanian juga merupakan sebahagian besar menyumbang kepada
ekonomi negara kerana dengan adanya pertanian, ekonomi Malaysia dapat dijana dengan lebih
banyak dengan mengeksport bahan mentah ke luar Negara. Berdasarkan kenyataan Jabatan
Penerangan Negara (JPN), objektif utama Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3) adalah untuk
memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor ini.
Hal demikian, meliputi usaha memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan
nelayan. Pendapatan negara dapat dijana dengan lebih tinggi sekiranya hasil pertanian dapat
ditingkatkan dengan lebih maksimum. Oleh itu, kerjaya dalam bidang pertanian ini penting
dalam membangunkan negara pada masa depan.
Kurangnya penglibatan orang muda dalam bidang pertanian merupakan satu dilema
bagi industri itu dan perlu dipandang serius dalam mencari penyelesaiannya (Mohamad Hafizi,
2014). Orang muda pada zaman kini sudah kurang berminat dalam bidang pertanian kerana
lebih memandang bidang yang lain dan menganggap bidang pertanian tidak mempunyai masa
depan yang cerah. Segelintir masyarakat masih kurang pengetahuan tentang bidang pertanian.
Mereka beranggapan bahawa bidang pertanian ini tidak boleh pergi jauh dan tidak mampu
memberikan pekerjaan yang mampu memberi kesenangan kepada mereka.
Minat kerjaya individu perlu diketahui bagi memastikan keselarasan minat dengan jenis
kerjaya yang dipilih apabila tamat belajar (Rohana, 2010). Perkara yang menjadi masalah
sekarang ini adalah minat pelajar terhadap bidang pertanian dan tahap pengetahuan pelajar
adalah kurang tentang kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang pertanian. Pelajar sekarang
hanya mempunyai pemikiran bahawa apabila belajar pertanian, kelak akan menjadi petani
sahaja. Sebenarnya itu bukanlah realiti yang sebenar kerana jika dilihat petani juga mampu
berjaya dan menjadi usahawan tani yang sangat hebat dan dikenali ramai.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka lebih mendalam tentang minat pelajar
pertanian terhadap pemilihan kerjaya dalam bidang pertanian. Pengkaji ingin mengetahui
bagaimana pembentukan minat terjadi dalam diri seseorang pelajar. Mungkin terdapat faktor-
faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk menceburi bidang pertanian. Mungkin juga
minat yang datang dari diri sendiri yang menjadikan pelajar ingin menceburkan diri dalam
bidang pertanian. Terdapat banyak andaian tentang minat dalam pemilihan kerjaya dalam diri
seseorang pelajar. Jadi, kajian ini akan melihat lebih mendalam tentang minat pelajar terhadap
pemilihan kerjaya dalam bidang pertanian.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka tentang minat pelajar pertanian
terhadap pemilihan kerjaya dalam bidang pertanian. Pengkaji ingin mengkaji lebih mendalam
tentang minat pelajar dalam pemilihan kerjaya dalam bidang pertanian. Di samping itu,
pengkaji ingin mengetahui bagaimana minat pelajar terbentuk dalam pemilihan kerjaya dalam
bidang pertanian. Pengkaji juga ingin mengkaji minat pelajar-pelajar yang belajar pertanian
sama ada mereka berminat menceburkan diri dalam bidang kerjaya pertanian secara sukarela
atau mempunyai faktor-faktor yang lain. Persoalan dalam kajian ini ialah:
1. Apakah pelajar pertanian berminat menceburkan diri dalam bidang kerjaya pertanian?
2. Bagaimanakah pembentukan minat terjadi dalam diri seseorang pelajar?

PERANAN MINAT DALAM PEMILIHAN KERJAYA PERTANIAN

Menurut Rohany (2003) menyatakan guru mampu menarik minat pelajar terhadap sesuatu
kerjaya dengan kaedah menerangkan atau menjelaskan tentang sebarang maklumat yang perlu
pelajar ketahui berkenaan kerjaya tersebut. Tidak dinafikan, ibu bapa dan guru memainkan
peranan penting dalam menanam minat dalam diri seseorang pelajar kerana guru dan ibu bapa
menjadi penyampai maklumat kepada pelajar dan memberi kesan kepada minat seseorang
pelajar. Menurut Rohana (2010), mendapati bahawa kurangnya minat belia lepasan sekolah
terhadap kerjaya binaan adalah punca daripada kurangnya pendedahan tentang laluan kerjaya di
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1331 | MEDC 2018

peringkat sekolah. Oleh itu, pendedahan tentang bidang kerjaya adalah penting bagi memberi
maklumat kepada para pelajar dan membolehkan pelajar membuat keputusan untuk
menceburkan diri dalam bidang apa yang diminati.
Menurut Hairunnaja (2006), setiap individu akan melalui sesuatu peringkat dalam
kehidupan mereka di mana mereka akan memikirkan tentang pekerjaan. Perkara ini mungkin
tidak terlalu ketara dan membebankan ketika di peringkat sekolah menengah tetapi apabila
seseorang individu itu melangkah ke kolej, universiti atau institusi latihan dan kemahiran, akan
bermula proses memikirkan secara serius tentang pekerjaan yang bakal diceburi kelak. Menurut
beliau juga, memang benarlah pendapat mengatakan bahawa apabila seseorang menceburi
sesuatu kerjaya, seharusnya kerjaya tersebut diminati olehnya, mencabar keupayaannya dan
sesuai dengan nilai-nilai dan matlamatnya. Jika selari dengan diri individu tersebut kerjaya
akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan beroleh kepuasan dalam hidup (Hairunnaja,
2006).
Oleh demikian, minat memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya seseorang
individu. Tanpa minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara, ia akan mengurangkan kualiti
kerja dan menimbulkan masalah pada masa depan. Walau bagaimanapun, minat boleh dipupuk
dan disemai dengan pelbagai cara iaitu dari bimbingan, keluarga dan juga rakan sebaya.
Dengan adanya pengetahuan tentang sesuatu bidang yang akan diceburi, akan menambahkan
lagi minat seseorang individu terhadap pemilihan kerjaya yang diceburi.
Teori-teori pemilihan kerjaya telah banyak dibangunkan dan menjadi rujukan para
pengkaji dalam kajian mereka terhadap pemilihan kerjaya. Terdapat pelbagai teori kerjaya
menjadi rujukan antaranya ialah teori kerjaya Islam, teori pemilihan kerjaya yang menggunakan
pendekatan struktur yang memberikan penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan
kerjaya yang mempunyai struktur yang amat jelas seperti teori Tret dan Faktor, Teori Holland,
Teori Anne Roe dan Teori Psikonalitik Bordin (Sidek, 2002).
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti
yang memfokus kepada tipologi atau jenis dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori
ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional dan kemahiran adalah satu daripada
aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan
personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan
terhadap mata pelajaran di sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat
vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (Sidek, 2002).
Teori Holland telah mengkategorikan individu kepada salah satu daripada enam
kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat
Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada
interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya,
pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi
antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan
tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini semakin diminati dan
minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
Menurut Slameto (2010), menyatakan bahawa minat adalah suatu rasa lebih suka dan
rasa tertarik pada suatu perkara atau aktiviti, tanpa ada yang menyuruh. Rasa seronok atau suka
pada sesuatu perkara timbul dengan sendiri tanpa ada paksaan. Beliau juga mengemukakan
bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar siswa iaitu faktor internal dan eksternal.
1. Faktor internal ialah faktor dalaman seperti:
i. Faktor jasmani, contohnya faktor kesihatan dan tubuh badan.
ii. Faktor psikologi, contohnya pemikiran, pengetahuan, perhatian, bakat, dan
kematangan.
2. Faktor eksternal ialah faktor luaran seperti:
i. Faktor keluarga, contohnya cara orang tua mendidik, interaksi antara keluarga,
suasana rumah, keadaan ekonomi keluarga, pengertian orang tua dan latar
belakang keluarga dan persekitaran.
ii. Faktor tempat belajar, contohnya cara guru mengajar, kurikulum, interaksi guru
dengan pelajar dan suasana belajar.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1332 | MEDC 2018

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif iaitu menggunakan teknik temu bual untuk
pengumpulan data. Kajian kes adalah kajian intensif (mendalam) yang menjelaskan satu atau
beberapa kes yang spesifik. Manakala, temu bual merupakan proses mendapatkan data dan
maklumat secara langsung dan kedua-dua responden dan penyelidik perlu hadir bersama.
Penyelidik mengajukan beberapa soalan kepada responden untuk mendapatkan maklumat yang
lebih terperinci supaya kajian ini mencapai objektif yang dikehendaki.
Teknik temu bual yang digunakan adalah jenis temu bual separa berstruktur. Menurut
Noraini Idris (2010), temu bual separa berstruktur hampir sama dengan temu bual berstruktur,
iaitu soalan yang hendak diajukan akan digubal terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, urutan
soalan, cara soalan diajukan, dan bentuk soalan boleh berubah-ubah, bergantung kepada reaksi
dam tindak balas yang diberikan oleh peserta penyelidikan. Kajian dijalankan di Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Hal ini disebabkan informan yang dipilih secara teliti untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dan dapat menjawab persoalan kajian dengan baik. Informan
yang dipilih adalah pelajar yang mengambil jurusan pertanian. Jadi, pelajar yang mengambil
Program Bacelor Sains Pertanian adalah amat sesuai menjadi informan dalam kajian ini kerana
mereka terlibat secara langsung dalam bidang pertanian dan mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam bidang pertanian.
Populasi ialah kumpulan yang menarik perhatian penyelidik, yang membolehkan
penyelidik membuat generalisasi melalui dapatannya. Pensampelan pula merupakan suatu
proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu penyelidikan daripada suatu kumpulan
individu yang mewakili kumpulan besar yang dipilih (Noraini Idris, 2010). Populasi kajian ini
terdiri daripada pelajar-pelajar di Universiti Putra Malaysia yang mengambil jurusan Pertanian.
Fokus utama pengkaji adalah kepada pelajar di Fakulti pertanian dan adalah lebih spesifik
pelajar yang di pilih adalah dari pelajar yang belajar dalam Program Bacelor Sains Pertanian.
Kajian ini adalah menggunakan teknik temu bual bersama informan. Informan dipilih
secara berkriteria iaitu yang mengambil jurusan pertanian dan belajar di Universiti Putra
Malaysia. Dalam kajian ini, instrumen kajian adalah diri penyelidik itu sendiri yang membuat
kajian dan mengelola kajian ini. Juga, penyelidik menggunakan beberapa soalan yang
bersesuaian dengan objektif kajian bagi membantu melancarkan proses menjalankan kajian.
Satu set soalan disediakan bagi membantu pengkaji menyoal dengan cara yang teratur dan
mencungkil maklumat dengan baik. Instrumen ini bertujuan mengumpul data kajian dan
instrumen kajian ini disahkan oleh penyelia.
Mengumpul maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dokumen dan bahan-bahan
visual perlu dinyatakan data atau jenis data yang di kumpul dan menyediakan rasional untuk
pengumpulan data. Protokol pemerhatian atau temu bual untuk merekodkan maklumat perlu
disediakan (Othman Lebar, 2015). Sebelum menjalankan kajian, penyelidik mendapatkan
persetujuan penyelia untuk menjalankan kajian tentang “Minat Pelajar Pertanian Terhadap
Pemilihan Kerjaya dalam Bidang Pertanian”. Kemudian, penyelidik telah memohon kebenaran
menjalankan kajian daripada Fakulti Pertanian, UPM untuk menjalankan kajian. Hal ini
bertujuan, untuk memaklumkan kepada pihak Fakulti Pertanian bahawa penyelidik menjalankan
kajian terhadap beberapa pelajar dari Fakulti Pertanian sekali gus meminta kebenaran untuk
membuat kajian. Setelah mendapat surat maklum balas dari Fakulti Pertanian yang memberi
kebenaran untuk menjalankan kajian dengan menemu bual pelajar dari Fakulti Pertanian, maka
kajian dimulakan.
Kemudian, penyelidik mengambil langkah berjumpa dengan informan untuk
menjalankan temu bual. Satu set soalan untuk sesi temu bual yang telah disahkan oleh penyelia
dan seorang pensyarah lain yang pakar dalam bidang ini. Temu bual dijalankan secara tidak
formal tetapi mengikut prosedur dan etika penyelidikan yang ditetapkan. Penyelidik
menyatakan bahawa segala maklumat yang diterima adalah sulit dan hanya untuk kegunaan
kajian sahaja. Pengkaji bertanyakan soalan berdasarkan soalan-soalan yang telah dilampirkan
pada bahagian lampiran. Selepas temu bual dijalankan, pengkaji menganalisis semua dapatan
yang diterima pada kadar segera agar maklumat yang diterima dapat ditranskripsikan dan
dianalisis dengan baik.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1333 | MEDC 2018

HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

1. Demografi Informan

Dalam kajian ini, informan atau pemberi maklumat digunakan untuk mendapatkan sebanyak
mungkin maklumat berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Informan yang terlibat adalah dua
orang pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian di UPM. Latar belakang informan
adalah seperti Jadual 1.0:

Jadual 1.0: Maklumat Informan


Informan A Informan B
Nama: Atira (bukan nama sebenar) Nama: Khadija (bukan nama sebenar)
Jantina: Perempuan Jantina: Perempuan
Asal: Sri Iskandar, Perak. Asal: (Tidak dinyatakan)
Umur: 22 tahun Umur: 22 tahun.
Tempat belajar: UPM Tempat belajar: UPM
Program Pengajian: Bacelor Sains Pertanian Program Pengajian: Bacelor Sains Pertanian
Latar belakang pendidikan: Latar belakang pendidikan:
1. SMK Sri Iskandar, Perak. 1. MRSM Pontian
2. Asasi Sains Pertanian, UPM. 2. Asasi Sains Pertanian, UPM.
3. Universiti Putra Malaysia. 3. Universiti Putra Malaysia.

2. Persoalan Kajian 1: Minat Pelajar Terhadap Kerjaya Bidang Pertanian

a) Pekerjaan Bidang Pertanian

Berdasarkan hasil data kajian, didapati pelajar Sains Pertanian berminat untuk menceburkan diri
dalam pekerjaan bidang Pertanian. Hal ini kerana, melihat kepada temu bual yang dijalankan,
informan banyak menekankan dan bercerita tentang bidang Sains Pertanian. Kesungguhan dan
minat yang mendalam yang dilihat pada informan menyebabkan pengkaji yakin bahawa
informan mahu bekerja dalam bidang pertanian. Informan juga bercadang untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang pertanian bagi mendalami ilmu pertanian dengan lebih banyak.
Informan berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian tetapi berkaitan juga dengan bidang
penyelidikan. Informan mahu menjadi penyelidik dalam bahagian pertanian yang mana
pekerjaan ini memerlukan informan mengkaji tumbuhan bagi tujuan pembangunan sumber
makanan dalam negara. Penyelidikan pertanian yang sering kali di kaitkan dengan institusi
adalah seperti MARDI dan UPM. UPM sendiri menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan
kualiti sumber dan produk makanan bukan sahaja bagi negara malahan juga bagi luar negara.
Informan berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian tetapi berkaitan juga dengan bidang
penyelidikan. Informan mahu menjadi penyelidik dalam bahagian pertanian yang mana
pekerjaan ini memerlukan informan mengkaji tumbuhan bagi tujuan pembangunan sumber
makanan dalam negara. Selain itu, berdasarkan kajian ini didapati bahawa pelajar pertanian
berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian kerana menurut informan B2 mengatakan
bahawa dia mungkin akan bekerja di RISDA atau MARDI.

b) Minat

Pengkaji mendapati minat pelajar pertanian terbina pada peringkat lepas sekolah iaitu selepas
menyambung pengajian di Asasi Sain Pertanian di UPM. Oleh itu, minat pelajar pertanian ini
bermula pada peringkat selepas tamat sekolah menengah. Dari maklumat informan didapati
minat dalam pertanian bermula semasa melanjutkan pelajaran pada peringkat Asasi Sains
Pertanian di UPM. Keseronokan dan pengetahuan yang diterima menyebabkan informan lebih
berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pertanian sekali gus
mahu melibatkan diri secara langsung dalam pekerjaan bidang pertanian
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1334 | MEDC 2018

3. Persoalan Kajian 2: Faktor Pembentukan Minat

a) Faktor Keluarga

Menurut Slameto (2010), faktor-faktor yang mempengaruhi minat ialah faktor eksternal (luaran)
seperti faktor keluarga. Jadi, salah satu faktor yang mendorong pembentukan minat informan
dalam kajian ini adalah faktor keluarga. Keluarga di sini termasuklah ibu bapa, adik-beradik
dan saudara mara. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan minat seseorang.
Hal ini kerana, minat dipengaruhi oleh latar belakang keluarga, dorongan ibu bapa, adik beradik
dan saudara mara. Berdasarkan hasil kajian, Informan A1 mengatakan bahawa ayahnya bekerja
sebagai Pegawai Pertanian. Jadi, secara tidak langsung informan A1 terdedah dengan
pengetahuan dalam bidang pertanian disebabkan bapanya bekerja dalam bidang pertanian.
Informan A1 juga menyatakan bahawa ibu bapanya yang menyuruh informan memilih bidang
ini semasa pemilihan kemasukan ke universiti.
Informan B1 pula ada menyatakan bahawa keluarga menyokongnya menceburi bidang
ini asalkan mempunyai minat terhadap bidang pertanian ini. Juga, informan B1 memberitahu
bahawa abangnya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perhutanan yang juga berkaitan
dengan bidang pertanian.
Maka, di sini jelas menunjukkan bahawa informan terdorong untuk menceburkan diri
dalam bidang pertanian ini disebabkan oleh keluarga termasuklah ibu bapa dan adik beradik.
Keluarga merupakan satu faktor yang dapat mempengaruhi seseorang individu mencapai
kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan dan seterusnya memberi sumbangan dan perkhidmatan
kepada negara. Oleh itu, keluarga menjadi faktor pembentukan minat informan untuk
menceburi bidang pertanian.

b) Faktor Pengetahuan

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pengkaji mendapati pengetahuan juga menjadi faktor
pembentukan minat pelajar yang menyebabkan pelajar lebih berminat dengan pertanian dan
mahu menceburkan diri dalam kerjaya bidang pertanian. Menurut informan, pada awalnya
mereka tidak berminat dengan pertanian, namun setelah belajar dan mendalami pertanian
mereka mula meminati dan suka belajar tentang pertanian kerana banyak perkara baru dan
kebaikan yang diperoleh dengan mempelajari pertanian ini.
Informan B1 berpendapat cara untuk tambahkan minat adalah dengan mempelajari
perkara tersebut. Dengan mempelajari ilmu baru tersebut barulah kita akan mendapat
pengetahuan yang cukup terhadap sesuatu perkara. Maka, secara tidak langsung kita akan lebih
meminati pelajaran tersebut.
Didapati informan B2 berasa seronok selepas mempelajari bidang pertanian ini kerana
dapat ke ladang bersama rakan-rakan. Walaupun merasa penat, informan B2 tetap berfikiran
positif kerana berasa berbaloi dengan apa yang dilakukannya. Oleh itu, faktor yang
mempengaruhi minat informan dalam kajian ini adalah dari pengetahuan yang diterima selepas
mempelajari bidang ini. Hal ini disokong oleh Slameto (2010), mengatakan faktor-faktor yang
mempengaruhi minat ialah faktor internal (dalaman) seperti pemikiran dan pengetahuan.

c) Faktor Persekitaran

Persekitaran informan menjadi penyebab mengapa minat mereka terjadi. Persekitaran yang
dimaksudkan adalah seperti di rumah, di makmal dan di tempat belajar sedikit sebanyak
mempengaruhi minat informan dan persepsi terhadap bidang Pertanian. Informan A1 berasa
seronok apabila balik kerumah melihat orang kampung memberi cenderahati kepada ayahnya
yang bekerja sebagai Pegawai Pertanian di bahagian Extention (Perhubungan). Dengan melihat
situasi tersebut secara tidak langsung minat informan terbentuk. Juga, informan mengatakan
persekitaran ladang dapat menghilangkan tekanan balajar. Semasa di kelas banyak subjek yang
sukar dan memerlukan informan menjana banyak idea. Jadi, dengan pergi ke ladang dapat
menghilangkan tekanan dengan melihat persekitaran ladang.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1335 | MEDC 2018

Informan B1 pula menyatakan bahawa pesekitaran bersama rakan-rakan ketika di


ladang dan di makmal menyebabkan informan rasa seronok untuk mempelajari bidang ini.
Informan rasa berbaloi apabila dapat menghasilkan sesuatu dalam pertanian walaupun kadang
kala penat dengan aktiviti pertanian ini. Oleh itu, didapati informan berminat menceburi bidang
pertanian ini disebabkan oleh persekitaran rumah dan juga persekitaran tempat belajar informan.
Maka, dapat dikaitkan dengan teori minat yang dikemukakan oleh Slameto (2010) mengatakan
minat dipengaruhi oleh faktor eksternal (luaran) seperti persekitaran, latar belakang keluarga
dan lain-lain.

d) Faktor Diri Sendiri

Berdasarkan kajian ini, semasa temu bual informan menyatakan bahawa pada awalnya mereka
tidak minat dalam bidang Pertanian ini, namun selepas mempelajari dan mendalami bidang ini,
barulah minat itu datang. Minat tersebut datang dengan cara paksa diri untuk mempelajari
bidang ini dan lama-kelamaan menjadi minat dan berasa selesa dengan bidang ini. Apabila
informan seronok dan selesa dengan bidang ini, minat untuk mendalami bidang ini timbul
menyebabkan informan mahu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu untuk
menyambung master dalam bidang penyelidikan pertanian. Tidak dinafikan, faktor diri sendiri
juga menyumbang kepada pembentukan minat dalam diri seseorang individu. Seperti yang
dikatakan oleh informan untuk mendapat minat dalam sesuatu perkara kita perlu paksa diri kita.
Lama-kelamaan minat tersebut akan hadir sendiri. Perkara penting adalah bermula dari diri
sendiri.
Berdasarkan kenyataan informan A1dan B1, pengkaji mendapati informan meminati
bidang penyelidikan dalam pertanian. Hal ini menunjukkan diri informan memiliki personaliti
menyelidik dan menyiasat perkara-perkara baru. Hal ini bertepatan dengan teori Holland yang
menyenaraikan enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial
(S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Informan A1 dan B1 mempunyai personality
Investigatif (I) iaitu suka akan penyelidikan dan penyiasatan tentang sesuatu perkara atau benda.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dua orang pelajar informan berminat menceburi pekerjaan dalam bidang
pertanian. Informan yang ditemu bual menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang
pertanian ini. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi untuk terus mendalami bidang
pertanian ini. Kedua-dua informan menyatakan mahu bekerja dalam bidang pertanian ini
malahan akan berusaha untuk menyambung pengajian ke peringkat Master (Sarjana) bagi
meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian ini sekali gus melibatkan diri dalam
pekerjaan bidang pertanian.
Pengkaji mendapati terdapat faktor-faktor yang mendorong pembentukan minat dalam
diri informan untuk menceburi bidang pertanian ini. Antara faktor yang dapat dikenal pasti
adalah faktor keluarga, faktor pengetahuan, faktor persekitaran, dan faktor diri sendiri. Faktor-
faktor ini memainkan peranan penting bagi membina minat dalam diri informan. Faktor
keluarga terutamanya menjadi tunjang pembentukan minat informan kerana keluarga
merupakan orang yang penting dalam hidup informan. Dengan sokongan dan penglibatan ahli
keluarga sendiri dalam bidang pertanian sedikit sebanyak mempengaruhi minat informan.
Selain itu, faktor persekitaran juga menjadi penyebab minat dalam pertanian ini terbina dalam
diri informan. Persekitaran tempat belajar seperti makmal, ladang dan rumah menjadikan
informan berasa seronok dan ingin terus belajar dalam bidang ini. Suasana pembelajaran di
bilik darjah menjadikan informan tertarik meneruskan pengajian malahan ingin menyambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Persekitaran ladang yang menjadi tempat pengajaran
dan pembelajaran juga menjadikan pelajar tidak terlalu tertekan kerana banyak amali serta
pengajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja. Informan dapat menghilangkan tekanan
belajar dengan melihat suasana ladang yang mendamaikan kerana banyak pokok-pokok yang
ditanam sendiri oleh informan.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1336 | MEDC 2018

Pengetahuan juga menjadi faktor pembentukan minat informan dalam kajian ini.
Berdasarkan kajian, pada awalnya informan tidak meminati bidang pertanian ini, tetapi setelah
masuk ke dalam bidang ini dan mempelajari banyak perkara baru dan perkara menarik tentang
pertanian ini, barulah minat terhadap bidang ini tercetus. Setelah mengetahui kelebihan dan
kebaikan bidang ini, informan tekad untuk meneruskan pembelajaran dan belajar bersungguh-
sungguh agar dapat bekerja dalam bidang ini kelak. Akhir sekali, faktor diri sendiri yang juga
menjadi faktor penting dalam pembentukan minat informan dalam bidang pertanian ini.
Informan menyatakan untuk mendapatkan minat kita perlulah memaksa diri kita terlebih dahulu
sebelum minat itu datang. Sekiranya, diri sendiri tidak berusaha untuk mendalami dan
meminati bidang ini, agak sukar untuk informan meneruskan pengajian dalam bidang ini.
Setelah mendapat minat dan berasa seronok dengan bidang ini, maka informan lebih yakin dan
bersemangat untuk bekerja dalam bidang ini kelak.

RUJUKAN

Abdul Rasid et al. (2009). Pengaruh Subjek Pertanian Dalam Membina Minat Pelajar Terhadap
Kerjaya Dalam Bidang Pertanian: Kajian Kes Di Sekolah Menengah Teknik. Malaysia:
UTHM.
Hairunnaja. (2006). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya. PTS Media Group
Sdn Bhd.
Laupa. (2016). Teknologi Hijau bunuh Pemusnah Padi. Besut, Terengganu.
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/teknologi-hijau-bunuh-pemusnah-
padi-1.402983#sthash.tgJxbjdY.dpuf (diekses pada 1/12/2016)
Mohamad Hafizi. (2014). Orang Muda Kurang Minat Pertanian. Sinar Harian.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia.
Othman Lebar. 2015. Penyelidikan Kualitatif:Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak.
Rohana. (2010). Minat Kerjaya, Afikasi Kendiri Keputusan Kerjaya, Kemahiran Employabiliti,
Dan Pilihan Kerjaya Pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia. Universiti
Putra Malaysia.
Rohany Nasir. (2003). Isu-Isu Kaunseling dan Perkembangan Kerjaya. Utusan Publication &
Distribution Sdn. Bhd. Klang, Selangor.
Sidek. (2002). Perkembangan Kerjaya Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Slameto. (2010). Belajar dan Faktor-faktor yang Mempengaruhinya. Jakarta: Rineka Cipta.

View publication stats

You might also like