You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Menurut kamus dewan , semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan

penambahan makna sesuatu kata. Semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti

sesuatu perkataan . Kata semantik berasal berasal daripada kata adjektif bahasa

yunani “semantickos” yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti bermaksud

“makna” yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat, semantik ialah kajian tentang makna perkataan atau

penambah baikan makna dalam sesuatu kata. Menurut Ferdinand De Saussure,

semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Semantik

bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga perkembanganya yang disebutkan

semantik sejarah.

Istilah semantik asalnya ialah “semantigue” yang diambil daripada bahasa yunani

yang diperkenalkan oleh Mr.Breal. Semantik merupakan kompenan tatabahasa iaitu

sintaksis dan fornologi.

Berdasarkan latar belakang semantik, pengkaji telah mengenalpasti beberapa

majalah antaranya perkembangan sejarah semantic barat, arab dan juga Indonesia

Terdapat beberapa tokoh yang mengenegahkan pendapat dan pandangan mereka

mengenai pengertian semantik. Menurut Charles Monrick, semantik ialah hubungan

tanda-tanda dengan objek-objek yang merupakan wadah penerapan tanda tersebut.

Menurut Kambertel, semantik merupakan bahasa yang terdiri daripada struktur yang

menampakan makna apabila dihubungkan dengan objek berdasarkan Eksilopedia

1
antara suatu perbezaan lingustik dengan hubungan proses symbol dan lambing dalam

sesuatu perbicaraan.

Pengkaji memilih tajuk meronim dan homonim kerana tajuk ini telah menarik

minat pengkaji untuk mengkaji lebih mendalam. Selain itu, tajuk ini juga kurang

mendapat sambutan daripada pengkaji yang lain. Hal ini menyebabkan tajuk tersebut

menjadi luas untuk dikaji dan pengkaji boleh memprolehi data-data yang lengkap dan

menarik.

1.2 DEFINISI KONSEP

1.1.1 HOMONIM

Menurut Finegan, homonim merujuk kepada homofon dan homograf

(2004:195-196). Menurut Oe Grady, homonym bermaksud sebutan ialah sama

tetapi ejaan berlainan (2000 : 120-121). Menurut Finegan, homograf ialah ejaan

sama tetapi sebutan yang berlainan.

Menurut Nawi Ismail dan rakan-rakan (2006 : 108) hamonim bermaksud

perkataan atau ungkapan yang berbentuk sama dengan perkataan tetapi berbeza

maknanya. Bentuk yang sama meliputi aspek sebutan ejaan atau kedua-duanya.

Hamonim juga melipiti homofon dan homograf. Homo bermaksud sama

manakala fon bermaksud tinggi.

1.1.2 MERONIM

Menurut Nawi Ismail dan rakan rakan (2016 : 108) meronim bermaksud

perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada sesuatu kesuluruhan yang lebih

besar atau ahli kepada sesuatu yang dikenali sebagai holonim (kesuluruhan).

2
Menurut Sharifah Nor S.A Rahman dan Dr.D.Kathirasan (2013 : 64) meronim

ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada atau dikenali

sebagai subordinat. Contohnya, tingkap, pintu, bumbung dan tiang yang

merupakan meronim bagi rumah.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

a) Untuk menambah dokumentasi tentang kajian semantik

b) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan

c) Untuk dijadikan panduan pengajaran

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk,

a) menambah dokumentasi tentang kajian semantik

b) dijadikan sebagai sumber rujukan pelajar, dan

c) dijadikan panduan dan pengajaran di sekolah

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada aspek homonim dan meronim dalam novel “katakana

dengan indah”

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan daripada bab1 hingga bab54 dalam novel “katakan dengan indah” .

3
Pengkaji telah menjalankan kajian dalam tempoh masa 3 bulan .

6.0 KEADAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, keadah pemerolehan data dan keadah penganalisis data

dihuraikan.

6.1 PEMEROLEHAN DATA

Penyelidik mengumpul data melalui keadah menganalisis novel “katakan dengan

indah” untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Penyelikan juga telah

mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan melalui laman sesawang untuk menambah

maklumat dalam menyiapkan kajian ini.

KAEDAH ANALISIS TEKS/ KANDUNGAN

Penyelik telah memilih teks moden untuk menganalisis homonim dan meronim yang

terdapat dalam novel yang bertajuk “katakan dengan indah”

6.2 PENGANALISISAN DATA

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan diolah untuk mendapatkan

kesimpulan dan penyelesaian masalah terhadap kajian yang dijalankan. Data dan

maklumat ini juga akan dianalisis bagi mendapatkan perkaitan antara data-data dan juga

perbandingan antara data yang diperolehi. Selain itu , data juga dipersembahkan dalam

bentuk menyalin semula perkataan yang dicari daripada novel “katakan dengan indah”.

4
7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 MERONIM

HOLONIM MERONIM
Telefon Bateri, sim kad, kamera, skrin, papan litar.
Rumah Pintu,tingkap, tiang seri, tangga, bumbung.
Baju Kocek, leher baju, lengan baju, zip, butang,
jahitan.
Sekolah Meja, kerusi, kantin, padang, pejabat,
perpustakaan, bilik darjah, bilik guru,
tandas.
Kereta Tayar, kusyen, stereng, enjin, brek, lampu,
pintu, ekzos, cermin, pendingin hawa.
Motosikal Cermin sisi, enjin, kusyen, lampu, tayar,
rim, raga, ekzos.
Komputer Monitor, CPU, tetikus, pemacu kilat USB,

papan kekunci, wayar.


Kedai makan Jurujual, pembeli, meja, kerusi, lampu,

pinggan, mangkuk, gelas, makanan,

minuman, singki, kuali, gas.


Perpustakaan Buku, rak buku, pengawas, meja ,kerusi,

kipas, tingkap. Surat khabar.


Koperasi Alat tulis, buku, jurujual, mesin fotostat,

bakul, rak, laci.


Hospital Pesakit, wad, jururawat, doktor, ambulans,

ubat, farmasi, kerusi roda.


Pasar raya Ikan, sayur, daging, ayam, bawang, meja,

kerusi, kaunter, tangga.


Bilik Katil, kipas, meja, cadar, meja solek, lampu

tidur, almari, kelambu, bantal, selimut,

tingkap, tandas.
Dapur Garam, gula, gas, singki, pisau, garpu,

5
pinggan, gelas, peti ais, lesung, kuali,

periuk.
Hotel Pekerja, kaunter, pendingin hawa, tangga,

lif, pintu, bilik air, televisyen, katil,

tingkap, kerusi.
Almari Baju, laci, cermin, penyangkut baju, kasut.
Syarikat Pekerja, fail, pendingin hawa, meja, kerusi,

komputer, kertas, tandas.


Mesin basuh Injap pemasuk air, motor, pam air, tabung

pencuci, kapasitor.
Bilik darjah Penyapu, pelajar, kerusi, meja, tingkap,

kipas, lampu, jam dinding, papan putih,

almari, papan kenyataan.


Bukit Pokok, binatang, rumput, tanah, air.
Tubuh Kepala, tangan, kaki, jari, leher, telinga,

mata, hidung, mulut.


Tandas Air, paip, mangkuk tandas, pam air, singki,

cermin, pencedok air, baldi, berus.


Taman permainan Jongkang-jongkit, buaian, gelongsor,

pokok bunga, kerusi, tasik, rumput.


Beg sekolah Kotak pensel, buku, zip, poket, pen.
Pasar malam Lauk-pauk, sayur-sayuran, khemah penjual,

pembeli, mainan, buah-buahan, pakaian,

lampu, generator.
Kedai runcit Alat tulis, gula, beras, garam, raga,

penimbang, mesin wang, tin susu, syampu,

sabun, sayur-sayuran.
Bilik air Tab mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi,

sabun, singki, air pancut, cermin.


Masjid Sejadah, kain sembahyang, al-quran, imam,

6
makmum, pembesar suara, jam digital,

kolah, pencedok air, karpet.


Kebun Pondok kecil, pokok, rumput, kereta

sorong, ayam, reban, katak, pekebun.


Balai polis Lokap, pegawai, banduan, gari, pejabat,

pistol, kereta polis, motosikal polis, papan

kenyataan, telefon pejabat, walkie-talkie.


Bendang Kerbau, lembu, lumpur, padi, rumput,

jentera, orang-orang, bangau, lalang.


Berdasarkan rajah di atas, pengkaji mendapati terdapat perkataan meronim.

Antaranya meronim bagi telefon (holonim) ialah bateri, sim kad, memori, kamera, skrin,

papan litar dan sebagainya. Selain itu, meronim bagi rumah ialah pintu,tingkap, tiang

seri, tangga, bumbung dan sebagainya. Perkataan seterusnya ialah baju meronim bagi

baju ialah kocek, leher baju, lengan baju, zip, butang, jahitan. Meronim seterusnya ialah

sekolah (holonim) yang mengandungi meja, kerusi, kantin, padang, pejabat,

perpustakaan, bilik darjah, bilik guru, tandas dan sebagainya. Kereta juga dimeronimkan

ialah tayar, kusyen, stereng, enjin, brek, lampu, pintu, ekzos, cermin, pendingin hawa. Di

samping itu, motosikal (holonim) mrngandungi meronim iaitu cermin sisi, enjin, kusyen,

lampu, tayar, rim, raga, ekzos dan sebagainya.

Kemudian komputer dimeronimkan menjadi monitor, CPU, tetikus, pemacu kilat,

papan kekunci, wayar dan sebagainya. Seterusnya, kedai makan juga memngandungi

meronim iaitu jurujual, pembeli, meja, kerusi, lampu, pinggan, mangkuk, gelas, makanan,

minuman, singki, kuali, gas. Seterusnya, ialah perpustakaan iaitu buku, rak buku,

pengawas, meja ,kerusi, kipas, tingkap. Surat khabar dan lain-lain. Koperasi juga

mengandungi meronim seperti buku, rak buku, pengawas, meja ,kerusi, kipas, tingkap.

7
Surat khabar dan lain-lain lagi. Seterusnya ialah hospital yang diketogerikan meronim

ialah pesakit, wad, jururawat, doktor, ambulans, ubat, farmasi, kerusi roda dan yang

berkaitan denganya. Holonim pasar raya pula mempunyai meronim seperti ikan, sayur,

daging, ayam, bawang, meja, kerusi, kaunter, tangga, troli dan lain-lain.

Di samping itu, terdapat juga holonim bilik yang dimeronimkan kepada katil,

kipas, meja, cadar, meja solek, lampu tidur, almari, kelambu, bantal, selimut, tingkap,

tandas dan lain-lain lagi. Halonim dapur ialah garam, gula,gas, singki, pisau, garpu,

pinggan, gelas, peti ais, lesung, kuali, periuk dan sebagainya. Kemudian holonim almari

ialah meronimnya baju, laci, cermin, penyangkut baju, kasut dan sebagainya.

Syarikat ialah meronimnya pekerja, fail, pendingin hawa, meja, kerusi, komputer,

kertas, tandas dan sebagainya. Selanjutnya, bilik darjah yang merangkumi ialah penyapu,

pelajar, kerusi, meja, tingkap, kipas, lampu, jam dinding, papan putih, almari, papan

kenyataan dan sebagainya. Mesin basuh meronimnya ialah injap pemasuk air, motor, pam

air, tabung pencuci, kapasitor dan lain-lain. Meronim bagi bukit ialah pokok, binatang,

rumput, tanah, air dan sebagainya. Tubuh pula meronimnya ialah kepala, tangan, kaki,

jari, leher, telinga, mata, hidung, mulut dan lain-lain. Tandas meronimnya ialah air, paip,

mangkuk tandas, pam air, singki, cermin, pencedok air, baldi, berus dan sebagainya.

Seterusnya, meronim bagi taman permainan ialah jongkang-jongkit, buaian,

gelongsor, pokok bunga, kerusi, tasik, rumput dan sebagainya. Beg sekolah pula

meronimnya ialah kotak pensel, buku, zip, poket, pen dan lain-lain. Meronim bagi pasar

malam ialah lauk-pauk, sayur-sayuran, khemah penjual, pembeli, mainan, buah-buahan,

pakaian, lampu, generator dan lain- lain.

8
Meronim bagi kedai runcit pula ialah alat tulis, gula, beras, garam, raga,

penimbang, mesin wang, tin susu, syampu, sabun, sayur-sayuran dan sebagainya.

Manakala meronim bagi bilik air ialah tab mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi, sabun,

singki, air pancut, cermin dan sebagainya. Masjid meronimnya ialah sejadah, kain

sembahyang, al-quran, imam, makmum, pembesar suara, jam digital, kolah, pencedok air,

karpet dan sebagainya.

Akhir sekali, pondok kecil, pokok, rumput, kereta sorong, ayam, reban, katak,

pekebun dan sebagainya adalah meronim bagi kebun. Meronim bagi balai polis pula ialah

lokap, pegawai, banduan, gari, pejabat, pistol, kereta polis, motosikal polis, papan

kenyataan, telefon pejabat, walkie-talkie dan lain-lain. Bendang pula dimeronimkan

sebagai kerbau, lembu, lumpur, padi, rumput, jentera, orang-orang, bangau, lalang dan

lain-lain.

9
7.2 HOMONIM

1 Sesak Sesak

Makna : terlalu ramai Makna : kehidupan yang miskin


2 Kesat Kesat

Makna : tidak licin Makna : kata-kata seseorang yang keras

dan kasar.
3 Kering Kering

Makna : tidak berwang Makna : tidak berair


4 Dingin Dingin

Makna : hubungan yang tidak erat Makna : sejuk


5 Konkrit Konkrit

Makna : campuran batu kelikir dengan Makna : sesuatu yang dapat digambarkan

simen digunakan untuk pembinaan


6 Buku Buku

Makna : helaian kertas berjilid yang Makna : tempat pertemuan dua ruas

berisi tulisan untuk dibaca


7 Mata Mata

Makna : pancaindera untuk melihat Makna : ukuran berat untuk candu


8 Bulan Bulan

Makna : satelit semulajadi yang Makna : masa 12 bulan dalam setahun

10
bergerak mengelilingi bumi
9 Muka Muka

Makna : bahagian hadapan kepala Makna : di hadapan


10 Kaki Kaki

Makna : anggota badan Makna : ukuran panjang


11 Parut Parut

Makna : bekas luka Makna : tempat untuk mengukur kelapa


12 Mangga Mangga

Makna : sejenis tumbuhan (pokok dan Makna : ibu kunci

buahnya)
13 Ketam Ketam

Makna : alat untuk melicinkan kayu Makna : sejenis haiwan yang tinggal di

kawasan perairan
14 Salam Salam

Makna : berjabat tangan Makna : mengucapkan kata hormat


15 Cerah Cerah

Makna : agak putih berseri Makna : terang


16 Batu Batu

Makna : ukuran jarak Makna : bahan galian pepejal yang bukan

logam
17 Pukul Pukul

Makna : ketuk Makna : waktu tertentu dalam sesuatu hari


18 Haus Haus

Makna : menderita dahaga Makna : berkurangan besarnya atau

tebalnya kerana tergosok


19 Daki Daki

Makna : kotoran yang melekat pada Makna : perbuatan memanjat

badan atau pakaian


20 Sedang Sedang

11
Makna : masih atau ketika itu Makna : bersaiz sederhana
21 Resepi Resepi

Makna : senarai bahan (ramuan) dan Makna : cara atau kaedah untuk mencapai

peraturan yang diperlukan dalam sesuatu tujuan

menyediakan makanan
22 Butang Butang

Makna : benda kecil biasanya bulat Makna : benda kecil pada alat

diperbuat daripada plastik dan lain- (pesawat dan lain-lain)

lain

Berdasarkan jadual di atas pengkaji telah mengenalpasti homonim. Antara

homonim yang ditemui ialah sesak. Perkataan sesak mempunyai dua maksud yang

berbeza iaitu terlalu ramai dan kehidupan yang miskin. Seterusnya, perkataan kesat pula

membawa maksud tidak licin dan makna kedua ialah kata-kata seseorang yang keras dan

kasar. Homonim bagi perkataan kering ialah tidak berwang dan makna lainnya pula ialah

tidak berair.

Selain itu, makna bagi perkataan dingin ialah hubungan yang tidak erat antara

seseorang individu dengan individu lain. Makna dingin yang lain pula ialah cuaca yang

sejuk. Seterusnya, homonim bagi perkataan konkrit ialah campuran batu kelikir dengan

simen yang digunakan untuk pembinaan. Makna lain bagi konkrit ialah sesuatu yang

dapat digambarkan. Selanjutnya, homonim bagi perkataan buku ialah helaian kertas

berjilid yang berisi tulisan untuk dibaca. Buku juga membawa makna tempat pertemuan

dua ruas.

12
Makna bagi perkataan mata ialah pancaindera untuk melihat atau juga memberi

maksud ukuran berat untuk candu. Bulan pula bermaksud satelit semulajadi yang

bergerak mengelilingi bumi. Ia juga memberi makna masa 12 bulan dalam setahun. Di

samping itu, homonim bagi perkataan muka ialah bahagian hadapan kepala. Muka juga

bermakna di hadapan.

Kaki pula bermaksud anggota badan dan ukuran panjang. Kata parut juga

mempunyai makna yang berbeza. Parut merupakan bekas luka atau kesan luka. Walau

bagaimanapun, tempat untuk mengukur kelapa turut dinamakan sebagai parut. Makna

mangga merupakan sejenis tumbuhan seperti pokok dan buahnya. Mangga juga memberi

makna ibu kunci.

Selain itu, makna ketam merupakan sejenis alat untuk melicinkan kayu dan

sejenis haiwan yang tinggal di kawasan perairan. Seterusnya, perkataan salam bermakna

berjabat tangan. Tambahan pula, bersalam memberi makna mengucapkan kata hormat.

Makna perkataan cerah ialah agak putih berseri dan terang. Kedua-duanya memberi

makna yang berbeza.

Ukuran jarak bagi sesuatu perjalanan dipanggil batu. Selain itu, makna lain bagi

perkataan batu ialah bahan galian pepejal yang bukan logam. Mengetuk sesuatu benda,

manusia atau haiwan dipanggil pukul. Pukul juga menunjukkan makna waktu atau masa.

Selanjutnya, makna homonim bagi perkataan haus ialah menderita dahaga dan

berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok oleh sesuatu.

Daki merupakan perbuatan memanjat. Kotoran yang melekat pada badan atau

pakaian juga dinamakan sebagai daki. Sedang bermaksud masih atau ketika itu dan

13
bersaiz sederhana seperti baju, seluar, kasut dan sebagainya. Makna perkataan resepi

ialah senarai bahan dan peraturan yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu masakan

atau makanan dan cara atau keadah mencapai sesuatu tujuan.

7.3 HOMOFON

1 Samping Sampin

Makna: sisi Makna: pakaian lelaki yang dipakai dengan

14
baju melayu
2 Kouta Kota

Makna: bilangan maksimum yang Makna: bandar

diperuntukkan
3 Masa Massa

Makna: waktu Makna: jumlah yang terlalu banyak


4 Perah Peras

Makna: perbuatan memerah iaitu Makna: memeras ugut

membuang air daripada isinya

Homofon ialah kata-kata yang mempunyai sebutan yang sama tetapi berbeza

ejaan dan juga maksud. Berdasarkan rajah di atas homofon yang terdapat di dalam rajah

ialah perkataan samping dan sampan. Perkataan samping bermakna sisi manakala

perkataan sampan bermaksud pakaian lelaki yang dipakai bersama baju melayu. Sebagai

contoh yang dapat ditunjukkan melalui ayat berdasarkasn novel (katakana sengan indah).

Liza sentiasa berada di samping suaminya yang sakit itu. Contoh bagi sampan pula ialah

“ Haykarl Affandy” berpakaian baju melayu putih bersampin songkek untuk majlis akak

nikahnya.

Perkataan homofon seterusnya ialah perkataan kouta dengan kota. Perkataan

kouta bermaksud bilangan maksimun yang diperuntukkan perkataan kota pula ialah

bandar. Misalnya, Haykarl Affandy pergi ke mota untuk mencari barang hantaran ,

dipetik dari novel tersebut di muka surat 400. “ kouta abang banyak sayang, abang boleh

kawin empat”.

15
Kemudian, perkataan masa dan massa. Maksud perkataan massa ialah waktu,

manakala massa pula bermaksud jumlah yang terlalu banyak. Contoh ayat yang

digambarkan ialah “adakah masa yang kau maksudkan tu sekarang, Karl ?”. Massa pula

digambarkan dengan semua cerita mengenai musuhnya dia dapat melalui media massa.

Di samping itu, homofon yang ditemui ialah perah dan peras. Perah bermaksud

perbuatan memerah sesuatu iaitu membuang air atau pati daripada isinya. Peras pula

bermaksud memeras ugut.

7.4 HOMOGRAF

1 Seret Seret

Makna: licin Makan: kasut yang dipakai dalam rumah


2 Semak Semak

Makna: belukar Makna: memeriksa atau meneliti kembali

16
3 Pelat Pelat

Makna: kurang betul mengucapkan Makna: jarum peniti

kata-kata
4 Bela Bela

Makna: menutut hak Makna: memihara haiwan


5 Rendang Rendang

Makna: lauk yang dibuat daripada Makna: rendah dan banyak daun serta

daging dan lain-lain rempah ambang


6 Reda Reda

Makna: beransur pulih Makna: rela hati


7 Perang Perang

Makna: perkelahian/ pertempuran/ Makna: warna kekuning-kuningan

pergaduhan antara 2 pihak


8 Serak Serak

Makna: suara tidak keluar Makna: bersepah

9 Sepak Sepak

Makna: perbuatan menendang Makna: perbuatan menampar

sesuatu dengan kaki

Homograf ialah kata ejaannya sama tetapi sebutan dan maknanya tidak sama,

misalnya seret yang bermaksud licin dan seret pula yang mempunyai makna kasut yang

dipakai di dalam rumah. Perkataan seterusnya ialah semak yang membawa maksud

belukar dan semak yang bermaksud memeriksa atau meneliti kembali.

Selain itu, homograf perkataan pelat bermaksud kurang betul dalam mengucapkan

kata-kata dan pelat yang bermakna jarum peniti. Makna bagi perkataan bela yang

membawa maksud menuntut hak dan bela yang bermaksud memelihara haiwan.

Perkataan rendang berkamsud sejenis lauk yang dibuat daripada daging yang
17
menggunakan bahan rempah ratus. Rendang juga bermakna rendah dan banyak daun

serta cabangnya.

Seterusnya, perkataan reda dan reda. Reda bermaksud beransur pulih manakala

reda pula bermakna rela hati. Perkataan homograf perang yang bermaksud perkelahian,

pertempuran, pergaduhan antara dua pihak. Perang pula membawa maksud warna yang

kekuning-kuningan.

Di samping itu, perkataan homograf seterusnya ialah serak dan serak. Serak

bermaksud suara tidak keluar daripada mulut. Perkataan serak pula ialah bersepah.

Perkataan sepak dan sepak merupakan homograf. Sepak bermaksud perbuatan

menendang sesuatu dengan menggunakan kaki. Sepak pula membawa makna perbuatan

menampar.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusanya, perkataan homonim terbahagi kepada tiga iaitu homonim,

homofon dan homograf. Perkataan yang terdapat pada homonim kebanyakkanya terdiri

daripada kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Sebagai contoh, kering, perah, pelat dan

sebagainya. Berdasarkan kajian didapati meronim pula terdiri daripada perkataan kata

nama sahaja iaitu kata nama benda dan kata nama tempat. Sebagai contoh, almari, taman

permainan, sekolah, bilik darjah dan lain-lain.

9.0 PENUTUP

18
Kajian ini penting kerana dapat mrngetahui tentang homonim dan meronim yang

terdapat dalam novel “ katakana dengan indah” dengan lebih jelas. Seterusnya, pengkaji

juga mendapati bahawa ia merupakan satu kajia yang menarik dan mencabar. Pengkaji

berpendapat bahawa kajian mengenai homonim dan meronim perlu diteruskan oleh

pengkaji lain.

BIBILIOGRAFI

BUKU

Eury Anthena, 2005. Katakan dengan indah. Selangor: Maju Indah Sdn. Bhd.

Nawi Ismail, Ramihah Sabran, Wahida Abdul Wahid. Bahasa Melayu Tropika Penggal 3

Tingkatan Enam. Cetakan pertama. Selangor : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nawi bin Ismail dan Suzilawati binti Shaary, 2019. Lembaran Praktis Bahasa Melayu

Semester 3. Selangor : Local Publications (m) Sdn. Bhd.

19
Sharifah Nor S.A Rahman dan Dr. D. Kathirasan, 2013. Teks STPM Pra-U Bahasa

Melayu Penggal 3. Johor Bharu : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

KAMUS

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

BAHAN INTERNET

Widjono Hs. 2007. Kuliah Pengembangan Keperibadian Perguruan Tinggi daripada

http://

Kamsany bin Suhaimi. 2012. Homonim (Kesamaan Ejaan Dan Sebutan) daripada

http://tintatualangilmu.blogspot.com.

LAMPIRAN

20
21
22

You might also like