You are on page 1of 1

PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sekolah Pendidikan Juvana terbahagi kepada Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Sekolah-
sekolah ini mempunyai mempunyai empat fasa iaitu Fasa Pembentukan Disiplin, Fasa Pengukuhan
Sahsiah, Fasa Kemahiran dan Fasa Pemasyarakatan. Sekolah ini bertujuan untuk memberi
pendidikan formal serta memperbaiki nilai-nilai murni penghuni agar diterima semula oleh
masyarakat.Terdapat lima buah kelas iaitu kelas 3M,kelas Pra-PMR,kelas PMR,kelas Pra-SPM dan
kelas SPM.Pemilihan aliran pula terbahagi kepada aliran akademik dan aliran kemahiran dan
ditentukan melalui beberapa peringkat saringan. Pelajar di sini juga turut melibatkan diri dalam
badan beruniform untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Sekolah jalinan bimbingan kasih ini antara inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap
keperluan meneruskan usaha memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan sekitar
Kuala Lumpur, antara kumpulan terpinggir di negara ini. Selain itu, murid tercicir dari sistem
persekolahan harian secara berpanjangan kerana kemiskinan, yatim piatu yang tinggal di pusat
jagaan kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kanak-kanak
warganegara yang menghadapi masalah sosial tidak sihat atau mangsa kepada gejala social
merupakan antara syarat kemasukan ke sekolah ini. SBJK ini juga unik kerana satu-satunya sekolah
menyediakan perkhidmatan pendidikan formal dengan modifikasi daripada segi kurikulum dan
'pengoperasian' sekolah bersesuaian dengan keadaan setempat dan sesuai dengan situasi kanak-
kanak jalanan dan terpinggir. Segala kemahiran dirasakan sesuai diwujudkan dan memberi golongan
muda di sini mengasah potensi diri, seperti dalam seni, muzik, masakan dan sebagainya tersedia di
institusi ini.

Sekolah kurang murid pula merupakan sekolah yang mempunyai bilanagan murid kurang daripada
150 orang. Kebiasaan sekolah ini berkeadaan daif, kurang kemudahan, peruntukan dan berada di
pendalaman. Wujud masalah kekurangan guru terlatih dimana guru bukan pengkhususan terpaksa
mengajar pelbagai subjek. Sekolah kurang murid ini mengamalkan pengajaran kelas bercantum dan
kebiasaannya terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya tidak ramai

You might also like