You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA
SEKOLAH

SMK PENRISSEN NO 1

2020
LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK Penrissen telah ditubuhkan pada tahun 1965, dan telah diberi nama
Penrissen Junior Secondary School. Sekolah ini telah dirasmikan oleh En. M.G Dickson
iaitu Menteri Pendidikan Sarawak pada masa itu. Nama "Penrissen" diambil dari nama
kawasan ini dipercayai ialah nama seorang juruukur yang telah menjalankan kerja-kerja
pengukuran kawasan ini pada zaman pemerintahan Rajah Charles Brooke dahulu.

Dari segi bangunan serta bilik darjah, bangunan lama telah digantikan dengan
bangunan baharu dengan siapnya Program Pembinaan Semula Sekolah pada
pertengahan tahun 1999. Antara bangunan-bangunan tersebut ialah Dewan
Serbaguna,Dewan Makan,Dapur, Makmal Sains,Bengkel Kemahiran Hidup,Blok
Kelas,Asrama Perempuan,Bengkel Sains Pertanian,Surau,Kantin,Tandas,Blok
Pentadbiran, Flat Kediaman dan Rumah Pengetua. Kemudahan-kemudahan lain
termasuklah Padang Sukan serta Pagar Pintu Masuk yang baharu.

Pada masa kini,sekolah ini mempunyai seramai 2609 pelajar merangkumi pelajar
Peralihan sehingga Tingkatan 5. Jumlah pelajar yang ramai menyebabkan pihak sekolah
perlu menyediakan bukan sahaja pendidikan yang terbaik bahkan infrastruktur yang
selesa bagi menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.

MATLAMAT PROJEK PENAMBAHBAIKAN

Tujuan mengadakan penambahbaikan pada prasarana sekolah adalah bagi


membolehkan pelajar-pelajar menerima perkhidmatan pendidikan terbaik serta
pengalaman pembelajaran yang selesa sepanjang sesi persekolahan. Selain itu juga,
projek ini bertujuan untuk membolehkan para guru melaksanakan tugas dengan cekap
terutama sekali kerja-kerja pengkeranian selain daripada mendidik pelajar. Tugas-tugas
tersebut seperti mengisi data peperiksaan, kehadiran pelajar, mengisi markah
Pentaksiran Bilik Darjah serta tugas-tugas lain yang melibatkan akademik mahupun
kokurikulum.

Memandangkan sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang ramai serta


keadaan bangunan serta infastruktur sekolah yang agak lama, adalah penting bagi
mencari dana bagi menambahbaik prasarana yang ada kerana bagi hal ini ianya bukan
melibatkan kehendak untuk berasa selesa tetapi melibatkan keperluan pelajar serta
guru agar sesi Pembelajaran dan Pengajaran berjalan dengan lancar.
RASIONAL DAN OBJEKTIF

Program ini adalah untuk :-

A) Penyediaan kerusi dan meja untuk kegunaan pelajar.

B) Penyediaan komputer untuk kegunaan guru di 3(tiga) bilik utama iaitu Bilik
Peperiksaan,Bilik Transit 1 dan Bilik Transit 2.

C) Penyediaan penghawa dingin di bilik kaunseling.

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang tahun.

PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

Kami mengharapkan sumbangan dari wakil rakyat / YB, org perseorangan,pihak


koporat, serta mana – mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi
menjayakan hasrat kami membangunkan, menambah baik serta mengindahkan
sekolah.

PENUTUP

Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangan ini beroleh sokongan dari
semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan serta membaik pulih prasarana
sekolah yang telah uzur serta menambahbaik infrastruktur agar sesi persekolahan
berjalan dengan lebih lancar.

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PENAMBAHBAIKAN PRASARANA SEKOLAH
PENASIHAT
En. William Peter Anak Nojey
(Penolong Kanan Pentadbiran)

En. Razali Bin Jahari


(YDP PIBG SMK Penrissen No. 1)

PENGERUSI
En. Dolley Christ Anak Tagong
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

SETIAUSAHA
Pn. Juliana Matthew Abat

BENDAHARI
En. Celestine Michael Gawan

Disediakan Oleh:- Disahkan Oleh:-

(Pn. Juliana Matthew Abat) (En. Razali Bin Jahari)


Setiausaha YDP PIBG
PIBG SMK Penrissen No. 1 Smk Penrissen No. 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
A. PENYEDIAAN KERUSI DAN MEJA UNTUK KEGUNAAN PELAJAR.
BIL PERALATAN KUANTITI HARGA JUMLAH GAMBAR
SEUNIT
(RM)

1 Kerusi Plastik 300 30.00 9,000.00

2 Meja 300 140.00 42,000.00

JUMLAH 51,000.00

B. PENYEDIAAN KOMPUTER UNTUK KEGUNAAN GURU DI 3(TIGA) BILIK


UTAMA IAITU BILIK PEPERIKSAAN,BILIK TRANSIT 1 DAN BILIK TRANSIT 2.

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM) GAMBAR


SEUNIT (RM)

1 HP All-in-One - 3 1,999.00 5997.00


22-dd0101d
C. PENYEDIAAN PENGHAWA DINGIN DI BILIK KAUNSELING.

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM)

1 Penghawa Dingin 1 1000.00 1000.00


(10,000 BTU)

2 Kerja Pemasangan - 200.00 200.00

JUMLAH 1200.00

Disediakan Oleh :

(PUAN JULIANA MATTHEW ABAT)

Setiausaha PIBG SMK Penrissen No 1

Disahkan Oleh :
(ENCIK RAZALI BIN JAHARI)

YDP PIBG SMK Penrissen No 1

You might also like