You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KECERIAAN SEKOLAH

SK PANGKAL NERING, PULAI CHONDONG

1.0 PENDAHULUAN
Dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, pihak sekolah sewajarnya mewujudkan
persekitaran sekolah yang ceria dan menarik. Pelbagai projek yang boleh dijalankan bagi menceriakan
lagi kawasan sekolah seperti membuat mural di dinding sekolah, menghasilkan taman mini,
menceriakan kawasan bilik darjah dan sebagainya.
Sekolah juga merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah yang
baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana sekolah yang mereka berada
selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.0 MATLAMAT
Projek keceriaan sekolah ini bermatlamat untuk mewujudkan dan menyediakan persekitaran yang
bersih, ceria dan cantik untuk warga sekolah bagi memberikan suasana persekitaran sekolah yang
kondusif.

3.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan objektif – objektif berikut;
i. Untuk menepati ciri-ciri KBAT dan PAK21 yang dapat dijadikan medan belajar sambil bermain
dan didik hibur bagi murid-murid
i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta dijadikan sumber perhatian
terutamanya murid dan juga para tetamu yang mengunjungi ke sekolah ini.

iii. Memotivasikan murid supaya sentiasa seronok ke sekolah dan meningkatkan rasa ingin belajar.

iv. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menceriakan kawasan sekolah dan menyediakan
persekitaran sekolah yang kondusif.
4.0 TARIKH
03, 10, dan 17 Oktober 2020 (Sabtu)

5.0 TEMPAT
Aras Bawah Blok B SK Pangkal Nering, Pulai Chondong

6.0 SKOP KERJA


Menyediakan Medan Permainan Berasaskan KBAT. Penyediaan mural-mural berasaskan permainan
bagi tujuan PdP. Guru-guru mengikut panitia masing-masing menyediakan mural berkonsepkan didik
hibur dan belajar sambil bermain .

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat :

Puan Hajah Zalina bt Husain -(Guru Besar))

Pengerusi :
Puan Hajah Rosidah bt Hamid -(Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengerusi 2 :
En Mohamad Ghazali bin Ghani -(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi :
YM Tuan Mazni bt Tuan Sulaiman -(Penolong Kanan Ko Kurikulum)

Setiausaha :
Tuan Haji Ahmad Khairuddin bin Mohamed -(Setiausaha 3K)

Bendahari :
Puan Siti Ruhaila bt Abd Rahman

Peralatan :
Tuan Haji Azman bin Abdullah

Persegaran :
Pn Wan Zaila bt Wan Abdullah

8.0 JADUAL PELAKSANAAN

BI TARIKH AKTIVITI TINDAKAN


L
1. 01.10.2020 Mesyuarat Jawatankuasa Keceriaan AJK
2. 01.10.2020 Perancangan kertas kerja dan pelan bertindak AJK
3. 03.10.2020 Perjalanan program Semua Guru
4. 10.10.2020 Perjalanan program Semua Guru
5. 17.10.2020 Perjalanan program Semua Guru
9.0 PERALATAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA


1 Cat Jotun 5L Merah 1 RM185.00
2 Cat Jotun 5L Hijau 1 RM185.00
JUMLAH 2 RM370.00

10. Sumber :

i. Yuran Khas (Sukan) - RM370.00

10.0 PENUTUP

Perancangan program di dalam kertas kerja ini adalah untuk memastikan apa yang dirancangkan akan
berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif untuk murid-murid sekolah ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………….. …………………..

(AHMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMED) ( MOHAMAD GHAZALI BIN GHANI)


Setiausaha 3K, Penolong Kanan HEM
SK Pangkal Nering, SK Pangkal Nering

Disahkan oleh :

……………………..

(HJH ZALINA BT HUSAIN)


Guru Besar,
SK Pangkal Nering, Pulai Chondong

You might also like