You are on page 1of 20

011004-12-0960

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir kolej Datuk Pengiran
Galpam khusunya Tuan Haji Hussein Bin Abdul Manaf, selaku pengetua kolej kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada pengkaji untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Raymond Dahlan selaku pensyarah . Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing pengkaji untuk menyempurnakan
kerja kursus ini.
Khas untuk ibu bapa yang tercinta, iaitu Encik Shaharun Bin Siman dan Puan Kolnah
Sarinah Binti Sailan. Jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan
kewangan kepada pengkaji sepanjang masa.
Penghargaan kepada ahli kumpulan pengkaji iaitu Rabiyatul,Natasha,Rabbi dan Shahrul
atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada
semua rakan-rakan sekelas yang sudi memberi tunjuk ajar.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
pengkaji secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

1.O PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru 198, muka surat 304, ekonomi ditakrifkan sebagai
hubungan antara produksi, perdagangan dan wang di suatu wilayah atau negara tertentu.
Ekonomi juga adalah suatu ilmu sosial yang mempelajari tentang kegiatan manusia yang
berkaitan dengan aktiviti pengeluaran, pengedaran, penggunaan barang dan perkhidmatan.
Pengkaji telah membuat kajian di Bandar Kim Fung,Sandakan. Hal ini demikian
kerana, Bandar Kim Fung adalah sebuah bandar yang menjalankan kegiatan ekonomi tertier dan
merupakan salah satu kawasan yang mempunyai banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
penduduk setempat. Seperti contoh, restoran, bengkel, pasar malam, kedai-kedai runcit, dan lain
lain. Bandar Kim Fung telah menjadi tempat tumpuan utama penduduk di Sandakan untuk
menjalankan aktiviti ekonomi serta untuk mendapatkan keperluan harian.
011004-12-0960

Melalui kaedah pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji, terdapat pelbagai isu alam
sekitar fizikal yang dapat diihat di Bandar Kim Fung. Seperti contoh, pencemaran udara. Antara
punca pencemaran tersebut berlaku adalah disebabkan oleh pelepasan asap kenderaan,
pembuangan sampah yang banyak dan lain- lain. Ini telah menyebabkan kawasan Bandar Kim
Fung menjadi kotor serta busuk dan bahaya kepada hidupan sekitarnya.
Isu yang didapati disekitar manusia adalah kekurangan tempat letak kenderaan. Oleh
kerana Bandar Kim Fung terkenal dengan kepelbagaian perdagangan, maka bandar tersebut
menjadi tarikan penduduk setempat malahan pelancong. Oleh itu, tempat letak kenderaan
menjadi selalu sesak dan tidak mencukupi kepada semua orang. Terutamanya pada hari sabtu
kerana hari tersebut, pasar malam akan dibuka. Situasi ini menyebabkan jalan raya dikawasan
Bandar Kim Fung menjadi sesak. Malahan ada pengunjung yang terpaksa mencari tempat letak
kenderaan yang jauh daripada lokasi yang ingin dituju.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


I. Menyusun atur aktiviti ekonomi di Bandar Kim Fung,
II. Mengenalpasti peranan Bandar Kim Fung terhadap penduduk setempat,
III. Mengkaji saling kebergantungan desa-bandar Bandar Kim Fung,
IV. Menyatakan kesan saling kebergantungan desa-bandar terhadap pembangunan
sosioekonomi di Bandar Kim Fung.

3.0 LOKASI BANDAR KIM FUNG


Lokasi kajian yang pengkaji pilih adalah Bandar Kim Fung, Batu 4, Sandakan, Sabah. Kim Fung
adalah pasaran tempatan yang asli yang menunjukkan warna dan kepelbagaian masyarakat ,
ribuan pembeli tempatan dari pelbagai bangsa dan latar belakang memenuhi tempat ini setiap
hujung minggu, menjadikan Kim Fung sebagai salah satu kawasan bandar Sabah yang terbesar.
Bandar ini juga dikenali sebagai destinasi gastronomi kerana pelbagai jenis makanan jalanan
Cina dan Halal (Muslim) dijual di sana. Bandar Kim Fung terletak 7 KM dari Pusat Bandar
Sandakan. Koordinat GPS adalah 5.856307, 118.077304 (Rujuk lampiran *)

3.1 CIRI-CIRI ALAM SEKITAR FIZIKAL BANDAR KIM FUNG, SANDAKAN.


011004-12-0960

Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati terdapat beberapa ciri alam sekitar fizikal di Bandar
Kim Fung, Sandakan. Banyak tumbuhan semulajadi dikawasan bandar tersebut. Contohnya,
pokok-pokok dan bunga-bungaan.

3.2 CIRI-CIRI BUDAYA BANDAR KIM FUNG, SANDAKAN.


Bandar Kim Fung yang terkenal dengan aktiviti ekonomi masyarakat yang pelbagai sudah
semestinya mempunyai banyak ciri-ciri budaya yang dapat diperhatikan oleh pengkaji. Ciri-ciri
tersebut adalah hasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia. Sebagai contoh, kemudahan
asas sepert jejantas, pengangkutan seperti bas dan kereta serta petempatan masyarakat.

3.3 PETA KAWASAN BANDAR KIM FUNG


3.3.1 Peta Daerah Sandakan

Peta 1 : Daerah Sandakan Sabah


Sumber : Google Map

3.3.2 Peta Kawasan Kajian


011004-12-0960

Peta 2 : Lokasi Bandar Kim Fung


Sumber : Google Map
011004-12-0960

4.0 KAEDAH KAJIAN


4.1 Pemerhatian.
Pengkaji telah pergi bersama-sama ahli kumpulan pergi membuat pemerhatian di Bandar Kim
Fung pada tarikh 15 September 2020 pada sekitar jam 3 petang. Pengkaji telah mendapati
beberapa isu manusia dan alam sekitar fizikal di Bandar Kim Fung.

4.1 Rujukan Perpustakaan


Pengkaji telah membuat beberapa rujukan menerusi bahan bacaan di perpustakaan berkenaan
ekonomi serta isu-isu yang ingin dikaji bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.

4.3 Internet.
Pengkaji telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di internet iaitu melayari laman
web untuk melihat peta daerah dan melukis peta lakar dikawasan kajian. Kemudahan internet
jelas mempermudahkan kerja-kerja penulisan ini dijalankan.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Jadual Aktiviti Ekonomi di Bandar Kim Fung,
Bi Jadual Aktiviti Ekonomi Bilangan
l
1 Restoran 29
2 Kedai Runcit/Keperluan asas 8
3 Alat ganti/ Aksesori / Motosikal servis 49
4 Bengkel Kejuruteraan logam 4
5 Perkakas elektrik/elektronik 7
6 Kedai Pakaian 7
7 Kedai Buku/ Alat tulis 2
8 Kedai Jahitan 1
9 Hotel 2
10 Kedai Jam 1
11 Kedai Gunting/ Dandan rambut 7
12 Kedai Kusyen 2
13 Kedai Gambar/ Fotokopi 7
14 Kedai Borong 2
15 Kedai Kecantikan 2
16 Pasar Raya 2
011004-12-0960

17 Kedai Hardware 1
18 Kedai Cermin Mata 2
19 Kedai Sukan 1
20 Kedai Alat muzik 1
21 Pembekal peralatan telaga minyak/servis 2
22 Bengkel Service Kejuruteraan Jentera Berat 15
23 Kedai Alat Telekomunikasi 8
24 Kedai Peralatan Haiwan 1
25 Kedai Keperluan Rumah 3
26 Kedai Hiasan Rumah 2
27 Kedai Ramalan Nombor 2
28 Kedai Penjagaan Diri 4
29 Kedai Daging Beku 2
30 Kedai Haiwan 3
1 Kedai Cuci Kereta 3
2 Dobi 2
3 Kedai Urur 2
4 Kedai Pemadam Api 1
1 Sekolah (Menengah/ Tadika) 2
2 Balai Polis 1
3 Pejabat Pos Mini 1
4 Klinik 2
5 Farmasi 2
6 Bank/ Syarikat Kewangan 3
7 Pasar 1
8 Kedai Siber 1
9 Pejabatan / Khidmat Guaman 4
10 Kontraktor 2
11 Stesen Bas 2
12 Jejantas 1
Jumlah 209

5.1.2 Graf aktiviti ekonomi di Bandar Kim Fung.


011004-12-0960

Graf 1.0 Jenis dan Jumlah Kegiatan Ekonomi


Sumber : Tinjauan kawasan kajian pada 15 September 2020

Graf 1.0 diatas menunjukkan jenis serta jumlah kegiatan ekonomi mengikut jenis di Bandar Kim
Fung, Sandakan. Melalui kajian pengkaji, kegiatan ekonomi yang paling banyk dijalankan di
Bandar Kim Fung adalah sektor perniagaan. Sektor perniagaan mencatatkan sebanyak 179 buah
premis. Contoh perniagaan yang dijalankan kedai runcit, kedai menjahit, kedai peralatan
musik,kedai pakaian dan lain-lain. Perniagaan yang mencatatkan paling tertinggi adalah kedai
alat ganti/ aksesori/motosikal servis iaitu sebanyak 49 buah kedai. Terdapat 29 buah restoran
yang ada di Bandar Kim Fung. Kedai pakaian kanak-kanak dan orang dewasa juga ada disana.
011004-12-0960

5.1.3 Membina Jadual Peranan Bandar Kim Fung Terhadap Penduduk Sekitar.

Bil Jadual Peranan Bandar Kim Fung Peranan


Perniagaan
1 Restoran -menghidangkan makanan dan
minuman kepada para pelanggan
untuk dipesan, dan dimakan (atau
minum) di premis.
2 Kedai Runcit/Keperluan asas -tempat aktiviti jual dan beli
barangan runcit kepada pengguna.
-menjual makanan mentah kering
seperti beras dan tepung, serta
pelbagai barangan keperluan rumah
lain.
3 Alat ganti/ Aksesori / Motosikal servis -Menjual peralatan yang
menggantikan kerosakan pada
motosikal
4 Bengkel Kejuruteraan logam - Membuat papan tanda iklan
5 Perkakas elektrik/elektronik - Menawarkan peralatan elektronik
kepada pengunjung seperti kipas,
periuk elektrik, televisyen dan
sebagainya.
6 Kedai Pakaian - Menyediakan pakaian yang
011004-12-0960

berkualiti
- Menjual pakaian dengan harga
yang berpatutan
7 Kedai Buku/ Alat tulis - Menjual pelbagai alat tulis
- Menjual alat tulis yang berkulialiti
tinggi
- Menyediakan pelbagai buku
berlainan jenis yang dapat dijadikan
keperluan pelanggan tidak mengira
umur.
8 Kedai Jahitan - Mendapat tempahan untuk
memperbaiki sebarang kerosakan
pada baju atau apa-apa fabrik yang
diberi oleh pelanggan.
9 Hotel - Menyediakan bilik mengikut jenis
tempahan yang ditempah pelanggan
10 Kedai Jam - Berniaga pelbagai jenis jam sama
ada jam tangan, jam dinding atau
jam digital dalam kenderaan.
11 Kedai Gunting/ Dandan rambut
-Memberi perkhidmatan terbaik
dalam gunting rambut dan
penggayaan rambut.

-Menjadi perusahaan potong rambut


yang selalu memberikan kepuasan
terhadap pelanggan.

12 Kedai Kusyen - Menjual pelbagai bentuk dan corak


kusyen untuk pelanggan.
13 Kedai Gambar/ Fotokopi - Mencuci gambar, fotokopi gambar
dan mengambil gambar.
14 Kedai Borong - Membekalkan beraneka jenis
barang
011004-12-0960

-Menghantar barang kepada peruncit


-Menyediakan bekalan yang
berterusan
-mempelbagaikan pilihan pengguna
akhir terhadap barang beraneka jenis
yang ada pada peruncit.
15 Kedai Kecantikan - Menjual pelbagai produk
kecantikan
- Memberi nasihat berkenaan
penjagaan diri
-Contohnya, Spa.
16 Pasar Raya -Para peniaga menjual bahan
makanan basah dipasar.
- pasar raya besar sebagai tempat
membeli keperluan.
17 Kedai Hardware -menjual perkakasan rumah untuk
pembaikan rumah termasuk:
pengikat, alat tangan, alat kuasa,
kunci, kunci, engsel, rantai, bekalan
paip, bekalan elektrik, produk
pembersih, dan produk rumput dan
taman terus kepada pengguna untuk
digunakan di rumah atau untuk
perniagaan.
18 Kedai Cermin Mata -memberi perkhidmatan memeriksa
mata para pelanggan yang ingin
mendapatkan cermin mata.
-menjual pelbagai jenis dan bentuk
cermin mata.
19 Kedai Sukan -dibuka agar pelanggan dapat
mendapatkan barangan sukan
bermula dari baju, seluar, kasut,
aksesori sukan serta peralatan sukan
011004-12-0960

khusus.
20 Kedai Alat muzik - Menjual alat muzik
21 Pembekal peralatan telaga -Menjual minyak
minyak/servis
22 Bengkel Service Kejuruteraan Jentera
Berat
23 Kedai Alat Telekomunikasi -Menjual alat telekomunikasi seperti
telefon pintar, komputer riba, kredit
untuk berhubung dan sebagainya.
24 Kedai Peralatan Haiwan - Menawarkan pelbagai produk
haiwan. Contohnya, terdapat kedai
burung di Bandar Kim Fung.Kedai
tersebut menjual makanan, barangan
kecantikan, makanan tambahan,
aksesori, permainan, dan sangkar
khas tetapi turut memberi khidmat
nasihat, perundingan pembelian
mengikut bajet pelanggan serta
tunjuk ajar kepada pemiliknya
25 Kedai Keperluan Rumah - Menawarkan pelbagai keperluan
rumah untuk penduduk. Seperti
contoh, periuk nasi, mesin basuh,
peti sejuk dan sebagainya. Kedai
keperluan rumah ini menjadi antara
tumpuan utama dibandar kerana
barangan yang dijual amat
diperlukan dalam kehidupan
seharian.
26 Kedai Hiasan Rumah - Menjual barang perhiasan rumah
samada dalam saiz besar atau kecil.
Serta cantik dan sesuai dijadikan
perhiasan di rumah. Seperti contoh,
pokok bunga, rak, lampu, bunga dan
011004-12-0960

kayu.
- Menawarkan barangan yang
sememangnya membuat pelanggan
berpuas hati.
27 Kedai Ramalan Nombor - Menjual nombor ramalan.

28 Kedai Penjagaan Diri - Menjual produk penjagaan diri


-Memberi tunjuk ajar kepada
pembeli berkenaan barang yang
dibeli
29 Kedai Daging Beku - Menjual ayam, daging mentah.
30 Kedai Haiwan - Menyediakan keperluan haiwan
peliharaan.
- Contoh: makanan haiwan
Perkhidmatan
1 - Memberi perkhidmatan mencuci
Kedai Cuci Kereta kenderaan.
2 - Menyediakan mesin layan diri
untuk membasuh pakaian dan
Dobi mengeringkan pakaian
3 Kedai Urut - Memberi perkhidmatan mengurut
4 Kedai Pemadam Api - Menjual alat pemadam api
Sosial
1 Sekolah (Menengah/ Tadika) -Mempertingkatkan kecemerlangan
akademik di semua peringkat.
Keutamaan diberi kepada
peningkatan prestasi di samping
melahirkan murid-murid yang
berbakat dalam bidang kurikulum
dan juga ko-kurikulum.
2 Balai Polis - pusat operasi untuk pegawai polis
dan ahli-ahli kakitangan lain.
3 Pejabat Pos Mini - menghantar dan mengutus surat,
poskad atau bungkusan khusus dari
satu tempat ke satu tempat yang lain
011004-12-0960

dalam laluan atau destinasi yang


ditetapkan; melalui suatu sistem
memusatkan semua barangan yang
dihantar dari penduduk kawasan
yang ditadbir.
4 Klinik - suatu kemudahan kesihatan awam
kecil yang ditubuhkan untuk
memberikan rawatan kepada pesakit
luar. Lazimnya klinik hanya
merawat penyakit-penyakit ringan
seperti demam dan sebagainya,
manakala kes-kes yang lebih teruk
dirujuk kepada hospital.
5 Farmasi -tempat kesihatan yang melibatkan
penyediaan, peramuan, penstabilan
pengawetan dan pendispensan ubat-
ubatan serta membekal maklumat
tentang ubat
6 Bank/ Syarikat Kewangan - bertindak seperti satu ejen
pembayaran untuk para pelanggan
dan untuk meminjamkan wang. Ia
adalah sebuah institusi untuk
menerima, menyimpan, dan
pinjaman wang
7 Pasar - tempat jual beli terbuka tradisional
-menjual pelbagi jenis barang
8 Kedai Siber membolehkan pengguna menyewa
komputer bagi melayari internet, di
mana bayaran dikenakan mengikut
jam penggunaan. Kadang-kadang,
kafe siber turut menjual makanan
dan minuman.
9 Pejabatan / Khidmat Guaman -memberi bantuan perundangan dari
011004-12-0960

segi nasihat dan juga bantuan


guaman dalam perkara berkaitan
dengan undang-undang kepada
mereka yang kurang berkemampuan
atau tidak mampu untuk melantik
peguam swasta bagi mewakili
mereka di mahkamah.
10 Kontraktor - Perjanjian diantara kedua pihak
yang memberi keuntungan kepada
kedua pihak tersebut
11 Stesen Bas - Kawasan bas berhenti untuk
mengambil dan menurunkan
penumpang.
12 Jejantas -Memudahkan semua orang
terutamanya kepada pejalan kaki
sampai di Bandar Kim Fung
Jumlah 209
011004-12-0960

5.2 Peranan Bandar Kim Fung Terhadap Penduduk Sekitar

Gambar 1: Sekolah Menengah Yu Yuan


Sumber: Tinjauan Kawasan Kajian
Berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan pengkaji, sekolah tersebut berperanan
sebagai pusat pendidikan kepada masyarakat khususnya yang berumur 13 hingga 17 tahun
kerana ia merupakan sekolah menengah. Disitu, pelajar akan dapat mempelajari ilmu-ilmu yang
bertahap tinggi dari apa yang sudah sedia mereka pelajar diperingkat tadika dan sekolah rendah.
Sekolah menengah ini merupakan peringkat terakhir dan subjek yang dipelajari juga menjadi
lebih ekstrem. Contohnya, Kimia,Biologi dan Matematik Tambahan. Disini bukan sahaja dapat
menambahkan ilmu pengetahuan mereka malahan melatih diri mereka untuk persediaan
menghadapi keadaan yang lebih mencabar ketika sudah dewasa.
011004-12-0960

Gambar 2: Restoran ADZIE


Sumber: Tinjauan Kawasan Kajian

Hasil pemerhatian pengkaji, restoran-restoran merupakan antara titik panas


di Bandar Kim Fung. Restoran tersebut menyediakan pelbagai variasi makanan yang menarik
pelanggan tidak mengira masa. Dengan keunikkan masing-masing, setiap restoran di Bandar
Kim Fung mendapat sokongan hangat penduduk setempat. Contohnya Restoran ADZIE ini
menawarkan pelbagai lauk. Antara menu yang disediakan adalah, udang galah, ayam yang
dimasak pelbagai rasa, sotong, tumbuhan laut dan lain-lain. Kesemua hidangan tersebut
dijadikan dalam bentuk pakej yang menjadi pilihan para pelanggan. Bukan itu sahaja, restoran
juga berperanan menawarkan harga pesanan mengikut kemampuan pelanggan. Restoran juga
berperanan untuk mewujudkan suasana mesra pelanggan kepada para pelanggan iaitu melalui
layanan dan perkhimatan yang cekap.
011004-12-0960

Gambar 3: Farmasi Walgreene


Sumber : Tinjauan Kawasan Kajian
Hasil pemerhatian pengkaji, kemudahan kesihatan juga diantara kemudahan yang ada di Bandar
Kim Fung. Dengan adanya farmasi seperti ini, penduduk yang tinggal disekitar Bandar Kim
Fung tidak perlu lagi membuang masa dan tenaga ke hospital semata-mata untuk mendapatkan
ubat-ubatan. Mereka hanya perlu pergi farmasi di Bandar Kim Fung untuk mendapatkan ubat-
ubatan terutamanya penyakit ringan seperti demam, batuk, selesma dan lain-lain.

Gambar 4 : Jejantas Bandar Kim Fung


Sumber: Tinjauan Kawasan Kajian
Berdasarkan pemerhatian, jejantas dibina untuk memudahkan masyarakat untuk
melintas dan juga bagi memastikan keselamatan pejalan kaki untuk melintas jalan daripada
terpaksa melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang laju. Hal ini kerana, keadaan jalan
011004-12-0960

raya di Bandar Kim Fung sangat sibuk dan banyak kereta yang lalu disitu terutamanya hari-hari
bekerja. Dengan ini, penduduk atau pengunjung diBandar Kim Fung tidak perlu lagi meredah
keadaan jalan raya yang sibuk.

Gambar 5: Pos Mini


Sumber: Tinjauan Kawasan Kajian
Melalui pemerhatian kita dapat lihat daripada papan tanda tersebut tertera “Pos”. Pos Mini ini
bertujuan menghantar dan mengutus surat, poskad atau bungkusan khusus dari satu tempat ke
satu tempat yang lain dalam laluan atau destinasi yang ditetapkan. Ini dapat memudahkan
penduduk setempat untuk menghantar atau mendapatkan barang daripada atau kepada seseorang
yang jauh.

Gambar 6: Quilmony Laundry


Sumber: Tinjauan Kawasan Kajian
011004-12-0960

Dengan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, dobi dapat mengurangkan berlakunya
pembaziran air dan bahan cucian berbanding menggunakan tangan (manual). Dobi juga dapat
membantu penduduk setempat menjimatkan masa dan tenaga mereka. Pengusaha dobi perlu
menyediakan mesin yang berkualiti dan berfungsi dengan baik demi kepuasan hati para
pelanggan. Para pelanggan hanya perlu sedia untuk membayar setiap kemudahan yang
disediakan didalam dobi tersebut.

5.3 Saling Kebergantungan Desa-Bandar di Bandar Kim Fung.


011004-12-0960

You might also like