You are on page 1of 13

PENGAJIAN AM ESEI TADBIR URUS By : Calvin Lin 6BS3

BAIK
APAKAH SKEMA DAN KEHENDAK SOALAN?
Soalan 3 : Wujud beberapa kelemahan dalam
perkhidmatan awam memberi kesan kepada negara.
Kerajaan telah melaksanakan pendekatan mendidik
penjawat awam dalam usaha membina etika kerja yang
berkualiti. Bincangkan.
JAWAPAN
Soalan 3 : Wujud beberapa (kelemahan dalam
perkhidmatan awam memberi kesan kepada negara.)
Kerajaan telah melaksanakan (pendekatan mendidik
penjawat awam dalam usaha membina etika kerja) yang
berkualiti. Bincangkan.

Skema : 3+2/2+3
JAWAPAN
Kehendak soalan
1. Kelemahan dalam perkhidmatan awam memberi kesan
kepada Negara
2. Pendekatan mendidik penjawat awam dalam usaha
membina etika kerja
RANGKA ESEI
Kelemahan dalam perkhidmatan awam memberi kesan kepada Negara
 Menjejaskan dasar pembangunan negara
 Memincangkan pentadbiran dan perundangan
 Menyebabkan tadbir urus negara tidak berfungsi
Pendekatan mendidik penjawat awam dalam usaha membina etika kerja
Mengadakan program penghayatan nilai murni
Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan melalui teladan
PENDAHULUAN
• Masyarakat sekarang banyak yang mengadu tentang kelemahan etika kerja
penjawat awam pada masa kini yang dianggap berada pada tahap
mengecewakan (Isu Semasa).
• Kaedah pendidikan merupakan antara cara yang dikatakan mampu untuk memupuk
etika kerja yang cemerlang dalam kalangan penjawat awam (Fokus Soalan).
ISI 1
 Kelemahan etika kerja boleh menjejaskan dasar pembangunan negara (I.U).
 Jabatan dan organisasi kerajaan adalah agen penyampai maklumat berkaitan
dasar kerajaan (H.1).
 Penjawat awam yang tidak beretika sudah semestinya tidak dapat melaksanakan
dan menyampaikan dasar dengan baik (H.2).
 Rakyat yang tidak mendapat maklumat yang tepat dan kurang faham kehendak
dasar awam akan menjejaskan matlamat kerajaan (H.3).
 Keadaan ini akan menyebabkan banyak dasar negara tidak dapat dilaksanakan
kerana kemerosotan etika dan tidak mendapat kerjasama rakyat (H.4).
ISI 2
 Kelemahan etika kerja juga boleh menyebabkan kepincangkan pentadbiran dan
perundangan (I.U).
 Badan pentadbiran dan kehakiman melibatkan kuasa perundangan berkaitan
keputusan penghukuman pesalah (H.1).
 Misalnya, jika badan kehakiman didapati tidak beretika sudah semestinya akan
menjejaskan imej dan kredibiliti badan pengadilan (H.2).
 Keputusan kehakiman yang dibuat haruslah tidak dipengaruhi oleh mana-mana
pihak dan haruslah telus supaya keadilan dapat terus dipelihara (H.3).
 Jika keputusan yang dibuat badan kehakiman boleh dipertikaikan dan meragukan
secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap
tindakan dan keputusan kerajaan ( H.4).
ISI 3
 Kelemahan etika kerja berikutnya boleh menjejaskan imej Negara (I.U).
 Etika kerja yang tidak bermoral seperti mengamalkan rasuah dan prestasi kerja
yang tidak memuaskan akan menimbulkan perasaan kurang senang hati rakyat
kepada pentadbiran negara ( H.1).
 Misalnya, jika ketirisan banyak berlaku dalam pentadbiran kerajaan maka etika
kerja semua penjawat awam boleh dipertikaikan dan menyebabkan rakyat hilang
keyakinan terhadap tindakan serta keputusan kerajaan (H.2).
 Organisasi awam akan mengalami kemerosotan sambutan rakyat dan pengguna
lebih selesa mengguna perkhidmatan swasta (H.3).
 Kemerosotan integriti penjawat awam akan membangkitkan kemarahan dan orang
ramai tidak yakin kepada kerajaan yang dianggap membazir wang rakyat ( H.4).
ISI 4
Pendekatan mendidik penjawat awam untuk memupuk etika kerja cemerlang ialah
melalui program penghayatan nilai murni (I.U).
 Penghayatan nilai-nilai murni melalui pendidikan boleh memantapkan integriti
penjawat awam (H.1).
 Penghayatan nilai-nilai murni akan menjadi garis panduan kepada penjawat
awam bagi menyelesaikan konflik sama ada di kementerian, jabatan atau agensi-
agensi kerajaan (H.2).
 Penjawat awam hendaklah membudayakan nilai dan etika secara berterusan
seperti ketelusan, akauntabiliti, jujur dan amanah (H.3).
 Nilai-nilai murni penting kerana akan membentuk sikap individu dan menjadi
criteria bagi membina akhlak yang mulia (H.4).
ISI 5
Pendekatan mendidik penjawat awam yang berikutnya ialah dengan mengamalkan
ciri-ciri kepimpinan melalui teladan (I.U).
 Ciri-ciri kepimpinan yang berkesan perlu dihayati dan dicontohi serta diamalkan
oleh anggota kerajaan (H.1).
 Misalnya, ketua jabatan perlu bertanggungjawab dan mecorak budaya sesebuah
organisasi dengan memberi pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan
untuk kebaikan (H.2).
 Ketua Jabatan juga perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh (H.3).
 Misalnya, mesti menunjukkan contoh dan teladan yang baik serta perlu peka dan
sensitif kepada simptom rasuah dalam kalangan kakitangan (H.4).
PENUTUP
o Etika kerja yang cemerlang sangat penting kerana ia mengambarkan ahklak
seseorang (Isu Semasa).
o Amalan etika kerja cemerlang dapat mengelakkan segala bentuk perlakuan
negatif terutamanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa (Non-Isi).
SEKIAN , TERIMA KASIH !
Harap kita dapat belajar sesuatu pada hari ini !
Semoga kita berjaya dalam Pengajian Am
terutamanya esei !

You might also like