You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sebelum merdeka Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu ini merdeka pada

tahun 1957 dan dikenali sebagai Malaysia. Merdeka itu boleh didefinisikan sebagai sebuah

negara itu bebas daripada penjajahan ataupun corak pemerintahan penjajah yang menjajah negara

tersebut pada ketika itu. Tanah Melayu pada ketika dahulu iaitu sebelum kemerdekaan pernah

dijajah oleh beberapa buah negara seperti Portugis, British dan Jepun. Sebelum mencapai

kemerdekaan tentu sekali terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui untuk menuntut

kemerdekaan daripada penjajah. Cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh nasionalis-nasionalis

telah melahirkan sifat nasionalisme dalam diri.

Nasionalisme di Tanah Melayu boleh didefinisikan sebagai satu gerakan yang bersifat

tempatan yang menuju ke arah pembentukan sebuah negara bangsa. 1 Tempatan juga boleh

dikatakan sebagai sesuatu yang lahir dan membesar sebagai satu gerakan yang mengambil kira

segala bentuk, corak, rupa dan unsur-unsur serta isu-isu tempatan yang penting dan ini bermakna

gerakan itu seharusnya berpandukan kepentingan politik tempatan dan bergerak ke arah membina

satu kesatuan sifat tempatan itu sendiri.2 Berdasarkan pernyataan ini apa yang dimaksudkan

dengan nasionalisme itu adalah sesuatu yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh, parti-parti dan

lain-lain untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu itu mempunyai identiti negara

bangsa yang tersendiri dalam aspek perlembagaan, undang-undang, budaya dan sebagainya.

Mereka yang memperjuangkan kemerdekaan ini digelar sebagai nasionalis yang mempunyai

perasaan sangat cinta akan negara mereka sendiri. Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu boleh

dikatakan bermula pada abad ke-19. Kegiatan nasionalisme di Tanah Melayu juga boleh

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu yang pertama ialah kumpulan radikal Melayu atau dikenali

sebagai golongan kiri, kumpulan konservatif atau dikenali sebagai golongan kanan Melayu dan

1
Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, Perlis: Unit Penerbitan Universiti Malaysia Perlis, 2013, hlm.143.
2
Ibid.

1
kumpulan ketiga pula terdiri daripada orang bukan Melayu jadi penentu kepada kumpulan di

atas.3 Tahap perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu itu juga boleh dibahagikan kepada

beberapa tahap iaitu tahap pertama itu bermula dari tahun 1941-1945, tahap kedua pula bermula

dari tahun 1946-1948, tahap ketiga bermula dari tahun 1949-1951, dan tahap keempat bermula

dari tahun 1951-1957.4 Namun apa yang ingin diketengahkan ialah apa yang diusahakan oleh

para nasionalisme ini sehinggakan Tanah Melayu dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957

dan ianya bukanlah hadiah daripada pihak British.

2.0 USAHA GERAKAN NASIONALISME DALAM MEMPERJUANGKAN

KEMERDEKAAN DAN BUKANNYA HADIAH DARIPADA BRITISH

2.1 USAHA TOKOH DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

DATO ONN JA’AFAR

Dato Onn Ja’afar merupakan seorang tokoh yang disegani ramai kerana jasanya yang

banyak menyumbang kepada kemerdekaan. Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit

Gambir, Johor Baharu.5 Dato Onn Ja’afar merupakan seorang tokoh yang mendapat

pendidikan Inggeris dan juga Melayu. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai pentadbiran di

Johor Baharu. Dato Onn Ja’afar ini mula mempunyai sikap anti kepada penjajah dan juga

sikap anti-British sejak daripada beliau ini ditindas oleh pegawai British sejak beliau ini

dinaikkan pangkat sebagai seorang penolong pemungut hasil tanah, pada ketika ini beliau

ditindas dengan ketua jabatannya iaitu orang British yang bernama D.J Campbell.6

Pada peringkat awal Dato Onn telah menentang pelaksanaan Malayan Union yang

diisytiharkan pada 1 April 1946. Malayan Union ini merupakan suatu idea yang

diperkenalkan oleh Sir Edward Gent, dan rancangan ini telah mendapat tentangan yang

sangat kuat daripada orang Melayu. Dato Onn antara pejuang yang menentang Malayan

3
Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, hlm.144.
4
Ibid.
5
Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1993, hlm.19.
6
Ibid.,hlm.20.

2
Union secara habis-habisan dan membangkitkan orang Melayu, raja-raja Melayu juga turut

menentang rancangan tersebut. Hal ini kerana, Malayan Union ini banyak menghilangkan

hak orang Melayu , pertamanya berkaitan dengan raja-raja Melayu yang akan kehilangan

kuasanya dan cara mereka mengambil tandatangan daripada raja-raja Melayu untuk

melaksanakan Malayan Union itu sangat tidak adil kerana mereka telah memeras ugut raja-

raja Melayu dan mendapatkan tandatangan mereka secara kekerasan; kedua orang Melayu

akan menjadi sedikit kerana sistem jus soli iaitu kerakyatan yang sangat longgar dan terbuka

kepada sesiapa sahaja yang ingin memohonnya dan hak mereka sebagai peribumi di Tanah

Melayu juga akan hilang. Dato Onn telah memulakan langkahnya menentang Malayan

Union dengan menulis surat dan mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu untuk

menentang mereka. Antaranya ialah Dato Onn telah meminta pertolongan Sultan Ibrahim

untuk mewarkan kepada semua raja-raja Melayu untuk tidak hadir pada majlis perlantikan

Sir Edward Gent sebagai Gabenor. Tindakan Dato Onn dalam melakukan Kongres 1946

juga mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu. Kesannya, apa yang dilakukan oleh

Dato Onn ini telah membatalkan Malayan Union daripada terjadi dan menggantikan

Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Dato Onn telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 selepas

keluar daripada parti UMNO. Parti yang ditubuhkan oleh Dato Onn merupakan parti yang

berbilang kaum dan parti ini memperjuangkan kemerdekaan serta menyatakan bahawa

Tanah Melayu akan merdeka dalam masa 10 tahun dan Singapura dimasukkan dalam

Persekutuan Tanah Melayu.7 Matlamat IMP di bawah pimpinan Dato Onn ialah beliau ingin

menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pilihan raya bebas

kerajaan tempatan pada tahun 1953 dan mempunyai Dewan Perundangan Persekutuan pada

tahun 1955, menjadikan perkhidmatan awam Tanah Melayu bersifat tempatan bagi

7
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002,
hlm.335.

3
menggantikan pentadbiran penjajah, pelajaran wajib percuma peringkat rendah mulai 1955,

memajukan perkhidmatan masyarakat, bantuan dan jaminan harga keluaran pertanian,

jaminan kepada pekerja dan pembaharuan dalam sistem feudal.8 Namun, matlamat IMP

gagal mendapat sokongan daripada orang Melayu dan pemimpin MCA dan MIC iaitu Tan

Cheng Lock dan E.E.C Thuraisingham serta membawa kekalahan kepada parti ini dalam

pilihan raya 1952 lantas Dato Onn menubuhkan Parti Negara.

Dato Onn telah menubuhkan Parti Negara pada Februari 1954 dan dasar perjuangan Parti

Negara ialah memperjuangkan perpaduan nasional dan raja berperlembagaan serta dari segi

bahasa, parti ini mahukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa
9
rasmi Keahlian Parti Negara dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin memasukinya

termasuk orang bukan Melayu. Tetapi Parti Negara ini juga gagal mendapat tempat di hati

orang Melayu kerana orang Melayu tidak dapat menerima parti yang ahlinya terdiri

daripada pelbagai kaum lantas parti ini gagal dalam pilihan raya negeri 1954 dan pilihan

raya kebangsaan 1955. Usaha Dato Onn merupakan suatu usaha yang sangat bagus kerana

beliau cuba untuk memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu dan mengelakkan

perbalahan antara kaum justeru hasrat Dato Onn ini telah membawa kepada pertubuhan IMP

dan Parti Negara.Walaupun usaha Dato Onn ini gagal tetapi tidak dinafikan bahawa usaha

Dato Onn juga telah mencetuskan idea kepada Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan

parti yang menggabungkan parti politik daripada tiga kaum dan menjadi satu iaitu Parti

Perikatan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Dato Onn juga telah menunjukkan bahawa

gerakan nasionalis yang menyumbang kepada kemerdekaan dan bukannya hadiah daripada

British.

TUNKU ABDUL RAHMAN

8
Ibid.,hlm.336.
9
Ibid.

4
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah atau

dikenali dengan Tunku Abdul Rahman merupakan anak Sultan Abdul Hamid Halim Syah

yang, beliau dilahirkan di Alor Setar Kedah di Istana Pelamin pada 8 Februari 1903. 10 Tunku

Abdul Rahman telah banyak memberikan sumbangan dalam mencapai kemerdekaan di Tanah

Melayu dimana beliau telah membentuk sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Perikatan

yang menggabungkan tiga parti politik dibawahnya iaitu UMNO, MCA dan MIC. Beliau

menjalakan politik serampang dua mata dengan orang Melayu dengan menyatakan sekiranya

orang Melayu dan UMNO masih mahu Tanah Melayu terus menjadi hak milik orang Melayu

beliau akan setegasnya menolak Malayan sebagai setaraf dengan orang Melayu. Beliau juga

pernah menyatakan sekiranya orang Melayu tidak dapat menerima konsep Malayan beliau

juga bersedia untuk membahagikan Tanah Melayu kepada dua bahagian iaitu utara orang

Melayu dan selatan orang Cina.11 Pendekatan politik Tunku Abdul Rahman yang

mengabungkan tiga parti politik perkauman di bawah satu parti lebih dipersetujui British dan

menjadi pilihan penduduk Tanah Melayu. Di dalam UMNO, Tunku Abdul Rahman menjadi

pragmatik dengan menerima dan memberi hak sama rata kepada orang asing demi

mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957.12Salah satu usaha beliau dalam

memperjuangkan kemerdekaan ialah beliau telah mengadakan suatu rundingan bersama Parti

Komunis Malaya(PKM) yang dikenali sebagai Rundingan Baling. Rundingan Baling

diadakan selepas Parti Perikatan di bawah Tunku Abdul Rahman memenangi Pilihan Raya

Persekutuan 1955. Ching Peng iaitu seorang Setiausaha Agung PKM telah menghantar surat

kepada pemimpin-pemimpin parti politik supaya diadakan rundingan antara PKM dengan

pihak kerajaan. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu telah

bersedia untuk berunding dengan mereka dan mengenakan syarat-syarat tertentu untuk

10
Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur, 2005, hlm.4.
11
Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, hlm.164.
12
Ibid.,hlm.168.

5
memberi pengampunan kepada PKM yang banyak melakukan masalah kepada Tanah

Melayu. Rundingan awal telah diadakan antara Chien Tien wakil PKM dengan I.S Waylie

(Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Polis) di Klian Intan sebanyak tiga kali. 13 Rundingan ini telah

membawa kepada perjumpaan di Baling pada 28 Disember 1955, bertempat di Sekolah Jenis

Kebangsaan (Inggeris) Tunku Putera dan wakil-wakil yang menyertai rundingan ini ialah

Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, dan David Marshall manakala wakil daripada PKM

ialah Ching Peng, Chen Tien dan Rashid Mydin. 14 Dalam rundingan ini Tunku Abdul

Rahman telah meminta PKM meletakkan senjata dan keluar dari hutan dan beliau juga

meminta PKM menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu serta beliau mahu PKM

dibubarkan. Rundingan ini berlangsung selama dua hari iatu pada 28 dan 29 Disember 1955

dan rundingan ini membawa kepada kegagalan. Namun Tunku Abdul Rahman menyatakan

bahawa beliau akan memerangi PKM secara habis-habisan dan beliau juga telah

memperhebat kempen ketenteraan bagi memerangi PKM terutamanya di kawasan Johor dan

Perak.15 Tunku Abdul Rahman juga berjanji untuk mempercepatkan kemerdekaan di Tanah

Melayu dan ini menyebabkan PKM kehilangan sokongan dan berundur serta PKM telah

meletakkan senjata secara rasminya pada tahun 1989.16 Usaha-usaha yang dilakukan oleh

Tunku Abdul Rahman jelas menunjukkan bahawa gerakan nasionalis merupakan gerakan

yang menyumbang kepada kemerdekaan dan bukannya hadiah daripada British.

2.2USAHA PARTI POLITIK DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

1. UMNO

Parti-parti politik juga memainkan peranan yang penting dalam menuntut sebuah

kemerdekaan pada ketika itu. Antara parti yang banyak menyumbang dalam mendapatkan

kemerdekaan ialah UMNO atau nama panjangnya ialah United Malays National

13
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm.319.
14
Ibid.,hlm.320.
15
Ibid.,hlm.321.
16
Ibid.,hlm.323.

6
Organization atau nama Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PEKEMBAR). Dahulunya UMNO digelar sebagai UMO iaitu United Malays Organization

pada tahun 1946 hasil daripada Kongres 1946 yang ingin menentang Malayan Union.

Namun, melalui cadangan Za’ba UMO telah bertukar menjadi UMNO dan secara rasminya

ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bagi menggantikan Kongres 1946. UMNO dianggotai oleh

pertubuhan-pertubuhan negeri Melayu dan persatuan-persatuan sosio-ekonomi masyarakat

Melayu.17 Dasar UMNO ialah menentang Malayan Union dan mendesak British agar

mengembalikan semula status quo raja-raja Melayu, negeri Melayu dan rakyat Melayu,

UMNO juga mendesak dasar politik Tanah Melayu untuk orang Melayu dilaksanakan semula

oleh British.18

YDPA UMNO yang pertama ialah Dato Onn Ja’afar. 19 Bermula tahun 1949 UMNO telah

menukar corak politik parti mereka kerana parti mereka sudah menjadi suatu parti yang kuat

kerana berjaya menentang Malayan Union daripada terjadi. Dimana UMNO di bawah

pimpinan Dato Onn Ja’afar ingin menjadikan UMNO sebagai sebuah parti kebangsaan di

Tanah Melayu. Dato Onn juga ingin menjadikan UMNO sebagai sebuah parti politik moden

di mana pemimpin, ketua kepada sistem politik di Tanah Melayu dipimpin oleh orang

Melayu.20 Dato Onn juga ingin menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh

pelbagai kaum, oleh itu Dato Onn telah mengiktiraf orang dagang yang bukan orang Melayu

dan ingin membuka keahlian UMNO daripada ahli bersekutu kepada orang bukan Melayu. 21

Namun pada ketika ini orang bukan Melayu hanya dapat hadir dan melihat mesyuarat-

mesyuarat yang diadakan oleh UMNO dan tidak dibenarkan mengundi. Tetapi pada 10 Jun

1951 Dato Onn sekali lagi mencadangkan bahawa UMNO ini dibuka sepenuhnya kepada

17
Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957,hlm.150.
18
Ibid.
19
Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan 1945-1951, Kelantan: Mohd. Nawi Book Store Stadium Sultan
Mohd. IV, 1978, hlm.36.
20
Ramlah Adam,Gerakan Politik Melayu 1945-1957,hlm.158.
21
Ibid.

7
orang bukan Melayu sebagai ahli biasa kerana Dato Onn ingin menjadikan UMNO itu

sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh pelbagai kaum dan bangsa demi menuntut

kemerdekaan daripada British.22 Dato Onn juga telah mengubah cogan kata UMNO daripada

‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’ dan kerana itu keanggotaan daripada setiap kaum

diperlukan bagi menuntut sebuah kemerdekaan kerana pada ketika itu kaum Cina dan India

juga sudah ramai serta sokongan daripada mereka dalam menuntut kemerdekaan sangat

diperlukan. Namun cadanga Dato Onn ini telah ditolak dan beliau telah meletak jawatan

sebagai YDPA UMNO dan menubuhkan IMP. Selepas Dato Onn meninggalkan UMNO,

jawatannya diambil oleh Tunku Abdul Rahman. Ketika beliau berada dalam UMNO banyak

usaha ataupun pembaharuan yang dilakukan oleh beliau dalam UMNO. Beliau telah

memperkenalkan konsep Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berdasarkan kepada

“struktur layan”23 Pendekatan politik yang ditekankan oleh Tunku Abdul Rahman ini telah

menjadikan UMNO, MIC dan MCA sebagai politik yang sama rata dalam parti Perikatan

telah membolehkan parti gabungan ini dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan

beliau juga meneruskan dasar “Tanah Melayu untuk Melayu”. 24 Tunku Abdul Rahman telah

menjalankan dasar politik serampang dua mata dengan orang Melayu, bagi orang Melayu dan

UMNO yang masih mahu Tanah Melayu terus menjadi milik orang Melayu beliau telah

menunjukkam dasarnya yang tegas menolak Malayan sebagai setaraf dengan orang Melayu. 25

Beliau telah menggabungkan MIC,MCA dan UMNO dibawah satu parti yang sama iaitu Parti

Perikatan. Pada pendapat beliau Parti Perikatan ini lebih diterima kerana beliau tidak

mencampurkan orang bukan Melayu dengan Melayu di bawah satu parti politik yang sama

tetapi hanya menggabungkan sahaja parti-parti politik perkauman ini di bawah satu parti yang

sama iaitu Parti Perikatan. Tidak seperti Dato Onn yang membuka UMNO kepada semua

22
Ibid.,hlm.159.
23
Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, hlm.162.
24
Ibid.,hlm.163.
25
Ibid.,hlm.164.

8
kaum dan ini tidak diterima oleh orang Melayu. Usaha Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman

di dalam UMNO menunjukkan bahawa gerakan nasionalis yang menyumbang kepada

kemerdekaan dan bukannya hadiah daripada British.

2. PARTI PERIKATAN

Parti Perikatan merupakan sebuah parti yang ditubuhkan disebabkan kemenangan UMNO-

MCA di dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dan kemenangan ini

telah memaksa Tunku Abdul Rahman bergabung dengan parti-parti politik kaum lain. 26 Parti

Perikatan ini merupakan sebuah parti yang telah dipersetujui British dan parti ini telah

bergabung secara rasmi pada pertengahan 1953 dan kemasukan MIC pada tahun 1954 telah

menjadikan parti ini sebagai sebuah parti yang sempurna serta lebih diterima oleh rakyat.

Parti Perikatan merupakan sebuah parti yang cuba menuntut kemerdekaan daripada British.

Sewaktu UMNO-MCA menyertai Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur mereka

telah memenangi 9 daripada 12 kerusi dan seterusnya mereka ini telah meluaskan

kerjasamanya ke daerah-darah lain dan menyertai pilihan raya, ketika ini Parti Perikatan

memenangi 26 daripada 37 kerusi seterusnya pada tahun 1953 Perikatan memenangi 226

kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. 27 Hal ini dikatakan Parti Perikatan ini

menang besar disebabkan kerjasama antara parti ini baik. Langkah Parti Perikatan yang dikira

penting adalah pada tahun 1953,dimana mereka telah mendesak British supaya diadakan

pilihan raya kebangsaan. Langkah ini memperlihatkan Tunku Abdul Rahman telah

berbincang dengan pemimpin MCA tentang pilihan raya tersebut dan telah menganjurkan

satu kongres kebangsaan pada bulan Ogos 1953 dan kongres ini juga dihadiri oleh PAS,PMU

dan sebagainya.28 Kongres ini telah mendesak supaya British mengadakan pilihan raya

kebangsaan secepatnya. Seterusnya pada tahun 1954, Parti Perikatan telah pergi ke London

untuk bertemu dengan Setiausaha Negara Tanah Jajahan iaitu Oliver Lyttelton bagi
26
Ibid.,hlm.166.
27
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm.337.
28
Ibid.

9
membincangkan isu pilihan raya ini. Untuk memastikan pihak British bersetuju dengan

pilihan raya kebangsaan yang akan diadakan, Perikatan telah menggugut British dengan

menyatakan bahawa mereka akan menarik balik seluruh perwakilannya dalam Majlis

Mesyuarat Persekutuan, negeri, tempatan, bandaran dan semua badan kerajaan dan ini

melibatkan 600 ahli UMNO dan 400 ahli MCA. 29 Berikutan dengan ugutan oleh Perikatan ini

telah menyebabkan pihak British memenuhi tuntutan Parti Perikatan.

2.3 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

1) SISTEM AHLI

Usaha ke arah menuntut negara berkerajaan sendiri telah diusahakan sejak Persekutuan

1948 lagi dan ini terbukti apabila adanya parti-parti yang berusaha untuk menuntut

kemerdekaan seperti Parti Perikatan dan terdapat juga pilihan-pilihan raya yang diadakan di

Tanah Melayu bagi melatih pemimpin-pemimpin untuk mentadbir kerajaan seperti Pilihan

Raya Majlis Bandaran Pulau Pinang (1951) dan Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala

Lumpur (1952). Seterusnya British juga telah mencadangkan penubuhan Sistem Ahli pada

tahun 1951 sebagai salah satu latihan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Sistem

Ahli merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang bertanggungjawab ke

atas jabatan-jabatan dan kerajaan dan pada tahun 1952 ahli-ahli yang berada di dalam

Sistem Ahli ini dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat bagi melatih mereka dalam

bahagian eksekutif perundangan.30 Tujuh jabatan telah diwujudkan pada ketika itu iaitu Hal

Ehwal Dalam Negeri diwakili oleh Dato Onn, Pertanian dan Perhutanan diwakili oleh

Tunku Yaakob bin Sultan Abdul Hamid, Pelajaran diwakili oleh E.E.C Thuraisingham,

Kesihatan diwakili oleh Dr. Lee Tiang Keng, Pengangkutan diwakili oleh Kolonel H.S Lee,

Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar diwakili Datuk Nik Ahmad Kamil bin Hj. Nik

29
Ibid.
30
Ibid.,hlm.342.

10
Mahmud dan Tanah, Perlombongan dan Perhubungan diwakili oleh Datuk Mahmud bin

Mat.31

2) PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955

Pilihan raya ini juga dikenali sebagai pilihan raya umum. Pilihan raya ini telah diadakan

pada tahun 1955. Pilihan raya ini telah disertai oleh Parti Perikatan, PAS, Parti Negara dan

sebagainya. Sewaktu pilihan raya ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada

52 kerusi yang dipertandingkan.32 Melalui pilihan raya ini juga, Tunku Abdul Rahman telah

membentuk kabinet dan beliau sendiri telah menjadi Ketua Menteri dan kabinet dianggotai

oleh beberapa tokoh seperti Dato’ Abd Hussain, Dato’ Sulaiman Abd Rahman, Dr Ismail,

Kol H.S. Lee, Sardon Jubir, V.T. Sambanthan, Leong Yew Koh, Ong Yoke Lin dan Abd

Aziz Ishak.33 Parti Perikatan memenangi pilihan raya ini juga disebabkan beberapa

manifesto yang telah dijanjikan iaitu antaranya ialah berusaha mencapai kemerdekaan

dalam masa empat tahun, menjadikan perkhidmatan awam bercorak tanah Melayu,

penubuhan sekolah kebangsaan, melindungi kedudukan raja-raja sebagai ketua

berperlembagaan, menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera dan bahasa

Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun.34

3) RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Sewaktu Pilihan Raya Persekutuan 1995 Parti Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul

Rahman telah menang dan membuat beberapa manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.

Melalui manifesto, Perikatan menyatakan untuk mencapai kemerdekaan dalam masa empat

tahun. Perikatan telah memulakan langkahnya untuk memenuhi manifesto ini dengan

melakukan rundingan kemerdekaan dengan British pada tahun 1956 di London. Wakil-

wakil Tanah Melayu iaitu 4 daripada perikatan dan 4 wakil daripada sultan telah pergi ke

31
Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2009, hlm.72.
32
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm.341.
33
Ibid.
34
Ibid.

11
London. Semua wakil Tanah Melayu memberi kata sepakat untuk mendapatkan

kemerdekaan dan pihak British telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan tetapi

terdapat beberapa perkara yang perlu dipersetujui oleh Perikatan. Perikatan perlu bersetuju

dimana Pesuruhjaya Tinggi mesti bertindak mengikut nasihat Majlis Kerja kecuali berkaitan

dengan dalam hal luar dan pertahanan luar; kedua Menteri-menteri di Tanah Melayu akan

mengambil alih Kementerian Pertahanan dan Keselamatan, Kewangan serta Perdagangan

dan Industri; ketiga kerajaan yang dibentuk berdasarkan demokrasi berparlimen akan

menyertai Komanwel; keempat kuasa dalam hal ehwal pemerintahan dan kewangan akan

diserahkan kepada Tanah Melayu dan seterusnya kerajaan British akan memberikan

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

4) SURUHANYA REID

Suruhanjaya Reid merupakan satu perlembagaan yang dibentuk untuk mengesyorkan dan

menyusun Perlembagaan Persukutuan. Suruhanjaya ini dibentuk pada Mac 1956 dan

diketuai oleh Lord Reid.35Antara perkara yang berada di dalam Suruhanjaya Reid adalah

pembentukan kerajaan pusat yang kukuh, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu,

kedudukan istimewa raja-raja Melayu, perlantikan seorang ketua negara berpelembagaan,

pengekalan hak istimewa orang Melayu tetapi tidak menafikan hak kaum lain dan untuk

mewujudkan satu rupa bangsa.36

5) PERLEMBAGAAN

Selepas Suruhanjaya Reid diadakan, Perlembagaan telah dibentuk. Perlembagaan ini

merupakan suatu perkara yang bersifat parlimen dan menyerupai sistem perlembagaan

British. Beberapa ciri penting yang terdapat dalam Perlembagaan adalah Ketua Negara

bukan politik dinamakan Yang di-Pertuan Agong, Badan Perundanngan terdiri daripada dua

dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan

35
Ibid.,hlm.343.
36
Ibid.

12
badan kehakiman yang bebas, Kedudukan istimewa orang Melayu berasaskan Perkara 153

dan kepentingan sah kaum lain dan ditetapkan satu kerakyatan atas alasan kelahiran atau

memenuhi keperluan-keperluan kediaman, bahasa dan ikrar taat setia.37

6) PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MERDEKA

Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957. Selepas

kemerdekaan telah dicapai, Parti Perikatan merupakan parti yang memerintah Tanah

Melayu dan bersedia untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang kuat dan stabil.

Penyatuan antara kaum juga cuba dirapatkan melalui sistem pelajaran kebangsaan dan telah

membentuk suatu jawatankuasa seperti Laporan Jawatan Kuasa Pelajaran 1956 bagi

mengkaji hal yang berkaitan dengan pendidikan serta berusaha untuk memupuk semangat

cinta akan kaum lain melalui pelajaran.38

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh gerakan nasionalis untuk mencapai

kemerdekaan adalah berjaya dan sehingga sekarang nama mereka kekal di hati setiap rakyat kerana

mereka semua Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka serta menjadi negara yang

berkerajaan sendiri tanpa dipengaruhi dengan mana-mana ideologi. Tanah Melayu juga telah

bertukar nama menjadi negara yang digelar sebagai Malaysia yang mempunyai perlembagaan dan

undang-undang sendiri serta budaya yang unik kerana Malaysia kini merupakan negara yang terdiri

daripada pelbagai bilang kaum. Usaha-usaha yang dilakukan oleh gerakan nasionalis ini adalah

sangat ikhlas dan tidak mementingkan apa-apa selain daripada mendapat kemerdekaan dan bebas

daripada penjajah. Berdasarkan usaha yang dilakukan oleh gerakan nasionalis jelas menunjukkan

37
Ibid.,hlm.344.
38
Ibid.

13
bahawa gerakan nasionalis Tanah Melayu yang menyumbang kepada kemerdekaan dan bukannya

hadiah daripada British.

14

You might also like