You are on page 1of 10

SMK ST THERESA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM BAHARU 2020


EKONOMI PENGGAL 2
944/2
MASA :DUA JAM

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan .

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C . Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan di kertas test pad sekolah . Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul kepada dua tempat perpuluhan.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH

PN TEE GEOK LAN ENCIK AZMI BIN MAT ISA


PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
BAHAGIAN A
[20 markah]
Jawab semua soalan
1. Yang berikut merupakan dasar sebelah penawaran kecuali
A. Galakan untuk melakukan penyelidikan
B. Menurunkan cukai pendapatan korporat
C. Mengurangkan cukai pendapatan individu
D. Pengecualian cukai ke atas pelaburan langsung asing

2. Berikut menerangkan konsep tenaga buruh kecuali


A. Para guru yang bersara tetapi memohon untuk menjadi guru kontrak.
B. Mahasiswa dan mahasiswi lepasan universiti yang sedang mencari pekerjaan
C. Golongan suri rumah yang hendak menceburi pasaran buruh setelah suami meninggal dunia
D. Pelajar lepasan STPM yang sedang menunggu kemasukan ke universiti

3. Jadual di bawah menunjukkan data bagi jumlah tenaga buruh dan jumlah penduduk sebuah
negara pada suatu tahun tertentu.
Tahun Bilangan (juta orang)
Jumlah penduduk 30.5
Jumlah tenaga buruh 14.2
Jika kadar pengangguran ialah 3.5%, berapakah jumlah guna tenaga pada tahun tersebut

A. 13.70 juta orang B. 13.85 juta orang C. 10.48juta orang D. 15.50 juta orang

4. Yang manakah merupakan barang perantaraan?


A. Kulit yang dibeli oleh tukang kasut C. Baju yang dibeli oleh pelajar
B. Petroleum yang dieksport D. Gula yang dibeli untuk kegunaan sendiri

5. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi
Butiran Nilai(RM juta)
Eksport 100
Import 70
Perbelanjaan kerajaan 636
Pelaburan swasta kasar 468
Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2682
Keluaran Negara Kasar 4204
Berapakah peratus pendapatan faktor bersih luar negeri terhadap Keluaran Dalam Negeri
Kasar?
A. 5.9% B.6.27% C.9.23% D. 10.16%

6. Masalah inflasi dapat diatasi melalui langkah-langkah kerajaan yang berikut kecuali
A. Penjualan surat jaminan kerajaan di pasaran
B. Pembelian surat jaminan kerajaan di pasaran
C. Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi
D. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan cukai
7. Pelaburan akan meningkat sekiranya bank pusat
A. Membeli sekuiriti kerajaan C. mengetatkan kawalan kredit terpilih
B. Meningkatkan nisbah rizab berkanun D. meningkatkan kadar bunga semalaman

8. Jika ekonomi mengalami perangkap kecairan, pertambahan penawaran wang akan


menyebabkan
A. Pendapatan negara meningkat dan harga menurun
B. Kadar bunga , pendapatan negara dan harga tidak berubah
C. Harga meningkat, pendapatan negara turn dan kadar bunga turun
D. Kadar bunga turun, pelaburan meningkat dan pendapatan negara meningkat

9. Jadual di bawah menunjukkan data indeks harga pengguna hingga tahun 2013 bagi sebuah
ekonomi
Tahun Indeks harga pengguna
2012 100.0
2013 102.4
2014 106.6
Pernyataan manakah yang benar tentang jadual di atas?
A. Kadar inflasi meningkat daripada 2.40% kepada 4.10%
B. Kadar inflasi meningkat daripada 2.40% kepada 6.60%
C. Nilai wang menurun sebanyak 2.3% pada tahun 2013
D. Nilai wang menurun sebanyak 4.1% pada tahun 2014

10. Jadual menunjukkan data pendapatan sebuah negara


.
Butiran RM juta
Pelaburan 90
Perbelanjaan kerajaan 50
Cukai 25
Pendapatan negara potensi 750

Jika fungsi penggunaan adalah C= 200 + 0.6 Yd, berapakah nilai jurang KNK?
A. RM 5.50juta B. RM 43.50juta C. RM 62.50juta D. RM137.50juta

11. Jadual menunjukkan kedudukan deposit semasa dan pinjaman dalam sistem banyak bank bagi
sebuah ekonomi.
Bank Deposit Semasa(RM juta) Pinjaman(RM juta)
A 200 160
B 160 128
Bank –bank lain ?
Berapakah jumlah deposit yang dapat dicipta oleh bank-bank lain?
A. RM 200 juta B. RM 400 juta C. RM 520 juta D. RM 640 juta
12. Jadual di bawah menunjukkan penawaran wang, tingkat harga dan jumlah urus niaga dalam
sebuah ekonomi.
Tahun Penawaran wang Tingkat harga(RM) Jumlah urus niaga
(RM juta) (juta unit)
2015 30.4 11 11.5
2016 33.7 15 12.6
2017 32.5 13 11.7
Berdasarkan Teori Kuantiti Wang, berapakah purata halaju pusingan wang antara tahun 2015
hingga 2017
A. 4.16 B.4.68 C. 4.82 D.5.64

13. Menurut Teori Keutamaan Keynes, kesan perubahan penawaran wang terhadap ekonomi
bermula dengan perubahan
A. Pelaburan B. Nilai wang C. Kadar bunga D. Tingkat harga

14. Suntikan/ bocoran (RMjuta)

S+T
500 I+G

0 Pendapatan (RM juta)

-160 640 Y0

Rajah di atas menunjukkan fungsi suntikan I + G dan fungsi bocoran, S +T dalam ekonomi tiga
sektor.Berapakah nilai pendapatan negara Y0
A. RM 660 juta B. RM 1360 juta C. RM 2640 juta D. RM 4500 juta

15 Harga
AS

P0

P1 AD0
AD1

Pendapatan negara
0 Y1 Y0
Pengurangan keseimbangan pendapatan negara daripada OY 0 kepada OY1disebabkan oleh
A. Kejatuhan harga input C. peningkatan cukai pendapatan
B. Pengurangan produktiviti D. pengurangan kadar bunga

16. Nilai pengganda pendapatan negara semakin besar apabila


A. kecenderungan menabung sut menghampiri satu
B. kecenderungan mengguna sut menghampiri satu
C. kecenderungan menabung purata menghampiri satu
D .kecenderungan mengguna purata menghampiri satu
17.Jadual berikut menunjukkan penawaran wang dalam sebuah ekonomi bagi tempoh dua tahun
Penawaran Wang 2015(RMjuta) 2016(RM juta)
Mata wang dalam edaran 8 000 10 000
Deposit Semasa 22 000 26 000
Separa wang 48 000 52 000
Kira kadar perubahan nilai M1 dalam ekonomi tersebut.
A. 25% B. 20% C 12.8% D. 8.33%

18.Jadual di bawah menunjukkan kombinasi kereta dan televisyen bagi Negara X dan Negara Y
yang menggunakan kuantiti faktor yang sama

Kereta(Unit) Televisyen(unit)
Negara X 100 200
Negara Y 90 150
Yang manakah pernyataan yang benar tentang jadual di atas
A. Negara X akan mengimport kereta daripada negara Y
B. Negara Y akan mengkhusus dalam pengeluaran televisyen
C. Kos lepas mengeluarkan satu unit kereta di negara Y ialah 1.0 unit televisyen
D. Kos lepas mengeluarkan satu unit televisyen di negara X ialah 1.25 unit kereta

19. Keluk permintaan terhadap Yen Jepun beralih ke kanan disebabkan oleh faktor yang berikut kecuali
A. Kesan inflasi yang wujud di Malaysia
B. Kenaikan tingkat harga bagi barang yang dieksport ke Jepun
C. Peningkatan jumlah import barangan oleh penduduk Malaysia dari Jepun
D. Peningkatan cita rasa penduduk Malaysia terhadap barangan yang diimport dari Jepun

20. Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran sebuah negara pada tahun 2014 dan
2015.
Butiran Jumlah (RM juta)
2014 2015
Eksport barangan 644 864 637 683
Import barangan 531 835 541 131
Perkhidmatan -8 542 -9 592
Pendapatan primer -35 841 -33 975
Pendapatan sekunder -18 469 -17 498
Akaun kewangan -23 014 -20 216
Akaun modal 241 - 15
Kesilapan dan ketinggalan -23 251 -605

Pernyataan manakah yang benar tentang imbangan pembayaran di atas?


A. Rizab pertukaran asing semakin berkurang
B. Lebihan akaun semasa yang meningkat
C. Imbangan perkhidmatan mengalami peningkatan
D. Lebihan akaun dagangan semakin berkurang
BAHAGIAN B.
[40 MARKAH]
Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan perkaitan antara


(i) Inflasi dan kadar inflasi [2]
(ii) Pertumbuhan ekonomi dan kadar pertumbuhan ekonomi [2]
(b) Mengapakah sesebuah negara sentiasa ingin meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
mereka? [6]

22.(a)Terangkan maksud pendapatan faktor bersih luar negeri. [2]


(b)Terangkan hubungan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) dengan Keluaran Negara
Kasar(KNK). [2]
(c)Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan nilai KNK sesebuah negara lebih besar daripada
KDNK. [6]

23 (a) Apakah maksud bocoran dalam konteks aliran pusingan pendapatan negara. [1]
(b) Nyatakan komponen-komponen bocoran dalam sebuah ekonomi terbuka. [2]
(c) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran , terangkan kesan terhadap
keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor jika kerajaan mengurangkan
cukai keuntungan syarikat. [7]

24. (a) Terangkan bagaimana kadar bunga semalaman dapat meningkatkan penawaran wang. [ 4 ]
(b) Berdasarkan teori Kewangan Keynes dan rajah yang sesuai ,terangkan bagaimana permintaan
wang dapat mempengaruhi kadar bunga. [6]

25 (a) Takrifkan kadar pertukaran asing [2]


(b) Berbantukan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan terhadap kadar pertukaran apabila
(i) import negara bertambah [4]
(ii) kemasukan pelaburan asing ke dalam negara berkurangan [4]

26. (a) Apakah perbezaan antara tarif dengan kuota? [4]


(b) Terangkan tiga langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membaiki defisit dalam
imbangan pembayaran. [6]

.
BAHAGIAN C
[20 MARKAH]
Jawab dua soalan sahaja

27. .Maklumat di bawah ini menunjukkan maklumat pendapatan negara bagi sesebuah ekonomi
tertutup.
Tabungan S= -200 +0.2 Yd
Cukai T= 50
Pelaburan I = 100
Perbelanjaan kerajaan G=150
Semua nilai dalam RM juta
(a) Nyatakan fungsi tabungan dan fungsi penggunaan dalam sebutan Y. [2]

(b) Hitungkan :
( i ) Tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]
( ii) Jumlah penggunaan pada tingkat keseimbangan [1]
(iii )Peratus sumbangan penggunaan terhadap pendapatan negara. [2]

(c ) Jika cukai meningkat sebanyak RM 30 juta,hitung


(i) perubahan perbelanjaan penggunaan [1]
(ii) perubahan pendapatan negara [1]
(iii)keseimbangan pendapatan negara baharu. [1]

28. Bank A telah menerima deposit semasa sebanyak RM 60000. Andaikan nisbah rizab tunai ialah
20% dan semua lebihan rizab dipinjamkan.

(a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah rizab tunai? [1]

(ii)Hitungkan pengganda wang [1]

(b)Tunjukkan kunci kira-kira Bank A . [2]

(c)Hitungkan tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan oleh ekonomi itu. [2]

(d)Andaikan berlaku bocoran tunai sebanyak RM 8000 pada peringkat kedua penciptaan kredit,
hitungkan perbezaan jumlah pinjaman berbanding dengan jumlah pinjaman yang sepatutnya.
Jelaskan. [2]

(e)Nyatakan dua faktor yang menghalang proses penciptaan kredit [2]


29. Rajah di bawah menunjukkan kesan tarif terhadap pasaran sesuatu barang.
Harga(RM)

Sd

45

30 ST

25 Sw

Dd

50 60 85 100 120 Kuantiti(ribu unit)


Keluk Dd dan Sd masing-masing merupakan keluk permintaan domestik dan keluk penawaran
domestik . Keluk Sw merupakan keluk penawaran dunia selepas perdagangan antarabangsa
manakala keluk ST merupakan keluk penawaran dunia selepas tarif .
(a) Apakah yang dimaksudkakn dengan tarif? [1]

(b) Tentukan perbelanjaan barang yang diimport sebelum dan selepas tarif dikenakan [3]

(c) Nyatakan keluaran domestik sebelum dan selepas tarif dikenakan dan seterusnya hitungkan
kadar kenaikan keluaran domestik sebelum dan selepas tarif dikenaka . [4]

(d) Hitung jumlah hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada barang import. [2]

SOALAN TAMAT
SELAMAT MENCUBA
Suntikan/ bocoran S + T =-25 + 0.2Y

15 I+G
0 Pendapatan (RM juta)

200 350

Sekiranya pendapatan negaa guna tenaga penuh ialah RM 350juta, maka lompang deflasi
negara tersebut ialah
A. RM 15 juta B. RM 25 juta C. RM 30 juta D. RM 40 juta

You might also like