You are on page 1of 2

Persatuan Badminton,

PISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK SJKC),

Ambilan Jun 2019 Semester 2,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,

27200 Kuala Lipis, Pahang.

Ketua Unit Kokurikulum, No Tel: 09- 3123000

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Tarikh: 17 Febuari


2020

27200 Kuala Lipis, Pahang.

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN GIMNASIUM DAN MEMINJAM PERALATAN SUKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas saya rujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Badminton PISMP Pendidikan Awal


Kanak-Kanak (PAKK SJKC) Ambilan Jun 2019 Semester 2 akan menganjurkan
Pertandingan Badminton (Beregu Campuran) Tertutup Peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan Tahun 2020 pada 28 Mac 2020 (Sabtu) hingga 29 Mac
2020 (Ahad) bermula pada pukul 8.00 pagi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran tuan untuk
menggunakan gimnasium dan peralatan sukan bagi tujuan melancarkan pertandingan
tersebut. Peralatan sukan yang akan dipinjam seperti berikut:

Bil Peralatan Kuantiti


1. Jaring badminton 1
2. Tiang badminton 2
3. Meja 6
4. Kerusi 10
5. Papan permarkahan 2
6. Loceng servis 1

4. Kami berharap pemohonan kami akan dipertimbangkan daripada pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

( SUSIE KONG LI MAY )

Setiausaha,

Persatuan Badminton,

PISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK SJKC) Ambilan Jun 2019 Semester 2,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,

27200 Kuala Lipis, Pahang.

s.k

1. Penolong Ketua Unit Kokurikulum

2. HEP

You might also like