Professional Documents
Culture Documents
Perspektif Sosiologi Dalam Fungsi Sosial PDF
Perspektif Sosiologi Dalam Fungsi Sosial PDF
Pendahuluan
Sebagai satu lanjutan daripada proses sosialisasi, sistem pendidikan berperanan menyediakan
generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks
menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21
adalah jelas sekali. Kementerian Pelajaran telah menyusun dan merancang untuk
memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Oleh yang
demikian, masyarakat moden menuntut supaya semua ahli sains sosial menyumbangkan
pengetahuan dan kepakaran mereka sebagai perkhidmatan kepada masyarakat khususnya
dalam pendidikan. Ahli sosiologi mungkin tidak selalunya lapang menolong menyelesaikan
masalah sosial, tetapi atas dasar keperluan semasa yang amat penting, mereka semakin
terlibat. Dalam proses itu, mereka mula memperoleh keyakinan pada pembaikan pemikiran
sosiologi dan kemahiran mengumpul maklumat yang berkaitan.
Satu daripada bidang yang menggambarkan perkembangan keyakinan ini ialah sosiologi
pendidikan . Dalam dekad terakhir ini, ahli sosiologi mula memainkan peranan dalam sistem
pentadbiran berkanun sebagai perunding, pentadbir dan pengkaji. Perubahan yang kecil pada
sikap ahli sosiologi ke atas pendidikan sememangnya mendatangkan kesan yang positif.
Sebaliknya dengan melihat sebagai bentuk perbelanjaan kebangsaan, kita memikirkann kesan
positif ini sebagai satu bentuk keuntungan kewangan pelaburan modal. Sebahagian daripada
kesannya, pendidikan dilihat sebagai satu cara bagi melahirkan bakat baru untuk
pembangunan negara.
Perspektif Sosiologi
Sosiologi ialah disiplin sains masyarakat manusia. Sosiologi ialah satu kajian yang sistematik
terhadap pengaruh hubungan sosial ke atas tingkah laku dan sikap manusia serta bagaimana
sesuatu masyarakat itu mengalami perubahan.untuk memahami kehidupan di dunia. Sosiologi,
seperti juga psikologi, biologi, antropologi, astronomi, matematik dan ilmu kemanusiaan,
memberi satu gambaran yang jelas tentang apa yang kita lakukan. Oleh itu, sosiologi mengkaji
interaksi, stratifikasi sosial ( peranan, pangkat dan kelas) dan sosialisasi masyarakat. Terdapat
5 aras dalam mengkaji kehidupan sosial berdasarkan sosiologi seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 1 di bawah:
37
Sosiologi Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010
Sosiologi adalah satu perspektif akademik yang mengkaji masyarakat mengenai sosial,
institusi, dan masalah sosial. Ahli sosiologi selalunya berbeza pendapat tentang aras yang
lebih penting tetapi fokus utama sosiologi ialah manusia dalam masyarakat dan tindakan serta
masalah yang dihadapinya. Sosiologi adalah untuk menilai manusia secara teliti dan kritikal.
Penilaian secara teliti dan kritikal penting supaya ada bukti yang kukuh untuk menjelaskan
setiap tindakan manusia. Justeru itu, ahli sosiologi berperanan untuk menjelaskan dunia
kehidupan manusia seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 di bawah:
ASPEK KAJIAN
DAN KRITIKAL
38
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Sosiologi Pendidikan
Terdapat 3 aliran pemikiran yang utama dalam sosiologi iaitu Functional, Radikal dan
Konflik. Ketiga-tiga aliran pemikiran ini ditunjukkan dalam rajah 3 di bawah:
3 ALIRAN PEMIKIRAN
Dari 3 corak pemikiran ini, muncul sosiologi mikro dengan aliran pemikiran iaitu interaksi
simbolik, etnometodologi, dramalurgikal, fenomenologi dan teori pertukaran. Setiap aliran
pemikiran adalah penting dalam mengkaji tentang masyarakat dan saling mempengaruhi
dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan tindakan manusia dalam masyarakat.
39
Sosiologi Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010
Sosiologi Pendidikan
Sehingga pada masa kini, sosiologi pendidikan membincangkan pembaikan sosial. Sebagai
contoh, Durkhiem yang dikenali sebagai bapa permodenan ‘pendidikan sosiologi’, seperti
yang selalu diperkatakan, sangat terganggu dengan perkembangan dalam masyarakat
perindustrian moden. Beliau mencari jalan keluar daripada masalah dengan menyusun semula
kehidupan sosial dengan menggunakan pendidikan sebagai jalan penyelesaian, seperti
program-program pembinaan komuniti, bagi menaikkan taraf kehidupan masyarakat.
Hargreaves (1994) mencadangkan penggunaan dua istilah yang berasingan iaitu ‘pendidikan
sosiologi’ dan ‘sosiologi pendidikan’ bagi mengekalkan perbezaan antara penekanan kepada
pendidikan dan penekanan kepada masalah sosiologi. Pendidikan memang mempunyai
hubungan dengan sosiologi, sama seperti hubungan antara kejuruteraan dengan fizik. Pendidik
mengambil pengetahuan dan teori yang dikembangklan oleh ahli sosiologi dan
menggunakannya bagi menyelesaikan masalah sosial kanak-kanak. Satu daripada tujuan
penting bagi sosiolgi pendidikan adalah membawa perubahan yang diperlukan dalam diri
individu dan masyarakat. Sistem pendidikan menawarkan satu keadaan atau tapak untuk
melaksanakan eksperimen tanpa melanggar nilai atau hak asasi manusia. Dengan berbuat
demikian, sistem pendidikan membantu ahli sosiologi mengembang, meramal dan
menyusun perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Oleh yang demikian, sosiologi
dan pendidikan adalah saling berkaitan.
Apakah Pendidikan?
Bagi ahli sosiologi, pendidikan adalah sesuatu yang terdapat dalam masyarakat kerana tiga
fakta asas yang ada kaitan dengan manusia.
1. Semua yang melibatkan cara hidup masyarakat atau sekumpulan orang, dipelajari
dan bukannya diwarisi secara biologi.
2. Seorang bayi terdedah kepada pengalaman iaitu berupaya mengembangkan
kepercayaan berkaitan dunia disekelilingnya dan dengan kemahiran dan nilai
sepatutnya dia dapat memanipulasikan sesuatu kepercayaan.
40
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Sosiologi Pendidikan
3. Kanak-kanak ini sejak lahir dan untuk jangka masa yang lama bergantung kepada
orang lain. Dia tidak boleh mengembangkan personaliti tanpa pertolongan secara
sengaja ataupun tidak sengaja daripada orang lain.
Dalam ruang persekitaran yang luas ini, pendidikan adalah proses yang menghubungkan
ketiga-tiga faktor fizikal, moral dan sosial bersama. Pendidikan adalah cara individu
memperoleh perubahan fizikal, moral dan sosial seperti yang dituntut daripada kelompok
kumpulan yang dianggotainya. Individu juga harus berfungsi dalam kumpulan tersebut. Ahli
sosiologi memanggil proses ini sebagai sosialisasi. Ramai pendidik lebih suka jika sosial
membawa maksud tertentu sebagai tambahan pada sosialisasi. Hal yang sedemikian
membolehkan ahli sisiologi berbincang perkara yang membawa perubahan kepada individu
dan juga masyarakat. Pendidikan ialah respons pada nilai dan cara ahli sepatutnya bertindak
dan idea yang sepatutnya dipelajari. Perubahan nilai dan tingkah laku inilah yang merupakan
dua prinsip sosiologi.
Dalam sesuatu masyarakat, kanak-kanak diajar tentang kemahiran untuk hidup. Terdapat 5
fungsi konflik dalam proses pendidikan dalam masyarakat yang boleh diaplikasi dalam apa
bentuk sekalipun.
Kelima-lima fungsi ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah:
Fungsi 1: SOSIALISASI
Individu belajar tentang nilai, budaya dan peranan dalam masyarakat. Kanak-
kanak belajar sebagai seorang yang produktif.
41
Sosiologi Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010
Apabila konflik berlaku maka proses turut berubah. Proses adalah sangat penting kerana
perubahan selalu berlaku dalam masyarakat. Apabila perubahan berlaku maka proses pun
berubah. Sistem pendidikan adalah stabil tetapi yang berubah adalah prosesnya. Proses perlu
untuk mewujudkan perhubungan antara sistem pendidikan dengan persekitaran, contohnya
proses komunikasi menghubungkan sekolah dengan ibu bapa, pemimpin, komuniti dan
negara.
Dalam sesuatu masyarakat terdapat pelbagai status yang berkonflik. Dalam masyarakat
Malaysia, status budaya orang Melayu merupakan budaya yang dominan. Orang Melayu di
Malaysia adalah beragama Islam, oleh itu ciri-ciri Islam diaplikasikan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam sistem pendidikan Malaysia, terdapat sekolah agama dan
sekular. Stratifikasi pendidikan Malaysia memberi kebebasan untuk ibu bapa memilih bidang
yang diminati oleh kanak-kanak mereka seperti contoh dalam Rajah 6 di bawah:
42
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Sosiologi Pendidikan
STRATIFIKASI
Dalam situasi begini, terdapat konflik ibu bapa dan anak-anak mereka, sekolah mana yang
lebih baik. Selain daripada itu, dalam sistem pendidikan di Malaysia yang bermasyarakat
majmuk, konflik berlaku dalam penerapan budaya dominan, iaitu adakah budaya Melayu,
Cina , India, Iban, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Oleh itu satu kebudayaan di bentuk supaya
konflik dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Dalam stratifikasi pendidikan di Malaysia, konflik sentiasa berlaku dalam aspek jenis sekolah
yang perlu seorang individu belajar, peranan guru di sekolah dan terhadap masyarakat,
kurikulum yang sesuai, kokurikulum yang perlu diceburi oleh seorang individu dan bidang
kerjaya yang sesuai untuk individu. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan
yang penting dalam meletakkan seseorang individu dalam status serta masyarakat dan ini amat
ketara di Malaysia.
Dalam bahagian ini, definisi persekitaran dan contoh institusi seperti sekolah, keluarga,
agama, politik dan ekonomi serta komuniti akan dibincangkan. Dalam sesuatu masyarakat
terdapat perhubungan dan perkaitan antara satu sama lain. Tidak ada individu yang hidup
sendiri tanpa ada sebarang perhubungan dengan orang lain. Dalam kehidupan ini kita
dikelilingi oleh persekitaran. Persekitaran ini adalah berbeza antara seseorang individu dengan
individu yang lain bergantung kepada pengalaman, keluarga, institusi dan lain-lain lagi.
Jenis Persekitaran
Bagi sesuatu institusi, persekitaran yang terlibat ialah kerajaan, perundangan, kewangan,
komuniti fizikal sekolah, komposisi demografi, persekitaran teknologi dan agama. Dalam
sistem pendidikan, terdapat persekitaran yang paling penting dan yang kurang penting dalam
membuat sesuatu keputusan.
43
Sosiologi Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010
Dalam sesebuah sistem persekolahan, terdapat dua bahagian persekitaran iaitu persekitaran
dalaman dan persekitaran luaran seperti dalam rajah 7 di bawah:
Dalaman Luaran
Pentadbiran
ibu bapa
syarikat
Guru komputer
syarikat buku
Staf sokongan
Persatuan Guru
murid
Walaupun terdapat persekitaran dalaman dan luaran dalam sistem sekolah, kedua-duanya
adalah saling berkait dan memantapkan sistem pendidikan secara amnya seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 8 yang berikutnya.
Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan saling berhubung dalam sesuatu
persekitaran sekolah.
44
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Sosiologi Pendidikan
Murid dengan
pelbagai
tingkahlaku
Pentadbir- Ibubapa -
dengan cara terlibat aktif &
pentadbiran kurang aktif
yang berlainan dengan sekolah
SEKOLAH
komuniti-
tanggapan, sum-
bangan & pengli-
batan
Fungsi sosial pendidikan dalam masyarakat adalah amat penting kerana ia berperanan
melahirkan insan yang seimbang dari segi akedemik dan emosi. Setiap orang dilengkapi
dengan masyarakat di sekelilingnya bagi kehidupan masa depan. Sistem sekolah adalah suatu
cubaan bagi mengekalkan corak masyarakat normatif dan kelakuan yang saling
mempengaruhi. Biasanya, sekolah memainkan peranan untuk mengekalkan nilai individu
pada tahap yang terbaik seperti yang dikehendaki masyarakat
45
Sosiologi Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010
Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat perubahan sikap terhadap pendidikan. Hal ini
disebabkan status sosial bukan lagi terbatas pada bentuk ascribed status, iaitu suatu bentuk
status yang diperoleh sejak individu lahir tetapi telah berubah menjadi lebih kompleks.
Selepas Perang Dunia Kedua mobiliti sosial kurang terbatas dan krisis status mulai muncul
seiring perubahan masyarakat agrarian (pertanian) menuju ke kapitalis dengan adanya
pembagian kerja dan kemunculan organisasi kompleks. Oleh yang demikian, pendidikan
berperanan melahirkan masyarakat yang produktif. Isu pendidikan menjadi topik yang
berpotensi bagi masyarakat menuju kepada halatuju yang baharu ini. Akhirnya, anak-anak
daripada kelas pertengahan dipandang tinggi jika dia menjadi guru. Semua perubahan ini
adalah bukti perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan.
Pendidikan di lihat sebagai institusi yang hanya boleh melaksanakan perubahan sosial.
Walau bagaimanapun, penilaian sedemikian bukan hanya terlalu pesimistik, tetapi juga adalah
analisis sosial yang negatif. Sains sosial selalunya mencari sebab atau perkaitan yang tidak
langsung antara institusi dan elemen budaya begitu juga pendidikan. Walau apapun ,
pendidikan mengkaji masyarakat sebagai satu sistem dimana struktur interaksi saling
mempengaruhi dan dipengaruhi.
Pendidikan mempunyai peluang menjadi ‘pengubah utama’ dalam perubahan sosial, maka ia
perlu diperluaskan ke seluruh populasi secara berterusan dalam usaha mempengaruhi individu
dan mesti dikaitkan dengan struktur pekerjaan. Sehingga kini, sistem pendidikan terikat
dengan sistem pekerjaan iaitu pendidikan yang diterima oleh seseorang ditentukan oleh
kedudukan keluarganya dalam kelas sosial. Keseimbangan antara kedua-dua institusi ini
menjadi lebih saksama dengan pendidikan. Pekerjaan ditentukan oleh pendidikan yang
diterima oleh seorang individu. Oleh itu, pendidikan mendapat kedudukan yang lebih strategik
bagi mempengaruhi pembahagian kuasa dalam masyarakat.
Perubahan sikap sosial berlaku disebabkan perubahan ekonomi yang mewujudkan rasa tidak
puas hati pada peluang yang sedia ada dalam kalangan masyarakat. Dalam usaha mengenal
pasti peranan sistem pendidikan bagi mencapai nilai yang diperlukan, kita perlu meningkatkan
keupayaan pendidikan sebagai agen perubahan sosial. Jika kita dapat membayangkan satu
masyarakat yang semua ahlinya mendapat status berdasarkan pencapaian mereka dan semua
kriteria pencapaian itu berkaitan dengan kemahiran yang hanya diajar di sekolah, maka kuasa
pendidikan pada perubahan masyarakat berada pada tahap maksimum. Jika sebaliknya yang
berlaku, maka peranan pendidikan sebagai agen perubahan tidak berjaya. Kuasa pendidikan
bagi mengubah stratifikasi sosial masyarakat menjadi lemah apabila kriteria selain kriteria
pendidikan digunakan bagi memberikan kedudukan tersebut.
46
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Sosiologi Pendidikan
Isu atau masalah sosial boleh berubah mengikut perubahan masa, peralihan nilai, pegangan
hidup, kepercayaan dan amalan agama individu-individu dalam masyarakat. Kuasa yang
paling kuat mempengaruhi pandangan awam adalah pergerakan sosial yang memfokus kepada
isu-isu yang meninggalkan kesan kepada kelompok yang diwakili. Oleh yang demikian,
pergerakan sosial hanya dapat dicapai melalui pendidikan. Terdapat banyak pandangan
berkenaan kelas sosial; bagaimana ia bermula, bagaimana ia berubah sebagai fenomena sosial
dan masyarakat serta bagaimana ia mempengaruhi struktur masyarakat yang lain. Pendidikan
mungkin merupakan ‘tangga’ pergerakan sosial yang penting. Proses perubahan kedudukan
sosio-ekonomi seseorang dikenal sebagai pergerakan sosial. Di Malaysia, sistem kelas
terbuka diamalkan dimana kedudukan setiap individu dipengaruhi oleh status yang diperolehi
dan persaingan antara ahli kumpulan adalah digalakkan. Dalam sistem kelas tertutup
kedudukan individu adalah tidak anjal, kurang kemungkinan perubahan kedudukan, misalnya
akibat perhambaan dan sistem kasta.
47
Sosiologi Pendidikan DP. Jilid 10, Bil. 1/2010
Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika dibandingkan kepada
sekolah-sekolah Inggeris. Ini menyebabkan ramai anak-anak Melayu tidak bersekolah. Ini
adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris mahu menjadikan anak-anak Melayu sebagai
petani seperti ibu bapa mereka.
Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah pun,
kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di Jabatan
Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Mereka yang bersekolah
Cina, pergerakan sosial adalah terhad di lengkaran komuniti Cina sendiri kerana tiada peluang
bagi mereka bekerja dengan pihak kerajaan British. Oleh itu, pada keseluruhannya lebih
banyak pergerakan mendatar berlaku.
Kesimpulan
Melihat pada proses masyarakat Malaysia, pendidikan masih boleh dilihat sebagai faktor
paling berkesan dalam perubahan sosial. Peluang bagi meningkat dalam skala sosial dan
ekonomi semakin banyak bergantung pada pemerolehan ijazah dan diploma. Oleh itu,
pendidikan memainkan peranan agen perubahan struktur dalam masyarakat. Tambahan pula,
pendidikan bukan proses yang mekanis sifatnya, sebaliknya proses yang sarat nilai, sarat
impian, sarat amanah dan sarat budaya. Maka itu, pertimbangan seharusnya diberikan kepada
matlamat yang lebih hakiki daripada sekadar memberikan pengetahuan dan kemahiran
mekanis. Kejayaan pendidikan adalah ketara, tetapi cara kejayaan itu diperoleh dan
diaplikasikan dalam perubahan sosial masyarakat di Malaysia menjadi satu persoalan yang
menarik.
48
DP. Jilid 10, Bil. 1/2010 Sosiologi Pendidikan
Rujukan
Ballantine, J.H., (1998). The Society and Education: A Systematic Analysis, Upper Saddle
River,NJ: Prentice-Hall.
Douglas, J.D.(1981). Introduction to Sociology ; Situations and Structures. The Free Press.
New York.
Kornblum, W. (1988). Sociology in Changing World. Holt, Rinchart and Winston. New York.
Livingstone, D.W., D. Hart, and L.E. Davie,(1999), Public Attitudes Towards Education,
1998: The Twelfth OISE/UT Survey of Educational Issues, Toronto: University of
Toronto Press.
.
Levine, D.U., and R.F. Levine, 1996, (Ninth Edition) Society and Education, New York:
Allyn and Bacon.
49