You are on page 1of 8

1.

Definisi Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ia meliputi pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap
terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik
ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan
‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.

Manakala menurut Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang
memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan
memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

2. Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan
bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatan sebagai satu
alterbatif kepada ujian tradisional.

Antara ciri-cirinya ialah:

a) Berorientasikan proces; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan
bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.

b) Bersifat dua-hala; guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak persepktif diambil
kira dalam pernilaian yang dijalankan.

c) Bersistematik; merujuk kepada kriteria yang ditetapkan.

d) Bersifat autentik; berdasarkan kepada aktiviti bilik darjah yang sebenar.

e) Bersifat ujian terbuka; lebih dinamik dan fleksibel.

3. Persekitaran Pembelajaran Autentik


Terdapat kajian menyatakan kebanyakan pengetahuan abstrak yang dipelajari oleh seseorang
pelajar dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi tidak dapat dikaitkan dengan kehidupan sebenar
pelajar atau memberi penyelesaian masalah konteks. Ini adalah kerana pendekatan yang digunakan
tidak saling berkait di antara situasi dengan kognitif. Apabila pembelajaran dengan konteks
dipisahkan, pelajar akan menganggap pengetahuan itu bukan sebagai alat untuk menyelesaikan
masalah tetapi adalah hasil daripada pelajarannya (J. Herrington & Oliver, 1999).

Sehubungan dengan itu, Brown et.al (1989b) telah menekankan fokus dalam teori pembelajaran
situasi atau juga dikenali sebagai kognisi situasi (situated cognition) dan telah menghasilkan satu
terjemahan mengenainya. Collins mendefinisikan pembelajaran situasi ialah idea mempelajari
pengetahuan dan kemahiran konteks yang menggambarkan pengetahuan dapat digunakan dengan
baiknya jika dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) merupakan pengajaran yang melibatkan situasi
yang autentik yang membawa pelajar kepada situasi sebenar.

4. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi


Elemen Bagi Pembelajaran Menerusi Situasi - Garis panduan bagi pengimplementasian

1.Menghasilkan konteks autentik di mana menunjukkan cara ilmu pengetahuan akan digunakan
dalam kehidupan sebenar

• Persekitaran fizikal.

• Menunjukkan dalam keadaan sebenar.

• Rekabentuk tidak linear.

• Menyediakan sumber yang banyak.

2. Menghasilkan aktiviti-aktiviti autentik

• Aktiviti yang relevan dengan dunia sebenar.

• Aktiviti yang tidak dihuraikan dengan lengkap/sedia ada (ill-defined).

• Memberi tugasan yang kompleks.

• Memberi peluang kepada pelajar untuk memahami tugasan.

• Masa yang cukup untuk mengkaji.

• Peluang untuk mengenalpasti maklumat yang relevan.

• Peluang untuk bekerjasama.

• Tugasan yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai situasi.

3. Menghasilkan akses untuk perlaksanaan yang baik dan proses memodelkan / peniruan kepada
konsep sebenar

• Menggalakkan pemikiran kritis dan proses memodelkan atau meniru sesuatu daripada keadaan
sebenar.

• Membenarkan mereka belajar pada pelbagai aras kebolehan.

• Berkongsi cerita.

4. Menghasilkan pelbagai peranan dan perspektif.

• Melihat dari pelbagai perspektif terhadap sesuatu perkara itu serta menggalakkan pelbagai
pendapat.

• Peluang untuk menunjukkan pelbagai pandangan dan persilangan unjuran respon.


5. Menyokong pengetahuan dalam membentuk kolaboratif

• Tugasan yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan berbanding individu.

• Organisasi bilik darjah dalam bentuk kumpulan-kumpulan keci.

• Struktur insentif yang bersesuaian untuk pencapaian berkumpulan secara keseluruhan.

6. Menggalakkan refleksi

• Tugas dari sudut konteks autentik.

• Navigasi yang pelbagai.

• Peluang kepada pelajar untuk membandingkan / menunjukkan perbezaan kemahiran secara


positif.

7. Menggalakkan artikulasi

• Mampu menerangkan/membentangkan tugasan yang kompleks dalam penyampaiannya.

• Kumpulan yang cekap mengendalikan penyampaian.

• Persembahan awam berbentuk perdebatan bagi mempertahankan pembelajaran

8. Menghasilkan pengajaran dan scaffolding

• Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan terbuka.

• Rekabentuk multimedia yang pelbagai.

• Panduan untuk menggunakan program dalam pelbagai konteks.

• Sokongan daripada pensyarah yang bersesuaian dengan pengajaran.

9. Menghasilkan penilaian pembelajaran autentik termasuklah tugasan

• Ketepatan konteks.

• Peluang kepada pelajar untuk memperbaiki persembahan dan hasil.

• Masa yangbersesuaian kepada pelajar dan usaha secara kolaboratif.

• Kompleks dan cabaran secara tidak berstruktur.

• Penilaian yang mengintegrasikan bersama dengan aktiviti yang dijalankan.

• Pelbagai penunjuk pembelajaran

• Kesahan dan kebolehpercayaan dengan kriteria untuk mencapai hasil yang dikehendaki.

5. Ciri-ciri tugasan autentik


• Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.

• Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dengan tugasan seperti dalam profesion sebenar yang
lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks.
• Tugasan autentik adalah terbuka (ill-defined), memerlukan pelajar mengenalpasti sub-sub tugas
yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.

• Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan
dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang
telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang telah sedia ada.

• Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam tempoh
masa atau jangkamasa yang lebih panjang.

• Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada
beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang
signifikan dan sumber yang benar dan berintelek.

• Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti dan mengkaji tugasan
dari pelbagai sudut perspektif serta menggunakan pelbagai sumber.

• Tugasan ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti penyelesaian masalah
daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya
merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber
yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad dan dilimitasikan bagi membolehkan pelajar
mengakses dan mengenalpasti maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang
tidak relevan.

• Tugasan autentik memberi peluang untuk berkolaborasi.

• Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan, samada ketika dalam mengikuti
kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar, ia lebih baik daripada pencapaian kejayaan secara
individu.

• Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi.

• Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula
ke atas pembelajaran mereka samada secara individu ataupun sosial.

• Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan merentas disiplin subjek dan mampu
menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan.

• Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai disiplin dan membenarkan pelbagai peranan
serta kemahiran.

• Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian.

• Penilaian bagi aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar
berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik, iaitu lebih baik daripada penilaian andaian atau
anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku.

• Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang
tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu.

• Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik
daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah persediaan
sesuatu.

• Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil.


• Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang semulajadi
lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja tindakbalas benar yang
dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu.

Pembelajaran autentik dengan bantu ICT

• Pelajar menyesuaikan diri dengan situasi yang bermakna, relevan dan realistik.

• Dapat melihat aplikasi dalam keadaan sebenar. Contoh: senario, kajian kes atau masalah
autentik.

• Menggunakan audio, video, simulasi untuk menyampaikan situasi yang menyerupai keadaan
dunia sebenar yang autentik.

6. Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran prasekolah merupakan proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat
tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan
tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran di peringkat prasekolah merupakan satu
kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai sudut iaitu perkembangan kognitif,
sosial, emosi dan fizikal. Dalam pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme
yang digunakan dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai sekiranya dilaksanakan bagi
peringkat awal kanak-kanak. Ini kerana perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai aspek yang
mana ia tidak memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka.
Memandangkan perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk dan
instrumen perlu berbeza mengikut domain-domain yang ingin dinilai. Justeru itu, satu kaedah
pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih menyeluruh dan ini boleh dilakukan melalui
pentaksiran autentik.

7. Ke Arah Pentaksiran Autentik Prasekolah


Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan peperiksaan tidak dapat
mengukur keseluruhan potensi murid. Peperiksaan berbentuk objektif menekankan pentaksiran
berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di
dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990),
peralihan kepada pentaksiran autentik adalah untuk menghendaki murid menggunakan
pengetahuan dengan bermakna, mahir menggunakan pelbagai kemahiran, melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dan merangsang penggunaan
kombinasi kemahiran, pengetahuan dalam dunia sebenar. Selain itu, pentaksiran autentik juga dapat
mencungkil kemahiran di samping memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki diri.

J. Michael O’ Malley, siswazah dari School of Education di Universiti George Mason


menyenaraikan ciri-ciri prestasi murid yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik ialah:

Ø Membentuk reaksi : memberi reaksi berdasarkan pengalaman terhadap situasi.

Ø Tahap pemikiran tinggi: Reaksi terhadap soalan terbuka yang menggabungjalinkan kemahiran
menganalisis, mensintesis dan penilaian.
Ø Kejituan:Tugasan yang bermakna, mencabar dan melibatkan aktiviti dalam konteks kehidupan
sebenar.

Ø Integratif: Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusasteraan dengan pelbagai kandungan lain
yang merentasi kurikulum.

Ø Proses dan Produk: Strategi dan prosedur yang membawa peningkatan potensi dan meneroka
penyelesaian terhadap masalah kompleks.

Sehubungan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu dipertimbangkan


sebelum menggunakan pentaksiran autentik.

8. KEPERLUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAH


Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara
menyeluruh. Pentaksiran ini boleh mencungkil bakat kanak-kanak kerana sifatnya yang merentasi
pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran
literasi kanak-kanak yang diukur menggunakan pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang
positif dalam mengenal pasti dan melaporkan proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran
literasi di prasekolah. Selain itu melalui laporan pentaksiran autentik dapat memperbaiki penyediaan
guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang
lebih tinggi.

Pentaksiran autentik dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu


pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Selain itu, pentaksiran autentik juga
merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu bapa tentang
perkembangan anak-anak.

9. CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH


Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama pentaksiran
prasekolah adalah seperti berikut:

 Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak.


 Lebih mementingkan proses
 Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang.
 Dijalankan secara berterusan
 Tidak membanding dan melabelkan murid
 Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.
 Berfokus kepada tahap perkembangan murid
 Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid.
 Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.
10. APAKAH YANG DITAKSIR ?

Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkara-perkara (merangkumi domain


pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin dikembangkan dalam diri mereka dikategorikan
mengikut 6 tunjang:

- Tunjang Komunikasi

- Tunjang Sains dan Teknologi

- Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai

- Tunjang Fizikal dan estetika

- Tunjang Kemanusiaan

- Tunjang Keterampilan diri

(sila rujuk Lampiran)

11. BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH


Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran
formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Untuk mencapai matlamat,
guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan.

Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik
merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti
pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat evidens terbaik, konteks yang
digunakan untuk mentaksir murid haruslah mengambil kira minat, budaya, latar belakang
sosioekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan
kebolehlaksanaan. Maka, instrumen yang dirancang perlu fleksible.

Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli
keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber akan
menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yang lebih
jelas.

12. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SATU PENTAKSIRAN HOLISTIK


Perubahan dalam ekonomi yang memerlukan produk yang lebih berkualiti di mana bukan sahaja
dapat menguasai ilmu pengetahuan, tetapi berkemahiran dalam semua aspek kehidupan,
menjadikan sistem pendidikan juga turut mengalami perubahan.
Pada abad ke 21 dicirikan bahawa pendidikan akan bersifat berasaskan murid, pembelajaran yang
dijalankan bersifat kolaboratif, mementingkan pencapaian dari segi kemahiran, memerlukan proses
yang panjang, mementingkan penguasaan murid ke aras pemikiran aras tinggi, lebih praktikal,
melihat kepada kemahiran hidup, berkumpulan, komuniti, pentaksiran yang formatif dan murid akan
belajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Pada abad ke 21, pendidikan berfungsi
untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang
kreatif, inovatif dan berdaya saing ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya
dapat memartabatkan pendidikan di Malaysia. Perubahan tersebut bagi memastikan produk
(pelajar) yang dihasilkan mampu bersaing dalam ekonomi tempatan dan juga global. Justeru aspek
pentaksiran yang lebih efisen dan menyeluruh telah dijalankan.

Pada asasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah lama dijalankan di sekolah oleh guru-guru,
namun keputusan yang diperolehi tidak direkodkan atau diambil kira sebagai markah untuk pelajar
yang dinilai kerana pemarkahan untuk pelajar dinilai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Kini
dalam sistem pendidikan di Malaysia, PBS dilihat merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh.
Daripada satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah tahun 2012, PBS dilihat sebagai satu pentaksiran yang mampu
menghasilkan generasi yang kreatif dan inovatif yang berupaya untuk berdepan dengan cabaran
dalam abad ke 21. PBS merupakan satu pentaksiran yang holistik atau menyeluruh kerana PBS
merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Dengan kata lain PBS merupakan
pentaksiran terhadap aspek akademik dan bukan akademik.

Sejauhmana PBS dilihat sebagai pentaksiran yang holistik adalah dengan melihat dari segi konstruk
yang ditaksir, instrumen yang digunakan, orang yang mentaksir, masa pentaksiran, aspek penskoran
dan dari segi perkara dan agensi yang melapor. Ciri tersebut menjadikan PBS mempunyai persamaan
dengan pentaksiran autentik.

Pentaksiran yang bersifat holistik akan dapat memenuhi kehendak yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selain mengubah kaedah
pentaksiran, perubahan juga perlu dilakukan untuk pendekatan dalam aspek penyediaan kurikulum
dan huraian sukatan pelajaran, perubahan oleh guru bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran,
pendekatan latihan guru dan juga mengubah kaedah penaziran.

You might also like