You are on page 1of 44

 Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah

mengalami perubahan format peperiksaan.

 Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam kertas 1


dan kertas 2.

 Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji kepada


calon peperiksaan. Calon perlu melaksanakan tugasan
umum dan tugasan spesifik.

 Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam kertas 2


dan kertas 3.
CIRI-CIRI KERTAS 1
 Bersifat objektif.
 Konstruk yang diukur: pengetahuan, pemahaman,
aplikasi & analisis.
 Jumlah soalan: 40 soalan.
 Jumlah markah: 40 soalan.
 Wajaran: 30%.
 Masa menjawab: 1 jam.
 Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka
pelengkap dua pilihan.
Soalan Aneka Pilihan:

Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah


daripada kerajaan agraria menjadi kerajaan
maritim?
A Kekurangan hasil pertanian
B Perubahan dasar pentadbiran negara
C Penguatkuasaan undang-undang yang
ketat.
D Kedudukan pelabuhan Oc Eo yang strategik.
Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:

Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah


Melayu?
I Pengasingan pendidikan
II Pengurangan peluang pekerjaan
III Peningkatan kadar pengangguran
IV Pembahagian kerja mengikut kaum

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan
sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

 Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan


merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam
buku teks.

 Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh bagi


setiap sub topik.

 Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas ( 2009,


2010, 2011, 2012, 2013) kerana ia dapat membantu calon
mengenal pasti bentuk dan trend soalan.
 Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu salah
atau betul.
 Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang tidak

tepat, 1 jawapan “penganggu” dan 1 jawapan


yang tepat.
 Kenal pasti dan fahami kehendak soalan.

Gunakan kaedah singkir/hapus.


 Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda terus

pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti.


 Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin
jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan
tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan
selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas
selesai menjawab soalan-soalan lain.

 Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan


objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan bijak.

 Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan yang


telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan.
 Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap tahun.

 Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas.

 Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40). Jika


melepasi aras tersebut, barulah menjawab soalan latih
tubi selanjutnya.

 Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang


betul adalah hampir sama, iaitu 10 ,tambah tolak 2.
SPM 2014: A=9, B=12, C=9, D=10.
BAHAGIAN A (STRUKTUR)
 Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan
sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

 Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan


merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat
dalam buku teks.

 Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang mengikut


sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu soalan 1 & 2
=tingkatan 4 manakala soalan 3 dan 4 = tingkatan 5.
CIRI-CIRI KERTAS 2
 Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (sturktur)
dan bahagian B (esei).
 Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, menilai dan menjana idea.
 Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40.
 Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah markah=60.
 Jumlah markah kertas 2= 100 markah.
 Wajaran: 50%.
 Masa menjawab: 2 jam 30 minit.
 Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak soalan.
Pastikan jawapan ringkas, padat dan tepat serta tidak
tergantung/terlalu umum.

 Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau fakta


yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu memikirkan
ketepatannya mahu pun peruntukan markahnya.
Berikan lebih isi/fakta jika anda ingat atau mempunyai
lebih masa.

 Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan sedikit


penerangan/huraian.
 Sehingga kini kata tugas soalan seperti nyatakan,
berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan,
jelaskan dan sebagainya tidak memerlukan cara
menjawab yang terperinci. Calon hanya menyatakan
isi dan fakta yang berkaitan dengan fokus soalan.

 Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang


yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan
dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan
dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan
bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan
lain.
 Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak iaitu 22
markah daripada 40 markah yang diperuntukkan.

 Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan dan


semakin banyak dalam pecahan soalan.

 Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah.


Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan
idea anda tidak hebat.

 Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas


keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.
 Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada
pendapat/pandangan anda, berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan,
berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni,
patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

 Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan


KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT
dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi
menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.
 Ingat! Masa cadangan untuk menjawab soalan
bahagian A adalah 30 minit. 1 soalan 15 minit.
Perlu menjawab 4 soalan. Urus masa menjawab
dengan baik.
BAHAGIAN B (ESEI)
 Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan
sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

 Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan


merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat
dalam buku teks.

 Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan carta,


jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (-50%)
 Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah 3
soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan tingkatan
5 (soalan 8-11). 1 soalan =20 markah.

 Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak soalan.


Jawab soalan yang mudah atau yang diyakini dapat
banyak markah.

 Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk


merangka jawapan esei untuk mengelakkan kecairan
idea/fakta dan juga sebagai panduan untuk menulis
esei. Jangan hantar rangka jawapan.
 Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada fakta,
huraian fakta serta contoh jika ada. Ini bermaksud
setiap fakta mestilah disokong dengan huraian
dan contoh. Dalam sesetengah kes, 50% akan
ditolak jika fakta tanpa sokongan huraian.

 Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT. Jangan


jawab esei tergantung.
 Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1 perenggan
merangkumi 1 fakta dan huraian-huraian serta contoh.

 Esei tiada pengenalan dan penutup.

 1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah,


1contoh=1markah.

 Tahun tidak penting.

 Boleh menggunakan kata singkatan yang dikenali: spt,


yg, sgt, MU, PTM, AMDA dll
 Ejaan tidak dipentingkan tetapi mestilah kemas
dan teratur dan boleh dibaca oleh pemeriksa.

 Tulis nombor soalan dan sub soalan.

  http://padlet.com/wall/contohjwpneseisejs
pm
 Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam
pecahan soalan c dan dipecahkan lagi kepada i dan ii.

 Ia memperuntukkan 12 markah. Baki 8 markah adalah


soalan fakta (ceraian a dan b).

 Ini bermaksud pemberatan markah KBAT lebih


banyak daripada pemberatan markah fakta.

 Jumlah markah kbat= 36 markah drpd 60 markah yg


diperuntukkan.
 Jawab soalan KBAT dengan relevan dan
munasabah. Berani berikan apa sahaja idea
walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.

 Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas


keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.
 Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada
pendapat/pandangan anda, berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan,
berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni,
patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

 Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan


KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT
dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi
menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.
CIRI-CIRI KERTAS 3
 Berbentuk tugasan.

 Tema/tajuk diberikan kepada calon 6 minggu sebelum


peperiksaan SPM bertulis. Calon perlu melaksanakan
tugasan umum iaitu mencari dan mengkaji maklumat dari
pelbagai sumber berdasarkan tema/tajuk.

 Pada hari peperiksaan, soalan akan diberikan dan calon


dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan
panduan yang diberikan bersama soalan (tugasan
spesifik). Calon dibenarkan membawa dan merujuk segala
bahan/maklumat/dapatan kajian.
 Kemahiran konstruk yang diuji dalam Sejarah
Kertas 3 adalah berdasarkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT)/High Order Thinking Skill
(HOTS)iaitu pemahaman, analisis, aplikasi,
menilai, menjana idea dan nilai-nilai
murni/patriotisme.

 Tindakan calon selepas tema/tajuk dikeluarkan


oleh LPM:
 Membuat rujukan berdasarkan tema.
Dalam Sejarah Kertas 3, jawapan pecahansoalan
pertama sehingga ketiga boleh didapati secara
terus dalam buku teks iaitu:
 Pecahan soalan pertama:
PENGENALAN[Cadangan bahan rujukan:Buku
teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]
 Soalan ini memperuntukkan 5 markah. Lazimnya dalam
bahagian pengenalan soalan adalan berkenaan latar
belakang,tempoh,bukti, lokasi dan nama-nama penting
seperti tokoh, tempat dan sebagainya. Sila tandakan
maklumat tersebut dengan menggunakan pen warna
dalam buku teks untuk memudahkan penulisan jawapan
nanti. Ingat! 5 markah sahaja. Jangan tulis jawapan
berjela-jela sehingga menjejaskan masa jawapan bagi
pecahan soalan yang lain. Tulis jawapan berdasarkan
maklumat yang kita tanda seperti yang saya sebutkan di
atas.
 Pecahan soalan kedua:
MEMAHAMI[Cadangan bahan
rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]
 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini

adalah 30 markah. Soalan ini menguji kefahaman


kita dalam tema/tajuk yang dikaji. Pengujiannya
berbentuk proses pembentukan/ciri-ciri. Sama
seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan
tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai
dengan wajaran markah.
 Pecahan soalan ketiga:
MENGANALISIS [Cadangan bahan
rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]
 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini

adalah 15 markah. Soalan mungkin berbentuk


sumbangan/ciri-ciri. Sama seperti di atas, buat
rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat
yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran
markah.
 Pecahan soalan keempat:
MENGAPLIKASI [Cadangan bahan
rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]
 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 15
markah. Calon perlu mengaitkan isi (fakta dalam buku
teks) dengan zaman kini. Maksudnya kita gunakan
pengetahuan zaman dahulu (apa yang kita belajar
dalam buku teks) dalam pelbagai bidang pada zaman
moden ini. Soalan ini menguji kemahiran aplikasi
calon. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku
teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja
sesuai dengan wajaran markah.
 Pecahan soalan kelima:MENILAI [Cadangan
bahan rujukan:artikel dalam surat khabar,
buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan,
menonton berita TV dan capaian internet.]
 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10
markah. Ia menguji kemahiran menilai calon iaitu
pemerhatian/kepekaan dan keprihatinan calon. Calon
perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat
rujukan seperti yang saya cadangkan diatas.
Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai
dengan wajaran marka
 Pecahan soalan keenam: MENJANA
IDEA [Cadangan bahan rujukan:artikel dalam
surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah
pendidikan, menonton berita TV dan capaian
internet.]
 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10
markah. Soalannya mungkin berbentuk
cadangan/pendapat bernas tentang sesuatu isu yang
berkait dengan tema/tajuk yang dikaji. Calon perlu
menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan
seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan
maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran
markah
 Pecahan soalan ketujuh: NILAI-NILAI
MURNI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME [Cadangan bahan
rujukan: http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/contoh-jawapan-
kbkk-k2-sejarah-
spm.html dan http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/garis-
panduan-menjawab-soalan.html] 

 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Calon


boleh membuat rujukan melalui laman blog saya seperti yang saya
sediakan diatas atau berbincang dengan guru sejarah anda. Ianya
soalan berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis).
Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat positif.
 Pecahan soalan kelapan: RUMUSAN –
Pengetahuan, iktibar dan Harapan.
[Cadangan bahan rujukan: buku teks
Sejarah Ting. 4/Ting.5]
 Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini ialah

5 markah yang mana calon perlu merumus isi


yang telah calon bincangkan. Sebagai
kemudahan calon, calon boleh merujuk bahagian
RUMUSAN di akhir setiap bab dalam buku teks
sebagai modal jawapan.
2. Berbincang dengan guru sejarah anda
dan rakan perbincangan anda.

Selepas mencari bahan rujukan, berbincanglah
dengan guru sejarah anda. Tanya guru sejarah
anda sama ada bahan yang anda cari sesuai atau
tidak.Ikutilah nasihat guru sejarah anda. Calon
juga boleh saling kongsikan dapatan rujukan
masing-masing serta berbahas mengenainya!

3. Bawa semua bahan rujukan dalam dewan
peperiksaan semasa hari peperiksaan.

Selepas perbincangan ilmiah dan pemurnian kajian


kita, bawalah semua bahan rujukan/dapatan yang kita
kaji dalam dewan. Susun dengan keadaan baik. Jika
dalam bentuk artikel, boleh disusun dalam bentuk fail
clear holder. Susun bahan-bahan mengikut pecahan
soalan. Ini memudahkah capaian semasa menulis
jawapan.
4. Jawab mengikut pecahan soalan [semasa hari
peperiksaan]

 Jawapan perlu ditulis mengikut pecahan soalan berdasarkan


panduan yang diberikan bersama soalan. Sebaik-baiknya buat
perenggan dalam pecahan soalan. Ini kerana ada pecahan
soalan memperuntukkan markah yang tinggi yang mana isi
jawapan adalah banyak. Jangan lupa tulis nombor soalan.
Jangan salin semula soalan. Semoga berjaya.
 Soalan aras pengetahuan:

1. Nyatakan maksud jahiliah.


2. Terangkan maksud tamadun menurut perspektif
Islam.
 Soalan aras pemahaman:

1. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.


2. Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia
Tenggara.
 Soalan aras analisis.

1. Nyatakan faedah yang Malaysia peroleh sebagai


anggota dalam pertubuhan serantau.
2. Huraikan pengaruh agama Hindu Buddha dalam
sistem pemerintahan di Asia Tenggara.
 Soalan aras aplikasi:

1. Apakah sumbangan tamadun Indus yang


digunapakai pada masa kini?
2. Bagaimana masyarakat Indus berjaya membina
bandar terancang?
3. Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
 Soalan aras menilai:

1. Apakah nilai-nilai penting yang ditunjukkan


penjajah barat dalam usaha imperialisme mereka?
2. Kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan.

3. Muslihat British dalam melaksanakan Malayan


Union di Tanah Melayu.
 Soalan aras menjana idea:

1. Cadangkan 3 langkah berkesan dalam


memelihara monumen.
2. Bincangkan usaha-usaha berkesan untuk
mengelakkan penjajahan.
History is a learning to earn love, honor and valor.

This powerpoint presentation was downloaded from


http://tanyachegusejarah.blogspot.com/

Credit to:Che Gu sejarah- Che Gu Sallehudin Mohd Rokani

You might also like