You are on page 1of 2

IRSYAD AL-FATWA KE-1: DEFINISI TAUHID

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

No. Tel : 03-8870 9000


No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102

Soalan : Apakah definisi Tauhid?

Jawapan:

Pertamanya, sebelum menjawab persoalan ini, penulis merafakkan kesyukuran ke


hadrat Allah SWT dan penulis memulakan dengan lafaz  ِ‫ٱﻟرﱠﺣِﯾم‬ ِ‫ﺑِﺳْمِ ٱ ﱠِ ٱﻟرﱠﺣْﻣَـٰن‬.

Tauhid dari segi bahasa berasal daripada perkataan َ‫ وَﺣﱠﺪ‬yang memberi maksud
tunggal atau satu. Kemudian, dari perkataan tersebut, maka terbitlah kalimah .
Antara makna kalimah Tauhid ialah:

 Menurut Qamus al-Muhit, Tauhid bererti menjadikan sesuatu itu satu.


 Menurut Hasyiah al-Bajuri iaitu kitab syarah kepada kitab al-Jauharah, yang
bermaksud mengetahui bahawa sesuatu itu adalah satu.

 Tauhid dari segi syarak pula ialah:

a) Meng-Esakan Allah dengan ibadat serta meyakini ke-Esaan tersebut pada


zat, sifat-sifat dan perbuatan-Nya.
b) Pengertian yang lain pula ialah: Menetapkan ke-Esaan zat yang tidak
menyamai segala zat yang lain, tanpa melakukan penafian terhadap segala
sifat-sifatnya.
c) Al-Syeikh al-Iji pula telah mendefinisikan ilmu Tauhid sama seperti definisi
ilmu Kalam. Katanya: “Ilmu Kalam itu ialah ilmu yang mampu memberi
ketetapan pada kepercayaan dan keyakinan agama berdasarkan hujah-hujah
serta menolak sebarang kesamaran.” Beliau menghasilkan sebuah buku
tentang aqidah yang bernama al-Mawaqif fi `Ilmi al-Kalam.
d) Syeikh Junaid al-Baghdadi berkata: “Tauhid ialah meng-Esakan yang (bersifat
dengan) Qidam dari yang baru.”
e) Dalam syarah Jauharah al-Tauhid menyatakan: “Suatu ilmu yang mampu
memberi kefahaman dan penjelasan aqidah agama, yang diambil dari dalil-
dalil yang diyakini.”
Di dalam Jauharah al-Tauhid, pengarangnya menyebut tiga perkara asas yang
dibincangkan dalam ilmu Tauhid, iaitu:

1) Ilmu mengenai Ketuhanan iaitu ianya meliputi ilmu Uluhiyyah, Rububiyyah


dan nama serta sifat-sifat Allah SWT.
2) Ilmu mengenai Kerasulan iaitu sifat yang wajib bagi para Rasul, sifat yang
mustahil dan sifat yang harus serta semua perkara yang berkaitan
dengannya.
3) Perkara-perkara sam’iyyah (iaitu perkara ghaib) seperti azab kubur, nikmat
kubur, mizan, hisab dan lain-lain. Maksud sam’iyyah ialah perkara yang tidak
mungkin diketahui melainkan melalui pemberitahuan oleh al-Quran dan
Sunnah, dan perkara itu di luar dari kemampuan akal manusia.

Kesimpulannya, tauhid ialah ilmu yang mampu menetapkan kepercayaan beragama


dan menyumbang kepada ketetapan keyakinan, hasil dari dalil dan bukti yang benar-
benar meyakinkan. Ilmu tauhid lebih tertumpu kepada skop mencerita dan
membahaskan ke-Esaan Allah SWT. Ilmu ini juga dikenali dengan nama ilmu Kalam,
ilmu Aqidah, dan ilmu Usuluddin.

Akhukum Fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

You might also like