You are on page 1of 1

TUGASAN JFP312

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan perniagaan berasaskan makanan atau


berkaitan makanan. Bagi menjalankan perniagaan ini, anda perlu memilih SATU sahaja
institusi dibawah sebagai sumber modal mengikut kesesuaian perniagaan anda:
1. PINJAMAN TANPA CAGARAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
2. PINJAMAN PERNIAGAAN TEKUN NASIONAL
3. PINJAMAN MIKRO KREDIT DENGAN BANK-BANK PERDAGANGAN
4. PINJAMAN SME BANK
5. PINJAMAN BANK PERTANIAN
6. PINJAMAN CGC ( CREDIT GUARANTEE CORPORATION )
7. PINJAMAN MARA
8. SKIM USAHAWAN SISWAZAH ( SUS )
9. PROGRAM TUNAS MEKAR ( UITM )
10. PINJAMAN TABUNG EKONOMI BELIA

Isi kandungan Rancangan Perniagaan mestilah mengandungi:


1. Pengenalan, latarbelakang perniagaan dan kedudukan projek (lokasi)
 Pilih satu institusi diatas untuk membolehkan anda mendapatkan sumber pembiayaan.
Apakah syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan?
 nyatakan sebab anda pilih institusi tersebut dan jumlah pinjaman

2. Daya maju perniagaan


Sediakan satu kertas cadangan perniagaan yang hanya menekankan tentang daya maju
perniagaan sahaja. Isi kandungan mestilah merangkumi hal dibawah.
 mengapa jenis perniagaan berasaskan makanan tersebut dipilih? (contohnya
perniagaan kedai roti yang dipilih, nyatakan sebab anda memilih perniagaan tersebut?)
Mengapa peluang perniagaan ini diambil di kawasan tersebut? Pastikan perniagaan
yang dijalankan bersesuaian atau mencukupi dengan jumlah pinjaman.
 Apakah potensi projek tersebut untuk terus berjaya pada masa depan?
 Apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT analysis) bagi perniagaan
yang akan dijalankan?
 Siapakah sasaran pengguna anda?
 Apakah nilai unik (unique value propositions) perniagaan anda atau produk yang
dikeluarkan?
 Apakah tarikan utama yang ada pada syarikat anda supaya pelabur terus kekal dalam
syarikat?

Anda mesti memberikan jawapan dan cadangan yang praktikal serta boleh digunapakai bagi
menunjukkan kefahaman anda konsep asal modal teroka. Rujukan teori atau data sekunder
adalah wajib bagi menunjukkan anda telah membuat rujukan yang cukup bagi menyelesaikan
laporan ini. Penekanan adalah kepada aplikasi teori ke atas syarikat tersebut dan bukan hanya
mengulang semula teori yang telah dipelajari dalam kelas.

Tarikh tutup: 21 FEBRUARI 2020

Oleh kerana saya tidak berada di USM sehingga minggu intensif 2019/2020 bermula,
sebarang pertanyaan, anda perlu email kepada rafisah@usm.my

You might also like