You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi,
jagung, bendi, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami
pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan
menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya. Bagi tanaman
yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk
mendapatkan baka yang tulen. Kebanyakan tanaman dibiak melalui biji benih. Pemilihan biji
benih perlu mengikut ciri-ciri seperti matang, tulen, berisi, segar dan bebas dari penyakit dan
perosak. Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang
atau masak. Manakala percambahan biji benih pula bergantung kepada faktor-faktor seperti
peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksigen (Normah Mohd Noor, 1992).

Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara iaitu cara Seksual dan cara
aseksual. Cara sexual ialah pembiakan melibatkan proses pendebungaan jantan dan betina
yang menghasilkan biji benih atau spora (pakis). kaeadah pembiakan lain bagi tumbuhan
iaitu Aseksual juga dipanggil sebagai pembiakan tampang (vegetative) seperti melalui
proses keratan, belahan, cantmaan, organ-organ khas dan lain-lain. Kaedah pembiakan
tampang dapat menghasilkan anak pokok yang tulen menyerupai pokok induk.

2.0 DEFINISI

Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi
bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak
dan berkembang dengan dua cara iaitu secara seksual dan secara tampang. Antara contoh
dalam pembiakan secara seksual adalah biji benih Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji
benih. Benih dihasilkan melalui proses pendebungaan dari peringkat pokok matang,
berbunga, bunga kembang sehingga menjadi biji dibantu oleh agen pendebungaan seperti
angin, serangga, air, manusia dan lain-lain. Hasil pendebungaan akan terbentuk biji benih
yang akan domain atau bercambah apabila mendapat kesesuaian persekitaran. Pokok yang
mengeluarkan biji benih adalah seperti pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga
daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh juga dibiakkan secara tampang
(vegetative).
3.0 KEPENTINGAN
Kaedah penanaman biji benih adalah lebih mudah berbanding kaedah penanaman
yang lain. Kaedah ini juga tidak semestinya memerlukan kawasan yang luas untuk ditanam.
Malah, ia juga boleh ditanam di dalam pasu kecil. Kebanyakan jenis sayuran ditanam
dengan menggunakan kaedah biji benih. Hal ini memberi kelebihan kepada orang yang ingin
menanam secara suka-suka atau ditanam bertujuan untuk dimasak kerana selepas
penuaian sayur, biji benih yang baru perlu ditanam kembali untuk mendaptkan hasil yang
seterusnya. Ini kerana, biji benih mudah didapati di pasar raya, kedai yang menjual
barangan kebun atau pasar tani. Lebih-lebih lagi, kos penanaman tidak memerlukan kos
yang besar kerana boleh menggunakan kaedah tradisional dalam mengendalikan tanaman.
Tambahan pula, ia tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dalam proses penanaman dan
boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Biji benih mempunyai pelbagai jenis dari kecil hingga
besar. Penanaman ini juga dapat memberikan hasil yang banyak. Jangka masa bagi
penanaman ini adalah sangat pendek untuk ia betul-betul mengeluarkan hasil.

4.0 KELEMAHAN DAN KEKUATAN PROSES PENANAMAN BENDI (Tiing Sai Su, 1997)

KELEMAHAN KEKUATAN

 Pertanian tradisional tidak


 Pengeluaran masih kurang
menggunakan racun perosak.
berpatutan

 Tidak memenuhi keperluan ekonomi  Tenaga manusia masih digunakan


petani secara meluas.

 Peralatan yang digunakan tidak  Modal yang digunakan masih kecil.


terlalu canggih.

 Pembelian baja, ubat-ubatan dan


biji-bijian pertanian lebih murah dan
lebih praktikal

 Peralatan mudah didapati dan boleh


dibeli di pasaran

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENANAMAN BENDI


BIL LANGKAH-LANGKAH PENERANGAN
1. Penyedian anak benih 1. Cara pemilihan biji benih:
 Pilih biji benih yang berisi atau
bernas.
 Biji benih direndam semalaman.
 Biji benih yang terapung dibuang
manakala biji benih yang
tenggelam diambil untuk ditanam.
2. Gunakan biji benih yang bermutu tinggi.

2. Penyedian batas 1. Membersihkan kawasan yang diperlukan


untuk membuat batas.
2. Mengukur ketinggian dan kelebaran
sebelum membuat batas.
3. Mencangkul tanah dan membuat
longkang.
4. Tanah hasil dari longkang diangkat ke
atas batas.
5. Mengembur tanah dan membuang batu-
batu kecil.
6. Pembajaan dibuat dengan
mencampurkan tanah dengan najis
kuda.
7. Meratakan batas untuk dijadikan tapak
semaian.
8. Batas disiram menggunakan sistem
pengairan renjis.
3. Penanaman biji benih 1. Membuat lubang untuk proses semaian.
2. Jarak diantara lubang adalah 30 cm
manakala kedalaman lubang adalah
sebanyak 2 ½ inci.
3. Sekurang-kurangnya tiga biji benih yang
telah direndam semalaman ditanam
dalam satu lubang dengan jarak 10 cm.

4. Sungkupan 1. Sungkupan dibuat menggunakan daun


serai untuk mengawal rumpai dan
membekalkan kelembapan tanah.

5. Penjarangan 1. Apabila biji benih sudah mengeluarkan


tunas, tunas yang paling baik dibiarkan
manakala yang kurang baik dicabut.
6. Penjagaan 1. Penyiraman dibuat setiap dua kali sehari.
2. Pembersihan rumpai dilakukan
seminggu sekali.

7. Penuaian 1. Potong bendi 2 cm dari pangkal bendi.


2. Elakkan daripada tercedera kerana
lendirnya akan keluar berterusan dan ini
boleh menjatuhkan mutu bendi.
3. Penuaian mula dilakukan apabila bendi
sudah 10 – 12 cm panjang (masih
lembut, hujungnya rapuh, senang
dipatahkan dan belum berpulur)

8. Pengendalian selepas penuaian 1. Kumpulkan ditempat teduh dan


dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau
buluh) yang telah dialas dengan kertas
atau plastik yang cerah dan berlubang
2. Ia hanya boleh disimpan selama 2-3 hari
tanpa dibungkus dengan plastik.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penanaman kacang bendi dengan menggunakan bendi tidak
memerlukan kos perbelanjaan yang besar dan ianya sesuai digunakan sebagai amali di
sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT). Proses penanaman biji benih pokok
bendi adalah mudah. Batas dibina berdasarkan ukuran dan nisbah bahan yang ditetapkan.
Baja yang digunakan adalah tahi kuda dan ia perlulah diratakan bersama-sama tanah.
Kemudian, tanah dilembapkan menggunakan rinjisan air dan dibiar semalaman. Setelah biji
benih ditanam, sungkupan diletakkan bertujuan untuk mengawal rumpai dan mengekalkan
kelembapan tanah. Proses penjagaannya yang mudah sesuai untuk orang yang kurang
berkemahiran dalam bertani. Semasa proses penyiraman, ia memerlukan kaedah
penyiraman secara renjisan supaya ianya tidak mengganggu proses pembesaran pokok.
Proses penuaian juga mudah untuk dilakukan dengan menggunakan peralatan yang sesuai
(Nuni Dalina, 2008).

7.0 REFLEKSI

Dalam kursus RBTS 3223 iaitu Pengenalan Kepada Teknologi Pertanian, kami
diminta untuk menjalankan amali menanam kacang bendi dengan kaedah penanaman
secara konvensional ataupun dikenali sebagai tanaman secara tradisional. Alhamdulillah
dalam melaksanakan tugasan ini, banyak sangat pengetahuan dan ilmu baru yang saya
pelajari. Untuk pengetahuan, penanaman secara konvensional ini lebih ditujukan kepada
penanaman sayur-sayuran pada umumnya. Kaedah konvensional ini digunakan secara
meluas oleh petani sayuran. Perkara utama yang perlu dipertimbangkan jika menggunakan
kaedah ini ialah kawasan penanaman, penyediaan bahan tanaman, dan pemprosesan
tanah. Tiga perkara ini harus dititikberatkan jika menggunakan kaedah penanaman secara
konvensional.

Antara pengetahuan lain yang saya perolehi ialah mengenai fungsi sistem
penanaman secara konvensional, kelebihan dan kelemahan tanaman secara konvensional,
jenis tanaman yang sesuai untuk kaedah ini, proses-proses penting yang perlu dilakukan
semasa menggunakan sistem konvensional dan lain-lain. Selepas mengikuti kursus ini
barulah saya dapat mempelajari tentang ilmu pertanian ini dengan lebih mendalam.
Contohnya ialah bagi penanaman secara konvensional, terdapat beberapa langkah yang
perlu dilakukan sebelum menanam. Pemilihan tapak yang sesuai adalah benda yang paling
utama sebelum memulakan penanaman. Selain itu, pemilihan tanah juga memainkan
peranan penting dalam proses penanaman vokasional ini. Antara perkara yang perlu
dipertimbangkan ialah tanah yang sesuai untuk tanaman sayuran mestilah jenis tanah peroi
yang mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan
tidak terlalu berasid.

Seterusnya, bagi penyediaan batas perkara utama yang perlu kita buat ialah
membuang kayu dan batu pada tanah serta membakar rumpai bagi mengelakkan penyakit.
Saya juga mempelajari ilmu baru tentang bagaimana memilih biji benih yang berkualiti. Hal
ini kerana pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin
kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa
pulangan yang tinggi. Pengetahuan baru yang saya pelajari daripada pensyarah yang
mengajar ialah tentang cara yang mudah memilih biji benih yang berkualiti adalah dengan
merendam biji benih di dalam air semalaman, pilih biji benih yang tenggelam sahaja kerana
biji benih yang tenggelam itu berisi.

Saya juga mempelajari beberapa cara untuk proses penyemaian semasa


mempelajari kursus ini antaranya ialah:

I. Semaian terus biji benih besar.


II. Semaian terus biji benih kecil.
III. Semaian terus ke batas tetap.
IV. Semaian biji benih halus di dalam kotak semaian
V. Menyemai cara semai tabur.

Dalam kaedah ini juga terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan lagi selepas
penyemaian. Antaranya ialah sungkupan iaitu bermaksud memberi kelembapan pada batas
tanaman dengan meletakkan sesuatu benda di atas permukaan batas secara menyeruluh.
Contoh sungkupan ialah seperti daun pelepah,cocopeat atau kompos. Saya juga ada
melakukan proses penjarangan iaitu dengan membuang anak benih / pokok yang tumbuh
terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk
mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien.

Semasa proses penjagaan tanaman ini juga saya dan rakan-rakan belajar untuk
bekerjasama dengan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti tugas untuk menyiram
tanaman, merumpai dan sebagainya. Saling kerjasamai antara satu sama lain adalah salah
satu nilai yang perlu diterapkan supaya dapat menyiapkan diri sebagai guru yang berwibawa
suatu hari nanti. Kerja amali ini menerapkan aspek sahsiah yang tinggi dalam diri saya dan
rakan-rakan.

Konklusinya, ilmu yang saya pelajari ini amatlah berguna kepada saya dan mungkin
dapat membantu murid-murid saya dalam kehidupan mereka suatu hari nanti. Melalui
pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ini saya akan berkongsi dengan mereka
apabila berada di sekolah nanti.
BIBLIOGRAFI

Normah Mohd Noor (1992). Biji Benih sebagai Sumber. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nuni Dalina (2008). Panduan Lengkap Berkaitan Penyediaan Tapak, Pemilihan Biji Benih,
Penanaman, Penjagaan dan Produktiviti. Kuala Lumpur: Synergy Media Publisher.

Ting Sai Su (1997). Penanaman Kacang Bendi (Hibiscus Esculentus L.) Secara
Berkelompok.
P.Pinang: Universiti Sains Malaysia.

You might also like