You are on page 1of 25

MAKTAB

RENDAH SAINS MARA

KAJIAN SEJARAH

PT3
2017
AKTA KESELAMATAN DI
NEGARA MALAYSIA

Nama : Nur Farahanna Najwa Binti Ahmad Zainal


Tingkatan : 3 Delima
Nombor K/P : 020629-01-1216
Guru Geografi : Encik Rozula Bin Soh Siva

[1]
Isi Kandungan
1.0 Jadual Kerja 3

2.0 Pendahuluan 4

3.0 Objektif Kajian 5

4.0 Kaedah Kajian 6

5.0 Kawasan Kajian

5.1 Peta Negeri Selangor 8


5.2 Peta Daerah Hulu langat 9

6.0 Dapatan Kajian 10


6.1 Konsep pembandaran 10
6.2 Jadual dan graf 11
6.3 Fungsi-fungsi petempatan bandar di kawasan kajian 15
6.4 Kesan-kesan pembandaran di kawasan 18
6.5 Cadangan Langkah-langkah mengurangkan kesan
pembandaran di kawasan kajian 22

7.0 Rujukan 25

2
1. Jadual Kerja
Bil Hari Tarikh Aktiviti
1 Sabtu /8/2016 -Mendengar taklimat
-Menerima tajuk Kajian Geografi Tempatan iatu
Petempatan Bandar Di Bandar Hulu Langat
- Menentukan isi kandungan

2 Sabtu 13/8/2016 - Merancang jadual kerja lengkap


- Mengedar borang selidik kepada Responden
- Mengenal pasti objektif kajian
- Mengenal pasti Kaedah penentuan kajian
- Mengumpul maklumat dan menganalisa dari borang soal
selidik untuk menentukan punca, kesan dan langkah-
langkah

3 Ahad 14/8/2016 - Membuat Jadual dan Graf


- Menulis rumusan
- Rujukan

3
2.0 Pendahuluan
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi
tingkatan dua bagi tahun 2016. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 10 hari. Melalui kajian
ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang petempatan bandar di kawasan
Majlis Pembandaran Kajang, daerah Hulu Langat. Kajian ini bermula dengan fasa perancangan
jadual kerja dan mengenal pasti terlebih dahulu kaedah kajian yang hendak digunakan.
Seterusnya borang soal selidik diedarkan kepada responden bagi mengumpul maklumat dan
memperolehi sumber-sumber kajian iaitu punca, kesan dan cadangan langkah-langkah
petempatan bandar di Kawasan Hulu Langat. Selain daripada itu kajian ini dijalankan untuk
melihat jenis-jenis pola petempatan bandar di Kawasan Hulu Langat dan seterusnya membentuk
graf kajian. Kajian ini juga akan melihat fungsi petempatan bandar di kawasan Hulu Langat
serta kesan petempatan bandar terhadap kawasan kajian Akhir sekali kajian ini akan
mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan petempatan bandar terhadap
kawasan kajian.

Rasional pemilihan petempatan bandar di Hulu Langat Selangor adalah kerana ia


merupakan salah satu kawasan tanah yang terdiri daripada tanah rezab kerajaan. Sebahagian
besar penduduk di kawasan ini lapan puluh peratus adalah terdiri daripada kaum bumiputera
ang berbangsa Melayu. Rata-rata penduduk di Hulu Langat ini majoritinya adalah bekerja di
dalam sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Namun begitu
tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan
di dalam sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan. Dengan ini saya berpendapat
kajian petempatan di Hulu Langat Selangor mempunyai pola petempatan dalaman yang unik
serta faktor petempatani dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh melihat kesan dan juga
langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

4
3.0 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah:

1. Memahami konsep petempatan penduduk.


2. Mengenal pasti pola petempatan bandar di Hulu Langat Selangor.
3. Menjelaskan faktor petempatan bandar di Hulu Langat Selangor.
4. Menjelaskan kesan petempatan bandar di Hulu Langat Selangor.
5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan petempatan bandar di Hulu
Langat Selangor.
6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.

5
4.0 Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya
ialah pemerhatian, rujukan dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan
dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan
kemudiannya mencatat maklumat yang dipeolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan
ringkas.

Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya.


Melalui kajian saya di internet maka saya telah mendapat gambaran yang lebih jelas dari aspek
luas kawasan, jenis-jenis kegiatan yang dijalankan di kawasan Hulu Langat.

Selain itu juga, soal selidik turut dibuat dengan mengedarkan borang soal selidik
secara rawak. Soal selidik akan dijalankan terhadap 15 responden, dan ini bertujuan
mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka
bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan
tiga kaedah kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh
dipercayai.

6
5.0 Kawasan Kajian
Secara umumnya kajian ini dijalankan di kawasan Hulu Langat yang mempunyai banyak
\kawasan penempatan seperti taman perumahan dan perkampungan tradisonal. Kawasan Hulu
Langat terletak di daerah Hulu Langat Selangor kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuala
Lumpur. Walau bagaimanapun Hulu Langat hanyalah 7 kilometer dari bandar Cheras dan 10
kilometer dari Ampang. Ianya juga berada dalam laluan utama lebuhraya Kajang- Kuala
Lumpur. Selain daripada itu Tampan Impian Langat ini juga terletak berhampiran dengan
bandar Kajang dan Bangi. Taman Impian langat berada dalam kawasan tanah rezab kerajaan.
Bentuk muka buminya merupakan tanah tinggi yang telah diratakan..

Namun kawasan kajian hanyalah tertumpu di 2 Jalan yang terdiri dari penghuni 20 buah
keluarga. Kebanyakan penghuninya adalah terlibat dengan sektor perkhidmatan dan sektor
swasta., ada juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya seperti
jaringan pengangkutan jalan raya, saliran paip air bersih, serta institusi kerajaan seperti Sekolah
Kebangsaan Abdul Jalil Hulu Langat, Klinik Kesihatan Batu 12, Klinik Desa, IKBN Dusun Tua
dan sebagainya. Ia juga berhampiran dengan kawasan perkelahan dan pusat rekreasi iaitu seperti
sungai congkak , sungai gapai dan sebagainya.

7
5.1 Peta Negeri Selangor

8
5.2 Peta Daerah Hulu Langat

9
6.0 Dapatan Kajian
Kg.Parit 4,5,6,7 dan 8
6.1 Konsep
Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan bandar daripada luar bandar
kepada banda. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang
menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil kepada
bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

Pembandaran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya pelbagai kesan positif seperti
peningkatan sistem pengangkutan dan perhubungan, peningkatan kemudahan awam
sosial, peningkatan taraf hidup penduduk dan wujudnya banyak peluang pekerjaan

Proses pembandaran juga akan menyebabkan pelbagai kesan negetif seperti pencemaran
bunyi, pencemaran udara, fenomena cuaca seperti hujan penipisan lapisan ozon, pulau
haba, rumah hijau dan pelbagai kemusnahan hutan.

10
6.2 Jadual dan Graf

JANTINA

47%
LELAKI
perempuan
53%

Ra
jah 1: Responden mengikut Jantina

Berdasarkan Rajah 1, jumlah responden lelaki adalah sebanyak 47 % dan jumlah responden
perempuan yang terlibat dalam kajian ini ialah sebanyak 53%.Jumlah keseluruhan responden
yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 15 orang.

11
1, 7% UMUR
3, 20%

20 - 29
30 - 39
40 - 49
50 - 59
7, 46%
4, 27%

Rajah 2: Responden Mengikut Umur

Berdasarkan Rajah 2, jumlah responden mengikut kategori umur ialah seramai 3 orang (20
%) berada dalam kategori umur 20-29 tahun , seramai 4 orang (27%) berada dalam kategori
30-39 tahun , seramai 7 orang ( 46%) berada dalam kategori 40-49 tahun dan seramai seorang
( 7%) berada dalam kategori 50-59 tahun.

12
SKOR JENIS PEKERJAAN
1, 7%
2, 13%
5, 33%

KERAJAAN
SWASTA
SURI RUMAH
PELAJAR
7, 47%

Rajah 3: Responden Mengikut Skor Jenis Pekerjaan

Berdasarkan Rajah 3, jumlah responden mengikut jenis pekerjaan ialah untuk kategori
Kerajaan adalah seramai 5 orang (33%), kategori Swasta adalah seramai 7 orang (47%) ,
kategori suri rumah adalah seramai 2 orang ( 13%) dan kategori pelajar adalah seramai 1
orang ( 7 %).

13
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR DI HULU LANGAT

20
15
10
5
0
PUSAT PEDIIDKAN KEGIATAN KEGIATAN PERNIAGAAN & BANDAR DIRAJA PERANGINAN &
PERINDUSTRIAN PERKHIDMATAN PERDAGANGAN PELANCONGAN

RAJAH 4: FUNGSI PETEMPATAN BANDAR DI HULU LANGAT

Berdasarkan Rajah 4, menunjukkan peratus responden memilih fungsi petempatan bandar di


Hulu Langat.

KESAN POSITIF PEMBANDARAN DI HULU LANGAT

12
10
PELUANG PEKERJAAN
8
6 PELBAGAI KEMUDAHAN

4 KEPESATAN PERUMAHAN
2 KENAIKAN TARAF HIDUP
0

RAJAH 5: KESAN POSITIF PEMBANDARAN DI HULU LANGAT

KESAN NEGATIF PEMBANDARAN DI HULU LANGAT

15

MASALAH ALAM SEKITAR


10
PENCEMARAN
KESESAKAN LALU LINTAS
5
PENINGKATAN KES JENAYAH

RAJAH 6: KESAN NEGATIF PEMBANDARAN DI HULU LANGAT

14
6.3 Fungsi petempatan bandar di kawasan Hulu Langat
Terdapat beberapa fungsi yang mempengaruhi petempatan bandar dikawasan Hulu langat
antaranya ialah:
Berdasarkan kepada dapatan kajian , adalah didapati pola fungsi petempatan utama bandar
dikawasan Hulu langat adalah lebih tertumpu kepada aktiviti pusat peranginan dan
pelancungan, pusat pendidikan, kegiatan dan perindustrian

a) Pusat Peranginan dan Pelancongan

Aktiviti pusat Peranginan dan Pelancongan adalah menjadi tumpuan utama bagi
petempatan bandar di Hulu Langat. Pusat Peranginan dan Pelancongan yang terdapat
di Bandar HuLu Langat ialah Sungai Congak, Sungai Gabai, Gunung Nuang, Nur
Lembah Beringin dan Pusat Peranginan Semungkis serta kawasan perkelahan sungai
Manggis bagi menyediakan satu tempat yang sangat menarik untuk program
perkelahan dan ianya menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung kesini.
Kemudahan asas seperti resort dan chalet yang selesa amat dititik beratkan oleh
pengusaha pusat pelancongan disini . Ianya amat diperlukan oleh setiap pelancung
yang datang berkunjung kesini bagi bagi memastikan percutian mereka lebih selesa.
Pusat peranginan di bandar Hulu langat juga menjadi tempat pilihan ramai untuk
mengadakan kem-kem motivasi samada dari sektor kerajaan mahupun pihak swasta.
Tidak hairanlah bila data dapatan ini dapat membuktikan bandar Hulu Langat
dapat meningkatkan taraf hidup
penduduknya dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan dalam sektor
pelancongan ini.

b) Pusat Pendidikan
Kewujudan pusat-pusat pendidikan di Hulu Langat juga menjadi salah satu faktor
wujudnya pembandaran di sini. Institut Kemahiran Belia Dusun Tua (IKTBNDT)
yang baru-baru ini dinaik taraf kepada Institut Kemahiran Tinggi adalah merupakan
salah satu pusat pendidikan yang terawal wujud di sini malahan ia juga merupakan

15
Institut Kemahiran Latihan Belia yang tertua di Malaysia. Ianya tertubuh pada tahun
1966 . Institut latihan ini telah banyak melahirkan banyak tenaga kerja mahir dan
separa mahir bagi memenuhi kehendak dan keperluan industri. Selain IKTBNDT
sebuah kolej kejururawatan juga terdapat di sini iaitu Kolej Universiti Metropolitan
yang terletak di Taman Kemacahaya. Dahulunya kolej ini dikenali sebagai Kolej
Materskill yang telah melahirkan ramai para jururawat bagi memenuhi keperluan
semasa.

c) Kegiatan dan Perindustrian


Hulu Langat juga boleh diiktiraf sebagai “syurga makanan” bagi penduduk sekitar
Kuala Lumpur. Banyak terdapat restoran-restoran besar yang terkenal di sini seperti
Arina Sea Food, Alif Bistro dan Restoran Alang-alang. Kewujudan restoran-restoran
telah menyebabkan banyak peluang-peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar. Bagi
penggemar buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, cempedak dan lain-lain
di sinilah tempat tujuan utama bagi mendapatkannya, malah gerai-gerai yang
menjualnya terdapat di sepanjang jalan di sekitar Hulu Langat. Penjualan ini secara
tidak langsung turut memangkin pendapatan penduduk setempat melalui jualan
daripada hasil ladang dan kebun buah-buahan Mereka. Di Kampung Sungai Michu,
Hulu Langat juga terdapat sebuah kilang kicap yang telah banyak memberi peluang
pekerjan kepada penduduk kampung. Terdapat juga sebuah pusat latihan memandu
yang besar di sini yang telah membantu ramai orang untuk mendapatkan lesen
memandu. Pusat tersebut ialah Institut Memandu Surefine yang terletak berhampiran
dengan Taman Impian Langat, Hulu Langat.

16
Peta Minda 1: Fungsi Petempatan Pembandaran di Bandar Hulu
Langat

Peranginan &
Pelancongan

Fungsi
Petempatan
Pembandaran
di Bandar
Hulu Langat

Kegiatan & Pusat


Perindustrian Pendidikan

17
6.4 Kesan positif dan Negatif Pembandaran di Bandar
Hulu Langat
Secara umumnya terdapat tiga kesan positif dan tiga kesan negatif pembandaran di
kawasan Hulu Langat kajian:

a) Kesan positif

a. Kepesatan Kawasan Perumahan


i. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kawasan-kawasan perumahan
baru di sekitar kawasan Hulu Langat. Jika 10 tahun dahulu hanya
terdapat tiga atau empat buah sahaja taman perumahan seperti Taman
Sri Nanding, Taman Bukit Raya, Taman Impian Langat dan Taman
Perkasa dan lain-lain. Namun sekarang banyak lagi taman-taman baru
seperti Taman Wawasan, Langat Ceria, Lagenda Suri serta lain-
lainnya. Malahan ada juga yang sedang dimajukan dan dalam
pembunaan. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada
tenaga buruh yang lebih ramai. Lain-lain mengambil bahagian untuk
membangunkan kawasan ini. Pertambahan penduduk di bandar
merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

b. Taraf hidup meningkat

i. Kepesatan kegiatan ekonomi di Hulu Langat seperti wujudnya pusat


peranginan, kegiatan perniagaan, perindustrian serta pusat pendidikan
telah meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dengan memberi
peluang-peluang pekerjaan kepada mereka.

18
c. Pelbagai Kemudahan
i. Pertambahan penduduk di kawasan Hulu Langat juga seiring dengan
kemudanan infrastruktur yang telah dimajukan oleh pihak kerajaan dan
swasta. Di sini terdapat 2 buah pusat kesihatan yang besar bagi
memenuhi keperluan penduduk setempat iaitu Klinik kesihatan Batu
10 dan Klinik Batu 14. Selain itu juga terdapat kawasan perniagaan
komersial yang baru seperti Lagenda Suria yang mana terdapat Kedai
Kain 1 Malaysia, My Mydin, Pasaraya CS bagi memenuhi keperluan
penduduk.

d. Banyak Peluang Pekerjaan


i. Kegiatan ekonomi yang wujud di Hulu Langat telah memberi banyak
peluang pekerjaaan kepada penduduk tempatan. Malahan juga terdapat
migrasi dari luar ke kawasan ini dengan wujudnya peluang-peluang
pekerjaan ini.

b) Kesan negatif

a. Masalah Kesesakan Lalulintas


i. Pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup penduduk secara
tidak langsung telah menambah bilangan kenderaan di kawasan Hulu
Langat. Ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas dengan
bertambahnya bilangan kenderaan yang menggunakan jalanraya

b. Masalah Alam Sekitar dan Pencemaran


i. Ekoran daripada wujud pertambahan kilang- kilang perindustrian,
pertambahan jumlah kenderaan awam yang semakin meningkat yang
menggunakan kemudahan jalanraya di kawasan ini dan berlaku
pembakaran secara terbuka, maka wujud masalah pencemaran alam
sekitar akibat pertambahan asap dan jerebu dari kilang-kilang dan

19
pembakaran yang tidak lengkap dari eksos kereta yang mengeluar gas
karbon dioksida dan karbon monoksida yang tidak baik untuk
kesihatan penduduk hulu langat dan ia juga memberi kesan negatif
kepada tumbuhan hijau yang akan tercemar. Secara lazim proses
fotosentis juga akan terbantut yang menyebabkan tumbuhan-tumbahan
mati.Pencemaran juga akan menyebabkan berlakunya pemanasan
yang melampau, kesan pada lapisan ozon dan wujudnya banjir kilat
secara tiba- tiba dikawasan bandar hulu langat.

c. Berlaku penambahan kes jenayah

Pertambahan penduduk di hulu langat menyebabkan wujudnya masalah sosial


seperti bertambahnya masalah pengangguran dalam kalangan penduduk.. Di
sebabkan masalah penggangguran yang bertambah ianya secara tidak langsung
telah menyebabkan berlakunya desakan hidup yang memaksa mereka melakukan
jenayah seperti merompak, mencur dan peras ugut.

20
Peta Minda 2: Kesan positif dan negatif dalaman di
kawasan kajian

Kepesatan
Kawasan
Perumahan

Pelbagai
Taraf hidup
Kemudahan
meningkat

Kesan positif
dan negatif
Pembandaran di
Hulu Langat Banyak
Kesesakan Peluang
Lalulintas Pekerjaan

Masalah alam
Peningkatan
sekitar &
kes jenayah
pencemaran

21
6.5 Langkah-Langkah mengatasi kesan pembandaran di Hulu
Langat kawasan kajian.

a) Pemantauan pihak Penguasa Bandaran Ttempatan

Pemantauan PBT berkenaan infrastruktur terutanya masalah kebersihan, naik taraf jalan
raya,campur tangan pihak wajib tempatam. Di antara usaha yang perlu di buat oleh PBT ialah
membina lebur raya, menaik taraf jalan raya.meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan
permbersihan dan penambahn fasiliti dan baik pulih jalanraya yang sedia ada oleh pihak PBT.

b) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan bumiputera di kawasan Hulu


Langatt pihak berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun
industri Makanan . Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir
masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan
industri makanan ringan seperti kerepek dan juga kuih karas dan sebagainya.

c) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang


Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Hulu Langat dengan kerjasama
penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan
bagi mengatasi masalah pecah rumah dalam kalangan belia di kawasan kajian. Pada
masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan
seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang
berlaku.

22
d) Meningkatkan kemudahan kesihatan

Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal,
bagi menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan
kesihatan penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan
dan klinik desa. Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan
rawatan dengan lebih cepat. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian
juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif dari berhijrah sekali gus dapat
menyeimbangkan komposisi penduduk di hulu langat

e) Galakan kempen cintai Alam sekitar

Mengetakan penguatkuasaan pelanggaran undang-undang lalulintas dan pencemaran


alam sekitar.

23
Peta Minda 3: Langkah-langkah mengatasi kesan pembandaran
di kawasan kajian

Cadangan
mengatasi kesan
pembandaran

Wujudkan rukun
Wujudkan Meningkatkan
tetangga dan
peluang kemudahan
kuatkuasa
pekerjaan kesihatan
undang-undang

24
7.0 Rujukan

1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan
Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks
Geografi Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan

3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan
Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

5. Chong Mui Sen,Azizan Bin Abu Samah,2003,Buku Teks Tingkatan Dua .Percetakan
Saufi,Kampung Baru ,Kuala Lumpur

25

You might also like