You are on page 1of 1

Haiwan kesayangan saya ialah anjing.

Anjing ini dihadiahkan oleh ayah


saya pada hari jadi saya yang ke – 10. Saya menamakan anjing ini Bob.
                        Bob ialah seekor anjing jantan yang baru berusia satu
tahun. Bulu Bob berwarna hitam dan bertompok putih. Bob mempunyai
sepasang mata yang besar dan hitam. Bulunya pula pendek dan gebu.
                        Bob tinggal di sebuah rumah anjing yang dibina oleh ayah
dan abang saya. Rumah anjing Bob ditempatkan di tepi garaj kereta. Saya
memberi Bob makan dua kali sehari. Makanan kegemaran Bob ialah tulang
dan daging. Kadang kala, saya memberi Bob minum susu segar.               
            Pada setiap hujung minggu, saya akan memandikan Bob
dengan syampu. Saya juga akan membersihkan tempat tinggal Bob
supaya Bob dapat tinggal dengan selesa. Ibu bapa sering menasihati saya
agar menjaga Bob dengan baik dan memastikan Bob sentiasa sihat.
                        Bob ialah anjing yang cerdik dan manja. Bob juga patuh
akan arahan saya. Apabila kami sekeluarga tiada di rumah, Bob akan
menjaga rumah. Sekiranya orang yang tidak dikenali lalu di hadapan
rumah saya, Bob akan menyalak dengan kuat.
                        Bob ialah teman baik saya. Pada masa lapang, saya akan
membawa Bob bersiar-siar di taman. Bob suka menguit-nguit ekornya
semasa bermain kejar-kejar dengan saya.
                        Saya dan keluarga amat menyayangi Bob. Saya berharap
agar Bob dapat menemani kami buat selama-lamanya.  

You might also like