Professional Documents
Culture Documents
14 Perkara Yang Dibincangkan Dalam Mesyuarat Panitia Pertama
14 Perkara Yang Dibincangkan Dalam Mesyuarat Panitia Pertama
Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras
mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.
Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman
tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan
kegunaan semua ahli panitia.
Analisis peperiksaan akhir tahun, /UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.
Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang
dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada
perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop
latihan/program.
5. PENGGUBALAN RPT
Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu
dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah.
Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.
Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan
dalam Panitia.
7. PENULISAN RPH
Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam
mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.
9. AGIHAN LATIHAN
Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah
latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu
mempunyai 12 latihan penulisan.
10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN
- Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan
latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat
pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
- Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.
12. PENCERAPAN
Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli
panitia.
13. PBD
Gerak kerja (prosedur) untuk PBD mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang
digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.