You are on page 1of 2

14 Perkara Yang Perlu Dibincangkan Dalam Mesyuarat Panitia Pertama

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA


1.1. Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk
setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap aliran tahun dan
aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA


2.1. Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama.
Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan
tahun sama di samping pemakluman tentang inventori sedia ada/tempat
penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk
pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.
2.2. Senaraikan/katalogkan semua peralatan yang ada, edarkan kepada semua
guru. Serah satu salinan kepada GB.

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/UPSR DAN PBD


3.1. Analisis peperiksaan akhir tahun,/UPSR dan PBD perlu dibincangkan
dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli.
3.2. Senaraikan isu dan pelan intervensi.

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA


4.1. Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa
berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan
akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan
untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan
skop latihan/program.
4.2. Boleh guna templat OPPM dan PINTAS

5. PENGGUBALAN RPT
5.1. Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir
sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim
persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan
tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR


6.1. Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk
penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH
7.1. Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang
telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun
semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN MURID


8.1. Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan
setiap kelas dan tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan
buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN
9.1. Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu
menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai
contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan.
10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN
10.1. Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk
menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu
disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap
buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
10.2. Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam
mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan
dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN


11.1. Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan
JSU, soalan dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap
peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN
12.1. Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk
makluman semua ahli panitia.

13. ULBS/PBD
13.1. Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBD mesti dibincangkan untuk
makluman semua ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk
makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA


14.1. Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan
keperluan setiap ahli panitia.

15. Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia
pertama.

You might also like