You are on page 1of 3

CATATAN PERJUMPAAN KP KALI 1 BERSAMA PUAN GURU BESAR DAN CIKGU AZAM

TARIKH : 8 .2.2021

MASA : 12 TENGAHARI

TEMPAT : MASING-MASING @ GOOGLE MEET

@ Cikgu Azam selaku PK1 SKBG menyarankan 14 perkara penting yang perlu dibincangkan oleh semua
Ketua Panitia semasa mesyuarat Panitia yang pertama.

AGENDA MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA


Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata
pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA

Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan
barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan
peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli
panitia.

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR

Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat
berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan
untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu
dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh
semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR

Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam

Panitia.
7. PENULISAN RPH

Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam
mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN

Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN

Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan
minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12
latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

– Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan
murid.
Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap
buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.

– Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa
kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN


Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop
soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN

Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia.

13. PBS( Pentaksiran Berasaskan Sekolah )

Gerak kerja (prosedur) untuk PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang
digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

@ Puan Norul Huda , GB SKBG, memaklumkan beberapa perkara

1. Hantar agenda mesyuarat/surat panggilan mesyuarat kepada puan GB untuk membuat semakan
dahulu dan kemudian dihantar ke group official SKBG @ Perlu laksanakan mesyuarat Panitia dalam
bulan Februari.

2. Cara Penulisan RPH dalam e-prema perlu diselaraskan dalam panitia.

3. Perlu ada buku catatan Penggunaan Bilik Khas termasuk Bilik MBMMBI.

4. Program HIP perlu libatkan semua warga sekolah.


5. PAJSK @ SEGAK , perlu diberi perhatian dari awal.

6. NILAM – Guru-guru perlu memberi perhatian lebih dan galakkan semua pelajar membaca.

7. Ketua Panitia perlu prihatin terhadap @SKPMG2 DAN KEBERHASILAN GURU  Apa yang hendak
dicapai

8. Murid-murid yang tidak laksanakan online teaching  ziarah cakna

9. Untuk guru praktikum @ KP dan Guru Pembimbing  buat pentaksiran sekolah

Catatan disediakan oleh Pn. Vicnesvary ( KP BI SKBG )

You might also like