You are on page 1of 3

MODUL PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM KV / SMT / PROGRAM KV


PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Tajuk : Pertandingan masakan.

Spesifikasi : Masak nasi dalam buluh, panggang ikan dan masak telor dalam tanah serta roti medan.

Kumpulan Sasaran : KRS : 8 peserta lelaki


KAPA : 4 peserta lelaki, 4 peserta perempuan
KBDP : 4 peserta lelaki, 4 peserta perempuan

Masa : 2 jam

Kawasan : Akan ditentukan

Matlamat : Melahirkan peserta yang kreatif dan inovatif serta dapat menghadapi cabaran dengan
semangat berpasukan.

Objektif : 1. Memupuk semangat kerjasama dan bertolak ansur


2. Melatih pengurusan masa
3. Memastikan peserta sentiasa mengutamakan keselamatan semasa melakukan
aktiviti.

Peralatan & bahan : 1. Buluh lemang 1 ruas & Buluh untuk dibuat pengapit 1 ruas.
2. Beras, telur, ikankeli , tepung gandum
3. Garam Halus dan serbuk kunyit
4. Kayu api, Arang, mancis dan tiub basikal
5. Pisau, besen,, dawai,
6. Sebotol Air Mineral.
* semua di atas disediakan oleh penganjur.

Syarat-syarat : 1. Setiap pasukan hendaklah menghantar 8 orang peserta sahaja


2. Dilarang menggunakan bahan atau alatan selain daripada yang disediakan oleh
penganjur ( penyertaan terbatal sekiranya berlaku )
3. Masakan hendaklah disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan
4. Hanya peserta dan hakim sahaja yang dibenarkan berada di Kawasan
pertandingan.
5. Masakan akan dinilai berdasarkan hasil masakan, rasa dan bau masakan,
persembahan dan hiasan, kebersihan dan kerjasama peserta.
6. Kesemua masakan di atas hendaklah dihidang menggunakan bahan yang telah
disediakan dan hendaklah hantar kemeja hakim dalam tempoh 2 jam . Jika lewat,
penyertaan akan dikira batal.
7. Keputusan hakim adalah muktamad
* taklimat tentang masakan akan diberikan sebelum pertandingan.

PANDUAN MASAKAN
A. Masak nasi dalam buluh

Bahan-bahan :
1. Beras
2. Buluh

Cara penyediaan :
1. Basuh beras dan masukkan ke dalam buluh
2. Masukkan air secukupnya ke dalam buluh
3. Bakar buluh seperti masak lemang sehingga nasi masak

B. Panggang ikan

Bahan-bahan :
1. Ikan Keli
2. Garam
3. Kunyit

Cara penyediaan :
1. Siang ikan dan buang sisa ditempat yang telah dikhaskan
2. Basuh ikan dan gaulkannya bersama garam dan kunyit secukup rasa
3. Sepitkan ikan pada penyepit dan bakar sehingga masak

C. Masak telur dalam tanah

Bahan-bahan :
1. Telur

Cara penyediaan :

1. Gali lubang dan masukkan telur kemudian timbus kembali


2. Bakarkan kayu api di atasnya sehingga yakin telur telah masak

D. Menyediakan roti medan

Bahan-bahan :
1. Tepung gandum
2. Garam , kunyit & serbuk penaik
3. Air secukupnya

Cara Penyediaan :

1. Adunkan tepung bersama kunyit serta perasa


2. Pintalkan doh berkenaan pada buluh
3. Panaskan pada api sehingga masak

Kreteria Penilaian :
Bil Kreteria Skor Skor Jumlah
Penuh
Nasi Ikan Telor Roti
1 Persembahan/ rupa am 20

2 Rasa & Bau 40

3 Hiasan 10

4 Kebersihan 10

5 Kerjasama 10

6 Keselamatan 10

Jumlah Keseluruhan

…………………………………………………………………

( NAMA HAKIM : )

You might also like