You are on page 1of 5

Pengenalan dan Maksud Mesra Budaya

1) Maksud Mesra Budaya;


-Menurut Ralp Linton (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam
sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat’.
-Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu
masyarakat.
-sesuatu yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti
-mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana
melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

2) Mesra Budaya Mengikut Etnik;


-Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah
realiti masyarakat Malaysia.
-Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk
hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee
Hoon, 2004
-Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai persamaan hak
sebagai warganegara Malaysia.
-Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK)iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman dan apresiasi
kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid sebagai anggota masyarakat malaysia.
-Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya
iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau
etnik yang lain (Alred, Byram, & Fleming, 2002; Swiniarski, Breitborde, & Murphy,1999)
-Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi
nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.
-Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, etnik,
dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi; kasih sayang terhadap alam sekitar;
kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang; dan patriotik .
-Oleh itu,untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran
yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid,di dalam dan di luar bilik
darjah.
-antara aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakn ialah Projek yang
dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan "Kenali Malaysia“.
-Menonton filem/video sejarah sekolah atau cara memasak makanan tradisional pelbagai
kaum.
Peribumi
Penduduk peribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak
Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya. Di Sabah
terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku kaum
Etnik. Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman
Sabah dan Sarawak.
Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia
pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous
Learning). Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif, antaranya ialah
mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu. Sistem belajar
Asli secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi
sangat berharga.

Orang asli
Masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan.
Dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu
ditangani secara bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan.
Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan
kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.
Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka
mengetahui di mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara
pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).

Pendalaman
Masyarakat yang tinggal di kawasan yang jauh daripada kawasan pembangunan dan kurang
infrastruktur.
Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang
meransang. Tidak ada akses untuk ICT.
Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-
ekonomi dan tahap keupayaan murid.
Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi
untuk cicir dalam Sistem Pendidikan.
Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut.
Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui
dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran.

Tindakan Kerajaan
• Mewujudkan Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA. RM 13.4 juta untuk bantuan
makanan tambahan, 2.7 juta untuk kos pengangkutan murid, 2 juta untuk wang saku.
• Pemantapan KIA2M kepada 3M
• Skim komputer sekolah (5 murid 1 Komputer)
• Penambahbaikan infrastruktur dan sumber manusia melalui PIPP.

Pelan Tindakan Umum

Aspek Tindakan
Persekitaran Kelas -Wujudkan bilik darjah yang lebih ceria, berwarna-warni.
-Susun atur tempat duduk.
Bahasa -Guru perlu sedikit sebanyak menggunakan bahasa pertuturan
pelajar bagi meningkatkan kefahaman terhadap pembelajaran
Aktiviti -Memperbanyakkan aktiviti berkaitan budayamengadakan
program yang memupuk kesedaran mengenai kepentingan ilmu
P&P -Lebih kepada berpusatkan pelajar -Memperbanyakkan
penggunaan kemahiran

Pelan Tindakan Khusus

Aspek Tindakan
Persekitaran Sekolah -Gotong-royong perdana
-Pertandingan kecantikan dan kebersihan kelas
-Sudut ilmu dan anti dadah di dalam setiap kelas
Perayaan -perayaan kaum (tahun baru cina, aidilfitri, gawai, dll)
-Hari pakaian tradisionalSambutan Bulan Kemerdekaan
Akademik -Perlaksanaan 6M ( Membaca, menulis, mengira, mainpermainan
luar bilik darjah, makan-RMT, muzik-tarian & kegiatan
kebudayaan )
-Pendidikan Berasaskan Kemahiran Hidup (LSBE)
-Kem minda cerdas UPSR -Program ICT (merapatkan jurang ICT)
-Hari terbuka sekolah
Kokurikulum -Lawatan sambil belajar
-Hari Kantin

Langkah-Langkah Tindakan Sebelum Semasa Selepas


SEBELUM
Mesyuarat staf dan pihak PIBG.
Penentuan tempat, tema dan aktiviti.
Pembahagian tugas kepada AJK.
Penyediaan kertas cadangan.
Penyediaan senarai semak.
Pemberitahuan kepada ibu bapa dan semua guru.
SEMASA
Perlaksanaan aktiviti mengikut tentatif
SELEPAS
Melakukan post mortem
Menyemak kembali senarai semak
Membina instrumen penilaian kepada pihak ibu bapa.

Melaksanakan Pelan Tindakan: Peribumi


Golongan ini merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak
wujud jurang besar antara murid kawasan bandar dan luar bandar. Kemudahan
infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan
peralatan lengkap di dalam dan di luar bilik darjah, penggunaan bahan bantu mengajar
dapat membantu golongan ini menikmati kemudahan secara sama rata tanpa mengira
sekolah Indigenous atau bukan.

Bantuan Masyarakat Orang Asli


• Yuran persekolahan • Buku tulis
• Kokurikulum • Kertas ujian bulanan
• Sukan tahunan sekolah • Buku kerja dan alat tulis
• Pakaian seragam sekolah • Tambang
• Kegiatan Pendidikan Islam dan Moral • MSSM
• Bantuan makanan dan pengangkutan

Melaksanakan Pelan Tindakan: Pendalaman


• Bilik darjah • Asrama
• Rumah guru • Menyediakan bekalan elektrik
• Menyediakan bekalan air

Kesimpulan
Bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya peranan guru
amatlah penting untuk menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid, di
dalam dan di luar bilik darjah tanpa mengira latar sosio budaya murid berkenaan. Di
samping itu penerapan nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat seperti hormat-
menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan
dan undang-undang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman.

Aktiviti/Klip Video;

You might also like