You are on page 1of 1

PENGARUH HINDU DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

Berdasarkan video yang dilihat, terdapat pengaruh Hindu dalam perkahwinan masyarakat
Melayu. Secara umumnya, pengaruh ini dapat dilihat daripada dua adat iaitu acara berinai
dan bersanding. Video ini menjelaskan terdapat tiga peringkat dalam acara berinai iaitu
berinai curi yang diadakan tiga malam sebelum hari perkahwinan untuk saudara-mara
terdekat. Peringkat kedua, berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari perkahwinan
untuk jiran, saudara-mara dan sahabat. Manakala, upacara berinai besar diadakan satu hari
sebelum atau selepas hari perkahwinan untuk jemputan khas dari pihak lelaki dan
perempuan. Video ini juga menerangkan tentang corak penggunaan inai di tangan yang
bercorak hiasan bunga. Seterusnya, upacara bersanding pula, merupakan adat Hindu yang
mengagungkan dewa Rama Sita. Dalam masyarakat Melayu, pengantin lelaki dan
perempuan akan bersanding di atas pelamin.

You might also like