You are on page 1of 23

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MULAI TAHUN 2021


SEJARAH
( KOD: 1249)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020


Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.


Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk


menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format
pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian
Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat
dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa
utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen
dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk
memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu
standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah
mata pelajaran Sejarah yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat
diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan
matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama
aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat
dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran
dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di
samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari
aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya
menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah
diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK)
dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan


pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP
agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang
perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk
memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan
institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga
pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4
3.0 Punca Kuasa 6
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 8
7.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 9
8.0 Aras Kesukaran Item 10
9.0 Format Pentaksiran 10
10.0 Contoh Item 12

10.0 Lampiran 1 13

10.0 Lampiran 2 16

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH
1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat


mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH
2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap


instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang


pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi


kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam


memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH
2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu


ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format


pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah
dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Sejarah bermatlamat memberi kefahaman mengenai masyarakat, negara Malaysia


dan dunia. Usaha ini, dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri serta semangat setia
negara sebagai warganegara Malaysia yang arif dan peka sejarah. KSSM Sejarah juga
dapat mewujudkan semangat perpaduan, perasaan kekitaan, kesedaran kebangsaan
dan memperkukuh perasaan cinta akan negara.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah bertujuan untuk membolehkan murid


mencapai objektif berikut:

OM1: Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian dengan mengambil


iktibar daripada peristiwa sejarah;

OM2: Menerangkan kepentingan mengamalkan semangat perpaduan dalam usaha


pembangunan dan kemajuan negara;

OM3: Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid


melalui PdP Sejarah dalam memahami peristiwa sejarah;

OM4: Menjelaskan pencapaian dan kemajuan negara dalam melahirkan murid untuk
bersaing di peringkat global;

OM5: Menghuraikan usaha dan sumbangan tokoh tanah air dalam memperjuang
dan mempertahankan kedaulatan negara;

OM6: Menghuraikan perkembangan sejarah masyarakat dan negara bagi membina


jati diri;

OM7: Menilai kepentingan dan peranan kepelbagaian kaum serta etnik dalam
pembentukan negara bangsa;

OM8: Mengaplikasikan dan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui fakta
sejarah yang tepat.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

OM9: Membina minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik; dan

OM10: Membina semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Sumber: DSKP KSSM Sejarah, 2018,


Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Objektif Pentaksiran (OP) Sejarah adalah seperti berikut:

OP1: Keupayaan menguasai pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan sejarah


dalam kehidupan seharian, fakta sejarah tentang perkembangan masyarakat,
sumbangan tokoh-tokoh dalam mempertahankan kedaulatan dan
pencapaian negara;

OP2: Keupayaan mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah untuk menghuraikan fakta


sejarah yang berkaitan dengan negara dan negara luar kepada suatu situasi baharu
dalam usaha memupuk perpaduan, mempertahankan kedaulatan negara
dan membina jati diri; dan

OP3: Keupayaan menjana idea berdasarkan pelbagai fakta sejarah dan isu-isu sejarah
semasa dan sejarah silam agar melahirkan pemikiran yang matang serta berupaya
memberikan pendapat yang rasional untuk membuat pertimbangan dalam usaha
mempertahankan perpaduan, kemerdekaan, kedaulatan, maruah, pembangunan
dan kemajuan negara.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 Mengetahui dan Memahami


Mengukur sejauh mana murid faham tentang fakta sejarah, istilah, konsep dan teori
sejarah dan berupaya melakukan sesuatu selepas melalui proses pembelajaran.

7.2 Mengaplikasi
Menggunakan maklumat dan memberi penjelasan secara relevan dan tepat tentang
fakta sejarah, istilah, konsep dan teori sejarah kepada suatu situasi baharu.

7.3 Menganalisis
Mencerakinkan atau mengumpul maklumat pelbagai fakta, maklumat dan sesuatu
peristiwa yang berlaku berkaitan dengan sejarah secara rasional, tepat dan
bersesuaian dalam konteks yang lazim dan bukan lazim.
7.4 Menilai

Menilai pelbagai fakta, maklumat, peristiwa sejarah secara kritis, kreatif dan
matang serta membuat justifikasi berdasarkan kriteria yang spesifik untuk
dijadikan iktibar dalam usaha mempertahan kemerdekaan, kedaulatan, maruah
serta pembangunan negara.

7.5 Mencipta

Menggabungkan pelbagai elemen untuk merancang, mencipta bagi menghasilkan


sesuatu perkara atau idea yang kreatif.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh
lebih 60% calon (sebahagian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh
40% - 60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh
kurang 40% calon (sebahagian kecil calon).

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Sejarah menggunakan dua instrumen iaitu:

9.1 1249/1 – Sejarah Kertas 1 (Objektif)

1249/2 – Sejarah Kertas 2 (Subjektif)

Format Pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021


MATA PELAJARAN SEJARAH (1249)

Bil Perkara Kertas 1 Kertas 2

Jenis
1 Ujian Bertulis Ujian Bertulis
Instrumen
● Subjektif Respons Terhad
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan
● Subjektif Respons Terbuka
Bahagian A
4 Soalan Respons Terhad (40 markah)
(Jawab semua soalan)
40 soalan
Bilangan
3 (Jawab semua soalan) Bahagian B
Soalan 5 Soalan Respons Terbuka (60 markah)
(Jawab 3 soalan)

Jumlah
4 40 markah 100 markah
Markah

• Mengingat
• Mengingat • Memahami
• Memahami • Mengaplikasi
5 Konstruk
• Mengaplikasi • Menganalisis
• Menganalisis • Menilai
• Mencipta
Tempoh
6 1 jam 2 jam 30 minit
Ujian
Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard
Cakupan
7 Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
Konteks
(Tingkatan 4 dan 5)

Aras Rendah : Sederhana : Tinggi


8 Kesukaran 5:3:2
Kaedah ● Analitik
9 ● Dikotomus
Penskoran ● Holistik
Alatan
10 Tiada Tiada
Tambahan

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

10.0 CONTOH ITEM

10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1 dan 2.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

SEJARAH
(1249)

CONTOH-CONTOH ITEM

1249/1 – SEJARAH KERTAS 1

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

1 Gambar berikut merujuk kepada alat kebesaran diraja.

Apakah kepentingan alat kebesaran tersebut?


A Identiti permuafakatan bangsa
B Tanda kemakmuran negara
C Lambang kesetiaan rakyat
D Simbol kedaulatan

2 Pasangan manakah yang betul tentang tugas pembesar pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka?
BENDAHARA TEMENGGUNG
A Ketua Pentadbir Panglima Angkatan Laut
B Ketua Turus Angkatan Tentera Ketua Keselamatan kota
C Mengurus kutipan cukai Menjaga keamanan kawasan pegangan
D Melindungi kebajikan pedagang Mengurus perbendaharaan negara

3 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme melalui karya penulisan


di Indonesia.

Tokoh Nasionalis Hasil Karya


 Habis Gelap Terbitlah Terang
Raden Adjeng Kartini
 Penulisan Seorang Puteri Jawa

Apakah mesej yang terkandung dalam karya tersebut?

A Ketidakadilan sistem perundangan


B Kelemahan sistem pemerintahan
C Kemunduran rakyat tempatan
D Kemelesetan ekonomi negara

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

4 Gambar berikut menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut?


A Mengadakan tunjuk perasaan
B Menyokong gerakan Islah
C Melibatkan diri dalam persatuan
D Memberi kerjasama dengan British

5 Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Malaysia.

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan


negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran
kepada negara.
Sumber: Bernama, 30 Januari 2013

Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?


I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan
II Pandangan rakyat biasa diambil kira
III Hak rakyat untuk bersuara disekat
IV Kebebasan mutlak rakyat terjamin
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

LAMPIRAN 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

SEJARAH
(1249)

CONTOH-CONTOH ITEM

1249/2 – SEJARAH KERTAS 2

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

Bahagian A

1 Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa Rundingan Baling.

Rundingan Baling, 28 – 29 Disember 1955 di Sekolah Inggeris Baling

(a) Nyatakan pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut?

(i) ……………………………………………………..
(ii) …………………………………………………….. [2 markah]

(b) Mengapakah rundingan tersebut diadakan?

……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………................................................…………………………………
………………....................................................................................................................
[4 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

(c) Langkah-langkah untuk menghalang perkembangan ideologi yang boleh menggugat


keselamatan negara perlu dipertingkatkan.
Beri ulasan anda.

……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………................................................…………………………………
………………....................................................................................................................
[4 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

2 Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.


(a) Jelaskan maksud perlembagaan.
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….
.........................……………………………………………………………………………
[2 markah]
(b) Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang ketiga.

Keluhuran Perlembagaan

Jelaskan maksud prinsip Rukun Negara tersebut.


…………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
………………………………………………........................……………………………
…………………………………………………………………
………………………………………………………………… [2 markah]
…..........................…………………....................
(c) Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan
....................................................………………
oleh mana-mana pihak. ………………………
Nyatakan dua perkara sensitif tersebut.
[3 markah]

(i) …………………………………......................................………………...............…..
(b) Bagaimanakah penentangan
tersebut dilakukan?
(ii) ………………………………......................................……...............………………..
[2 markah]
…………………………………………………………………
(d) Mengapakah perkara-perkara dalam 2(c) tidak boleh dipersoalkan?
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
………………………….........................................
...................………………
……………………………………………………………………………………………
[3 markah
…………………………………………………………………………………………….
.....................................................................................................................………………

[4 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

Bahagian B

1 Rajah berikut berkaitan Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

(a) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
[6 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

 Hukum Kanun Melaka


 Undang-undang Laut Melaka
Bagaimanakah undang-undang tersebut dapat memantapkan sistem pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka?
[6 markah]

(c) Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa kita.
Berikan ulasan anda. [8 markah]

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20


FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH

2 Peta 1 menunjukkan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Peta 1

(a) Berdasarkan Peta 1 dan pengetahuan sejarah anda, jelaskan tentang sejarah penubuhan
ASEAN. [4 markah]

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat ASEAN.

… untuk mengekalkan dan meningkatkan keamanan,


keselamatan dan kestabilan serantau.

Sumber:pmr.penerangan.gov.my

Bagaimanakah Malaysia berperanan membantu ASEAN mencapai matlamat tersebut?


[8 markah]

(c) Berjayakah ASEAN mencapai matlamat di 2(b)?


Beri penjelasan anda.
[8 markah]

TAMAT

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like