You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PBSM PERTAMA 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO TRAOH

TARIKH : 29 JANUARI 2020


HARI : RABU
MASA : 7.10 PAGI
TEMPAT : KELAS TAHUN 5 DELIMA
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN

Agenda : 1. Kata-kata aluan oleh guru penasihat


2. Perlantikan Ahli Jawatankuasa
3. Penerangan tentang Perlembagaan PBSM Sekolah
4. Hal-hal lain

1. Kata-kata Aluan Guru Penasihat


1.1 Guru penasihat mengucapkan selamat datang ke mesyuarat pertama
PBSM dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang
hadir pada hari ini.

1.2 Guru penasihat juga mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli


PBSM yang baharu dari Tahun 4.

2. Perlantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2020

2.1 AJK yang telah dilantik melalui undian. (rujuk lampiran)

2.2 Guru penasihat menerangkan tentang tugas setiap AJK yang telah
dilantik dan berharap semua AJK menjalankan tugas yang
diamanahkan.

Tindakan : semua ahli


3. Perlembagaan PBSM Sekolah

3.1 Guru penasihat menerangkan tentang perlembagaan PBSM Sekolah


yang merangkumi objektif, matlamat dan peraturan-peraturan
persatuan ini.

3.2 Semua ahli dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan


dalam organisasi PBSM serta dapat memupuk disiplin yang tinggi.

Tindakan. : semua ahli

4. Hal-hal lain

4.1 Semua ahli PBSM dikehendaki menggunakan baju T PBSM bersama seluar
panjang berwarna gelap ataupun seluar trek berwarna hitam atau biru gelap.
Kasut putih ataupun kasut hitam dibenarkan. Ahli perempuan muslim
mengenakan tudung berwarna putih.

4.2 Pelajar baharu Tahun 4 hendaklah menyediakan satu buku nota untuk
catatan setiap kali perjumpaaan.
4.3 Perjumapaan ialah pada hari Rabu bermula jam 7.10 pagi hingga jam 8.40
pagi mengikut jadual perjumpaan unit KK yang telah diberi oleh pihak
sekolah.

Penutup

Guru penasihat berharap agar semua ahli PBSM sentiasa hadir dan bergiat aktif setiap kali
perjumpaan diadakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 pagi.

Dicatat oleh : Disemak oleh:

____________________ ________________________
(SHAZWIN BINTI HERMAN) (HAIZUL FAHAMI BIN BOM)
Setiausha PBSM Guru Penasihat PBSM

You might also like