You are on page 1of 17

(L01 KOLEJ TEKNKAL YAYASAN SABAH

JLN DEWAN BAHASA & PUSTAKA


OFF JLN SULAMAN, TELUK LIKAS,
88813 KOTA KINABALU
SABAH ( INFORMATION SHEET )

TAJUK KEMAHIRAN DAN DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA


TAHAP

No. DAN TAJUK MODUL LOW VOLTAGE A.C. GENERATOR

No. DAN TAJUK PENGALAMAN 01 . INSTALL LV AC GENERATOR


PEMBELAJARAN 02 : MAINTAIN LV AC GENERATOR

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN Install low voltage ac generator using electrical


accessories, protection device etc. so that generator is
erected firmly and fixed according to blue print and
standard operation installation procedure AC Generator
regulation.

21
No. & TAJUK ABILITY TO INSTALL LOW VOLTAGE AC
PENGALAMAN GENERATOR
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK INSTALL LOW VOLTAGE GENERATOR


TUGASAN

TEMPOH :2 jam Muka : 3 drp. : 7

TAJUK : GARIS PANDUAN BAGI MEMOHON KEBENARAN MEMASANG JANAKUASA


TUJUAN:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai langkah-langkah
pemasangan janakuasa voltan rendah supaya dapat memasang janakuasa dengan kerja-
kerja yang sempurna serta mengikut prosidur kerja yang betul menurut undang-undang.

PENERANGAN:

1. Pendahuluan

Janakuasa telah dikenali sebagai satu punca menimbulken .pencemaran asap, bau
busuk dan bunyi bising. Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 36, Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 hendaklah mematuhi garis
panduan ini bagi mengurangkan kesan- kesan pencemaran seperti yang disebutkan.

2. Penempatan Janakuasa

Pemasangan janakuasa adalah penting bagi menentukan bahawa janakuasa ini ditempatkan
jauh daripada rumah-rumah atau tempat-tempat di mana operasi janakuasa ini boleh
menyebabkan ganguan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat itu. Dengan kajian dan
pertimbangan yang teliti biasanya tempat yang lebih sesuai boleh didapati. Pemohon di
kehendaki menyediakan satu lukisan menunjukkan jenis kegunaan tanah sekeliling tapak
seperti disebutikan dalam perkara (ii) Borang Permohonan AP/E/3P/82. Lukisan ini hendaklah
ditunjukkan dengan terang lokasi janakuasa ini serta jiran-jiran yang ada.

3. ‘Noise Rating' Enjin Janakuasa

Pemohon dinasihatkan supaya, menentukan bahawa janakuasa yang dibeli itu mempunyai
carta/sijil yang dikeluarkan oleh pembuat menunjukkan pengeluaran bunyi daripada enjin ini.
Jabatan Alam Sekitar memerlukan carta/sijil ini bagi kiraan terhadap paras bunyi bising yang
akan timbul. Carta/sijil ini juga dikehendaki bagi mereka rumah-rumah janakuasa dan
penyenyap.

22
Muka : 4 drp : 7

4. Operasi janakuasa

Pemohon hendaklah menyebut masa operasi janakuasa ini sama ada bagi ‘standby' atau
berjalan terus menerus seperti dalam perkara (vi).

5. Langkah-Langkah Bagi Mencegah Bunyi Bising

Matlamat sekyen ini adalah bagi mengurangkan bunyi bising ke paras lebih kurang 55 dBA
apabila paras bunyi itu disukat di sempadan rumah janakuasa. Pemohon dikehendaki
memberi perhatian yang berat terhadap masalah ini seperti diterangkan dalam perkara (vii).
Jabatan Alam Sekitar memerlukan behawa segala langkah-langkah diambil bagi mencegah
pelepasan bunyi bising terhadap:-

(a) Rumah janakuasa


(b) Pintu masuk
(c) 'Cooling Air Inlet and Outlet Attenuators'
(d) Penyenyap Pertama
(e) Penyenyap Kedua

Rumah janakuasa patut direka sebagai 'acoustic enclosure'. Pintu masuk yang dikehendaki
adalah jenis 'sound resistant'. Bagi aliran udara menyejukkan enjin, 'inlet/outlet attenuator'
atau 'acoustic louvres' yang sesuai hendaklah disediakan.

Penyenyap pertama adalah biasanya jenis ‘reactive’ dan kedua jenis 'absorptive' di mana
pembuat enjin telah menentukan kesannya selaras dengan operasi enjin. Sila rujukan
Lampiran 1. Pemohon dikehendaki menyediakan lukisan dan dokumen-dokumen seperti
dikehendaki dalam perkara (vii) dalam permohonannya bagi kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

Biasanya bagi operasi bukan ‘standby', atau di kawasan sensitif seperti berhampiran dengan
klinik, hospital, sekolah rumah orang-orang tua dan lain-lain, keperluan di atas tidak akan
dilonggarkan.

5.1 Dalam keadaan dimana janakuasa adalah di pasang untuk ‘standby' sahaja dan
tidak ditempatkan di tempat sensitif maka permohonan yang disokong dengan dokumen
bukti, pertimbangan kelonggaran mungkin diberi bagi mematuhi kehendak terhadap:-

(a) Rumak janakuasa


(b) Pintu masuk
(c) ‘Cooling Air Inlet and Outlet Attenuators'
(d) Penyenyap Kedua .

23
Muka: 5 drp : 7

RAJAH 1 : CONTOH PEMASANGAN RUMAH JANAKUASA ENJIN DIESEL

24
Muka: 6 drp : 7

6. Mendapat Penyenyap Yang ‘Compatible' Dengan Engin.

Pemohon hendaklah menetukan bahawa penenyap yang diperolehi adalah jenis yang
diperakukan oleh Si Pembekal atau pembuat enjin supaya penyenyap ini ‘compatible dengan
enjin yang dibeli dan benar-benar mengurangkan bunyi bising yang berpunca daripada enjin.

7. Penyenyap

Kedua-dua penyenyap henndaklah dipasang didalam rumah janakuasa. Sekiranya


penyenyap dipasang di luar rumah, maka ia hendaklah dipasang dalam cerobong batu-bata.

8. Takat Perlepasan Ekzos

Dalam rekaan dan orientasi ekzos janakuasa ini, perhatian hendaklah diberi supaya takat
perlepasan ekzos itu mempunyai tinggi yang cukup dan arah perlepasannya dijauhkan
daripada rumah atau bangunan berhampiran. Biasanya takat perlepasan ekzos patut
mempunyai sekurang-kurangnya 2 meter atas bumbung-bumbung berhampiran.

9. Pemohon diberi peringatan bahwa borang-borang dan dukumen/lukisan yang diperlukan dan
disebutkan didalam Borang AP/E/3P/82 hendaklah disampaikan dengan lengkap bagi
mengelakkan kelewatan memproses/mendapat kelulusan. Tiap-tiap lukisan hendaklah diberi
tajuk dan bilangan.

25
Muka : 7 drp : 7

SOALAN:

1. Mengapakah janakuasa perlu ditempatkan jauh daripada rumah-rumah atau


tempat-tempat di mana operasi janakuasa ini boleh menyebabkan ganguan
kepada aktiviti-aktiviti di tempat itu

2. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah bunyi bising


didalam pemasangan janakuasa?

3. Apakah yang perlu diberi perhatian didalam merekabentuk dan orientasi ekzos
janakuasa pada perlepasan ekzos?

RUJUKAN:
o Sumber Jabatan Alam Sekitar

26
No. & TAJUK
ABILITY TO INSTALL LOW VOLTAGE AC
PENGALAMAN
GENERATOR
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
INSTALL LOW VOLTAGE GENERATOR
TUGASAN
TEMPAT : Bilik Kuliah Muka : 1 drp. : 6

TAJUK : JENIS / SAIZ JANAKUASA DAN PAPAN AMF


(Knowledge on various type/size gen-set and AMF board)

TUJUAN:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis/saiz janakuasa
voltan rendah yang biasa terdapat di pasaran yang banyak digunakan dalam pepasangan
elektrik. Kertas penerangan ini juga akan menerangkan langkah-langkah memilih janakuasa
yang betul sebelum membuat pemasangan, keselamatan dan penggunaannya supaya pelajar
dapat memasang janakuasa dengan kerja-kerja yang sempurna serta mengikut prosidur kerja
yang betul menurut undang-undang.

PENERANGAN:

1. Pemilihan Asas Janakuasa.

Pemilihan yang betul sebelum membeli janakuasa dan memasangnya adalah memerlukan
pengetahuan asas janakuasa untuk membuat pemilihan. Anda juga mestilah faham berkaitan
dengan prinsip kendalian, jenis-jenis dan penggunaan janakuasa.
Pemasangan janakuasa juga memerlukan pengetahuan dalam elektrikal, boleh membuat
pendawaian, plumbing, pemasangan jentera dan mestilah mengikut undang-undang, permit
pemasangan janakuasa seperti dari Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Alam Sekitar.
Bagi pemasangan yang baik adalah disarankan supaya pemasangan janakuasa dikendalikan
oleh Kontrektor yang mahir dalam pemasangan janakuasa dan berdaftar dengan Suruhanjaya
Tenaga.

a) Jenis janakuasa mudahalih atau tetap?


(Portable Or Stationary?)

Kebanyakan pengguna rumah atau pejabat berfikir untuk memilih jenis janakuasa mudahalih
daripada jenis tetap ialah kerana ianya mudah senggaraan diluar, menyambungkan kabel apabila
bekalan terputus boleh dibuat sendiri dan menjimatkan kos pemasangan jika janakuasa jenis
mudahalih digunakan bukan untuk tujuan kecemasan.
Adalah lebih efisien dengan memasang janakuasa jenis sistem tetap dan berkuasa untuk
rumah atau pejabat. Ianya bukan sahaja berkuasa tetapi memudahkan penghuni rumah dan staff
pejabat tidak perlu membuat apa-apa apabila berlaku gangguan bekalan semasa kecemasan.
Adakah anda mahu pengguna rumah atau pejabat mengendalikan peralatan pensuisan suis
tukar alih untuk bekalan janakuasa, mengisi bahan api dan sebagainya ini akan menambahkan
kerja dan mengambil masa untuk menguruskannya.
Sekarang anda boleh membuat penilaian.

27
Muka : 2 drp : 6

Portable Generator

b) Jenis Janakuasa Tunggusedia atau bekalan berterusan? (Stand-By Or Prime?)

Pertama anda tentukan keperluan janakuasa tersebut, adakah ia untuk bekalan berterusan
atau tunggu sedia. Bekalan berterusan diperlukan apabila tiada lain sumber bekalan elektrik.
Janakuasa digunakan tiap hari atau yang mempunyai jadual untuk bekalan elektrik adalah
dikatogerikan sebagai janakuasa bekalan berterusan. Jika anda memilih janakuasa ini sila rujuk
panduan berkaitan kadaran janakuasa jenis berterusan.

Janakuasa tunggu sedia adalah bekalan simpanan bantu bagi bekalan elektrik normal apabila
gangguan bekalan elektrik berlaku dan penggunaannya juga tidak sering berlaku. Sekiranya
anda memilih janakuasa sebagai tunggusedia atau untuk kecemasan sila rujuk panduan
berkaitan kadaran janakuasa jenis tunggusedia.

c) Fasa janakuasa.

Janakuasa biasanya terdapat sama ada satu atau tiga fasa. Pemilihan perlulah mengikut
jenis kuasa panel board yang sedia ada. Untuk perumahan dan pejabat kecil biasanya
mengunakan kuasa satu fasa. Bagi kuasa tiga fasa penggunaannya seperti beban sederhana
hingga ke perindustrian. Janakuasa tiga fasa menghasilkan voltan 240/415 volt. Sekiranya panel
board anda hanya satu fasa, tidak perlu menggunakan janakuasa tiga fasa.

d) Ampiar Janakuasa.

Dengan merujuk penal board yang sedia ada dan lihat berapa amp keperluan bebannya.
Sekiranya penal tersebut 100 amp ini bermakna anda tidak perlu janakuasa yang melebihi 100
Amp. Bagi panel board yang besar janakuasa juga perlu yang sama saiznya. Adalah lebih baik
memasang janakuasa bagi sebahagian sahaja untuk beban penting. Dengan pemasangan sub-
panel board anda hanya perlu memasang janakuasa yang sesuai denganya dan boleh
menampung beban kecemasan apabila berlaku gangguan bekalan.

28
Muka: 3 drp : 6

e) Janakuasa petrol atau diesel

Adalah dicadangkan lebih baik menggunakan janakuasa enjin diesel kerana jangka hayatnya
lebih panjang, kos operasi adalah 30%-50% lebih murah daripada petrol dan kos penyenggaraan
yang lebih rendah.
Janakuasa petrol penyejukan air 1500 rpm beroperasi pada kadar 6,000 ke10,000 jam perlu
penyenggaraan utama (major maintenance)
Bagi janakuasa diesel penyejukan air 1500 rpm beroperasi pada kadar 12,000 ke 30,000 jam
baru memerlukan penyenggaraan utama (major maintenance) ini menunjukkan perbedzaan
jangka hayat janakuasa diesel adalah lebih lama.

f) Kadar kelajuan janakuasa (Operating Speed)

Peralatan elektrik biasanya menggunakan bekalan kuasa pada ulangan tetap (fixed
frequency) 50 Hz . Keluaran ulangan janakuasa bergantung kepada ketetepan kelajuan enjin
dan jumlah kutub janakuasa (Number of pole). Untuk menghasilkan bekalan elektrik dengan
ulangan 50 hz biasanya janakuasa beroperasi pada 1500 atau 3000 rpm. Bagi janakuasa yang
beroperasi pada kadar 1500 rpm empat kutub (4 pole) adalah yang biasa digunakan pada
janakuasa yang besar dan lebih mahal, ia mempunyai kecekapan dan jangka hayat enjin yang
baik.
Bagi janakuasa beroperasi pada kadar 3000 rpm dua kutub (2 pole) adalah janakuasa jenis
kecil dan rengan sesuai untuk jenis mudahalih untuk penggunaan beban kecil. Janakuasa 3000
rpm adalah di bawah kategori janakuasa tunggu sedia. .

g) Ciri-ciri keperluan janakuasa

i. Enjin blok.
Untuk jangka panjang dan operasi senyap adalah dicadangkan jenis janakuasa empat
stroke (4 cycle), penyejukkan cecair dan enjin diesel kegunaan industri.

ii. Air or liquid cooling.


Bagi penyejukan angin memerlukan ducting angin dan terdapat kebisingan enjin.
Kesesuaiannya untuk penggunaan jangka pendek, mudah alih atau tunggu sedia.
Janakuasa yang menggunakan penyejukan minyak ia beroperasi lebih senyap mudah
mengawal suhu kepanasan dan mempunyai jangka hayat lebih panjang.

iii.Intake air
Bagi janakuasa yang baik ia mempunyai penapis angin yang mudah diganti dan
disenggara walaupun untuk janakuasa kecil atau mudah alih.

29
Muka: 4 drp : 6

iv. Mufflers (penyerap bunyi)


Kebanyakan janakuasa dilengkapi dengan penyenyap jenis gred industri. Penggunaannya untuk
tempat kediaman atau tempat yang memerlukan kadar bunyi bising yang rendah seperti
hospital, sekolah atau pusat pengajian. Penyenyap ini lebih baik menyerap bunyi dan tahan
lama.

v. Minyak pelinciran (Lubrication)


Sistem pelinciran mestilah jenis aliran penuh bertapis dengan penapis minyak (oil filter), bagi
janakuasa besar ia mempunyai ’filter bypass’. Kebanyakan janakuasa masakini mempunyai
penggera level minyak rendah ’Low oil alarm’ dan perlindungan penutupan ’shutdown’.
Pastikan anda memilih janakuasa yanag mempunyai perlindungan.

vi. Major brand of engine


Memilih janakuasa yang tidak berjenama atau terpakai, kurang di pasaran anda mungkin sukar
untuk mendapatkan keperluan alat ganti yang tulin dan perkhidmatan selepas jualan
kebanyakan enjin datang dengan kotak alat ganti. Pastikan anda memilih atau membeli
janakuasa ang mempunyai perkhidmatan senggaraan.

vii. Electrical system and circuit breakers


Biasanya janakuasa menggunakan system 12 atau 24 volt mengandungi pekara berikut:-
a) Penghidup motor dan bateri. Bagi janakuasa besar mestilah mempunyai pengecas
alternator dengan solid state voltage regulator.
b) Enjin diesel yang besar mesti mempunyai pre-heat switch dan suis start/stop
c) Semua janakuasa mestilah mempunyai perlindungan enjin untuk tekanan minyak rendah
(oil pressure loss) kelajuan lampau (over-speed) lebih mengengkol (over-crank) dan lampau
panas (high water or operating temperature)
d) Sistem pemutus litar (circuit breaker) bagi perlindungan janakuasa.

h) Berapakah Saiz Janakuasa yang diperlukan

i. Memilih saiz janakuasa adalah penting bagi menentukan pemasangan janakuasa


adalah sesuai dengan keperluan yang dikehendaki. Sekiranya anda memilih
janakusan dibawah saiz ia akan banyak mengeluarkan asap dan alatalat elektrik
akan jadi rosak. Jika saiz lebih besar janakuasa akan berkabon, minyak
berlebihan , melilih dan mudah kerosakan enjin.

Adalah dimaklumkan bahawa janakuasa tidak digunakan secara berterusan


dengan beban yang kurang dari 40% sebaiknya beban adalah dari 50% hingga
75% adalah optimum.

30
Muka : 5 drp : 6

ii. Untuk mendapatkan saiz yang sebenar adalah dengan mengambil kira
jumlah beban yang akan di tanggung oleh janakuasa.

Contoh: Jumlah beban kecemasan dalam watt = 15 KW

Jumlah beban hendaklah didharab dengan 75% oleh kerana tidak semua
beban digunakan secara serentak.

Jadi saiz janakuasa adalah 15,000 x 75 = 11,250 watt


100

Atau saiz janakuasa ± 12,000 watt = 12 KW

Janakuasa tunggu sedia yang diperlukan adalah 12 KW atau 14 KVA

Janakuasa mudahalih biasanya dari 3 – 15 KW


dan Janakuasa tetap bermula dari 7 – 40KW atau lebih. Bagi janakuasa yang bersaiz besar
biasanya diperlukan jika ada beban elektrik yang besar seperti motor pump, penghawa
dingin berpusat. .Purata saiz janakuasa untuk rumah kediaman adalah 10-12 KW (tanpa
penghawa dingin berpusat)

Contoh : JANAKUASA TUNGGUSEDIA PEMASANGAN TETAP

31
Muka : 6 drp : 6

Generally you can cut through all this stuff with these simple rules. If you have 100 Amp service panel, use a 8-12
kW GenSet (use larger if you have air conditioning). If your have a 200 Amp service panel, use a 15-20 kW GenSet
(again use the larger size if you have air conditioning or large well pump). If you have a 400 amp service panel, use
a 30-50 kW GenSet (if you have lots of air conditioning or other larger loads use the large size in the range).

SOALAN:

1. Apakah kebaikan menggunakan janakuasa enjin diesel berbanding janakuasa


enjin petrol.

2. Apakah langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya pemasangan janakuasa


tunggu sedia di kawasan hospital.

3. Nyatakan ciri-ciri asas pemilihan janakuasa untuk kegunaan rumah kediaman


yang mempunyai penal berkadaran 100 A..

RUJUKAN:

1. www.powersourse.com
Nyatakan
2. www.wincogenerator
Tahun
3. www.generatorjoe.net
4. Jabatan alam sekitar

32
No. & TAJUK
ABILITY TO INSTALL LOW VOLTAGE AC
PENGALAMAN
GENERATOR
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
INSTALL LOW VOLTAGE GENERATOR
TUGASAN
TEMPAT : Bilik Kuliah Muka : 1 drp. : 5

TAJUK : Pengujian menentusahkan janakuasa tunggu sedia.


(Testing And Commissioning Of Standby Generator Set)

TUJUAN:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan pengujian dan kamisen set
janakuasa tunggusedia voltan rendah selepas janakuasa telah siap dipasang. Kertas
penerangan ini juga akan menerangkan langkah-langkah menguji janakuasa mengikut prosidur
kerja yang betul menurut undang-undang bagi menentukan ia boleh digunakan dengan selamat.

PENERANGAN:

Peringkat terakhir yang penting setelah siap pemasangan sistem janakuasa tunggu sedia
adalah membuat ujian prestasi. Tujuan ujian ini adalah untuk memastikan setiap peralatan
berfungsi dan mengukur prestasi keseluruhan untuk menentusahkan ia berfungsi menurut
sepesifikasi yang ditentukan. Proses ujian termasuklah pemeriksaan enjin diesel, operasi
perlindungan enjin, voltan keluaran janakuasa, kefungsian janakuasa sebagai bekalan
kecemasan tunggu sedia, ujian janakuasa dengan beban dan tanpa beban. Semua peralatan
janakuasa mestilah diuji sepenuhnya untuk memastikan peralatan perlindungan berfungsi
semasa keadaan tidak normal. Setelah semua ujian mencapai prestasi yang dikehendaki
barulah akuan terima janakuasa tersebut boleh dibuat.

Ujian janakuasa tunggu sedia

Ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut.

1. Ujian penglihatan (Visual inspection)


a. Pemeriksaan minyak enjin, bahanapi, air radiator, keadaan bateri (voltan)
b. Pemeriksaan bagi operasi lampu penunjuk dan peralatan (indicating lamps and
instruments)
c. Pemeriksaan pendawaian dan sambungannya.

2. Ujian rintangan penebatan


Nota: AVR mestilah diasingkan semasa ujian,
a. Rintangan penebatan Gelung stator – setiap punca fasa dengan punca bumi mestilah
lebih 2 Mega ohm dengan penguji penebatan Megger 500 Volt.
b. Rintangan penebatan kabel – setiap punca fasa dengan fasa dan bumi.
c. Sambungan fasa – setiap kabel fasa adalah betul disambung dengan punca fasa.
d. Rintangan bumi mestilah kurang dari 1 ohm

33
Muka : 2 drp : 5

Jenis Janakuasa Tunggusedia atau bekalan berterusan (Stand-By Or Prime)

3. Ujian tanpa beban (No load test)

Suis janakuasa kepada 'Manual Mode'


a. Mulakan dan hidupkan janakuasa (start and runs the genset)
b. Periksa operasi peralatan perlindungan (protective devices) berikut:-
i. Tekanan minyak rendah : Amaran dan terpelantik (warning and trip)
(Low oil pressure)
ii. Suhu air tinggi : Amaran dan terpelantik
(High water temperature)
iii. Kelajuan lebih : terpelantik
(Overspeed)
iv. Aras bahanapi rendah tahap satu : amaran
(Low fuel level 1st stage)
v. Aras bahanapi rendah tahap dua : terpelantik
(Low fuel level 2nd stage)
c. Periksa keluaran janakuasa
i. Voltan (Voltage) : 415V (R-Y, Y-B, B-R)
: 240V (R-N, Y-N, B-N)
ii. Arus (Current) : Tiada arus [no amp (no load)]
iii. Ulangan (Frequency) : 52.5 Hz
iv. Jangka jam hidupan : periksa operasi (to check operation)
(Hour run meter):
d. Hentikan janakuasa (Shutdown genset)

34
Muka: 3 drp : 5

4. Suis janakuasa kepada 'Auto Mode'


a. Putuskan bekalan TNB dengan mebuka suis bekalan TNB (Off) ACB
i. Periksa masa untuk menghidupkan janakuasa : masa biasa 5 saat (typical time 5
second)
ii. Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan janakuasa selepas enjin mula
hidup
(masa biasa 10 saat) (typical time: 10 second)
iii. Periksa keluaran janakuasa
Voltan : 415V (R-Y. Y-B. B-R)
: 240V (R-N, Y-N, B-N)
Arus : tiada arus [no amp (no load)]
Ulangan (Frequency) : 52.5 Hz
iv. Periksa operasi jangka
Hour run meter
KW meter
KWh meter
Power factor meter
b. Sambung semula bekalan TNB dengan menutup suis bekalan TNB (On) ACB
i. Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan TNB (masa biasa 3 minit) (typical
time: 3 minutes)
ii. Periksa masa berhenti janakuasa selepas tukar alih bekalan TNB dipulihkan (masa biasa
5 minit)(typical time: 5 minutes)

5. Suis janakuasa kepada ‘Test Mode’


a. Periksa operasi peralatan perlindungan (protective devices) berikut:-
Gagal mula dihidupkan (Failure to start) : Amaran dan terpelantik (typical time: 1 minute)
b. Mulakan dan hidupkan janakuasa (Start and runs the genset)
c. Putuskan bekalan TNB dengan mebuka suis bekalan TNB (Off) ACB
d. Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan janakuasa (typical time: 10 second)
e. Periksa keluaran janakuasa
i. Periksa keluaran
Voltan : 415V (R-Y, Y-B, B-R)
240V (R-N, Y-N, B-N)
Arus : amp (depends on load)
Ulangan : 50 Hz
ii. Periksa operasi jangka
Hour run meter
KW meter
Wh meter
Power factor meter
iii. Sambung semula bekalan TNB dengan menutup suis bekalan TNB (On) ACB
Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan TNB (masa biasa 3 minit)
(typical time:3 minutes)
Periksa masa berhenti janakuasa selepas tukar alih bekalan TNB dipulihkan
(masa biasa 5 minit ) (typical time: 5 minutes)

35
Muka: 4 drp : 5

6. Pemeriksaan semula (Re-inspection)


a. Periksa semula janakuasa dan peralatan untuk menguji turutan kerosakan
b. Suis janakuasa kepada 'Auto Mode'

7. Menguji beban janakuasa (Load test)


a. Suis janakuasa kepada 'Manual Mode'
b. Mula dan hidupkan janakuasa dengan beban 50% (KW load) menggunakan bank
beban rintangan (resistive load bank) untuk selama satu jam
i. Periksa keluaran janakuasa
Voltan : 415V (R-Y, Y-B, B-R)
240V (R-N, Y-N. B-N)
Arus : amp (at 50 % load)
Ulangan : 50 Hz
ii. Periksa operasi jangka
Hour run meter
KW meter
KWh meter
Power factor meter
iii. Periksa suhu enjin (engine temperature)
c. Ulang ujian seperti di atas pada beban 75% untuk selama satu jam
d. Ulang ujian seperti di atas pada beban 100% untuk selama tiga jam
e. Ulang ujian seperti di atas pada beban 110% untuk selama satu jam

36
Muka : 5 drp : 5

SOALAN:

1. Mengapa perlu dibuat ujian dan mementusahkan janakuasa enjin diesel setelah
siap dipasang.

2. Terangkan perbedzaan suis janakuasa kepada 'Manual Mode' dengan keadaan


suis janakuasa kepada 'Auto Mode'

3. Nyatakan cara pengujian beban pada janakuasa yang telah siap dipasang.

RUJUKAN:

1. www.wincogenerator
2. www.generatorjoe.net
3. Jabatan Kerja Raya

37

You might also like