You are on page 1of 11

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK),


Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama (FN + FS).
1.       Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
A Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
B Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
C Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)
D Frasa Sendi Nama (FN + FS)  

2.       Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.


POLA AYAT: (FN+FA)
3.       Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
POLA AYAT: (FN+FK)
4.       Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)
5.       Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
6.       Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)
7.       Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)
8.       Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)
9.       Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: (FN+FK)
10.  Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: (FN+FN)
11.  Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)
12.  Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
13.  Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)
14.  Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: (FN+FA)
15.  Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)
16.  Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)
17.  Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)
18.  Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)
19.  Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)
20.  Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)
21.  Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)
22.  Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
POLA AYAT: (FN+FK)
23.  Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)
24.  Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25.  Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)
26.  Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)
27.  Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)
28.  Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)
29.  Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)
30.  Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu
kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)
31.  Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: (FN+FS)
32.  Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: (FN+FA)
33.  Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)
34.  Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manafyang berkaki
lima.
POLA AYAT: (FN+FS)
35.  Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)
36.  Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum
lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
37.  Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)
38.  Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)
39.  Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)
40.  Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung
Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)
41.  Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)
42.  Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)
43.  Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus
menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)
44.  Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)
45.  Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: (FN+FS)
46.  Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: (FN+FK)
47.  Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)
48.  Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)
49.  Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat
kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50.  Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila
memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)
51.  Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar
ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)
52.  Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)
53.  Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT: (FN+FS)
54.  Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti
Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)
55.  Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah
meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)
56.  Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama
ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)
57.  Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)
58.  “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)
59.  Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)
60.  Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri
mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)

61.  Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.


POLA AYAT: (FN+FN)
62.  Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: (FN+FA)
63.  Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: (FN+FS)
64.  Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang
Sungai Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)
65.  Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)
66.  Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-
anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)
67.  Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr.
Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)
68.  Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib
Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)
69.  Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)
70.  Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)
71.  Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
POLA AYAT: (FN+FN)
72.  Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73.  Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)
74.  Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: (FN+FS)
75.  Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: (FN+FK)
76.  Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)
77.  Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
POLA AYAT: (FN+FS)
78.  Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: (FN+FK)
79.  Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: (FN+FN)
80.  Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)
81.  Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)
82.  Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)
83.  Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: (FN+FK)
84.  Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)
85.  Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86.  Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru
mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)
87.  Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan
kami.
POLA AYAT: (FN+FA)
88.  Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di
hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)
89.  Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)
90.  Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)
91.  Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)
92.  Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan
teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)
93.  Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)
94.  Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak
berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)
95.  Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam
perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)
96.  Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok
ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)
97.  Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)
98.  Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)
99.  Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)
100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah
Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)
101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)
103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)
104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)
107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)
108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)
109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)
110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)
112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)
113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)
114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan
kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)
116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan
pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)
117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)
118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur
untuk menghadiri sidang parlimen.
POLA AYAT: (FN+FS)

You might also like