You are on page 1of 6

Nyatakan Pola Ayat sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA atau FN

+ FS
1 Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar
ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: 
2.  Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: 
3.  Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT:
4.  Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti
Malaya.
POLA AYAT: 
5.  Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah
meriah.
POLA AYAT: 
6.  Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama
ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: 
7.  Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: 
8.  “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: 
9.  Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: 
10.  Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri
mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: 
11.  Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
POLA AYAT: 
12.  Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: 
13.  Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: 
14.  Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang
Sungai Pahang.
POLA AYAT: 
15.  Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: 
16.  Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-
anaknya. POLA AYAT: 
17.  Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr.
Haji Maulud.
POLA AYAT: 
18.  Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib
Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: 
19.  Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: 
20.  Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: 
21.  Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
POLA AYAT: 
22.  Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: 
23.  Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: 
24.  Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: 
25.  Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: 
26.  Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: 
27.  Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
POLA AYAT: 
28.  Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: 
29.  Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: 
30.  Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: 
31.  Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: 
32.  Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: 
33.  Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: 
34.  Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: 
35.  Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: 
36.  Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru
mereka.
POLA AYAT: 
37.  Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan
kami.
POLA AYAT: 
38.  Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di
hospital.
POLA AYAT: 
39.  Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: 
40.  Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: 
41.  Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: 
42.  Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan
teknologi.
POLA AYAT: 
43.  Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: 
44.  Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak
berilmu.
POLA AYAT: 
45.  Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam
perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: 
46.  Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok
ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: 
47.  Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: 
48.  Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.

POLA AYAT: 
49.  Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: 
50. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah
Katrina.
POLA AYAT: 
51. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: 
52. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: 
53. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: 
54. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: 
55. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: 
56. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: 
57. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: 
58. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: 
59. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: 
60. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: 

You might also like