You are on page 1of 25

SOALAN 1

SOALAN BAHAN RANGSANGAN (BAHAGIAN A)

Bahagian A
[ 30 markah ]
[ masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengangkutan awam kepada pengguna di


negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

 Menjimatkan masa dan kos


 Mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran
alam
 Memudahkan perjalanan dan aktiviti domestik

Penerbangan tambang murah Bas Ekspress

Penerbangan tambang murah Bas ekspres

Kereta api elektrik

1
SOALAN 2
Bahagian A
(30 markah )

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara murid mengisi masa lapang dengan pelbagai
aktiviti berfaedah. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Membaca Bersukan

Menziarahi sanak saudara dan


Membantu ibu bapa melakukan
rakan-rakan
kerja rumah

2
SOALAN 3
Bahagian A
(30 markah )

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah membaca dalam kalangan remaja. Panjang
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Mengisi masa lapang Membantu pelajar untuk lulus


cemerlang

Menambahkan ilmu pengetahuan Meningkatkan kemahiran berbahasa

3
SOALAN 4
Bahagian A
(30 markah )

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan - kepentingan memupuk nilai-nilai murni


dalam kalangan murid sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Melahirkan murid yang cemerlang Melahirkan murid yang berakhlak mulia

Mengelakkan pengaruh negatif Mewujudkan perpaduan

4
SOALAN 5
Bahagian A
(30 markah )

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersukan dalam kalangan masyarakat.


Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Menyihatkan badan Memanfaatkan masa lapang

Menambahkan kenalan

5
SOALAN 6
Bahagian A
(30 markah )

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara belajar yang berkesan . Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Menumpukan perhatian ketika guru Belajar secara berkumpulan


mengajar

Mengulang kaji pelajaran Menyediakan jadual belajar.

6
SOALAN 7
Bahagian A
(30 markah )

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menceriakan kawasan sekolah. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CARA-CARA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

SK BBD

Mengadakan program gotong- Mengadakan Program Sekolah


royong. dalam Taman

SMK BBD

Mengadakan pertandingan keceriaan Mengecat bangunan sekolah


kelas semula

7
SOALAN 8
Bahagian A
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang langkah – langkah mengawal obesiti dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL OBESITI

Mengamalkan pemakanan seimbang


Melakukan aktiviti sukan dan riadah

Menjalani pemeriksaan kesihatan

8
SOALAN 9
Bahagian A
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersenam kepada orang ramai. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH-FAEDAH BERSENAM

Tubuh badan yang sihat dan cergas


Mencerdaskan minda

Terhindar daripada penyakit Mengeratkan hubungan

9
SOALAN 10
Bahagian A
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri persekitaran sekolah selamat . Panjangnya


huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT

Alat kawalan kebakaran


Pelan kecemasan

Kawalan keselamatan Keselamatan jalan raya


SOALAN 11

10
SOALAN 11
Bahagian A
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara murid menyayangi sekolah . Panjangnya


huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Memelihara harta benda sekolah Mematuhi peraturan sekolah

Kecemerlangan akademik Pencapaian kokurikulum

11
SOALAN-SOALAN BAHAGIAN B

1. Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi
keluarga.

Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk
membantu mengurangkan bebanan ekonomi keluarga.

2. Minat membaca dalam kalangan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu
bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak mereka membaca karya-
karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

3. Belakangan ini semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja. Anda sebagai
penceramah undangan diminta menyampaikan ceramah tentang “Kepentingan
Menerapkan Semangat Patriotik dalam Kalangan Remaja”.

Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

4. Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui konsep rumah terbuka yang menjadi
amalan masyarakat Malaysia.

Balas surat tersebut selengkapnya.

5. Peribahasa ‘Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ membawa maksud apabila


mengerjakan sesuatu hendaklah tekun dan sabar supaya pada akhirnya pekerjaan itu
berhasil.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

6. Kegiatan jenayah yang semakin meningkat di negara kita membimbangkan orang ramai.
Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani
masalah ini.

7. Pemerdagangan manusia telah menjadi isu global.


Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk
menangani masalah tersebut.

8. Anda telah membaca sebuah novel.


Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan-keistimewaan novel tersebut.

9. Semangat kejiranan perlu dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Anda
berminat untuk menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Memupuk Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat”.

Tulis rencana anda selengkapnya.

10. Setiap murid mempunyai cita-cita yang tersendiri.


Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum menceburi bidang
kerjaya yang diminati.

12
MODUL SOALAN KARANGAN SPM (KERTAS 1) –JPN
SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B

1. Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi
keluarga.

Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak
untuk membantu mengurangkan bebanan ekonomi keluarga.

Kehendak Tugasan:
1. Murid mesti dapat menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh anak-anak untuk
membantu mengurangkan bebanan ekonomi keluarga.
2. Sekiranya murid menghuraikan peranan ibu bapa, huraian isi tersebut dianggap tidak
tepat dengan kehendak soalan.

Contoh Isi

a) Mengamalkan budaya berjimat-cermat


b) Menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari
rezeki/memahami tahap kemampuan ibu bapa.
c) Melakukan kerja sambilan sewaktu cuti sekolah.
d) Mengamalkan sikap suka menabung.
e) Membawa bekalan ke sekolah/ amalan bercucuk tanam /berniaga/menternak secara
kecil-kecilan.

2. Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Kehendak Tugasan :
1. Fokus tugasan ialah usaha-usaha yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk
menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah agar dapat melahirkan remaja yang
berilmu.
2. Jika murid memberikan huraian tentang karya fiksyen atau karya bukan ilmiah, huraian
isi tersebut dianggap tidak menepati tugasan.

Contoh Isi
a) Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
b) Mewujudkan sudut membaca atau perpustakaan mini di rumah.
c) Membawa anak-anak mengunjungi pesta jualan buku
d) Memberi ganjaran/dorongan/semangat kepada anak-anak yang rajin membaca
e) Membawa anak-anak ke perpustakaan awam
f) Perbincangan santai tentang bahan bacaan.

13
3. Belakangan ini semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja. Anda sebagai
penceramah undangan diminta menyampaikan ceramah tentang “Usaha-usaha untuk
Menerapkan Semangat Patriotik dalam Kalangan Remaja”.

Tulis ceramah tersebut selengkapnya.


Kehendak Tugasan :
1. Murid dikehendaki menulis ceramah tentang ‘usaha-usaha memupuk semangat
patriotik dalam kalangan remaja‘.
2. Karangan berformat : Ceramah
- Kata-kata aluan
- Kata panggilan hormat
- Penutup
Maksimum – tolak 2 markah

Contoh Isi
a) Remaja perlu melibatkan diri dalam setiap kempen/program dan aktiviti berkaitan
patriotisme- PLKN.
b) Remaja perlu mempelajari sejarah perjuangan tokoh-tokoh nasionalis
c) Ibu bapa membawa anak-anak menyertai/menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia.
d) Guru / Sekolah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan .
e) Media massa menyiarkan program/filem/dokumentari tentang semangat patriotik.

4. Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui konsep rumah terbuka yang menjadi
amalan masyarakat Malaysia.
Balas surat tersebut selengkapnya
Kehendak Tugasan:
1. Murid perlu menulis surat kiriman tidak rasmi kepada sahabatnya yang berada di luar
negara untuk menjelaskan konsep amalan rumah terbuka.
2. Karangan berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Format : Surat Kiriman Tidak Rasmi


 Alamat pengirim
 Tarikh
 Pembuka kata
 Kata Ganti diri penerima
 Pengakuan pengirim
 Tandatangan
~ Maksimum - tolak 2 markah

Contoh isi:
Pendahuluan: menyatakan definisi konsep rumah terbuka

Usaha/kepentingan/kesan positif:
a) Menjadikan sebagai salah satu agenda pelancongan negara.
b) Menggalakkan semua pihak untuk menjayakan program rumah terbuka Malaysia.
c) Mengeratkan perpaduan dan tali silaturahim
d) Menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara.
e) Mengenali budaya dan adat resam pelbagai kaum.

14
5. Peribahasa ‘Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ membawa maksud apabila
mengerjakan sesuatu hendaklah tekun dan sabar supaya pada akhirnya pekerjaan itu
berhasil.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Kehendak Tugasan :
1. Murid dikehendaki menulis cerita yang berkaitan dengan peribahasa ‘Sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit’.
2. Penceritaan murid haruslah memberi penekanan tentang usaha yang dilakukan
dengan tekun dan sabar sehingga akhirnya mencapai kejayaan.
3. Penulisan berformat : Cerpen
 Tajuk 1markah
 Pengarang 1 markah
 Menulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa.
 Laras penulisan cerpen
 Permulaan – perkembangan – peleraian

6. Kes jenayah semakin meningkat di negara kita kian membimbangkan orang ramai.

Huraikan tindakan-tindakan oleh pelbagai pihak yang boleh diambil untuk menangani
jenayah.

Kehendak Tugasan:
1. Tindakan-tindakan pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan, NGO, sekolah,
masyarakat dan lain-lain.
2. Tindakan-tindakan yang dihurai diharap dapat menangani jenayah.
3. Murid diharapkan dapat memberikan contoh kes jenayah yang kian membimbangkan
orang ramai.

Contoh Isi
a) Pihak berkuasa perlu mewujudkan konsep bandar dan sekolah selamat.
b) Pengukuhan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan/Pendidikan
c) Moral/Pendidikan Islam dalam kalangan murid sekolah.
d) Mempergiatkan dan memperluas kempen pencegahan jenayah oleh NGO/media
massa/kerajaan.
e) Masyarakat perlu peka dan prihatin terhadap keselamatan persekitaran/menjadi
mata dan telinga polis.
f) Penubuhan kelab bersifat anti jenayah sosial di sekolah – Kelab Pencegah
Jenayah dan Skim Lencana Antidadah.
g) Kesedaran diri sendiri untuk mengelakkan diri/keluarga menjadi mangsa
penjenayah.

15
7. Pemerdagangan manusia telah menjadi isu global.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk


menangani masalah tersebut.

Kehendak tugasan:
1. Murid dapat menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani
masalah pemerdagangan manusia.
2. Murid perlu fokus kepada usaha negara-negara dunia. Sekiranya calon menulis
langkah-langkah di peringkat Malaysia sahaja, karangan di peringkat ‘baik’ sahaja.
Contoh Isi
a) Penguatkuasaan undang-undang
b) Hukuman lebih berat kepada pesalah
c) Kawalan keselamatan yang ketat antara sempadan negara-negara- pintu masuk
utama
d) Semakan terhadap kemasukan pendatang asing.
e) Menggunakan sistem kawalan keselamatan moden dan berteknologi tinggi.
f) Koordinasi antara negara-mengadakan rundingan bersama bagi mengatasi
masalah ini.
g) Mengadakan operasi rondaan secara berjadual dan intensif.
h) Mengehadkan kuota buruh asing-melakukan semakan terhadap kemasukan buruh
asing.

8. Anda telah membaca sebuah novel.

Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan-keistimewaan novel tersebut.

Kehendak tugasan:
1. Murid dikehendaki menghuraikan pendapat tentang keistimewaan-keistimewaan novel
yang telah dibaca.

Contoh Isi
Keistimewaan
a) tema/persoalan
b) watak dan perwatakan
c) nilai dan pengajaran
d) gaya bahasa
e) kaitan dengan kehidupan seharian

16
9. Semangat kejiranan perlu dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Anda
berminat untuk menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Memupuk Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat”.

Tulis rencana anda selengkapnya.


Kehendak Tugasan:
1. Murid perlu menulis sebuah rencana tentang ‘Langkah-langkah Memupuk Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat’.
2. Karangan berformat rencana.
3. Murid perlu menulis karangan berdasarkan format rencana.

Contoh Isi

Format Rencana
Tajuk – 1 markah
Nama Penulis – 1 markah
a) Peranan ibu bapa menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak mereka sejak kecil.
b) Mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman.
c) Mengadakan majlis rumah terbuka/Hari Keluarga
d) Penubuhan unit kawalan kejiranan seperti Rukun Tetangga.
e) Menyuburkan budaya kunjung mengunjung.
f) Kempen memupuk semangat kejiranan

10. Setiap murid mempunyai cita-cita yang tersendiri.

Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum menceburi bidang


kerjaya yang diminati.

Kehendak Tugasan:
1. Murid
2.
Contoh Isi
a) Mempunyai pencapaian akademik/kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya
b) Melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kerjaya yang ingin diceburi.
c) Menguasai kemahiran sosial – komunikasi, kerja berpasukan, dan menyelesaikan
masalah.
d) Mempunyai jati diri yang mantap, minda yang kreatif dan inovatif.
e) Melatih diri agar peka dan sensitif terhadap isu semasa
f) Menguasai kemahiran berbahasa dalam variasi bahasa sebagai pelengkap diri.

17
SET 1
Bahagian A
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan kitar semula. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Sumber pendapatan sampingan


Memupuk sifat bertanggungjawab

Plastik

Dapat mengitar semula Melestarikan alam sekitar

18
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Kemajuan dunia kini memerlukan setiap remaja mempelajari pelbagai bidang ilmu untuk
bersaing dalam dunia global.

Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

2. Kebersihan kawasan rumah amat penting.

Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menjaga kebersihan kediaman dalam
kalangan anak-anak dan faedah-faedah memiliki kediaman yang bersih.

3. Belakangan ini kecenderungan remaja terhadap hiburan semakin meningkat.

Tulis rencana yang menjurus kepada faktor berlakunya fenomena tersebut untuk
dimuatkan dalam majalah ilmiah.

4. Kerjasama global dapat meningkatkan keamanan sejagat.

Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memastikan kerjasama dapat


diwujudkan antara negara dunia.

5. Anda telah berpeluang menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Perihalkan pengalaman anda semasa menyertai kursus tersebut.

19
Set 2
Bahagian A
(30 markah)

[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menyuburkan semangat kejiranan


dalam kalangan masyarakat di negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

 Menjalankan aktiviti gotong-royong


 Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung
 Mengadakan majlis rumah terbuka

Aktiviti gotong-royong Amalan kunjung-mengunjung

Majlis rumah terbuka


Bahagian B

20
(100 markah)
(Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Anda telah menyertai satu seminar tentang teknik belajar yang betul.

Huraikan kebaikan-kebaikan yang anda peroleh daripada seminar tersebut.

2. Sesetengah pihak berpendapat bahawa perkembangan teknologi yang pesat


menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan


kekeluargaan tersebut.

3. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak seharusnya dipinggirkan. Mereka perlu
diberikan peluang sama rata dengan masyarakat yang lain.

Bincangkan langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan taraf hidup golongan ini.

4. Sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan yang baik dalam kalangan
penduduk dunia.

Jelaskan pernyataan di atas.

5. Filem-filem yang bercorak sejarah perlu diterbitkan dengan lebih banyak lagi.

Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

21
Skema Jawapan Set 1

Soalan 1. Anda telah menyertai satu seminar tentang teknik belajar yang betul.

Huraikan kebaikan-kebaikan yang anda peroleh daripada seminar tersebut.

Kehendak Tugasan:
1. Murid dapat menghuraikan kepentingan ilmu kepada generasi muda.

Cadangan Isi
1. Menjamin masa depan yang cemerlang – mudah mendapat pekerjaan – pandai
merealisasikan impian sendiri.
2. Mampu menyelesaikan masalah – mengaplikasikan ilmu untuk selesaikan masalah
dalam pekerjaan - masalah keluarga – masalah dalam kehidupan.
3. Melahirkan insan yang bermoral – mempunyai jati diri yang terpuji – mampu
membimbing orang lain ke arah kebaikan.
4. Memajukan diri dan negara.
5. Menguasai pelbagai bidang ilmu.

Soalan 2. Kebersihan kawasan rumah amat penting.

Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menjaga kebersihan kediaman
dalam kalangan anak-anak dan faedah-faedah memiliki kediaman yang bersih.

Kehendak Tugasan :
1. Murid dapat menghuraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menjaga kebersihan
kediaman dalam kalangan anak-anak.

Cadangan Isi (Peranan)


1. Mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan diri.
2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
3. Mengajak anak-anak bergotong royong membersihkan kediaman.
4. Ibu bapa perlu menerangkan kesan persekitaran yang kotor.
5. Anak-anak diberi galakan untuk menjaga kebersihan - ganjaran

Faedah
1. Mengelakkan penyakit.
2. Mewujudkan suasana kondusif dan ceria.
3. Meningkatkan citra/imej keluarga.
4. Memupuk sikap bertanggung jawab
5. Merealisasikan konsep ‘ Rumahku Syurgaku’

22
Soalan 3: Belakangan ini kecenderungan remaja terhadap hiburan semakin meningkat.

Tulis rencana yang menjurus kepada faktor berlakunya fenomena tersebut


untuk dimuatkan dalam majalah ilmiah.

Kehendak Tugasan:
1. Murid dapat menulis rencana tentang faktor-faktor berlakunya peningkatan minat remaja
terhadap hiburan.

Cadangan Isi
1. Pengaruh hiburan dari luar negara.
2. Pengaruh rakan sebaya.
3. Kurang pemantauan daripada ibu bapa.
4. Terlalu dimanjakan oleh ibu bapa.
5. Lambakan majalah, cakera padat dan program hiburan.

Soalan 4. Kerjasama global dapat meningkatkan keamanan sejagat.


Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memastikan kerjasama
dapat diwujudkan antara negara dunia.

Kehendak Tugasan:
1. Murid dapat menghuraikan langkah-langkah untuk mewujudkan kerjasama antara negara.

Cadangan Isi
1. Menghantar bantuan kemanusiaan.
2. Menjalin hubungan diplomatik.
3. Menjalin hubungan perniagaan.
4. Menghormati hak dan kepimpinan negara lain.
5. Menganggotai pertubuhan serantau dan antara bangsa.

Skema Jawapan Set 2

Soalan 1. Anda telah menyertai satu seminar tentang teknik belajar yang betul.

Huraikan kebaikan-kebaikan yang anda peroleh daripada seminar tersebut.

Kehendak Tugasan :
1. Murid dapat menghuraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada seminar tersebut.
2. Murid hendaklah menggunakan kata ganti nama ‘saya’.

Cadangan Isi
1. Mengetahui teknik belajar yang betul.
2. Meningkatkan ilmu pengetahuan.
3. Menambahkan pengalaman.
4. Meningkatkan motivasi belajar
5. Meluaskan pergaulan.

23
Soalan 2. Sesetengah pihak berpendapat bahawa perkembangan teknologi yang pesat
menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan


kekeluargaan tersebut.

Kehendak Tugasan :
1. Murid dapat menjelaskan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan
tersebut.
2. Murid hendaklah menyentuh tentang perkembangan teknologi yang pesat telah
menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

Cadangan Isi
1. Didikan agama dan moral – praktik dalam kehidupan seharian.
2. Melakukan aktiviti bersama-sama ahli keluarga – makan bersama-sama – solat jemaah.
3. Melancong/beriadah bersama-sama anggota keluarga.
4. Meraikan hari-hari penting seperti hari ulang tahun kelahiran.
5. Menghubungi antara satu sama lain/ menziarahi
6. Mengehadkan penggunaan gajet.

Soalan 3. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak seharusnya dipinggirkan. Mereka
perlu diberikan peluang yang sama rata dengan masyarakat yang lain.

Bincangkan langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan taraf hidup


golongan ini.

Kehendak Tugasan:
1. Murid dapat membincangkan langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan taraf hidup
golongan OKU.

Cadangan Isi
1. Memperluaskan prasarana untuk OKU di premis-premis awam dan swasta.
2. Menambahkan pelbagai peluang pendidikan .
3. Meluaskan peluang pekerjaan.
4. Menyediakan kemudahan rawatan.
5. Mewujudkan khidmat sokongan/khidmat nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai
anak-anak OKU.

Soalan 4: Sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan yang baik dalam
kalangan penduduk dunia.

Jelaskan pernyataan di atas.

Kehendak Tugasan:
1. Murid dapat menjelaskan sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan baik dalam
kalangan penduduk dunia.

24
Cadangan Isi
1. Menjadi platform perhubungan yang baik antara penduduk negara dunia
2. Mengetahui budaya rakyat negara lain.
3. Meningkatkan imej negara
4. Memupuk perpaduan antara negara
5. Menyediakan peluang pekerjaan yang bersifat global.

Soalan 5. Filem-filem yang bercorak sejarah perlu diterbitkan dengan lebih banyak
lagi. Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

Kehendak Tugasan :
1. Murid memberi ulasan tentang keperluan filem-filem bercorak sejarah diterbitkan dengan
lebih banyak.

Cadangan Isi
1. Meningkatkan pengetahuan penonton tentang sejarah negara.
2. Memupuk kecintaan akan tanah air.
3. Menyemai nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia.
4. Meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
5. Meningkatkan citra negara/jati diri bangsa

25

You might also like