You are on page 1of 19

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

(A) EJAAN
1. Penulisan Kata Berimbuhan
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
mengabungkan Kata dasar ialah ‘gabung’ yang telah diberi imbuhan apitan ‘meN-...-kan’, menggabungkan
tidak boleh digugurkan satu daripada huruf ‘g’ apabila awalan ‘meng-’
digunakan.
mengelakan Kata dasar ialah ‘elak’ yang telah diberi imbuhan apitan ‘meN-...-kan’, mengelakkan
tidak boleh digugurkan huruf ‘k’ apabila kata dasar yang berakhir dengan
huruf ‘k’ menerima apitan yang berakhir ‘-kan’.
kebanyakkan Kata dasar ialah ‘banyak’ yang telah diberi imbuhan apitan kata nama kebanyakan
‘ke-...-an’, tiada imbuhan apitan kata nama ‘ke-...-kan’.
pertunjukkan Kata dasar ialah ‘tunjuk’ yang telah diberi imbuhan apitan kata nama pertunjukan
‘peR-...-an’, tiada imbuhan apitan kata nama ‘peR-...-kan’.
penggunan Kata dasar ialah ‘guna yang telah menerima imbuhan apitan ‘peN-...-an’, penggunaan
tidak boleh digugurkan huruf ‘a’ apabila kata dasar yang berakhir dengan
huruf ‘a’ menerima apitan berakhirna ‘-an’.
mengategorikan Kata dasar ialah ‘kategori’ ialah kata pinjaman bahasa asing. Huruf mengkategorikan
konsonan pertama kata dasar tidak berubah bentuk sengau setelah
menerima imbuhan apitan ‘meN-...-kan’.
mempaparkan Kata dasar ‘papar’ ialah kata asli bahasa Melayu. Huruf konsonan pertama Memaparkan
perkataan digugurkan dan diganti oleh bentuk sengau yang dilafazkan di
tempat yang sama daerah sebutan dengan bunyi pertama dalam kata dasar
iaitu huruf ‘m’.
ketidak adilan Kata dasar iaitu frasa ‘tidak adil’ perlu ditulis bercantum setelah diberi ketidakadilan
imbuhan apitan ‘ke-...-an’.
di minta Imbuhan awalan ‘di’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. diminta
ke dua puluh Imbuhan awalan ‘ke’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. kedua puluh
se tanding Imbuhan awalan ‘se’ perlu ditulis serangkai dengan kata dasar. setanding

2. Penulisan Kata Majmuk


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
kerja sama ‘kerja sama’ ialah kata majmuk berbentuk mantap, jadi dua kata dasarnya kerjasama
harus ditulis bercantum.
ambilalih ‘ambilalih’ ialah kata majmuk bukan berbentuk mantap, jadi dua kata ambil alih
dasarnya harus ditulis terpisah.
penguat kuasaan Kata dasar ‘kuat kuasa’ iaitu kata majmuk bukan berbentuk mantap harus penguatkuasaan
ditulis bercantum setelah menerima imbuhan apitan ‘peN-...-an’.
mengulangkaji Kata dasar ‘ulang kaji’ ialah kata majmuk bukan berbentuk mantap, jadi mengulang kaji
harus ditulis terpisah setelah menerima imbuhan awalan ‘meN-‘.
bertanggung jawab Kata dasar ‘tanggungjawab’ ialah kata majmuk berbentuk mantap, jadi bertanggungjawab
tetap ditulis bercantum setelah menerima imbuhan awalan ‘beR-‘.
dicampur adukkan Kata dasar ‘campur aduk’ iaitu kata majmuk bukan berbentuk mantap harus dicampuradukkan
ditulis bercantum setelah menerima imbuhan apitan ‘di-...-kan’.
jalan raya-jalan raya ‘Jalan raya’ bukan kata majmuk benbentuk mantap, hanya kata dasar jalan-jalan raya
pertama sahaja diulang untuk membentuk kata ganda.
kaki-kaki minum ‘Kaki minum’ ialah kata majmuk kiasan, seluruh kata majmuk itu perlu kaki minum-kaki
diulang untuk membentuk kata ganda. minum
setia-setiausaha ‘setiausaha’ ialah kata majmuk berbentuk mantap, seluruh kata majmuk itu setiausaha-setiausaha
perlu diulang untuk membentuk kata ganda.

3. Penulisan Kata Ganda


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
saudara mara Kata ganda harus ditulis dengan membubuh tanda sempang (-) di antara saudara-mara
dua kata dasar.
bergotong royong Kata dasar ‘gotong-royong’ ialah kata ganda, jadi perlu dibubuh tanda bergotong-royong
sempang (-) setelah menerima imbuhan awalan ‘beR-’
tolong menolong Kata terbitan yang kata dasarnya ‘tolong’ diulang/ digandakan di bahagian tolong-menolong
hadapan perlu dibubuh tanda sempang (-) di antara bahagian-bahagian kata
yang diulang itu.
berlari lari Kata terbitan yang kata dasarnya ‘lari’ diulang/ digandakan di bahagian berlari-lari
belakang perlu dibubuh tanda sempang (-) di antara bahagian-bahagian kata
yang diulang itu.
mengasihi-mengasihi Penggandaan pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata kasih-mengasihi
dasar utama ‘kasih’ dan tidak melibatkan imbuhan.
mencuri-mencuri Penggandaan pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata mencuri-curi
dasar utama ‘curi’ dan tidak melibatkan imbuhan.
memporakperandakan Kata dasar ‘porak peranda’ ialah kata ganda dan harus ditulis dengan memporak-perandakan
menggunakan tanda sempang (-) setelah menerima imbuhan apitan
‘meN-...-kan’.
mengata-kata Sekiranya kata dasar yang mengalami peluluhan huruf pertama pada mengata-ngata
perkataan yang diberikan imbuhan, bahagian kata yang digandakan juga
mengalami peluluhan
mengurut-ngurut Sekiranya kata dasar tidak mengalami peluluhan huruf pertama pada mengurut-urut
perkataan yang diberikan imbuhan, bahagian kata yang digandakan juga
tidak mengalami peluluhan

4. Penulisan Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
ditepi Kata sendi nama ‘di’ harus ditulis terpisah daripada kata arah yang di tepi
mengikutinya.
keatas Kata sendi nama ‘ke’ harus ditulis secara terpisah daripada kata arah yang ke atas
mengikutinya.
disekolah Kata sendin nama ‘di’ harus ditulis secara terpisah daripada kata nama/ di sekolah
frasa nama yang mengikutinya.
kepasar Kata sendi nama ‘ke’ harus ditulis secara terpisah daripada kata nama/frasa ke pasar
nama yang mengikutinya.

5. Penulisan Kata Ganti Nama Singkat


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
kau tulis Kata ganti nama singkat ‘kau’ yang berfungsi sebagai awalan penanda pasif kautulis
harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.
buku ku Kata ganti nama singkat ‘ku’ sebagai akhiran harus ditulis serangkai bukuku
dengan kata yang mendahuluinya.
6. Penulisan Partikel (kah, lah, tah)
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
siapa kah Partikel ‘kah’ harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang siapakah
mendahuluinya.
tolong lah Partikel ‘lah’ harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang tolonglah
mendahuluinya.
bagaimana pun Sebagai partikel penegas, kata ‘pun’ harus ditulis serangkai dengan kata bagaimanapun
yang mendahuluinya kerana telah mantap.
kalaupun Sebagai partikel penegas, kata ‘pun’ tidak boleh ditulis serangkai dengan kalau pun
kata yang mendahuluinya kerana belum mantap.

7. Penulisan Kata Pinjaman


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
ejenda Huruf ‘g’ yang disebut sebagai [j] dalam kata bahasa Inggeris diterima dan agenda
ditulis sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu.
agen Perkataan bahasa Inggeris yang mengandungi huruf ‘g’ yang diucapkan ajen
sebagai [j] menurut sebutan bahasa Inggeris dikekalkan sebagai huruf ‘j’
dalam bahasa Melayu.
calun Penulisan kata pinjaman dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. calon

(B) TANDA BACA


1. Penulisan Huruf Besar
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
malaysia Huruf pertama kata nama khas tempat harus ditulis dengan huruf besar. Malaysia
jabatan kerja raya Huruf pertama kata nama khas institusi harus ditulis dengan huruf besar. Jabatan Kerja Raya
Masalah pencemaran Huruf pertama kata nama am tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Masalah pencemaran
Bahasa semakin bahasa semakin ketara
ketara
Radio Dan Televisyen Huruf pertama kata hubung ‘dan’ dalam kata nama khas tidak perlu ditulis Radio dan Televisyen
Malaysia dengan huruf besar. Malaysia
Pertubuhan Bangsa- Huruf pertama setiap kata nama khas institusi termasuk dalam bentuk kata Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu ganda perlu ditulis dengan huruf besar. Bangsa Bersatu.
Dia berbangsa cina Huruf pertama kata nama khas bangsa perlu ditulis dengan huruf besar. Dia berbangsa Cina.
Pada minggu lepas, Huruf pertama kata nama gelaran perlu ditulis dengan huruf besar. Pada minggu lepas,
datuk Abdul Kadir Datuk Abdul Kadir
telah melawat telah melawat kawasan
kawasan rancangan rancangan itu.
itu.
‘pulau rahsia’ ialah Huruf pertama setiap kata bagi kata nama khas buku perlu ditulis dengan ‘Pulau Rahsia’ ialah
sebuah buku cerita huruf besar. sebuah buku cerita
Ya allah, berikanlah Huruf pertama kata nama kebenaran Tuhan perlu ditulis dengan huruf Ya Allah, berikanlah
rezeki ke atas diri besar. rezeki ke atas diri
hamba hamba
2. Penggunaan Tanda Noktah (.)
KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Allahyarham P Ramlee Tanda noktah perlu ada pada kependekan nama. Allahyarham P. Ramlee
En Kassim Tanda noktah perlu ada pada singkatan gelaran/ panggilan. En. Kassim
Prof Hassan Tanda noktah perlu ada pada singkatan gelaran jawatan. Prof. Hassan
Mohd Abdullah Tanda noktah perlu ada pada kependekan nama. Mohd. Abdullah

3. Penggunaan Tanda Sempang (-)


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
dwi-bahasa Imbuhan ‘dwi’ harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang dwibahasa
mengikutinya tanpa menggunakan tanda sempang (-).
seMalaysia Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan ‘se’ Se-Malaysia
dengan kata nama khas yang mengikutinya.
antiAmerika Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan ‘anti’ anti-Amerika
dengan kata nama khas yang mengikutinya.
anti komunis Imbuhan awalan ‘anti’ harus ditulis serangkai dengan kata nama am. antikomunis
abad ke20 Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan awalan ‘ke-’ abad ke-20
dengan angka yang mengikutinya.
tahun 90an Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan angka yang tahun 90-an
menunjukkan tahun dengan akhiran ‘-an’ yang mengikutinya.
kurniaNya Tanda sempang (-) harus digunakan untuk merangkaikan kata ganti nama kurnia-Nya
singkatan ‘Nya’ bagi merujuk Tuhan dengan kata yang mendahuluinya.
buku-nya Kata ganti nama singkatan ‘-nya’ sebagai akhiran harus ditulis serangkai Bukunya
dengan kata yang mendahuluinya tanpa menggunakan tanda sempang (-).
maklum-balas Kata majmuk ‘maklum balas’ tidak perlu ditulis dengan tanda sempang maklum balas
(-) di antara dua kata dasarnya.
ibu-bapa ‘ibu bapa’ ialah frasa nama, tidak perlu ditulis dengan tanda sempang (-) ibu bapa
di antara dua kata dasarnya.

4. Penggunaan Tanda Koma


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Dasar-dasar kerajaan iaitu Dasar Penswastaan Tanda koma perlu ada sebelum keterangan Dasar-dasar kerajaan, iaitu
meningkatkan ekonomi negara. tambahan di akhir ayat yang bermula dengan Dasar Penswastaan
‘iaitu’. meningkatkan ekonomi
negara.
Oleh itu rakyat harus bekerjasama untuk Tanda koma perlu ada selepas penanda Oleh itu, rakyat harus
mengatasi masalah inflasi. wacana ‘oleh itu’. bekerjasama untuk
mengatasi masalah inflasi.
Dia pelajar di USM bukan di UKM Tanda koma perlu ada sebelum keterangan Dia pelajar di USM, bukan
tambahan di akhir ayat yang membawa unsur di UKM
penafian.
Sekiranya saya lapang saya akan datang ke Tanda koma perlu ada selepas klausa Sekiranya saya lapang, saya
rumah awak keterangan dalam ayat songsang. akan datang ke rumah awak
Adik ke sekolah ayah ke pejabat Tanda koma perlu ada untuk memisahkan Adik ke sekolah, ayah ke
dua ayat setara yang digabungkan dalam satu pejabat
ayat.
Emak membeli sayur ikan dan buah-buahan Tanda koma perlu digunakan untuk Emak membeli sayur, ikan,
memisahkan dua unsur atau lebih yang dan buah-buahan.
berurutan dalam ayat gabungan.
(c) KOSA KATA
1. Penggunaan Kata Ganti Nama

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Kasut ini mahal kerana ia diimport dari Kata ganti nama diri orang Kasut ini mahal kerana kasut ini
England. ketiga ‘ia’ tidak boleh diimport dari England.
digunakan untuk merujuk benda.
Beruk ini jinak betul kerana ia dipelihara Kata ganti nama diri orang Beruk ini jinak betul kerana beruk
sejak kecil. ketiga ‘ia’ tidak boleh ini dipelihara sejak kecil.
digunakan untuk merujuk
haiwan.
Semangat kejiranan harus dipupuk dalam Kata ganti nama diri orang Semangat kejiranan harus dipupuk
masyarakat supaya ia terus diamalkan oleh ketiga ‘ia’ tidak boleh dalam masyarakat supaya semangat
generasi akan datang. digunakan untuk merujuk ini terus diamalkan oleh generasi
konsep. akan datang.
Perompak itu telah ditangkap dan beliau Kata ganti nama diri ketiga Perompak itu telah ditangkap dan
akan dihadap ke mahkamah. ‘beliau’ yang merujuk orang dia akan dihadap ke mahkamah.
yang dihormati tidak sesuai
digunakan dalam konteks ayat
ini.
Perdana Menteri tiba pada jam 10.00 pagi. Kata ganti nama diri orang Perdana Menteri tiba pada jam
Dia terus merasmikan bangunan itu. ketiga ‘dia’ tidak sesuai 10.00 pagi. Beliau terus
digunakan untuk merujuk orang merasmikan bangunan itu.
yang dihormati.
Jika tidak dirawat dengan segera, ianya Kata ganti nama ‘ia’ dan ‘nya’ Jika tidak dirawat dengan segera, ia
akan lumpuh. tidak boleh digabungkan akan lumpuh.
menjadi ‘ianya’.

2. Penggunaan Kata Pemeri

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Bapanya adalah guru. Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh Bapanya ialah guru.
hadir di depan frasa nama.
Hadiah itu ialah untuk ibu. Kata pemeri ‘ialah’ tidak boleh Hadiah itu adalah untuk ibu.
hadir di depan frasa sendi nama.
Rumah itu ialah sangat besar. Kata pemeri ‘ialah’ tidak boleh Rumah itu adalah sangat besar.
hadir di depan frasa adjektif.
Pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk menyertai Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh Pelajar-pelajar digalakkan untuk
aktiviti kokurikulum. hadir di depan frasa kerja pasif. menyertai aktiviti kokurikulum.
Salah satu langkah yang dijalankan adalah Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh Salah satu langkah yang dijalankan
mendirikan sekolah baru. hadir di depan frasa kerja aktif adalah dengan mendirikan sekolah
baru.
Dia adalah bukan pegawai kerajaan. Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh Dia bukan pegawai kerajaan.
hadir bersama dengan kata nafi
‘bukan’ dalam konteks ayat ini
yang tidak menunjukkan unsur
pertentangan maksud.
3. Penggunaan Kata Nafi

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Bapanya bukan pergi ke sawah pada hari Kata nafi ‘bukan’ tidak boleh digunakan Bapanya tidak pergi ke
ini. untuk menafikan frasa kerja dalam konteks sawah pada hari ini.
ayat yang tidak mempunyai unsur
pertentangan fakta.
Kenyataan ini bukan benar. Kata nafi ‘bukan’ tidak boleh digunakan Kenyataan itu tidak benar.
untuk menafikan frasa adjektif dalam
konteks ayat yang tidak mempunyai unsur
pertentangan fakta.
Makanan itu tidak untuk dia. Kata nafi ‘tidak’ tidak boleh digunakan Makanan itu bukan untuk
untuk menafikan frasa sendi nama. dia.
Projek itu tidak usaha saya. Kata nafi ‘tidak’ tidak boleh digunakan Projek itu bukan usaha
untuk menafikan frasa nama. saya.

4. Penggunaan Kata Penguat

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Dia amat menentang fahaman Kata penguat tidak boleh hadir di hadapan Dia amat kuat menentang
komunis. kata kerja yang kata dasarnya tidak terdiri fahaman komunis.
daripada kata adjektif yang menerangkan
perasaan.

5. Penggunaan Kata Bantu

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Pelajar itu boleh mencapai keputusan yang Kata bantu ragam ‘boleh’ yang menyatakan Pelajar itu dapat mencapai
cemerlang dalam STPM. kebenaran/ keizinan tidak sesuai digunakan keputusan yang cvemerlang
dalam konteks ayat ini. dalam STPM.
Jalan itu tidak dapat dilalui kerana perintah Kata bantu ragam ‘dapat’ yang menyatakan Jalan itu tidak boleh dilalui
berkurung. keupayaan/ kesanggupan tidak sesuai kerana perintah berkurung.
digunakan dalam konteks ayat ini.
Peperangan mesti berlaku kalau timbul Kata bantu ragam ‘mesti’ bermaksud pasti Peperangan akan berlaku
perbalahan. tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat kalau timbul perbalahan.
ini.
6. Penggunaan Kata Hubung

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Dia terkejut bila melihat kejadian itu. Kata ‘bila’ ialah kata tanya, tidak boleh Dia terkejut apabila melihat
digunakan sebagai kata hubung. kejadian itu.
Amerika Syarikat menyerang Iraq sebab Kata ‘sebab’ ialah kata nama, tidak boleh Amerika Syarikat
Iraq menyerang Kuwait. digunakan sebagai kata hubung. Jika menyerang Iraq oleh sebab
perkataan ‘sebab’ hendak digunakan, kata itu Iraq menyerang Kuwait.
perlu didahului oleh kata sendi nama ‘oleh’.
Para belia lebih suka bekerja daripada terus Kata nama ‘kesan’ tidak boleh digunakan Para belia lebih suka
belajar kesan daripada dasar itu. sebagai kata hubung. Jika perkataan ‘kesan’ bekerja daripada terus
hendak digunakan, kata itu perlu didahului belajar sebagai kesan
oleh kata sendi nama ‘sebagai’. daripada dasar itu.
Harga saham di BSKL merosot akibat Kata nama ‘akibat’ tidak boleh digunakan Harga saham di BSKL
aktiviti jualan. sebagai kata hubung. Jika perkataan ‘akibat’ merosot sebagai akibat
hendak digunakan, kata itu perlu didahului aktiviti jualan.
oleh kata sendi nama ‘sebagai’.
Abangnya berperangai baik, malahan Kata hubung ‘malahan’ tidak boleh Abangnya berperangai
adiknya berperangai buruk. digunakan untuk menggabungkan dua ayat baik, tetapi adiknya
yang membawa unsur pertentangan fakta. berperangai buruk.
Mesyuarat jawatankuasa itu dibatalkan Kata hubung ‘apabila’ digunakan untuk Mesyuarat jawatankuasa itu
apabila pengerusi tidak dapat hadir pada unsur keterangan waktu, sedangkan ayat ini dibatalkan kerana
petang itu. mempunyai unsur keterangan musabah. pengerusi tidak dapat hadir
pada petang itu.
Anda perlu berakhlak mulia agar supaya Penggunaan kata hubung ‘agar’ dan ‘supaya’ Anda perlu berakhlak mulia
anda dihormati orang. yang mendukung makna yang sama secara agar anda dihormati orang.
berurutan dalam ayat inin dianggap lewah. atau
Anda perlu berakhlak mulia
supaya anda dihormati
orang.
Jika sekiranya ada duit, saya akan ke Penggunaan kata hubung ‘jika’ dan Jika sekiranya ada duit,
Tokyo. ‘sekiranya’ yang mendukung makna yang saya akan ke Tokyo.
sama secara berurutan dalam ayat ini atau
dianggap lewah. Sekiranya ada duit, saya
akan ke Tokyo.
Dia menyatakan yang dia sakit. Kata hubung pancangan relatif ‘yang’ tidak Dia mengatakan bahawa
boleh digunakan sebagai penanda dalam ayat dia sakit.
komplemen dalam bahasa tulisan.
Saya tidak tahu yang dia anak hartawan. Kata hubung pancangan relatif ‘yang’ tidak Saya tidak tahu bahawa dia
boleh digunakan sebagai penanda ayat anak hartawan.
kompleman bahasa tulisan.

7. Penggunaan Kata Sendi Nama


KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi ke Kata sendi nama ‘daripada’ tidak boleh Dia berjalan kaki dari Kota
Johor Bahru. digunakan di hadapan frasa nama yang Tinggi ke Johor Bahru.
menyatakan tempat.
Saya menantinya daripada pukul tiga Kata sendi nama ‘daripada’ tidak boleh Saya menantinya dari pukul
petang. digunakan di hadapan frasa nama yang tiga petang.
menyatakan masa.
Angin kencang itu datang daripada utara Kata sendi nama ‘daripada’ tidak boleh Angin kencang itu datang
digunakan di hadapan frasa nama yang dari utara
menyatakan arah.
Rumah itu lebih besar dari rumah ini. Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh Rumah itu lebih besar
digunakan di hadapan frasa nama yang daripada rumah ini.
menyatakan perbandingan.
Kain ini dibuat dari sutera. Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh Kain ini dibuat daripada
digunakan di hadapan frasa nama yang sutera.
menyatakan asal kejadian.
Surat itu saya terima dari ibu saya. Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh Surat itu saya terima
digunakan di hadapan frasa nama yang daripada ibu saya.
menyatakan manusia sebagai punca
datangnya sesuatu.
Kumpulan ini terdiri dari tiga orang pelajar. Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh Kumpulan ini terdiri
digunakan di hadapan kata nama atau frasa daripada tiga orang pelajar.
nama yang menyatakan sumber atau asal.
Surat itu dari Jabatan Pendidikan. Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh Surat itu daripada Jabatan
digunakan di hadapan frasa nama yang Pendidikan.
menyatakan institusi yang ada kaitan dengan
manusia.
Banyak maklumat didapati dari Kata sendi nama ‘dari’ tidak boleh Banyak maklumat didapati
syarahannya. digunakan di hadapan frasa nama yang daripada syarahannya.
menyatakan punca bagi manusia atau benda,
termasuk unsur mujarad.
Dia tidak bersekolah di hari ini. Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan Dia tidak bersekolah pada
di hadapan frasa nama yang menyatakan hari ini.
masa.
Anjing itu ditambat di sebatang pokok. Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan Anjing itu ditambat pada
di hadapan frasa nama yang menyatakan sebatang pokok.
tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Buku itu ada dengan Cikgu Ahmad Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh Buku itu ada pada Cikgu
digunakan di hadapan frasa nama yang Ahmad
menyatakan benda yang bernyawa apabila
didahului perkataan ‘ada’.
Dalam pendapat saya, rancangan itu kurang Kata sendi nama ‘dalam’ tidak boleh Pada pendapat saya,
menarik. digunakan di hadapan frasa nama yang rancangan itu kurang
merujuk sesuatu yang abstrak. menarik.
Ibu pergi kepada pasar dengan menaiki bas. Kata sendi nama ‘kepada’ tidak boleh Ibu pergi ke pasar dengan
digunakan di hadapan frasa nama yang menaiki bas.
menyatakan tempat.
Pinggan itu dihempasnya kepada lantai. Kata sendi nama ‘kepada’ tidak boleh Pinggan itu dihempasnya
digunakan di hadapan frasa nama yang ke lantai.
menyatakan tempat.
Ujian itu akan dijalankan dari semasa Kata sendi nama ‘kepada’ tidak boleh Ujian itu akan dijalankan
kepada semasa. digunakan di hadapan frasa nama yang dari semasa ke semasa.
menyatakan masa.
Surat itu dihantar ke Pengarah Pendidikan. Kata sendi nama ‘ke’ tidak boleh digunakan Surat itu dihantar kepada
di hadapan frasa nama yang menyatakan Pengarah Pendidikan.
manusia.
Buku tersebut diserahkan ke sekolah. Kata sendi nama ‘ke’ tidak boleh digunakan Buku tersebut diserahkan
di hadapan frasa nama yang menyatakan kepada sekolah.
institusi yang ada kaitan dengan manusia.
Pelajar dibahagikan ke lima kumpulan Kata sendi nama ‘ke’ tidak boleh digunakan Pelajar dibahagikan kepada
di hadapan frasa nama yang menyatakan lima kumpulan.
pecahan atau agihan.
Perangainya berubah daripada jahat ke baik. Kata sendi nama ‘daripada’ digunakan Perangainya berubah
secara berpadanan dengan kata sendi nama daripada jahat kepada baik.
‘kepada’ untuk menyatakan perubahan
tahap.
Saya tertarik dengan keindahan lukisan itu. Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh Saya tertarik oleh
digunakan selepas kata kerja pasif yang keindahan lukisan itu.
berimbuhan awalan ‘di-‘ atau ‘ter-‘.
Lawatan ke Kuala Lumpur dibatalkan oleh Untuk membentuk frasa sendi nama, kata Lawatan ke Kuala Lumpur
kerana tidak mendapat kelulusan dariopada sendi nama perlu diikuti oleh frasa nama. dibatalkan oleh sebab tidak
pengetua. Kata ‘kerana’ ialah kata hubung, tidak boleh mendapat kelulusan
digunakan selepas kata sendi nama ‘oleh’. dariopada pengetua.
atau
Lawatan ke Kuala Lumpur
dibatalkan kerana tidak
mendapat kelulusan
dariopada pengetua.
Pelajar itu risau dengan keputusan Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh Pelajar itu risau akan
peperiksaannya. digunakan di hadapan frasa nama yang keputusan peperiksaannya.
menyatakan manusia selepas kata adjektif
yang bersifat emotif.
Dia takutkan hantu. Kata sendi nama’akan’ tidak boleh Dia takut akan hantu.
disingkatkan menjadi akhiran ‘-kan’ dan
digabungkan dengan kata adjektif
sebelumnya dalamn penulisan bahasa
formal.
Kerajaan sentiasa memberi perhatian Kata sendin nama ‘terhadap’ tidak boleh Kerajaan sentiasa memberi
terhadap kesejahteraan rakyat. digunakan di hadapan frasa nama untuk perhatian tentang
menyatakan unsur yang membawa maksud kesejahteraan rakyat.
rujukan umum atau mujarad.
Mereka berbincang mengenai masalah Kata ‘mengenai’ ialah kata kerja yang Mereka berbincang tentang
kemiskinan. membawa maksud tepat pada sasaran, tidak masalah kemiskinan.
boleh digunakan untuk menggantikan kata
sendi nama ‘tentang’.
Perhimpunan itu diadakan dalam dewan. Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di Perhimpunan itu diadakan
hadapan kata nama arah untuk menunjukkan di dalam dewan.
tempat yang mempunyai ruang fizikal yang
nyata dan konkrit.
Kita perlu fasih bertutur di dalam bahasa Penggunaan kata ‘dalam’ sebagai kata sendi Kita perlu fasih bertutur
Inggeris. nama di hadpan frasa nama yang dalam bahasa Inggeris.
menyatakan tempat yang tidak mempunyai
ruang dan jarak tidak boleh didahului oleh
kata sendi nama ‘di’.
Perkara itu telah dibincangkan di dalam Penggunaan kata ‘dalam’ sebagai kata sendi Perkara itu telah
mesyuarat itu. nama di hadapan frasa nama yang dibincangkan dalam
menyatakan tempat yang tidak mempunyai mesyuarat itu.
ruang dan jarak tidak boleh didahului oleh
kata sendi nama ‘di’.
Kalim duduk antara Farid dan Lokman. Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di Kalim duduk di antara
hadapan kata nama arah untuk menyatakan Farid dan Lokman.
kedudukan yang mempunyai ruang fizikal
dan jarak yang nyata dan konkrit.
Di antara mereka berdua, Ali yang lebih Penggunaan kata ‘antara’ sebagai kata sendi Antara mereka berdua, Ali
bijak. nama di hadapan frasa nama untuk yang lebih bijak.
menyatakan perbandingan tidak perlu
didahului oleh kata sendi nama ‘di’.
Sejarah adalah di antara mata pelajaran Penggunaan kata ‘antara’ sebagai kata sendi Sejarah adalah antara mata
yang diminatinya. nama di hadapan frasa nama yang pelajaran yang diminatinya.
menyatakan tempat yang tidak mempunyai
ruang dan jarak tidak perlu didahului oleh
kata sendi nama ‘di’.
Perundingan damai di antara Palestin dan Penggunaan kata ‘antara’ sebagai kata sendi Perundingan damai antara
Israel itu tidak berjaya. nama di hadapan frasa nama yang Palestin dan Israel itu tidak
menyatakan tempat yang tidak mempunyai berjaya.
ruang dan jarak tidak perlu didahului oleh
kata sendi nama ‘di’.
Mak Jah telah meninggalkan tiga ekor tanah Penggunaan kata sendi nama ‘untuk’ tidak Mak Jah telah
bagi anaknya. boleh bertukar ganti dengan kata sendi nama meninggalkan tiga ekor
‘bagi’ untuk menyatakan maksud bahagian tanah untuk anaknya.
yang ditentukan atau diperuntukkan.
Kita perlu berusaha demi untuk masa depan Kata sendi nama ‘demi’ dan ‘untuk’ secara Kita perlu berusaha demi
yang cemerlang. berurutan dalam ayat ini dianggap lewah masa depan yang
kerana ‘demi’ sudah membawa maksud cemerlang.
tujuan.
Sejak dari pagi tadi, dia di dalam hutan. Kata sendi nama ‘sejak’ dan ‘dari’ yang Sejak pagi tadi, dia di
mendukung maksud yang sama secara dalam hutan.
berurutan dalam ayat ini dianggap lewah. atau
Dari pagi tadi, dia di dalam
hutan.
Jabatan Bekalan Air Selangor memohon Penggunaan ‘atas’ sebagai kata sendi nama Jabatan Bekalan Air
maaf di atas kesulitan ini. di hadapan kata nama/ frasa nama untuk Selangor memohon maaf
menyatakan maksud ‘sebab’ tidak perlu atas kesulitan ini.
didahului oleh kata sendi nama ‘di’.
Letakkan bungkusan itu atas meja. Kata sendi nama ‘di’ perlu digunakan di Letakkan bungkusan itu di
hadapan kata nama arah untuk menunjukkan atas meja.
tempat yang mempunyai ruang fizikal yang
nyata dan konkrit.
Pegawai keselamatan menjalankan Penggunaan ‘atas’ sebagai kata sendi nama Pegawai keselamatan
pemeriksaan ke atas setiap kenderaan yang di hadapan frasa nama untuk menyatakan menjalankan pemeriksaan
memasuki kawasan itu. maksud ‘terhadap’ tidak perlu didahului oleh atas setiap kenderaan yang
kata sendi nama ‘ke’. memasuki kawasan itu.
Pelajar-pelajar yang ibu bapanya Penggunaan ‘atas’ sebagai kata sendi nama Pelajar-pelajar yang ibu
berpendapatan seribu atas tidak layak untuk di hadapan frasa nama untuk menyatakan bapanya berpendapatan
mendapat buku pinjaman kerajaan. maksud ‘lebih daripada itu’ perlu didahului seribu ke atas tidak layak
oleh kata sendi nama ‘ke’. untuk mendapat buku
pinjaman kerajaan.
8. Penggunaan Kata Bilangan

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Saya bersenam tiap pagi. Kata bilangan pisahan ‘tiap’tiap’ tidak boleh Saya bersenam tiap-tiap
disingkatkan menjadi ‘tiap’. pagi.
Remaja menghadapi berbagai masalah. Kata bilangan himpunan ‘berbagai-bagai’ Remaja menghadapi
tidak boleh disingkatkan menjadi ‘berbagai’. berbagai-bagai masalah.
Kedua orang banduan itu telah berjaya Kata bilangan himpunan ‘kedua’dua’ tidak Kedua-dua orang banduan
diberkas. boleh disingkatkan menjadi ‘kedua’ yang itu telah berjaya diberkas.
merupakan kata bilangan ordinal (tingkat),
tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat
ini.
Para-para peserta dikehendaki melaporkan Kata bilangan tidak tentu ‘para’ yang Para peserta dikehendaki
diri. bermaksud ‘semua’ tidak boleh diulang melaporkan diri.
manjdi ‘para’para’ yang bermaksud ‘rak’.
Setengah orang tidak suka akan kucing. Kata bilangan tidak tentu ‘setengah- Setengah-setengah
setengah’ tidak boleh disingkatkan menjadi (sesetangah) orang tidak
kata bilangan pecahan ‘setengah’ yang suka akan kucing.
bermaksud ‘separuh’ kerana tidak sesuai
digunakan dalam konteks ayat ini.

9. Penggunaan Pen jodoh Bilangan

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


sebahagian orang penduduk Kata bilangan tidak tentu ‘sebahagian’ tidak Sebahagian penduduk
perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.
seluruh buah negeri Kata bilangan tidak tentu ‘seluruh’ tidak seluruh negeri
perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.
semua orang gadis Kata bilangan tidak tentu ‘semua’ tidak perlu semua gadis
diikuti oleh penjodoh bilangan.
para orang pelajar Kata bilangan tidak tentu ‘para’ tidak perlu para pelajar
diikuti oleh penjodoh bilangan.
segala ekor binatang Kata bilangan tidak tentu ‘segala’ tidak perlu segala binatang
diikuti oleh penjodoh bilangan.
setengah-setengah orang peserta Kata bilangan tidak tentu ‘setengah- setengah-setengah peserta
setengah’ tidak perlu diikuti oleh penjodoh
bilangan.
setiap orang warganegara Kata bilangan tidak pisahan ‘setiap’ tidak setiap warganegara
perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.
Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah Penjodoh biolangan tidak diperlukan untuk Perpaduan perlu dipupuk
masyarakat. menghitung kata nama abstrak. dalam masyarakat.
Dia harus bertindak segera untuk mencapai Penjodoh biolangan tidak diperlukan untuk Dia harus bertindak segera
sebuah impiannya. menghitung kata nama abstrak. untuk mencapai impiannya.
Ahli sukan itu mempunyai sebuah cita-cita Penjodoh biolangan tidak diperlukan untuk Ahli sukan itu mempunyai
untuk mengharumkan nama negara. menghitung kata nama abstrak. cita-cita untuk
mengharumkan nama
negara.
10. Penggunaan Kata

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Seekor kupu hinggap di tangkai bunga. ‘kupu-kupu’ yang merujuk sejenis serangga Seekor kupu-kupu hinggap
ialah kata ganda semu, tidak boleh di tangkai bunga.
disingkatkan menjadi ‘kupu’.
Kanak gemar bermain layang-layang. ‘kanak-kanak’ yang bermaksud budak lelaki Kanak-kanak gemar
ataun perempuan yang masih kecil ialah kata bermain layang-layang.
ganda semu, tidak boleh disingkatkan
menjadi ‘kanak’.
Pendapat nelayan merosot pada musim Kata ‘pendapat’ bermaksud buah fikiran Pendapatan nelayan
tengkujuh. tidak tepat digunakan dalam konteks ayat ini. merosot pada musim
tengkujuh.
Pada pendapatan saya, projek itu sungguh Kata ‘pendapatan’ bermaksud hasil daripada Pada pendapat saya, projek
berjaya. usaha tidak tepat digunakan dalam koteks itu sungguh berjaya.
ayat ini.
Rukiah menyambar majalah di kedai itu lalu Kata ‘menyambar’ yang bermaksud Rukiah mengambil majalah
menyerahkan wang kepada penjualnya. merampas dengan cepat tidak sesuai di kedai itu lalu
digunakan dalam konteks ayat ini. menyerahkan wang kepada
penjualnya.
Ada terdapat banyak jenis bunga di taman itu. Kata ‘ada’ dan ‘terdapat’ membawa maksud Ada banyak jenis bunga di
yang sama secara berurutan dalam ayat ini taman itu.
dianggap lewah. atau
Terdapat banyak jenis
bunga di taman itu.
Kita perlu saling bantu-membantu dalam Kata kerja ‘bantu-membantu’ sudah Kita perlu bantu-membantu
kehidupan seharian. membawa maksud perbuatan yang dalam kehidupan seharian.
bersalingan, jadi perkataan ‘saling’ tidak atau
diperlukan. Sekiranya perkataan ‘saling’ Kita saling membantu
hendak digunakan, kata kerja yang dalam kehidupan seharian.
mengikutinya tidak perlu digandakan.
Dia tiada ada duit. Kata ‘tiada’ bermaksud ‘tidak ada’. Jadi Dia tiada duit.
tidak perlu diikuti oleh kata ‘ada’. atau
Dia tidak ada duit.
Pemohon yang layak saja akan dipilih. Unsur kependekan tidak boleh digunakan Pemohon yang layak sahaja
dalam penulisan bahasa formal. akan dipilih.
Hanya segelintir sahaja pelajar yang hadir. Kata penegas ‘hanya’ dan ‘sahaja’ membawa Hanya segelintir pelajar
maksudn yang sama, salah satu daripada kata yang hadir.
itu dibunakan. atau
Segelintir sahaja pelajar
yang hadir.

(d) IMBUHAN

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Pelumbaan kereta itu akan diadakan pada minggu Kata nama terbitan yang menggunakan Perlumbaan kereta itu akan
depan. apitan ‘peN-...-an’ berasal daripada kata diadakan pada minggu
kerja yang menggunakan imbuhan ‘meN-...- depan.
i/kan’, manakala kata nama terbitan yang
menggunakan ‘peR-...-an’ berasal daripada
bentuk kata kerja yang menggunakan
imbuhan ‘beR-’. Kata dasar ‘lumba’ tidak
menerima imbuhan awalan ‘meN-‘, iaitu
‘melumba’ tetapi menerima imbuhan awalan
‘beR-’ iaitu ‘berlumba’, jadi imbuhan apitan
‘peR-...an’ perlu digunakan.
Masakkan ibu sangat sedap. Imbuhan akhiran kata kerja ‘-kan’ pada kata Masakan ibu sangat sedap.
dasar ‘masak’ tidak tepat. Ayat ini
memerlukan kata dasar berakhiran kata nama
‘-an’ yang bermaksud benda hasil daripada
melakukan maksud yang terkandung dalam
kata dasar.
Nelayan asing mencerobohi pengairan Malaysia. Imbuhan apitan kata nama ‘peN...-an’ pada Nelayan asing mencerobohi
kata dasar ‘air’ bermaksud proses perairan Malaysia.
mengerjakan maksud yang terkandung dalam
kata dasar itu, tidak sesuai digunakan dalam
konteks ayat ini.
Badan budak itu lecur. Perkataan ‘lecur’ perlu diberi imbuhan Badan budak itu melecur.
awalan ‘meN-‘ yang bermaksud ‘menjadi’
untuk membentuk kata kerja tak transitif
aktif.
Orang itu senyum kepada saya. Perkataan ‘senyum’ perlu diberi imbuhan Orang itu tersenyum
awalan ‘teR-‘ untuk membentuk kata kerja kepada saya.
tak transitif aktif.
Anda perlu cari jalan keluar setiap kali anda Perkataan ‘cari’ perlu diberi imbuhan awalan Anda perlu mencari jalan
menghadapi masalah. ‘meN-’ untuk membentuk kata kerja transitif keluar setiap kali anda
aktif menghadapi masalah.
Dia merasa gembira setelah berjaya dalam Imbuhan awalan ‘meN-’ pada kata dasar Dia berasa gembira setelah
peperiksaan itu. ‘rasa’ yang bermaksud ‘melakukan sesuatu’, berjaya dalam peperiksaan
tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat itu.
ini. Kata dasar ini perlu diberi imbuhan
awalan ‘beR-’ yang bermaksud ‘mempunyai’
Amalan merokok merbahaya kepada kesihatan Tidak ada bentuk imbuhan ‘meR-’ dalam Amalan merokok
badan. bahasa Melayu. berbahaya kepada kesihatan
badan.
Kakak menjahit saya baju. Imbuhan awalan ‘meN-’ pada kata dasar Kakak menjahitkan saya
‘jahit’ yang bermaksud melakukan sesuatu baju.
adalah tidak tepat vkerana ayat ini
memerlukan kata kerja transitif aktif
berimbuhan apitan ‘meN-...-kan’ yang
bermaksud melakukan perbuatan untuk
manfaat seseorang.
Dia menghadiahkan saya sebuah buku. Imbuhan apitan ‘meN-...-kan’ pada kata Dia menghadiahi saya
dasar ‘hadiah’ yang bermaksud sebuah buku.
‘menyebabkan jadi/ kausatif’ adalah tidak
tepat kerana ayat ini memerlukan kata kerja
transitif aktif berimbuhan apitan ‘meN-...-i’
untuk menandakan ‘lokatif’.
Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada Imbuhan apitan ‘meN-...-i’ pada kata dasar Hakim menjatuhkan
pengedar dadah itu. ‘jatuh’ yang menandakan ‘lokatif’ adalah hukuman gantung kepada
tidak tepat kerana ayat ini memerlukan kata pengedar dadah itu.
kerja transitif aktif berimbuhan apitan
‘meN-...-kan’ yang bermaksud melakukan
perbuatan yang terkandung dalam kata kerja
dasar..
Rumah-rumah mendereti di sepanjang jalan. Imbuhan apitan ‘meN-...-i’ pada kata dasar Rumah-rumah berderet di
‘deret’ membentuk kata kerja transitif aktif sepanjang jalan.
yang perlu diikuti oleh objek/ penyambut
yang terbina daripada frasa nama adalah
tidak tepat kerana ayat ini memerlukan kata
kerja transitif yang berimbuhan awalan
‘beR-’ yang diikuti oleh frasa sendi nama
sebagai unsur keterangan.
Dia menyerah wang itu kepada guru. Imbuhan apitan ‘meN-’ pada kata dasar Dia menyerahkan wang itu
‘serah’ membentuk kata kerja tak transitif kepada guru.
adalah tidak tepat kerana ayat ini
memerlukan kata kerja transitif aktif yang
berimbuhan apitan ‘meN-...-kan’ dengan
diikuti oleh objek, iaitu kata nama ‘wang’.
Kerajaan sedang memperluaskan jalan raya ke Imbuhan apitan ‘mempeR-...-kan’ digunakan Kerajaan sedang
kampung itu. pada kata kerja dan kata nama, manakala memperluas jalan raya ke
awalan ‘mempeR-’ digunakan untuk kampung itu.
menjadikan kata adjektif ‘luas’ sebagai kata
kerja transitif.
Kata dasar ‘luas’ ialah kata adjektif hanya
memerlukan imbuhan awalan ‘mempeR-’
tanpa akhirna ‘-kan’ yang bermaksud
menjadikan lebih atau bertambah untuk
membentuk kata kerja transitif.
Ali memberikan kucing makanan. Imbuhan apitan ‘meN-...-kan’ lazimnya Ali memberi kucing
menerima objek tidk bernyawa. makanan.
atau
Ali memberikan makanan
kepada kucing.
(E) FRASA

1. Frasa Nama
(a) Hukum DM

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


lain-lain perkataan Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu Perkataan lain-lain.
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
mini bas Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu bas mini
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
Lim Perabot Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu Perabot Lim
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.
lain-lain hal Frasa nama menyalahi Hukum D-M iaitu hal lain-lain
unsur diterangkan perlu mendahului unsur
yang menerangkan.

(b) Penggunaan Jamak

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


para pelajar-palajar Kata bilangan tidak tentu ‘para’ sudah para pelajar
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
setiap peraturan-peraturan Kata bilangan pisahan ‘setiap’ sudah setiap peraturan
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
kebanyakan negara-negara Kata bilangan ‘kebanyakan’ sudah kebanyakan negara
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
dua buah lori-lori Kata bilangan tentu ‘dua’ sudah dua buah lori
menunjukkan jamak, kata nama yang
mengikutinya tidak perlu digandakan.
ketiga-tiga orang pegawai-pegawai pejabat itu Kata bilangan himpunan ‘ketiga-tiga’ sudah ketiga-tiga orang pegawai
menunjukkan jamak, kata nama yang pejabat itu
mengikutinya tidak perlu digandakan.
Pelajar-pelajar diminta bersedia di tempat Kata bilangan pisahan ‘masing-masing’ yang Pelajar diminta bersedia di
masing-masing. menyatakan maksud pisahan sudah tempat masing-masing.
menunjukkan jamak, subjeknya iaitu kata
nama tidak perlu digandakan.
mereka-mereka Kata ganti nama diri orang ketiga ‘mereka’ mereka
sudah menunjukkan jamak, tidak perlu
digandakan.
senarai nama-nama Kata ‘senarai’ sudah menunjukkan jamak, senarai nama
kata nama yang mengikutinya tidak perlu
digandakan.
rombongan pelajar-pelajar Kata ‘rombongan’ sudah menunjukkan rombongan pelajar
jamak, kata nama yang mengikutinya tidak
perlu digandakan.
Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Kata ‘persatuan’ sudah menunjukkan jamak, Persatuan Pengetua
kata nama yang mengikutinya tidak perlu Sekolah
digandakan.
rakyat-rakyat Malaysia Kata ‘rakyat’ sudah menunjukkan jamak, rakyat Malaysia
tidak perlu digandakan.
penduduk-penduduk kampung Kata ‘penduduk’ sudah menunjukkan jamak, penduduk kampung
tidak perlu digandakan.
Bangunan-bangunan itu tinggi-tinggi. Kata adjektif ‘tinggi-tinggi’ sudah membawa Bangunan itu tinggi-tinggi.
maksud banyak, subjeknya (kata nama) tidak atau
perlu digandakan atau sekiranya subjeknya Bangunan-bangunan itu
(kata nama) digandakan, kata adjektif yang tinggi.
mengikutinya tidak perlu digandakan.
Serpihan-serpihan kaca bertaburan. Kata kerja berimbuhan apitan ‘beR-...-an’ Serpihan kaca bertaburan.
sudah menunjukkan perbuatan yang
menunjukkan jumlah subjek yang banyak,
jadi subjeknya (kata nama) tidak perlu
digandakan.

2. Frasa Adjektif

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


paling terbesar Kata adjektif yang berawalan ‘ter-’ sudah paling besar
menunjukkan darjah penghabisan, tidak atau
boleh didahului oleh kata penguat ‘paling’. terbesar
terlalu terbesar Kata penguat ‘terlalu’ sudah menunjukkan terlalu besar
darjah penghabisan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu diberi imbuhan
awalan ‘ter-’.
paling besar sekali Kata penguat ‘paling’ sudah menunjukkan paling besar
darjah penghabisan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu diikuti kata
penguat ‘sekali’.
terlalu besar sekali Kata penguat ‘terlalu’ sudah menunjukkan terlalu besar.
darjah penghabisan, kata adjektif yang
mengikutinya tidak perlu diikuti oleh kata
penguat ‘sekali’.
terbesar sekali Imbuhan awalan ‘ter-’ pada kata adjektif terbesar
sudah menunjukkan darjah penghabisan, kata atau
adjektif yang mengikutinya tidak perlu besar sekali
disertakan oleh kata penguat ‘sekali’
amat tercantik Kata adjektif yang berawalan ‘ter-’ sudah tercantik
menunjukkan darjah penghabisan, tidak
perlu didahului oleh kata penguat ‘amat’.
Saya suka durian. Kata adjektif hanya boleh diperluas dengan Saya suka akan durian.
frasa sendi nama.
3. Frasa Kerja

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Ayah sudah pergi pejabat. Kata kerja tak transitif ‘pergi’ tidak boleh Ayah sudah pergi ke
diikuti oleh frasa nama tetapi boleh diikuti pejabat.
oleh frasa sendi nama sebagai unsur
keterangan.
Meja itu beralaskan dengan sehelai kain. Kata kerja tak transitif berapitan “beR-...- Meja itu beralaskan sehelai
kan’ perlu diikuti oleh pelengkap yang kain.
terbina daripada frasa nama, bukan frasa
sendi nama.
Dia belum mengetahui tentang hal itu. Kata kerja transitif ‘mengetahui’ perlu diikuti Dia belum mengetahui hal
oleh objek/penyambut yang terbina daripada itu.
frasa nama, bukan frasa sendi nama.
Keruntuhan institusi keluarga menyebabkan Frasa kerja ayat ini tidak tepat kerana kata Keruntuhan institusi
timbul masalah sosial remaja. kerja transitif ‘menyebabkan’ harus diikuti keluarga menyebabkan
oleh frasa nama sebagain objek/ penyambut. timbulnya masalah sosial
Oleh itu, kata pembenda ‘nya’ perlu hadir remaja.
serangkai dengan perkataan ‘timbul’ untuk
membentuk frasa nama.

4. Frasa Sendi Nama

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Mereka akan melancong ke Australia atau Kata sendi nama ‘ke’ pada kedudukan unsur Mereka akan melancong ke
Indonesia? kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa Australia atau ke
sendi nama setara yang menggunakan kata Indonesia?
hubung ‘atau’.
Saya berjalan kaki dari rumah pekan. Kata sendi nama pada kedudukan unsur yang Saya berjalan kaki dari
kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa rumah ke pekan.
sendi nama setara yang tidak menggunakan
kata hubung.
Pembangunan negara akan dijalankan dari Dalam binaan frasa sendi nama yang Pembangunan negara akan
semasa ke masa. menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan dijalankan dari semasa ke
‘ke’, bentuk ‘se-’ yang terkandung dalam semasa.
frasa nama tidak boleh digugurkan secara atau
berasingan untuk memelihara Pembangunan negara akan
keseimbangannya. Sekiranya bentuk ‘se-’ dijalankan dari masa ke
pada satu bahagian frasa nama digugurkan, masa.
bentuk ‘se-’ pada frasa nama kedua juga
perlu digugurkan.
(f) KLAUSA / AYAT
1. Struktur Binaan Ayat

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Malaysia ialah negara yang terdiri daripada Penggunaan ‘di mana’ dalam struktur Malaysia ialah negara yang
berbilang bangsa di mana rakyatnya hidup saling ayat bahasa Melayu yang terpengaruh terdiri daripada berbilang
membantu. oleh struktur ayat dalam bahasa bangsa yang rakyatnya hidup
Ibnggeris, iaitu ‘where’ tidak boleh saling membantu.
digunakan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan yang mana Penggunaan ‘yang mana’ dalam struktur Bunga raya ialah bunga
banyak ditanam di sekeliling rumah kita. ayat bahasa Melayu yang terpengaruh kebangsaan yang banyak
oleh struktur ayat dalam bahasa ditanam di sekeliling rumah
Ibnggeris, iaitu ‘in which’ tidak boleh kita.
digunakan.
Satu pertiga daripada jumlah tersebut dijangka akan Bagi ayat yang sudah sempurna subjek Satu pertiga daripada jumlah
meninggal dunia disebabkan oleh penyakit hati. dan predikatnya, maklumat tambahan tersebut dijangka akan
yang diberikan perlu dalam bentuk frasa meninggal dunia kerana
sendi nama, bukan frasa nama. penyakit hati.
Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. Unsur keterangan waktu dalam ayat ini Setelah mengetahui hal itu,
harus didahului dengan kata hubung saya membatalkan
pancangan keterangan. rancangan.
Turut menghadiri upacara itu ialah tuan pengetua Frasa kerja tidak boleh menjadi subjek Yang turut menghadiri
dan guru-guru. ayat yang predikatnya menyebut sesuatu upacara itu ialah tuan
atau orang. pengetua dan guru-guru.
Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir diserahkan kepada Ayat tersebut kabur dan sukar difahami Pusat Ilmu Falak Sheikh
USM untuk ditadbir selama 30 tahun oleh kerajaan kerana susunan perkataan dalam ayat itu Tahir diserahkan oleh
negeri Pulau Pinang. tidak tepat. kerajaan negeri Pulau Pinang
kepada USM untuk ditadbir
selama 30 tahun.
Mereka dikehendaki dalam masa seminggu Ayat tersebut kabur dan sukar difahami Mereka dikehendaki
menyiapkan kerja itu. kerana susunan perkataan dalam ayat itu menyiapkan kerja itu dalam
tidak tepat. masa seminggu.
Raja sering mempunyai kedudukan tertentu dalam Klausa keterangan ialah klausa tidak Raja sering mempunyai
sistem agama. Walaupun ada golongan tertentu bebas, iaitu tidak dapat berdiri sendiri kedudukan tertentu dalam
seperti ulama dan rahib yang menjadi kelas penting sebagai satu ayat yang gramatis. sistem agama, walaupun ada
dalam sistem agama itu. golongan tertentu seperti
ulama dan rahib yang
menjadi kelas penting dalam
sistem agama itu.

2. Ayat Tergantung

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Untuk mendapat keputusan yang cemerlang mesti Ayat ini tergantung kerana tidak ada Untuk mendapat keputusan
berusaha. subjek. yang cemerlang, pelajar-
pelajar mesti berusaha.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. Ayat ini tergantung kerana frasa Kehadiran tuan akan
sendi nama tidak boleh menjadi menyerikan majlis kami.
subjek ayat.
Mewujudkan undang-undang yang lebih ketat untuk Ayat ini tergantung kerana tidak ada Kerajaan mewujudkan
menangani masalah rasuah bola sepak. subjek. undang-undang yang lebih
ketat untuk menangani
masalah rasuah bola sepak.
Dia yang memainkan peranan penting dalam Ayat ini tergantung kerana tidak ada Dia memainkan peranan yang
pembangunan kampung itu. predikat dengan kehadiran kata penting dalam pembangunan
hubung ‘yang’. kampung itu.
Perindustrian Malaysia yang amat pesat. Ayat ini tergantung kerana tidak ada Perindustrian Malaysia amat
predikat dengan kehadiran kata pesat.
hubung ‘yang’.

3. Struktur Ayat Pasif

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Meja itu mereka susun. Kata kerja berimbuhan ‘di-’ perlu digunakan Meja itu disusun oleh
bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama mereka.
objek kata ganti nama diri orang ketiga.
Meja itu disusun oleh awak Kata kerja berimbuhan ‘di-’ tidak boleh Meja itu awak susun.
digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai
frasa nama objek kata ganti nama diri orang
kedua.
Meja itu disusun oleh kami. Kata kerja berimbuhan ‘di-’ tidak boleh Meja itu kami susun.
digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai
frasa nama objek kata ganti nama diri orang
pertama.
Tempat itu saya belum kunjungi. Bagi frasa kerja pasif kata ganti nama diri Tempat itu belum saya
orang pertama, kata-kata lain tidak boleh kunjungi.
disisipkan di antara kata ganti diri tersebut
dengan kata kerja pasif.

4. Ayat Gabungan

KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN


Zeki mewakili USM, manakala UKM diwakili Ayat ini tidak gramatis kerana ayat-ayat yang Zeki mewakili USM,
oleh Jusuh. digabungkan dengan kata hubung manakala Jusuh mewakili
‘manakala’ adalah tidak sama jenis, iaitu UKM.
ayat aktif dan ayat pasif.
Hadiah untuk pemenang pertama bernilai RM Ayat ini tidak gramatis kerana ayat-ayat yang Hadiah untuk pemenang
1,000 manakala RM 500 untuk pemenang hadiah digabungkan dengan kata hubung pertama bernilai RM 1,000
kedua. ‘manakala’ adalah tidak setara. manakala hadiah untuk
pemenang kedua bernilai
RM 500.

You might also like