You are on page 1of 46

Jom Ulang kaji Tajuk – Tajuk Karangan Bahagian B ( 2019 )

Ulasan 1 ( Pengambilan Makanan Secara Sihat )

Gambar menunjukkan panduan untuk pengambilan makanan secara sihat demi memastikan kualiti kesihatan
kita.

Makanan berlemak, berminyak, bergaram, dan bergula perlu dihadkan pengambilannya kerana akan
menyebabkan penyakit obesiti dan darah tinggi. Selain itu, makanan yang berasaskan protein seperti ikan, susu,
dan keju perlu dimakan secara sederhana. Seterusnya, protein dapat melindungi badan daripada penyakit dan
menguatkan sistem imun badan. Makanan berasaskan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak
kerana karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia.

Kesimpulannya, makanan yang kita ambil hendaklah berasaskan panduan makanan supaya kita
sentiasa sihat dan cergas.

Ulasan 1.1 ( Pengambilan Makanan Secara Sihat )

1
Poster ini menunjukkan piramid makanan sebagai panduan untuk makan secara sihat demi
memastikan kualiti kesihatan kita.

. Makanan berasaskan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak


kerana karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia. Buah-buahan dan
sayur-sayuran pula perlu dimakan antara dua hingga tiga sajian pada setiap hari. Selain itu,
makanan yang berasaskan protein seperti ikan, telur, dan daging perlu dikurangkan
pengambilannya, iaitu satu hingga tiga sajian pada setiap hari. Hadkan pengambilan lemak,
minyak, garam, dan gula dalam sajian kerana akan menyebabkan penyakit obesiti dan darah
tinggi..

Kesimpulannya, jumlah makanan yang diambil hendaklah berasaskan piramid


makanan supaya kita sihat sepanjang hayat.

Ulasan 2 ( Keselamatan di Jalan raya )

2
Kempen Keselamatan Jalan Raya tersebut dianjurkan oleh Yayasan Belia Malaysia.

Kempen ini ditujukan khas untuk pejalan kaki. Pejalan kaki diingatkan supaya
memakai pakaian yang cerah. Hal ini penting supaya mereka mudah dilihat oleh
pemandu kenderaan. Seterusnya, pejalan kaki hendaklah berjalan di lorong pejalan
kaki yang memisahkan pejalan kaki dengan kenderaan yang bergerak lebih pantas.
Mereka perlu berjalan menghadap lalu lintas juga. Selain itu, pejalan kaki mestilah
menggunakan jejantas semasa melintas jalan.

Kesimpulannya, pejalan kaki perlulah mengambil langkah untuk menjaga


keselamatan diri semasa berada di jalan raya.

Ulasan 2.2 ( Keselamatan di Jalan raya )

3
Gambar menunjukkan tentang langkah-langkah keselamatan di jalan raya yang perlu
kita titik beratkan demi keselamatan kita.

Topi keledar hendaklah dipakai semasa menunggang motosikal untuk menjaga


keselamatan jika berlaku sesuatu kemalangan. Di samping itu, mematuhi peraturan
lampu isyarat sangat penting supaya tidak berlaku kemalangan. Selain itu, jejantas
perlu digunakan semasa melintas jalan raya agar dapat melintas jalan dengan selamat.
Seterusnya, kanak-kanak perlu memegang tangan orang dewasa semasa melintas jalan
agar dapat melintas jalan dengan selamat.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah


keselamatan semasa di jalan raya.

Ulasan 2.3 ( Keselamatan di Jalan raya )

4
Sekolah Kebangsaan Sungai Ria telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan setiap murid dapat
menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Untuk menjaga keselamatan diri
di jalan raya, satu daripada cara yang perlu dilakukan ialah setiap murid diminta
melintas jalan menggunakan lintasan zebra atau menggunakan jejambat yang telah
disediakan. Selain itu, murid-murid perlulah beratur semasa menaiki bas. Murid-murid
perlu beratur ketika menaiki bas supaya tidak ditimpa kemalangan seperti terjatuh
ketika menaiki bas. Ketika mengayuh basikal di jalan raya, setiap murid tidak perlulah
bersaing-saing antara satu sama lain. Murid-murid yang menunggang basikal mestilah
menunggang dalam satu barisan agar tidak mengganggu perjalanan kenderaan di jalan
raya. Di samping itu, juga, ketika berjalan kaki di jalan raya, kita mestilah berjalan
menghadap trafik agar kita nampak kenderaan yang berada di hadapan kita.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah


keselamatan semasa di jalan raya.
Ulasan 3 ( Penjagaan Kesihatan )

5
Penjagaan kesihatan diri sangat penting bagi semua orang.

Terdapat beberapa kaedah dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlulah mengamalkan
aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk membolehkan otak kita
cerdas. Di samping itu, kita juga haruslah menjaga kebersihan diri sendiri seperti memastikan
kuku pendek dan sentiasa mencuci tangan sebelum makan. Amalan pemakanan yang
seimbang turut memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan diri seseorang
kerana dapat menggelakkan pelbagai penyakit. Selain itu, kita perlulah bijak dalam
menangani tekanan agar kesihatan diri tidak terjejas. Kita juga perlu memastikan bahawa kita
mendapat tidur dan rehat yang cukup agar cergas pada siang harinya. Akhir sekali, seseorang
itu perlu kerap menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan tahap kesihatannya sentiasa
berada dalam keadaan yang baik.

Kesimpulannya, penjagaan kesihatan amat penting dalam memastikan kualiti


kehidupan kita.

Ulasan 4 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

6
Gambar menunjukkan tentang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang
disambut pada setiap tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menghias kelas dengan Jalur Gemilang
sebagai tanda kita menyayangi negara kita. Di samping itu, bangunan sekolah juga
dihiasi dengan Jalur Gemilang untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan ialah
pertandingan lagu patriotik. Pertandingan beragam berasaskan Jalur Gemilang juga
diadakan daripada pelbagai kaum.

Kesimpulannya, sambutan ulang tahun kemerdekaan dapat memupuk semangat


patriotik dalam kalangan warga sekolah. Kita patut berasa bersyukur kerana dapat
hidup di sebuah negara yang merdeka.

Ulasan 5 ( Amalan Gaya Hidup Sihat )

7
Gambar menunjukkan tentang amalan gaya hidup sihat.

Kita patut mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga kebersihan anggota badan seperti mandi dan mencuci badan dengan
sabun untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada badan. Di samping itu, kita juga perlu menjaga kebersihan gigi dengan
menggosok gigi setiap hari untuk menggelakkan kerosakan gigi. Selain itu, kita hendaklah bersenam agar badan menjadi sihat dan cergas.
Seterusnya, kita perlu mendapat rehat dengan tidur dalam jumlah jam yang mencukupi agar kita tidak mengantuk semasa belajar.

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat penting supaya badan kita sihat dan cergas.

Ulasan 5.1 ( Amalan Gaya Hidup Sihat )

Amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk memastikan kita sentiasa berada dalam
keadaan sihat dan ceria.

Bersenam merupakan antara amalan yang boleh dilakukan untuk memastikan kita
sentiasa sihat. Kita boleh berjoging pada hari minggu ataupun beriadah di taman untuk
mengeluarkan peluh dan mengekalkan berat ideal. Selain itu, pengambilan makanan yang
seimbang dan berkhasiat juga amat diperlukan untuk pertumbuhan badan. Makanan yang
mengandungi lemak, minyak, dan gula yang banyak akan menyebabkan pelbagai penyakit
seperti diabetes dan darah tinggi. Apabila seharian sibuk bekerja, kita memerlukan rehat yang
secukupnya untuk memastikan badan menjadi segar dan minda kembali bertenaga. Tidur
yang berkualiti pada waktu malam dapat memastikan kita bangun dengan bersemangat pada
keesokan harinya. Merokok perlu dijauhi kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Kesimpulannya, pelbagai penyakit sama ada penyakit berjangkit atau tidak biasanya
berpunca daripada kegagalan mengamalkan gaya hidup sihat.
Ulasan 6 ( Faedah Bersukan )

8
Gambar menunjukkan suasana temasya sukan tahunan yang diadakan di setiap sekolah.

Salah satu daripada facdah bersukan ialah dapat menyihatkan badan. Ketika bersukan,
badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya,
badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar. Melalui bersukan,
kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan, Kita dapat berkenalan dengan
sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Hal ini dapat memupuk
perpaduan antara kaum. Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa
lapang secara bermanfaat. Ini akan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah.

Kesimpulannya, bersukan mendatangkan banyak faedah dan secara tidak langsung


dapat mewujudkan persiktaran yang sihat dalam kalangan murid-murid.
Ulasan 7 ( Alam Sekitar )

9
Gambar menunjukkan kepentingan kitar semula yang akan memberi impak yang positif
dalam kehidupan kita.

Alam sekitar hendaklah dijaga dengan baik. Oleh itu, kita mestilah mengitar semula
bahan-bahan terpakai dalam usaha menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar. Dengan
mengitar semula bahan-bahan terpakai dapat menyelamatkan hutan daripada terus ditebang.
Ini kerana hutan membekalkan oksigen kepada haiwan dan manusia. Seterusnya, dengan
mengitar semula bahan terpakai dapat menjimatkan kos. Contohnya, menggunakan tayar
terpakai sebagai hiasan di taman. Dengan mengitar semula dapat mengurangkan masalah
pencemaran dan secara tidak langsung udara di persekitaran menjadi lebih sihat. Kita dapat
menyedut udara yang segar setiap hari. Selain itu, jika kita berusaha memelihara alam sekitar,
persekitaran juga akan lebih bersih tanpa pencemaran.

Kesimpulannya, sebagai warganegara yang prihatin kita bertanggungjawab


memastikan kualiti persikataran kita bebas daripada pencemaran.

10
Ulasan 8 ( Pengurusan Wang / Berjimat Cermat )

Gambar menunjukkan cara-cara seseorang individu itu perlu mengetahui cara-cara untuk
menguruskan kewangan.

Antara cara untuk menguruskan kewangan adalah dengan merancang perbelanjaan seharian
seperti menyediakan belanjawan bulanan. Berbelanja secara bijak dengan mengutamakan barangan
keperluan berbanding dengan kehendak adalah salah satu cara menguruskan kewangan. Pastikan
wang sentiasa berada di tangan pada setiap masa bagi mengelakkan kita berhutang. Tempat
penyimpanan wang juga penting untuk memastikan wang disimpan di tempat yang selamat dan tidak
terdedah kepada kecurian dan kehilangan.

Kesimpulannya, pengurusan wang yang cekap akan menceriakan kehidupan kita kerana kita
bebas daripada hutang.

11
Ulasan 8.1 ( Faedah Berjimat Cermat )

Carta menunjukkan kepentingan amalan menabung di samping melatih diri kita untuk
berjimat cermat.

Amalan menabung harus dipupuk sejak kecil atau sejak di bangku sekolah lagi kerana
amalan menabung dapat menjamin masa hadapan. Seseorang yang bijak menguruskan wang
dapat menggunakan wang tabungannya untuk melanjutkan pelajaran, ibarat kata pepatah
Melayu, 'sediakan payung sebelum hujan'. Wang tabungan tersebut mampu menampung
perbelanjaan ketika kecemasan seperti membiayai kos perubatan. Dengan itu, kita tidak perlu
meminjam wang daripada saudara-mara atau sahabat handai. Selain itu, amalan ini dapat
memupuk disiplin diri agar dapat membudayakan sikap berjimat cermat dalam kehidupan
seharian.

Kesimpulannya, amalan menabung perlu menjadi sebahagian daripada amalan murni


yang mesti kita praktikkan kerana budaya murni ini mampu mendidik kita menjadi insan
yang berfikiran matang dan mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang jelas.

Ulasan 9 ( Faedah Membaca )

12
Gambar menunjukkan tentang amalan membaca. Membaca merupakan amalan yang mulia
dan perlu ditanam dalam diri kita.

Amalan membaca biasanya mula ditanam oleh ibu bapa sejak kita masih kecil lagi.
Banyak manfaat yang boleh kita peroleh sekiranya kita rajin membaca. Antaranya, kita dapat
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, membaca boleh
menambahkan ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti
membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Contohnya. di dalam bilik bacaan.
perhentian bas, perpustakaan ataupun di ruang tamu. Penerapan budaya membaca akan
melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan boleh bersaing di peringkat
antarabangsa

Kesimpulannya, banyak membaca luas pengetahuan dan secara tidak langsung akan
membentuk generasi yang berwawasan dan berwibawa.

Ulasan 10 ( Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum )

13
Gambar menunjukkan faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak
faedah yang boleh diperoleh dengan menyertai aktiviti kokurikulum.

Antara faedah yang boleh diperoleh ialah kita dapat mengharumkan nama keluarga
dan sekolah. Contohnya. jika kita berjaya dalam sesuatu aktiviti yang diceburi, secara tidak
langsung kita dapat mengharumkan nama keluarga kita dan sekolah yang kita wakili. Selain
dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, aktiviti kokurikulum juga dapat
membentuk sikap berdikari dalam kalangan murid yang menyertainya. Di samping itu, kita
dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan dapat juga memupuk semangat
kerjasama antara murid yang menyertainya.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh


setiap murid.

Ulasan 10 ( Belilah Barangan Buatan Malaysia )

14
Peta buih menunjukkan kebaikan belilah barangan buatan Malaysia kerana jenama buatan
Malaysia setanding dengan jenama dari luar negara.

Faedah membeli barang buatan Malaysia ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan
keluarga kerana harga barangan buatan Malaysia lebih murah berbanding barangan import.
Selain itu, kita dapat meningkatkan imej negara kerana barangan buatan Malaysia setanding
dengan jenama antarabangsa. Tambahan pula, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah
mempunyai semangat patriotik dengan berbelanja barangan buatan Malaysia. Akhir sekali,
amalan rakyat Malaysia yang membeli barangan buatan Malaysia pastinya dapat memajukan
industri tempatan seperti pembuatan batik.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan barangan


keluaran negara sendiri yang telah terbukti mutunya yang berkualiti.

Ulasan 11 ( Cara-cara Hendak Menjadi Murid yang Cemerlang )

15
Peta minda menunjukkan cara-car untuk menjadi murid yang cemerlang.

Setiap murid bercita-cita untuk menjadi seorang murid yang cemerlang.


Kecemerlangan seseorang murid boleh diukur daripada pencapaian dalam peperiksaan yang
ditempuhi termasuklah UPSR. Terdapat berbagai-bagai cara yang boleh dilakukan untuk
menjadi seorang murid yang cemerlang. Salah satu cara untuk menjadi murid yang cemerlang
ialah dengan memberi tumpuan di dalam kelas dan sering mencatat maklumat penting yang
dipelajari serta sering bertanya kepada guru jika tidak memahami apa yang telah dipelajari.
Di samping itu juga. Bagi menambahkan lagi kecemerlangan diri, kita perlu berbincang
bersama-sama rakan tentang pelajaran yang dipelajari serta bertukar-tukar idea antara satu
sama lain bagi mendapat pengetahuan atau maklumat terkini. Bagi mengekalkan
kecemerlangan juga, kita haruslah rajin mengunjungi perpustakaan untuk membuat rujukan
serta boleh meminjam buku yang ada untuk membuat rujukan. Secara tidak langsung ini
dapat menambah pengetahuan. Untuk menjadi murid yang cemerlang juga kita haruslah
sering membuat ulang kaji di rumah serta menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.
Apa yang penting. Untuk menjadi murid yang cemerlang kita haruslah rajin berusaha bak
kata pepatah "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."

Kesimpulannya, belajar tanpa jemu pasti akan menghasilkan kejayaan dan


kecemerlangan.

Ulasan 11 ( Selamatkan Bumi Kita daripada Tercemar )

16
Gambar menunjukkan poster "Selamatkan Bumi Kita daripada Tercemar" Bumi telah
tercemar akibat kerakusan manusia.

Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap kilang, kenderaan, dan pembakaran
terbuka. Selain itu. semburan racun serangga di ladang-ladang juga salah satu punca
pencemaran udara. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah
di merata-rata tempat mengakibatkan udara berbau busuk. Pembuangan sisa toksik
menyebabkan air tercemar dan hidupan marin pupus. Penebangan hutan secara tidak terkawal
mengundang kepada pemanasan global. Akibatnya, berlakulah ketidakseimbangan ekosistem
bumi.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga kelestarian bumi kita agar kita dapat hidup dengan
selesa. "Hijaukan Bumi Kita".

Ulasan 12 ( Kempen Amalan Membaca )

17
Amalan membaca harus dipupuk sejak kecil untuk melahirkan generasi yang berilmu
pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan ahli keluarga berperanan untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa juga boleh membaca buku bersama-sama ahli
keluarga sepertimana kempen "Jom Membaca Bersama-sama untuk 10 Minit" yang telah
dilancarkan. Seterusnya, sokongan padu daripada semua pihak dalam menjayakan kempen
membaca ini amat diperlukan bagi memastikan objektifnya tercapai. Dalam pada itu, kita
juga hendaklah bekerjasama dalam memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan
kempen amalan membaca ini, sekali gus menjadikannya sebagai tabiat dan dipraktikkan
secara berterusan.

Kesimpulannya, jadikanlah amalan membaca sebagai amalan harian kerana banyak


membaca luas pengetahuan.

Ulasan 13 ( Kempen Amalan Membaca )

18
Kerjaya sebagai pemain bola sepak merupakan kerjaya yang sangat mencabar dan dapat
mengharumkan nama negara.

Namun begitu, sebelum mengecap kejayaan, pelbagai halangan dan rintangan perlu
dilalui oleh pemain. Misalnya, tidak mendapat restu daripada keluarga pada awal penglibatan
dalam sukan tersebut. Ibu bapa mungkin beranggapan bahawa kerjaya tersebut tidak
menjamin masa depan. Dalam pada itu, seorang pemain bola sepak perlu giat menjalani
latihan supaya dapat meningkatkan mutu permainannya. Setelah itu, apabila aksi mereka
semakin cemerlang dan bakat mula menyerlah, baharulah mereka diberikan kepercayaan
untuk menyarung jersi bagi mewakili pasukan bola sepak di peringkat daerah, negeri, dan
kebangsaan. Benarlah kata orang bahawa usaha tangga kejayaan.

Kesimpulannya, tidak mustahil untuk seseorang pemain mengecap kejayaan kerana


kemahuan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka itu pasti akan membuahkan
kejayaan di penghujungnya.

Ulasan 14 ( Jasa Guru )

19
Guru merupakan insan mulia yang banyak mencurahkan ilmu tanpa pernah kenal erti penat
dan lelah dalam mendidik anak bangsa. Tanpa guru, siapalah kita.

Guru diibaratkan sebagai ibu bapa kepada murid-murid di sekolah. Dalam hal ini,
murid-murid banyak menghabiskan masa di sekolah dan berada di bawah pengawasan guru.
Tugas guru amat besar kerana merekalah yang akan membimbing dan memberikan tunjuk
ajar kepada murid-murid dalam mencapai kecemerlangan. Murid-murid akan bersama dengan
guru bukan sahaja untuk aktiviti di dalam kelas, bahkan aktiviti di luar kelas seperti
kokurikulum. Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi dan tingkah
laku murid sejak di bangku sekolah rendah lagi agar dapat melahirkan seorang insan yang
berguna kelak.

Kesimpulannya, kita haruslah menghargai pengorbanan guru. Janganlah kita menjadi


seperti kacang lupakan kulit apabila kita sudah berjaya suatu hari nanti.

Ulasan 15 ( Cara Membalas Jasa Guru )

20
Pantun menunjukkan tentang cara menghargai jasa guru yang patut diamalkan oleh semua
murid.

Salah satu cara menghargai guru ialah murid perlu berkelakuan baik terhadap guru.
Murid mestilah menghormati guru dan bersopan-santun apabila berhadapan dengan guru.
Selain itu, murid perlu belajar bersungguh-sungguh untuk membalas pengorbanan guru. Di
samping itu, murid seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan
negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Kita boleh menghargai mereka
dengan meraikan sambutan Hari Guru. Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru
dengan mendoakan kesejahteraan guru.

Kesimpulannya, guru merupakan insan mulia yang patut dihargai oleh semua pihak
kerana tanpa guru siapalah kita.
Ulasan 16 ( Tempat-tempat Bersejarah di Melaka )

21
Dialog menunjukkan tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Salah satu tempat bersejarah di
Malaysia ialah Lembah Bujang.

Lembah Bujang merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia
Tenggara. Binaan candi menunjukkan Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan
maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China. Istana lama Seri Menanti juga
merupakan salah satu tempat bersejarah. la terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan
menjadi kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan sejak 1900-an. Keunikan
istana ini ialah tidak menggunakan paku tetapi hanya menggunakan pasak. Di samping itu,
Kota A Famosa di Melaka telah dibina oleh Portugis. Merupakan kubu pertahanan Portugis.

Kesimpulannya, tempat-tempat bersejarah ini sangat bernilai dan menjadi tarikan


pelancong dalam dan luar negara.

Ulasan 17 ( Sambutan Hari Kebangsaan )

22
Poster tersebut tentang Pertandingan Melukis Poster #sehatisejiwa anjuran Blog Sekolah
Kebangsaan Taman Cemerlang.

Pertandingan ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Hadiah-hadiah yang


ditawarkan ialah, tempat pertama diberi wang tunai RM50.00, alat tulis dan sijil penyertaan.
Tempat kedua pula akan diberi wang tunai RM30.00, alat tulis dan sijil penyertaan, manakala
tempat ketiga akan diberi wang tunai RM20.00, alat tulis dan sijil penyertaan. Semua peserta
yang mengikuti pertandingan ini akan diberi sijil penyertaan. Pertandingan ini terbuka kepada
Murid Tahap 2. Tarikh tutup penyertaan pada 16 September 2015.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan boleh


melayari laman web sktamancemerlang.worldpress.com.

Ulasan 18 ( Kem Motivasi UPSR )

23
Iklan tersebut adalah tentang Klinik UPSR 2016 anjuran Berita Semasa Skor A. Kem
Motivasi ini memberi kepada murid-murid tahun enam untuk meraih keputusan 6A dalam
UPSR.

Yuran penyertaan sebanyak RM120. Antara pengisian program ialah teknik


menjawab soalan secara berkesan dan menerapkan elemen motivasi oleh fasilitator. Subjek
yang diberi perhatian ialah Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan), Bahasa Inggeris
(Pemahaman dan Penulisan), Sains (Kertas 1 dan 2) serta Matematik (Kertas 1 dan 2). Peserta
boleh memilih masa yang sesuai sama ada Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu bermula
dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang berita
semasa SkorAcSwordpress.com.

Ulasan 19 ( Cara-cara Menggunakan Alat Pemadam Api )

24
Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil. Namun
begitu. pastikan kita menggunakannya dengan betul.

Pertama, tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan daripada pemadam api. Alat
ini dipasang untuk mengelakkan alat pemadam api daripada digunakan secara tidak sengaja.
Seterusnya, halakan muncung alat pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada
jarak yang betul semasa memadamkan api. Kemudian, tekan bahagian atas alat pemadam api
dan semburkan ke arah api menggunakan kaedah menyapu. Apabila api sudah dipadamkan,
anda dikehendaki membuka semua pintu dan tingkap rumah untuk membolehkan udara segar
masuk.

Kesimpulannya, alat pemadam api haruslah digunakan dengan betul supaya tidak
memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Ulasan 20 ( Keistimewaan Pokok Kelapa )

25
Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh subur di pesisir pantai yang banyak
memberikan manfaat kepada manusia.

Antaranya, air kelapa muda dapat meredakan suhu badan seseorang yang mengalami
demam panas. Rasanya juga sungguh sedap. Selain itu, daun kelapa muda boleh dianyam
untuk dijadikan ketupat pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, batang
pokok kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi longkang parit, dan anak sungai.
Dalam pada itu, isi buah kelapa yang sudah matang boleh dijadikan santan atau diproses
secara saintifik untuk dijadikan alat-alat kosmetik seperti sabun, pelembut kulit, dan minyak
rambut. Manakala, lidi kelapa pula boleh dijadikan penyapu.

Kesimpulannya, kita wajar untuk memanfaatkan tumbuhan ini dengan sebaik-baiknya


kerana pokok kelapa sangat berguna kepada manusia.

Ulasan 21 ( Aktiviti Semasa Cuti Sekolah )

26
Cuti sekolah sememangnya saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid kerana mereka
boleh berehat di rumah dan dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga.

Namun begitu, cuti persekolahan haruslah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang


bermanfaat seperti mengulang kaji pelajaran agar dapat memantapkan lagi kemahiran dan
ilmu pengetahuan. Selain itu, aktiviti riadah seperti bersenam atau berjoging bersama-sama
keluarga juga boleh dilakukan bagi membentuk kesihatan jasmani dan rohani. Seterusnya.
cuti persekolahan juga boleh diisi dengan aktiviti berkebun seperti menanam pokok bunga
bagi mencantikkan pemandangan di persekitaran rumah. Di samping itu. murid-murid juga
boleh mengikut keluarga makan angin ke tempat-tempat menarik untuk menambahkan
pengetahuan dan pengalaman.

Kesimpulannya, kita perlu mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti


yang berfaedah supaya dapat merasai pengalaman yang berguna.

Ulasan 22 ( Kebaikan Aktiviti Gotong-royong )

27
Gambar menunjukkan kebaikan aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini dapat membentuk
kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat.

Salah satu kebaikan aktiviti gotong-royong ialah aktiviti ini mampu meningkatkan
semangat bekerjasama dalam kalangan peserta seperti bergotong- royong menghapuskan
kawasan nyamuk aedes. Selain itu, aktiviti bergotong- royong dapat meringankan kerja dan
kos kerana peserta melakukannya tanpa upah tetapi atas semangat tolong-menolong dan
bersikap prihatin dalam menghasilkan sesuatu tugasan komuniti. Aktiviti gotong-royong juga
dapat menjalinkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dan mewujudkan
perpaduan. Hubungan yang baik tanpa mengira bangsa akan melahirkan kerukunan dalam
sebuah komuniti.

Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong perlu menjadi budaya hidup kita.

Ulasan 23 ( Kepentingan Pelbagai Jenis Pengangkutan )

28
Gambar menunjukkan kepentingan pelbagai jenis pengangkutan awam. Pengangkutan awam
yang berkualiti dapat menarik pengguna untuk menggunakannya.

Pengguna mampu menjimatkan masa kerana kenderaan awam seperti komuter, LRT
dan monorel mempunyai laluan sendiri. Selain itu, pengguna juga dapat menjimatkan kos
perjalanan dari segi minyak dan penyelenggaraan kenderaan jika menggunakan
pengangkutan awam. Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan
jalan raya seperti yang berlaku di bandar-bandar besar. Kesannya, pengguna dapat
mengurangkan stres dan kadar pencemaran udara yang sentiasa berjerebu.  

Kesimpulannya, kerajaan perlu menambah baik kelancaran sistem pengangkutan


awam di Malaysia.

Ulasan 24 ( Punca-punca Kemalangan Jalan raya )

29
Gambar menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Kadar kemalangan maut di
Malaysia semakin meningkat terutama pada musim perayaan.

Punca utama kemalangan ialah sikap negatif pengguna yang sering melanggar
peraturan jalan raya dengan memandu secara berbahaya dan melebihi had laju. Selain itu,
keadaan kenderaan tidak diselenggara dengan baik seperti bunga tayar sudah haus dan
kerosakan brek boleh menyebabkan kemalangan. Punca seterusnya ialah faktor alam seperti
jerebu yang membataskan pandangan pengguna, manakala hujan lebat boleh menyebabkan
permukaan jalan raya licin dan kenderaan mudah terbabas.

Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap 'Pandu Cermat Jiwa


Selamat.'

Ulasan 25 ( Faedah Memancing )

30
Gambar menunjukkan pelbagai faedah yang boleh kita diperoleh daripada aktiviti
memancing. Pelbagai lapisan umur menggemari aktiviti ini.

Antaranya, memancing dapat mengisi masa Iapang dengan berfaedah di samping


mengeratkan hubungan keluarga atau rakan yang menyertainya. Selain itu, memancing dapat
memupuk kesabaran dan disiplin kerana pemancing perlu bersabar menunggu habuannya
mengena berjam-jam lamanya. Kegiatan memancing ini dapat meningkatkan kesihatan
mental seseorang dan menghilangkan stres. Di samping itu, kaki pancing berpeluang
memenangi pertandingan memancing yang ada dijalankan. Pertandingan memancing ini
dapat menarik lebih ramai pengunjung.

Kesimpulannya, kegiatan memancing mampu mendatangkan keseronokan kepada


penggemarnya.

Ulasan 26 ( Faedah Kebaikan Bercakap Benar )

31
'Bercakap benar itu pahit tetapi buahnya manis'. Begitulah ungkapan moral bagi individu
yang bercakap benar.

Kebaikan bercakap benar antaranya, diri seseorang itu disukai dan dihormati serta
dipercayai rakan dan taulan. Selain itu, amalan bercakap benar menjadi pendorong ke arah
perlakuan yang baik kerana seseorang yang bercakap benar itu jujur dan amanah orangnya.
Di samping itu, amalan bercakap benar berkait rapat dengan kejayaan. Majikan
mempercayainya lantas kenaikan pangkat menjadi mudah.

Kesimpulannya, berkata benarlah pada setiap masa agar kehidupan kita diberkati
Tuhan.

Ulasan 27 ( Amalan Nilai Murni dalam Kalangan Masyarakat )

32
Gambar menunjukkan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat. Kecantikan bukan
sahaja diukur daripada paras rupa tetapi juga daripada perlakuan baik.

Amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat akan membentuk kesejahteraan hidup
rakyat Malaysia baik dari segi komunikasi, kebersihan dan sebagainya. Kesedaran sivik boleh
dipraktikkan jika rakyat Malaysia mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian.
Contohnya, kes jenayah dapat ditangani segera jika rakyat sentiasa bertanggungjawab
membantu polis. Selain itu, perpaduan dapat diperkukuh dengan sikap rakyat yang bertolak-
ansur, saling bekerjasama dan saling menghormati.

Kesimpulannya, amalan nilai murni mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang


berjiwa positif.

Ulasan 28 ( Cara-cara untuk Memperoleh Kecemerlangan dalam UPSR )

33
Gambar menunjukkan cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam Peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah.

Setiap murid perlu bersikap positif dengan cara menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di dalam kelas. Catat nota-nota penting dan bertanyalah kepada guru tentang
perkara yang tidak difahami. Selain itu, murid perlu mempunyai jadual belajar dan
mematuhinya. Membuat latih tubi dapat mengukuhkan ingatan manakala penerokaan Internet
memberikan informasi lanjut tentang sesuatu subjek. Di samping itu, murid hendaklah
mengikuti kelas tambahan bagi menambah kefahaman dan pemahaman sesuatu subjek
semakin jelas.

Kesimpulannya, kita mesti rajin kerana 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.'

Ulasan 29 ( Langkah-langkah Menangani Vandalisme )

34
Gambar menunjukkan langkah-langkah menangani vandalisme. Pelaku vandalisme
merupakan golongan yang tidak bersyukur terhadap harta benda awam. 

Mereka sepatutnya dididik sejak kecil oleh ibu bapa tentang nilai bertanggungjawab
terhadap harta awam. Contohnya, kerosakan lif akibat vandalisme menyusahkan penghuni
kawasan perumahan. Selain itu, pendidikan moral dan agama perlu diberikan supaya remaja
mempunyai sifat kekitaan dan menghargai harta benda awam. Di samping itu, pelaku
vandalisme perlu dikenakan hukuman denda yang berat seperti yang dilakukan di Singapura.

Kesimpulannya, sayang dan hargailah harta benda awam kerana harta benda awam
adalah milik semua.

Ulasan 30 ( Amalan Berjimat Cermat )

35
Gambar menunjukkan berjimat cermat amalan mulia. Peribahasa 'ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis' berkaitan dengan amalan mulia ini.

Berjimat cermat boleh dipraktikkan apabila kita berhemat dalam perbelanjaan, bijak
membuat pilihan dan mendahulukan perbelanjaan penting. Selain itu, amalan menabung ialah
kesan daripada sikap bijak berjimat cermat. Seseorang tidak mudah berhutang dan tidak
terjebak dengan masalah hutang. Hasil tabungan boleh dibelanjakan pada waktu kecemasan.
Di samping itu, amalan berjimat cermat menjadikan seseorang itu berdisiplin tinggi. Mereka
sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan tidak melakukan pembaziran.

Kesimpulannya, kita perlu membudayakan amalan berjimat cermat dalam kehidupan


kita.

36
Ulasan 31 ( Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen )

Gambar menunjukkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen. Televisyen ialah alat
penyiaran yang dimiliki hampir setiap rumah di Malaysia.

Menonton televisyen dapat meluaskan pengetahuan seseorang melalui rancangan


dokumentari dan menambah pengetahuan am. Selain itu, seseorang dapat berehat dengan
menonton televisyen. Mereka boleh menghiburkan hati dengan rancangan hiburan, mencuba
pelbagai resipi dengan rancangan masakan dan mendapat nasihat dengan rancangan
berbentuk agama. Walau bagaimanapun, terdapat keburukannya jika disalahgunakan. Murid
menjadi malas belajar, meniru aksi ganas dan menggunakan bahasa yang tidak sopan.

Kesimpulannya, pilihlah rancangan yang baik untuk manfaat bersama.

Ulasan 32 ( Kegunaan Pokok Kelapa )

37
Pokok kelapa dikenali sebagai ‘Pokok Seribu Guna’. Pelbagai hasil daripada pokok kelapa boleh
dimanfatkan.

Misalnya, daun kelapa digunakan untuk membuat ketupat yang merupakan juadah utama.
Selain itu, isi buah kelapa boleh diparut dan diambil santannya untuk dibuat makanan dan kuih-muih.
Air kelapa muda pula sedap diminum dan boleh menyejukkan badan. Di samping itu, tempurung
kelapa boleh dijadikan senduk, tabung dan bahan bakar. Batang kelapa dijadikan titi untuk
menyeberang anak sungai atau parit. Seterusnya, lidi kelapa boleh dijadikan penyapu untuk menyapu
sampah di halaman rumah.

Kesimpulannya, pelbagai kegunaan pokok kelapa dan mampu menjana pendapatan para
pekebun kelapa, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga.

Ulasan 33 ( Kegunaan Pokok Pisang )

38
Pokok pisang merupakan sejenis tanaman yang banyak kegunaannya. Pelbagai hasil daripada
pokok pisang boleh dimanfatkan.

Misalnya, daun pisang dapat dijadikan pembalut makanan seperti nasi lemak dan ikan
bakar. Jantung pisang pula dapat dijadikan ulam atau kerabu sebagai hidangan tengah hari
yang enak. Selain itu, buah pisang yang sudah tua boleh dijadikan kerepek, manakala buah
pisang yang sudah masak boleh digoreng atau dijadikan pencuci mulut selepas makan.
Seterusnya, batang pisang pula dapat dijadikan tali dan rakit untuk menyeberangi sungai yang
tohor airnya.

Kesimpulannya, produk yang dihasilkan oleh pisang atau buah pisang mampu
menjana pendapatan para petani, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga.

Ulasan 34 ( Fakta tentang Malaysia )

39
Gambar menunjukkan fakta tentang Malaysia. Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada
setiap 31 hari bulan Ogos dengan kibaran bendera rasmi negara, iaitu Jalur Gemilang.

Perdana Menteri yang pertama ialah YAM Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Masyarakat majmuk Malaysia terdiri daripada bangsa
Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain yang membentuk 30 juta rakyatnya. Mercu tanda
Malaysia yang terkenal di seluruh dunia ialah Menara Berkembar Petronas. Bunga Rafflesia
merupakan ikon bunga terbesar di Malaysia.

Kesimpulannya, Malaysia ialah negara yang sangat unik kerana terdapat kepelbagaian
bangsa dan agama.

Ulasan 35 ( Sehari Kehidupan Seorang Murid Cemerlang )

40
Carta alir menunjukkan sehari dalam kehidupan seorang murid cemerlang. 'Jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', setiap murid perlu mengejar kecemerlangan.  

Rutin kehidupan Sophia Chui bermula pada jam 5.45 pagi, iaitu bangun tidur, mandi
dan bersiap ke sekolah. Sophia Chui bersarapan sebelum menaiki bas pada pukul 6.30 pagi.
Setibanya di sekolah, dia bertugas membersihkan kelas. Sophia Chui belajar di Kelas Tahun
6 Sri 1 dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Selepas pulang dan menikmati makan tengah
hari, Sophia Chui pergi ke kelas tuisyen. Kemudian, dia berjoging, makan malam dan
mengulang kaji pelajaran sebelum tidur pada pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, seseorang itu perlu bijak membahagikan masanya.

Ulasan 36 ( Graf )

41
Graf palang menunjukkan jenis pekerjaan penduduk Taman Century Garden, Johor Bahru.

Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh penduduk majmuk Century Garden, antaranya 20


orang penduduk menjadi doktor sama ada persendirian, kerajaan atau swasta. Ada 30 orang
menjadi kakitangan kerajaan sementara 48 orang bekerja di syarikat swasta. Seramai 50
orang bekerja di Singapura kerana pendapatannya cukup lumayan. Kelompok yang paling
ramai ialah 80 orang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan sama ada restoran, kedai
elektrik, perhotelan dan sebagainya, manakala 30 orang ialah pesara.

Kesimpulannya, tiada penganggur dalam masyarakat taman itu.

Ulasan 36.1 ( Graf )

42
Graf menunjukkan skor pencapaian UPSR berdasarkan subjek Sekolah Kebangsaan Tanjung
Rhu 2015.

Di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rhu, pencapaian UPSR 2015 berdasarkan mata


pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, peratusnya ialah 85 peratus, manakala Bahasa Melayu
Penulisan, skornya lebih tinggi iaitu 90 peratus. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, peratus
skor turun kepada 75 peratus. Mata pelajaran Matematik pula mendapat skor 70 peratus,
manakala mata pelajaran Sains cuma mendapat skor 60 peratus dan merupakan skor yang
terendah.

Secara keseluruhan, bimbingan khas diperlukan untuk tiga subjek terakhir supaya
peratus meningkat pada peperiksaan UPSR akan datang.

Ulasan 37 ( Carta Pai )

43
Carta pai menunjukkan jenis bahan bacaan yang digemari oleh Murid Tahun 5 Bijaksana.

Bagi murid Tahun 5 Bijaksana, 25 peratus daripada murid itu memilih buku akademik
dan buku cerita sebagai bacaan yang digemari. Hal ini membuktikan bahawa mereka ialah
murid yang mementingkan pelajaran. Membaca buku cerita mampu meningkatkan
penguasaan bahasa. Sebanyak 15 peratus murid membaca surat khabar sebagai pengetahuan
tambahan, manakala 10 peratus murid suka membaca majalah hiburan, buku pengetahuan am
dan komik. Hanya 5 peratus murid yang gemar membaca buku tahyul.

Kesimpulannya, pemilihan bahan bacaan yang betul pasti memberikan pengetahuan


yang luas.

Ulasan 39 ( Jadual )

44
Jadual menunjukkan atur cara sambutan Hari Guru 2016 Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau.

Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau menyusun pelbagai acara untuk memeriahkan hari
tersebut. Pada pukul 7.30 pagi, semua murid berkumpul di Dewan Ilmu. Tepat jam 8.00 pagi,
Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau menyampaikan ucapan alu-aluan tanda
penghargaan terhadap guru. Jam 8.15 pagi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau
menyampaikan ucapan sempena Hari Guru. Acara sukaneka diadakan dengan meriah di
padang sekolah. Jamuan tengah hari disediakan pada pukul 10.30 pagi. Kemudian, diadakan
persembahan pentas daripada wakil guru dan murid pada pukul 11.15 pagi.

Majlis penyampaian cenderamata dan bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

Ulasan 39.1 ( Jadual )

45
Jadual menunjukkan kedudukan pingat rumah sukan, Sekolah Kebangsaan Seri Angsana.

Kedudukan pingat rumah sukan Sekolah Kebangsaan Seri Angsana pada tahun 2016
menunjukkan bahawa Pasukan Laksamana Hang Tuah memenangi pingat emas yang
terbanyak, iaitu 20 buah dan sekali gus menjadi johan pada tahun 2016. Pasukan Laksamana
Hang Jebat mendapat naib johan dengan jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi ialah 51
buah. Pasukan Laksamana Hang Kasturi dan Pasukan Laksamana Hang Lekiu menduduki
tempat ketiga dan keempat dalam Kejohanan Sukan 2016. Pingat gangsa terbanyak
dimenangi oleh Pasukan Laksamana Hang Jebat.

Kesimpulannya, kejohanan sukan dapat melahirkan semangat kerjasama berpasukan


dalam kalangan ahlinya.

46

You might also like