You are on page 1of 2

A. Terangkan kepentingan inovasi dalam pendidikan.

Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan


lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran,
nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan
tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-
defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan
peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain
pengurusan kurikulum bilik darjah ini.
Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salah satu tahap
dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi
kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah
amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi
kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan
bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan
kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.
Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak
dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman
sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah
yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini
adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih
aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.
Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang
baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga
merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan
sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang
bererti bersifat inovasi.  Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan
sesuatu yang baru.  (Zainal bin Haji Bujang, 2008)
Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih
berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru,
maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan
maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara
ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan
kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan
daya kreativiti yang tinggi.  Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan
Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu,
guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk
mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.  Menurut Esah Sulaiman
dalamAmalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin
terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan
tertentu.

B. Peluang perniagaan dapat diterokai melalui inovasi dalam pendidikan.

You might also like