You are on page 1of 2

SK MERBAU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1/2016

Tarikh : 3 Februari 2016 (Rabu)

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : 1. En. Filbert Hagar

2. En. Entalang Duat

3. En. Matthew Mana

4. Pn. Nurzawani Muhamad

5. En. Besu Minggan

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaksanaan Projek Pendidikan Moral
5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan semua guru.
1.2 Beliau mengingatkan ahli-ahli panitia supaya menjalankan mesyuarat
berpandukan agenda yang telah ditetapkan.

Tindakan: semua ahli panitia Pendidikan Moral


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama 2012 disahkan oleh Cik Chan Chek Lay.
2.2 Pengesahan disokong oleh Cik Fong Hue Wen.
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Guru-guru Pendidikan Moral diingatkan untuk melaksanakan projek bagi kelas
masing-masing sebelum Ujian Bulan Mei. Peratusan markah adalah seperti
berikut:
Ujian Bertulis : 70 markah
Ujian Amali : 30 markah (10 markah nilai moral + 20 markah projek)
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
3.2 Penolakan markah akan dikenakan atas kesilapan tulisan / ejaan murid dalam
ujian bertulis, iaitu 0.5 markah bagi satu kesilapan.
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
4.0 Pelaksanaan Projek Pendidikan Moral
4.1 Semua guru Pendidikan Moral bersetuju untuk menjalankan “Projek DJ
Sekolah”. Semua guru sekolah terlibat dengan projek ini dan setiap guru
bertugas akan memilih 1 – 3 murid daripada kelas yang ditetapkan untuk
menjadi DJ. Program bertema perayaan akan disiarkan pada pukul 7.10a.m.
hingga 7.20a.m. (sebelum sesi bacaan pagi) pada tarikh yang ditetapkan,
melalui sistem P.A. yang ditempatkan di bilik darjah Tahun 1. Jadual bertugas
dan tarikh program akan ditetapkan oleh ketua panitia.
Tindakan: ketua panitia Pendidikan moral dan semua guru
4.2 Pengerusi mencadangkan Hari Ibu Bapa sebagai projek tahunan panitia. Projek
ini dipersetujui dan ditetapkan tarikh dan masanya seperti berikut:
Tarikh: 23 Mei 2012 (Rabu)
Masa: 1.30p.m. hingga 4.00p.m.
Projek ini disertai semua guru dan murid sekolah. Perancangan aktiviti dan
pengagihan tugas akan dilakukan oleh pengerusi dan ketua panitia, kemudian
akan dimaklumkan kepada semua guru.

Tindakan: ketua panitia Pendidikan Moral dan semua guru


5.0 Hal-Hal Lain
5.1 P&P kesemua guru Pendidikan Moral menepati Rancangan Pengajaran
Tahunan masing-masing. Namun sesetengah guru menggunakan sebahagian
waktu Pendidikan Moral untuk mengajar mata pelajaran lain. Guru-guru
digalakkan menggunakan waktu tersebut dengan sepenuhnya untuk
mengajar Pendidikan Moral supaya memanfaatkan murid dan membina insan
yang bermoral.
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
5.2 Kaedah P&P kebanyakan guru Pendidikan Moral ialah “chalk and talk” atau
pengongsian pengalaman. Guru-guru digalak untuk mempelbagaikan kaedah
P&P dengan melebihkan kerja persiapan dan berbincang dengan ketua
panitia atau guru-guru Pendidikan Moral yang lain.
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.


Disediakan oleh, Disemakkan oleh,
____________________________ ____________________________
(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Pengerusi Panitia Pendidikan Moral
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

You might also like