You are on page 1of 2

UPSI: Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI lancar

Perjumpaan Mingguan secara atas talian.


Oleh Zarol Iqmal Rozmi
iqemazaroel@gmail.com

TANJONG MALIM: Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI mengambil inisiatif dengan menukar
perjumpaan mingguan secara bersemuka kepada perjumpaan atas talian berikutan penularan
wabak COVID-19. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan tradisi kelab dimana ianya perlu
diadakan sebanyak 10 kali pada setiap semester. Tujuan perjumpaan kelab ini diadakan
adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memperkasakan ahli kelab dengan tiga elemen utama
ulul albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Perjumpaan kelab ini hanya mengambil masa selama satu jam dan ianya perlu dilakukan pada
waktu malam bagi memberi laluan kepada ahli kelab menghadiri kuliah pada sebelah siang.
Perjumpaan mingguan kelab ini selalunya akan dilaksanakan pada hari isnin tepat jam
sembilan malam. Namun, untuk perjumpaan atas talian ianya ditukar kepada hari selasa jam
sembilan malam.

Masjid Al-Mursyidin UPSI merupakan lokasi tetap perjumpaan mingguan kelab ini
dilaksanakan. Memandangkan saiz masjid yang agak besar dan boleh menampung jemaah
sehingga 1000 orang, jadi tidak hairanlah ianya dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul.
Namun, apabila perjumpaan ini digantikan dengan perjumpaan secara atas talian, platform
utama yang digunakan sebagai medium perkongsian adalah google meet dan google
classroom.

“Dalam sejarah kelab sahabat ulul albab, tidak pernah sekalipun perjumpaan mingguan ini
dibatalkan”, demikian adalah ucapan yang pernah dikeluarkan oleh bekas pengarah ulul albab
yang sangat mesra disapa dengan gelaran ustaz Wan. Kata-kata tersebut menjadi antara
pemangkin perjumpaan mingguan ini diteruskan walaupun secara atas talian.
Sehingga julai 2020, bilangan ahli kelab sahabat ulul albab UPSI adalah melebihi 1000
orang. Pada setiap kali perjumpaan mingguan, kesemua ahli kelab ini akan dipecahkan
mengikut kohort dan perjumpaan mingguan tersebut akan diuruskan oleh exco atau
penyelaras kohort yang bertugas. Perkongsian modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik
akan disampakan oleh pakar modul yang terlatih dalam kalangan ahli kelab sendiri.
Perjumpaan secara atas talian juga menggunakan konsep yang sama. Setiap ahli kelab akan
menyertai google classroom dan google meet mengikut kohort masing-masing. Perkongsian
modul selalunya akan berakhir dengan sesi soal jawab antara sahabat kelab ulul albab.

You might also like