You are on page 1of 4

TINGKATAN 4 TEMA 3: Memetik Bintang

NOTA TATABAHASA
(Disediakan oleh: Cikgu Ngien)
KATA AKRONIM 缩写字 /字头语

Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal – ialah percantuman bahagian-bahagian daripada
serangkaian perkataan.

a) kata akronim cantuman huruf awal perkataan


 LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
 ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
 IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

b) kata akronim cantuman huruf awal perkataan dan suku kata awal perkataan
 Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
 Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
 Mara – Majlis Amanah Rakyat.
 Halaju – hala laju

c) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.


 tadika – taman didikan kanak- kanak
 pawagam – panggung wayang gambar
 kugiran – kumpulan gitar rancak
 cerpen – cerita pendek.

d) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam
perkataan yang mengikuti.
 asbut – asap kabut
 jentolak – jentera tolak
 debunga – debu bunga
 purata – pukul rata
 jalurah – jalan lurah

Disediakan oleh: Cik Katerina, Disemak oleh: Cikgu Chong


TINGKATAN 4 TEMA 3: Memetik Bintang
Topik: Sama Tetapi Tidak Serupa (m/s 36)
DSKP 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut konteks.

Latihan: Kenal pasti dan senaraikan kata akronim yang terdapat dalam bahan di bawah.

KATA AKRONIM
Cantuman huruf dan suku kata perkataan Bina ayat
Yawam (Yayasan Anak Watan Malaysia) Yawam telah mengadakan karnival kerjaya di Dewan
Muhibah, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini.

Permam (Persatuan Mahasiswa Muda) Permam Universiti Malaya telah mengadakan sesi temu
duga terbuka kepada semua mahasiswa yang berminat
untuk menjadi ahli jawatankuasa pada sesi ini.

Cantuman huruf awal perkataan Bina ayat


UA (universiti awam) Mengikut kajian, QS University Rangking, universiti awam
(UA) yang terbaik di Malaysia ialah Universiti Malaysia
yang terkenal dalam kalangan siswazah yang mengambil
jurusan perubatan.

US (universiti swasta) Kementerian Pendidikan telah mengumumkan semua


sekolah termasuk sekolah swasta, sekolah antarabangsa
dan universiti swasta dibuka semula mengikut kalendar
akademik 2021.

Disediakan oleh: Cik Katerina, Disemak oleh: Cikgu Chong


TINGKATAN 4 TEMA 3: Memetik Bintang
PLKA (Pusat Latihan Kemahiran Awam) PLKA merupakan institusi yang menawarkan peluang kepada
anak-anak muda yang ingin menceburi bidang kemahiran.

RTM (Radio Televisyen Malaysia) Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan satu
saluran khas berbentuk pendidikan bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR)
semasa dan pascaCOVID-19.

HKL (Hospital Kuala Lumpur) Kadar penggunaan katil ICU (unit rawatan rapi) untuk
pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah
mencapai 100 peratus.

Cantuman suku kata awal perkataan Bina ayat


Bernama (Berita Nasional Malaysia) Mengikut Bernama, pengangguran dalam kalangan ketua
keluarga berpendapatan rendah di bandar raya Kuala
Lumpur meningkat sekali ganda sejak pelaksanaan PKP pada
tahun lalu.

Cerpen (cerita pendek) Cerpen yang dihasilkan oleh Ivan berjaya mendapat naib
johan.

Cantuman bahagian awal perkataan Bina ayat


pertama dengan bahagian perkataan yang
mengikutnya.
Senamrobik (senaman aerobik) Senamrobik yang boleh dipilih untuk orang dewasa ialah 30
minit sehari.

Jenama (jenis barang yg memakai nama Amy menjadikan hobi mengumpul minuman barangan
khas yg dikeluarkan oleh pengeluar jenama Coca-Cola atau Coke sebagai koleksi peribadi.
[pembuat, pengilang] tertentu)

Latihan Pengukuhan Kosa Kata/Istilah/Rangkai Kata/Ungkapan (m/s 37 Topik: Alam Kerjaya


Terbentang Luas)
Bil. Kosa Maksud Bina Ayat
Kata/Istilah/Rangkai
Kata/Ungkapan
1 Karnival kerjaya Pesta besar-besaran Karnival kerjaya ialah satu platform/medium
yang berkaitan dengan untuk anak-anak muda yang ingin mencari
pekerjaan peluang pekerjaan dan mengetahui info-info
tentang sesuatu pekerjaan.

2 Sarat Penuh/ berat Bakul itu sarat dengan buah durian yang diambil
oleh datuk pagi tadi.

3 Bual bicara Perbuatan bercakap Wartawan itu membuat bual bicara dengan
seperti perbincangan pakar psikologi tentang masalah kemurungan
yang dihadapi oleh masyarakat kini.

Disediakan oleh: Cik Katerina, Disemak oleh: Cikgu Chong


TINGKATAN 4 TEMA 3: Memetik Bintang
4 Uji bakat proses pemilihan calon Syarikat lakonan yang terkenal itu akan
dengan melihat dan menjalankan sesi uji bakat untuk memilih
menilai kebolehannya pelakon baru bagi menjayakan drama itu.
atau bakatnya dalam
sesuatu bidang
5 penyiaran perbuatan atau hal RTM ialah stesen penyiaran awam milik
menyiarkan (sesuatu) kerajaan Malaysia yang memiliki dan
mengendalikan beberapa saluran radio dan
saluran televisyen.

6 menonjolkan Menyampaikan/ Cikgu Ainul menggalakkan para pelajarnya untuk


menunjukkan menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri
mereka.

7 adaptasi Menyesuaikan diri Perbezaan cuaca di London perlu saya adaptasi


segera demi menuntut ilmu pengetahuan.

8 Pengayuh sayang Tanpa usaha dan Seorang individu yang malas tidak akan
dibasahkan, sampan bersusah payah, mencapai kejayaan kerana pengayuh sayang
tidak akan sampai ke matlamat tidak dapat dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang dicapai. 如 果 做 事 不 努 seberang.
力,就不会达到所期望的
目标.

Disediakan oleh: Cik Katerina, Disemak oleh: Cikgu Chong

You might also like