You are on page 1of 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai,

Kampung Paya Ketiyu, 09400 Padang Serai, Kedah.


Tel : 04-4855250
Faks : 04-4855250

“KEDAH GEMILANG”
Pusat Sumber Sekolah, Ruj : SMKPS( ) / Bil( )
SMK Padang Serai,
09400 Kedah.

Kepada,
Yang Dipertua PIBG,
SMK Padang Serai,
09400 Kedah.

Melalui dan salinan:


Pengetua,
SMK Padang Serai,
09400 Kedah. 25 April 2021

Tuan,

Memohon Sumbangan PIBG untuk Bilik Tayangan Sekolah

Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Bilik tayangan sekolah amat memerlukan sebuah projektor LCD untuk kegunaan para pelajar dan
guru semasa pdpc mahupun semasa kelas tambahan. Sehubungan itu, kami memohon sumbangan
PIBG sebanyak RM2700.00 untuk membuat pembelian projektor serta pemasangan “grill” besi pintu
bilik tayangan.

3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja berserta peruntukan yang diperlukan. Kami amat
berharap perkara ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada tuan demi kepentingan para
pelajar.

Sekian, terima kasih,

Yang Benar,

____________________
(NORAINI BINTI DULAH)
Penyelaras Bilik Tayangan,
SMK Padang Serai.

You might also like