You are on page 1of 3

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN

TUTORIAL 6
Topik: Pembarangan

SOALAN 1
Pada 1 September, Pembekal Cekap mempunyai inventori 30 set alat tulis dengan
kos RM18 setiap set. Pembekal Cekap menggunakan sistem inventori berterusan.
Sepanjang builan September urusniaga berikut dilibatkan:

Sept.
6 Membeli 80 set alat tulis pada RM20 setiap set daripada Mega Sdn Bhd,
syarat n/30.
9 Membayar kos angkutan RM80 untuk belian pada 6 sept .
10 Memulangkan 3 set alat tulis kepada Mega Sdn Bhd untuk mendapat kredit
sebanyak RM63 (termasuk kos angkutan) kerana Mega Sdn Bhd tidak
mengikut spesifikasi yang dikehendaki.
12 Menjual 26 set alat tulis (kos RM21 termasuk kos angkutan) pada harga RM31
setiap set kepada Kedai Buku Cemerlang, syarat n/30.
14 Memberi kredit sebanyak RM31 kepada Kedai Buku Cemerlang bagi
pemulangan satu set alat tulis yang tidak termasuk dalam tempahan.
20 Menjual 30 set alat tulis (kos RM21) pada harga RM31 setiap set kepada
Pintar Enterprise.

Dikehendaki:
Jurnalkan urusniaga sepanjang bulan September.

SOALAN 2
Berikut merupakan urusniaga Perniagaan Ikhlas.

1. Pada 3 Dis. menjual RM570,000 barangan kepada Cerdik Enterpriise, syarat


1/10,n/30, FOB Destinasi. Membayar RM400 untuk caj pengangkutan. Kos
barangniaga tersebut adalah RM350,000.
2. Pada 8 Dis. Cerdik Enterprise telah diberi elaun sebanyak RM20,000 ke atas
barangan yang dibeli pada 3 Dis.

1
3. Pada 13 Dis. Perniagaan Ikhlas menerima baki hutang daripada Cerdik
Enterprise.

Dikehendaki:
a) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urusniaga dalam buku Perniagaan
Ikhlas yang menggunakan sistem inventori berterusan.

b) Andaikan Perniagaan Ikhlas menerima baki hutang daripada Cerdik Enterprise


pada 2 Januari tahun berikutnya, bukan pada 13 Disember. Sediakan catatan
jurnal untuk merekodkan penerimaan bayaran pada 2 Januari.

SOALAN 3
Berikut merupakan urusniaga yang telah dilibatkan oleh Perniagaan Runcit Rakyat di
sepanjang bulan September 2010:

Sept. 1 Membeli sejumlah RM2,000 barangniaga secara kredit daripada


Syarikat Dolmat dengan syarat kredit 2/10, n/30. Kos pengangkutan
adalah sebanyak RM100. Syarat angkutan adalah FOB
TitikPerkapalan.

2 Memulangkan bekalan yang rosak kepada Syarikat Dolmat bernilai


RM150 bagi belian pada 1 September.

5 Menjual barangan runcit kepada pelanggan secara tunai bernilai


RM800. Kos barang yang dijual adalah RM420.

6 Memberikan sejumlah RM70 elaun kepada pelanggan kerana


berlaku kerosakan kecil terhadap barangan yang telah dijual pada 5
September. Kos barang yang rosak ini adalah RM20.

10 Menjelaskan baki terhutang kepada Syarikat Dolmat untuk urusniaga


pada 1 September.

21 Menjual barangan runcit bernilai RM1,500 secara kredit kepada En.


Budiman, dengan syarat kredit, 1/10, n/30. Kos barangan yang
dijual ini adalah RM700.

30 Menerima baki terhutang daripada En. Budiman bagi beliannya pada


21 September.

Dikehendaki:

Jurnalkan urusniaga-urusniaga di atas ke dalam jurnal am dengan andaian syarikat


menggunakan;
a) Sistem inventori berterusan.
b) Sistem inventori berkala.

2
SOALAN 4

Berikut adalah sebahagian baki-baki akaun bagi Syarikat Permata pada 31 Oktober
2017, iaitu di hujung tahun kewangannya. Akaun-akaun tersebut kesemuanya
mempunyai baki normal.

RM

Jualan 298,00
Diskaun jualan 0
Kos barang dijual 12,000
Angkutan masuk 150,00
Diskaun belian 0
Belanja gaji jualan 200
Belanja gaji pentadbiran 300
Belanja sewa 4,000
Belanja utiliti 3,000
5,000
2,000

Data-data untuk pelarasan adalah seperti berikut:

i. Akaun inventori menunjukkan baki sebanyak RM42,500 walau bagaimanapun


pengiraan fizikal inventori menunjukkan baki sebenar sebanyak RM42,400.
ii. Bekalan yang telah digunakan bernilai RM3,000.
iii. Susutnilai peralatan untuk tempoh perakaunan tersebut ialah RM8,000.
iv. Faedah berjumlah RM1,000 adalah terakru ke atas nota belum bayar.
v. Gaji bulan Oktober berjumlah RM3,000 hanya akan dibayar pada awal bulan
November. Ia dibahagikan secara samarata antara gaji kakitangan jualan dan
gaji kakitangan pentadbiran.
vi. Bayaran sewa diterima daripada pelanggan untuk bulan September, Oktober
dan November telah dikreditkan ke akaun Sewa Belum Terperoleh pada 1
September 2017. Sewa sebulan adalah RM4,500.

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal pelarasan pada 31 Oktober 2017.


b) Sediakan Penyata Pendapatan bertingkat untuk tahun berakhir 31 Oktober
2017.

You might also like