You are on page 1of 2

SOALAN PENGUKUHAN APLIKASI KONSEP DAN TAHAP HUBUNGAN ETNIK

1. Apakah konsep yang anda nampak dalam video tadi?

Konsep yang saya lihat dalam video tersebut yang pertama apabila disuruh untuk
membentuk satu kumpulan dapat dilihat konsep untuk tidak mahu bergaul dengan kaum
dan etnik lain. Mereka hanya mahu membentuk satu kumpulan dengan etnik mereka
sendiri dan dengan orang yang mereka kenali sahaja. Sebagai contohnya, melalyu dengan
melayu sahaja, cina dengan cina, india dengan etnik india sahaja begitu juga selebihnya.
Hal ini menyebabkan pensyarah mereka berasa tidak puas hati dan menyuruh mereka
untuk membentuk kumpulan lain yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik supaya
mereka saling mengenali antara satu sama lain secara langsung dan tidak langsung
mengeratkan dan merapatkan silaturahim antara etnik yang ada dalam kumpulan tersebut.
Dapat dilihat juga selepas terbentuknya kumpulan baru yang terdiri daripada pelbagai
jenis etnik mereka mula saling kenal mengenali malah dapat mempelajari bahasa
daripada etnik lain. Daripada situ dapat dilihat konsep kesepaduan kaum wujud daripada
terbentuknya satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai jenis etnim dan kaum.
Apabila mereka sudah saling mengenali mereka mudah untuk bergaul dan bekerjasama
dalam kumpulan tersebut walaupun berbeza etnik.

2. Apabila anda diberi tugasan berkumpulan, adakah anda suka bekerja dalam kumpulan
etnik anda sendiri ataupun dalam kumpulan etnik yang berbeza? Mengapa? Fikirkan..

Pada pendapat saya, saya lebih suka bekerja dalam kumpulan etnik yang berbeza. Hal ini
kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang berbeza,dan saya ingin
merasai satu kelainan untuk bekerjasama dengan etnik lain. Hal ini kerana kita sudah
terbiasa bekrkumpulan dengan etnik yang sama daripada zaman sekolah lagi. Kita perlu
bersifat lebih terbuka dan sedar bahawa kita hidup di Negara yang berbilang etnik. Setiap
hari, kehidupan yang kita jalani akan melibatkan masyarakat dan kaum lain. Justeru,
bekerja di dalam etnik yang berbeza kita boleh saling bertukar idea dan pendapat yang
berbeza-beza malah dapat meweujudkan kesefahaman melalui perbincangan. Pada masa
yang sama, kita boleh menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim antara etnik lain
supaya kita boleh menjadi seorang individu yang berminda yang terbuka dan bersikap
positif terrhadap semua etnik yang ada di Malaysia ini. Secara tidak langsung
terbentuknya kumpulan yang terdiri daripada etnik yang berbeza, saya dapat mempelajari
adat dan budaya etnik lain yang selama ini tidak saya ketahui, manfaat yang akan saya
perolehi apabila berkumpulan dengan etnik yang berbeza adalah wujudnya interaksi
social yang baik dan seterusnya menjurus kepada kesepaduan sosial yang jitu dan
berkesan antara etnik yang ada dalam kumpulan tersebut. Selain itu dapat membuang
sifat dan tanggapan negatif yang selama ini kita lemparkan kepada etnik lain. Apabila
bekerja di dalam kumpulan kita wajib bekerjasama dan tidak boleh mengamalkan sikap
lepas tangan tidak kira berkumpulan dengan etnik yang yang sama ataupun dengan etnik
yang berbeza. Rasa tanggungjawab itu mesti ada dan dilaksanakan dengan sepenuh hati.
Akhir sekali dapat memupuk semangat kesepaduan antara kaum dan etnik. Daripada sini
kita belajar untuk betoleransi dan bersemuka serta betukar pendapat dengan etnik lain dan
ermula daripada sebuah kumpulan yang kecil, mungkin suatu hari nanti kita berada dalam
satu kumpualan yang besar yang terdiri daripada etnik yang berbeza, sehubungan dengan
itu kita tidak akan merasa kekok dan mudah untuk bergaul dengan mereka kerana kita
pernah bekerjasama dalam kumpulan yang kecil sebelum ini.

You might also like