You are on page 1of 1

Aktiviti 3 - Konsep segregasi, integrasi dan saling kebergantungan

Segregasi bermaksud permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan dan kemudahan
awam. Segregasi berlaku wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.
Konsep segregasi dalam kehidupan yang saya hadapi ialah sewaktu di zaman persekolahan.
Saya masih ingat lagi, sewaktu di sekolah rendah saya tidak mempunyai kawan dari etnik
yang lain. Apabila dalam perbincangan kumpulan, saya cenderung kepada etnik yang sama
sahaja. Pada masa itu saya memikirkan etnik yang sama dapat melahirkan persefahaman.
Tetapi berlaku sebaliknya.
Integrasi maknanya ialah perpaduan, bekerjasama atau penyatuan. Dalam era globalisasi ini,
integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan
keadaan yang membolehkan sesuatu perkara itu dapat diintegrasikan. Mengikut pengalaman
saya dalam integrasi ini, saya dapat lihat ketika berurusan dalam hal perniagaan. Sebagai
contoh, saya membaiki kenderaan dibengkel etnik cina. Etnik lain seperti melayu dan india
akan berinteraksi dalam bahasa melayu. Etnik cina dan india juga berbahasa melayu apabila
bertemu dan berbual dalam kehidupan seharian.
Saling kebergantungan bermaksud pelbagai etnik saling memerlukan antara etnik yang lain.
Pengalaman saya tentang saling kebergantungan ialah apabila saya membeli telefon bimbit.
Pengeluar telefon tersebut adalah negara China. Jadinya saya perlu berjumpa dengan etnik
cina kerana mereka fasih berbahasa cina. Maka mudahlah urusan dalam jual beli.

You might also like