You are on page 1of 2

Nama :_____________________________________________ Kelas :_______________

TUGASAN KAJIAN KES


BAB 10 MATEMATIK PENGGUNA : PENGURUSAN KEWANGAN
Email · nurraihan@kusess.edu.my https://www.youtube.com/c/ChekguRaihan

Selesaikan tugasan berikut:

Soalan 1:

Puan Ainal ialah seorang pengurus penerbitan dengan gaji bulanan RM6 000. Dia baru
berkahwin dan ingin membeli perabot dan peralatan elektrik untuk rumahnya daripada
sebuah syarikat. Jumlah harga untuk sofa, almari, katil, peti sejuk, mesin basuh dan
televisyen ialah RM15 000. Puan Ainal ingin membayar 30% daripada jumlah harga
barangan itu secara tunai dan bakinya dibayar secara ansuran bulanan dengan kadar
faedah 1.5% dalam tempoh 1 tahun.

(a) Hitung jumlah ansuran bulanan (betul kepada RM terdekat) yang perlu dibayar
oleh Puan Ainal.
(b) Huraikan kaedah pengurusan kewangan Puan Ainal dalam membayar ansuran
bulanan dalam tempoh masa setahun berdasarkan konsep SMART.
(c) Adakah pengurusan kewangan Puan Ainal untuk jangka masa pendek atau
panjang?
Soalan 2:

Bayangkan ilustrasi di atas menunjukkan matlamat kewangan setiap ahli keluarga


anda. Cuba bantu mereka dengan membina pelan kewangan jangka pendek dan jangka
Panjang berpandukan konsep pendekatan SMART. Anda juga harus mendapatkan
maklumat tentang pendapatan serta perbelanjaan yang wujud dalam keluarga anda.
Pada masa kelak, anda juga boleh bertindak sebagai perunding kewangan untuk
keluarga anda.

You might also like