You are on page 1of 5

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU

MODUL PDPR
PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN 5
MINGGU 16 (17 HINGGA 21 MEI 2021)

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

_____________________ _______________________

(CLARITA JUNE SEBADOGIL (AIROL AZMI BIN ABD GANI)


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU

SASARAN : MURID TAHUN 5


TAJUK : PROJEK SENI MUZIK
OBJEKTIF : 1. MURID DAPAT MEMBUAT PERANCANGAN
PERSEMBAHAN MUZIKAL DAN MELAKSANAKAN
LATIHAN.
TEMPOH PELAKSANAAN : 19 MEI 2021
10.30-11.00 PAGI (30 MINIT)
ARAHAN : 1. MURID DIKEHENDAKI UNTUK MERUJUK NOTA YANG
TELAH GURU KONGSIKAN.
2. MURID PERLU MEMBUAT SATU PERANCANGAN
PERSEMBAHAN KESENIAN DAN MEMBUAT LATIHAN.
3. MURID WAJIB TULIS PERANCANGAN PERSEMBAHAN
DAN LIRIK LAGU PERSEMBAHAN TERSEBUT DI DALAM
BUKU TULIS PENDIDIKAN MUZIK.
4. BUAT RAKAMAN PERSEMBAHAN DAN HANTAR PADA
LINK YANG DIBERIKAN OLEH GURU.
5. LAKSANAKAN LATIHAN PERSEMBAHAN KESENIAN
ANDA DAN BUAT RAKAMAN. RAKAMAN PERLU
DIHANTAR KEPADA CIKGU PADA MINGGU INI.
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU

NOTA
ARAHAN: Bagi tugasan minggu ini, murid dikehendaki untuk merancang satu persembahan
muzikal. Murid boleh rujuk carta di bawah untuk merancang dan mendapatkan
gambaran persembahan yang boleh dilaksanakan.

PROSES PROJEK SENI MUZIK

•Murid memilih jenis persembahan yang ingin dilaksanakan.


•Murid boleh membuat persembahan secara solo atau
Merancang bergabung dengan rakan sekelas (bincang dengan rakan anda
dan pastikan ada jarak sosial).
•Anda boleh pilih lagu yang telah dipelajari daripada buku teks.
•Murid melaksanakan latihan persembahan sehingga
lancar.
•Sediakan props atau bahan yang ingin digunakan
Latihan semasa persembahan muzikal (cth: kostum/alat
muzik)
•Walaubagaimanapun, props seperti kostum tidak
wajib (terpulang dengan murid).

•Pesembahan akan dilaksanakan di kelas


semasa masa Pendidikan Muzik atau
Persembahan secara rakaman.
•Terpulang dengan keadaan semasa
negeri kita.

PERSEMBAHAN NYANYIAN
- Solo
Persembahan Alat Perkusi
- Lagu Pusingan
(Berpasangan/ Kumpulan)
JENIS
PERSEMBAHAN
Persembahan Nyanyian
dengan Pergerakan
Persembahan Rekoder
- Solo
- Berkumpulan
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU

LATIHAN
ARAHAN:
1. Murid dikehendaki untuk tulis perancangan persembahan dan lirik lagu bagi Projek Seni
Muzik dalam buku latihan Pendidikan Muzik.
(Rujuk nota untuk mengetahui apa yang anda perlu tulis)

2. Contohnya: Jenis persembahan, tajuk lagu, bahan (props) yang perlu ada semasa
persembahan dilaksanakan, masa latihan yang diperlukan dan sebagainya.

Perancangan Persembahan Muzik Saya

Lirik Lagu Persembahan Muzik Saya


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU

LANGKAH-LANGKAH MENGHANTAR VIDEO:


1. Murid dikehendaki untuk melaksanakan persembahan kesenian yang telah dirancang.

2. Sekiranya anda telah merancang untuk melakukan persembahan dengan rakan anda,
sila pastikan anda sihat, memakai pelitup muka (mask) dan mempunyai jarak sosial
semasa melakukan persembahan. Anda juga boleh mengubah persembahan kepada
persembahan solo sahaja.

3. Pastikan anda menghafal lagu yang ingin dipersembahkan.

4. Sediakan semua prop ( kostum / perhiasan pentas ). Pastikan pakaian anda sopan dan
sesuai dengan jenis persembahan.

5. Sediakan alatan persembahan seperti alat rakaman, pembesar suara (sekiranya perlu),
alat muzik (sekiranya perlu) dan sebagainya.

6. Laksanakan persembahan dan merakam persembahan.

7. Hantar video hasil persembahan kesenian anda ke link google form yang berikut:

https://forms.gle/SGWPrsf8krrkjdQE7

a. Buka link.
b. Isi nama dan kelas.
c. Tekan butang ‘Add File’.
d. Tekan butang ‘Select files from your device’.
e. Pilih video yang ingin dihantar dan tekan butang ‘Upload’.
f. Akhir sekali tekan butang ‘Submit’.
g. Pastikan anda menulis nama dan kelas pada video anda seperti berikut;

You might also like