You are on page 1of 3

PELAN PENGAJARAN

Mata pelajaran: Modul: Bahasa Muzik Kelas: 1 Minggu: 1


Pendidikan Muzik Topik: Elemen Muzik Bil murid: _____ Tarikh: _____
(Unit 1) Hari: _____
Masa: _____
Nilai Moral:
Standard Hubungan Rentasan Kurikulum:
Kerjasama dan
Pembelajaran: 1.1.1 PJ dan Moral
disiplin

Objektif Kriteria Kejayaan:


Pembelajaran: 1. Menyanyikan lagu “Salam Sejahtera” pada pic yang tepat.
Pada akhir sesi pdpc, 2. Menukarkan perkataan ‘Salam Sejahtera’ dengan perkataan lain
murid-murid akan Contoh: Selamat petang, Selamat pagi, Terima kasih.
dapat menyanyikan 3. Meneroka bunyi disekeliling dengan panduan guru.
lagu “Salam 4. Membezakan bunyi-bunyi pic tinggi dan rendah yang diterokai.
Sejahtera” pada pic
yang tepat sambil
membezakan bunyi
sekeliling sama ada
pic tinggi atau
rendah.

Konsep Utama/Perbendaharaan Kata Sumber:


Utama: Buku Teks Kesenian Muzik Tahun 1
Pic Halaman : ___________

Strategi PdP:_________________ EMK: _______________

KBAT: Menganalisis - Membezakan bunyi pic


PAK-21: Komunikasi - Bersifat Ingin Tahu
yang diterokai

Rangka Pengajaran Impak /Refleksi


Aktiviti Permulaan Pop Corn (Soal jawab) Pengetahuan sedia
(Set Induksi) 1. Guru akan memainkan beberapa jenis bunyi ada
menggunakan alat muzik kibod (bunyi kereta
hon, bunyi kereta api, bunyi jam di dinding,
bunyi harimau mengaum, bunyi kucing meow).

2. Murid-murid diminta membuat pergerakan


kreatif berdasarkan bunyi yang telah
diperdengarkan.

3. Sesi soal jawab berkenaan bunyi-bunyi yang


telah diperdengarkan.
Aktiviti Utama 1. Guru menerangkan OP dan KK KBAT
OP: Objektif pengajaran Membezakan bunyi
KK: Kriteria kejayaan pic yang diterokai

2. Murid-murid dibahagikan kepada 4


kumpulan.
Pembezaan

3. Murid-murid diperdengarkan lagu “Salam


Sejahtera” yang dimainkan oleh guru
menggunakan kibod.

4. Guru membimbing murid membaca lirik lagu


“Salam Sejahtera” baris demi baris.

5. Murid-murid diminta menyanyikan lagu


“Salam Sejahtera” baris demi baris dengan
mengajuk nyanyian guru pada pic yang tepat.

6. Murid-murid menukarkan perkataan “Salam


Sejahtera” dengan perkataan lain seperti
selamat petang, selamat pagi, terima kasih.

7. Murid-murid diminta meneroka bunyi


disekeliling mereka di dalam bilik darjah.

8. Murid-murid diperkenalkan dengan pic


tinggi dan rendah. Guru akan memainkan pic
tinggi dan pic rendah menggunakan alat muzik
kibod. Murid-murid diminta membuat
pergerakan kreatif berdasarkan pic yang
diperdengarkan.

Pic tinggi: Mengangkat kedua-dua tangan


melebihi kepala

Pic rendah: Meletakkan kedua-dua tangan di


lutut

9. Murid-murid membezakan bunyi pic yang


diterokai dalam bilik darjah dengan melakukan
pergerakan kreatif.
Aktiviti Penutup Murid-murid membuat persembahan muzikal di Rakan kumpulan lain
hadapan kelas secara berkumpulan. memberi refleksi
kepada kumpulan
(Menyanyikan lagu “Salam Sejahtera” sambil yang membuat
membuat pergerakan kreatif) persembahan

Pentaksiran kendiri

Murid mengisi kad pentaksiran kendiri

Kerja susulan untuk Pemulihan Penguatkuasaan Pengayaan


murid. Penerangan semula Membezakan bunyi pic Menerangkan semula
Membuat ulangkaji dengan lebih teliti yang diterokai tentang aktiviti yang
untuk minggu depan telah dipelajari

Refleksi:
Seramai ……… orang murid telah berjaya menyanyikan lagu “Salam Sejahtera” pada pic yang
tepat sambil membezakan bunyi sekeliling sama ada pic tinggi atau rendah dan ……… orang
murid perlukan bimbingan/pemulihan.

You might also like