You are on page 1of 3

Fisiologi Mata

Fisiologi Penglihatan
Mata merupakan alat deria khas yg memainkan peranan penting bagi membolehkan kita
melihat objek2 yg terdapat disekeliling kita. Proses melihat objek2 sekeliling ini
dinamakan penglihatan di mana ia terbahagi kepada 5 fasa iaitu

1) refraksi cahaya2 yg masuk ke dalam mata


Gelombang cahaya yg bergerak dalam keadaan selari antara satu sama lain. Bila ia
melalui medium yg mempunyai densiti yg berbeza ia akan membengkok yg mana
dinamakan sbg refraksi. Berdasarkan kpd konsep yg sama, cahaya yg masuk ke dlm mata
perlu direfrakkan terlebih dahulu supaya ia dapat difokuskan kpd retina bagi
membolehkan sesuatu objek itu dpt dilihat dgn jelas. Titik tempat cahaya difokuskan ini
dinamakan titik fokus.

Bila cahaya masuk ke dalam mata sebelum sampai ke retina ia perlu melalui
1) kornea yg merupakan struktur jernih yg tidak boleh berubah suai
2) aqueous humour yg berada di bahgian posterior kanta mata dan iris
3) kanta mata yg boleh berubah suai mengikut keadaan
4) vitreous humour dalam chamber vitreous yg berada dibelakang kanta mata

semasa melalui struktu2 berikut, proses refraksi hany berlaku di kornea, bhgn anterior,
posterior kanta mata. Mata yg normal boleh memfokuskan objek pd jarak lebih dr 6 m
tepat pd retina. Bila cahaya selari dpt difokuskan dgn tepat ke retina, seseorang itu akan
dpt melihat dgn lebih baik dan jelas. Keadaan ini dinamakan emmetropia.

Rabun jauh atau miopia berlaku bila pancaran cahaya difokuskan sebelum sampai ke
retina manakala rabun dekat (hipermetropia) pula berlaku bila titik difokuskan di
belakang luar dari retina dan menjadikan objek yg dekat akan jadi kabur.

Kedua2 keadaan ini boleh dibaiki dgn menggunakan cermin mata atau kanta lekap
mengikut kesesuaian yg boleh mengubah sudut refraksi pergerakan cahaya dalam mata
yg tidak tepat

Astigmatisma adalah keadaan dimana lekuk di permukaan kornea atau kanta mata tidak
sekata. Ini mengakibatkan titik fokus cahaya tidak jatuh tepat pada retina. Ia boleh
diperbaiki dgn menggunakan kanta2 kaca yg tidak mempunyai kuasa melengkokkan
cahay yg lebih kuat dlm 1 aksis

2) Akomodasi kanta bagi memfokuskan imej ke retina


Akomodasi adalah proses di mana kanta mata berubah suai mengikut keadaan bagi
membolehkan titik fokus jatuh tepat pada retina. Bagi melihat objek dekat otot2
involuntari siliari akan mengecut dan akan menarik badan siliari ke depan dan ke dalam.
Ini akan mengurangkan ketegangan pada ligamen suspensori yg lekat pada kapsul kanta.
Bila ketegangan suspensori berkurangan, kanta mata yg elastik akan menebal dan
membulat. Dgn kanta yg tebal dan bulat, objek dekat dapat difokuskan dgn tepat di retina
bagi penglihatan yg lebih jelas.

Bagi melihat objek jauh pula, otot luar involuntari siliari akan relaks menjadikan
ketegangan pada ligamen suspensori akan meningkat. Ini akan menarik kanta menjadi
lebih nipis dan rata. Bila kanta berada dalam keadaan menipis dan rata, objek yg jauh dpt
difokuskan tepat pada retina. Mata boleh direhatkan selepas membuat kerja2 yg perlu
melihat objek yg dekat spt membaca dan menulis dgn melihat objek2 yg jauh dan melihat
pokok2 kerana pada ketika ini otot2 siliari berada dalam keadaan relaks. Penuaan akan
menyebabkankanta mata menjadi semakin keras dan hilang elastisinya dan seterusnya
tidak boleh memfokus kpd objek dekat. Keadaan ini dinamakan presbiopia (rabun tua)

3) Konvergens Imej2 yg dilihat kedua2 mata


Merupakan kordinasi antara kedua2 belah bola mata bergerak menghala ke dalam bila
melihat sesuatu objek yg dekat bagi membolehkan titik fokusnya jatuh ke atas retina di
kedua2 belah mata pd masa yg sama dan membentuk hanya 1 imej sahaja pada lobus
osipital dan koteks serebral. Proses ini melibatkan kordinasi antara keenam2 pasang otot
ekstraokula mata.

4) Reaksi Fotokemikal yg menukarkan gelombang2 cahaya kepada utusan2 neural


penglihatan bermula bila tenaga2 elektromagnet yg dinamakan photon2 ditukarkan
kepada isyarat neural yg boleh diterima dan dianalisa oleh otak. Photon merupakan
cahaya yg sekecil mungkin. Penafsiran photon2 kpd isyarat2 neural adalah
disempurnakan oleh sel2 reseptor foto yg terdiri dari rod2 dan kon2.

Rod
Setiap mata mengandungi kira2 125 juta rod yg kebanyakkanya terdapat di neuroretina
tetapi tidak terdapat pada fovea dan titik buta. Ia memainkan peranan sepenuhnya dalam
melihat pada waktu malam dan dalam suasana gelap.

Setiap rod pula mengandungi kira2 100 juta molekul pigmen yg sangat sensitif pada
cahaya dinamakan rhodopsin. Pembentukannya memerlukan vitamin A. Fungsi dan
sensivitinya (adaptasi gelap) rod akan meningkat apabila sumber cahaya berkurangan.
Ianya berlaku dalam 2 fasa iaitu

1) fasa pantas dimana berlaku dalam masa beberapa saat selepas seseorang itu berada
dalam keadaan gelap
2) fasa perlahan yg mengambil masa 20 – 30 minit. Ini kerana rhodopsin yg telah
dilunturkan oleh cahaya mengambil masa utk disintesiskan semula.

Cahaya yg terang boleh melunturkan rodopsin dan ini mengakibatkan kadar pigmen yg
sensitif pada cahaya ini akan berkurangan pada rod. Ia juga memberhentikan rod dari
mengalirkan isyarat neural ke otak dan membolehkan kon menghalang fungsi rod. Bila
berkelip mata ini akan menggelapkan bhgn belakang mata dan suasana gelap akan
memulihkan semula rodopsin.
5) Pathway Neural Penglihatan
Semua maklumat yg dikumpul rod2 akan dihantar ke otak melalui akson2 sel2 ganglion.
Akson2 ini membantu pathway yg bermula dari dalam mata dan berakkhir di lobus
osipital di korteks serebral.

You might also like