You are on page 1of 21

UNIT 6 FISIOLOGI SISTEM ALIMENTARI

Fisiologi Sistem Alimentari


Sistem alimentari terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-
bahagian yang membina sistem ini terdiri daripada struktur-struktur berikut:-
a. Mulut
b. Farink atau Tekak
c. Kerongkong
d. Perut
e. Usus Kecil (duodenum)
f. Jejunum
g. Ileum
h. Usus Besar (usus buntu)
i. Kolon Menaik
j. Kolon Melintang
k. Kolon Menurun
l. Kolon Sigmoid
m. Rektum

Selain dari organ-organ yang tersebut diatas, ada lain-lain organ yang membantu dalam proses
penghadaman . Ia dikenali sebagai organ pembantu hadaman yang terdiri daripada :
a. Kilang Air Liur
b. Pankreas
c. Hati dan Pundi Hempedu.

Fisiologi Sistem Alimentari


Tugas sistem alimentari ialah untuk :
a. Inges makanan
b. Kunyahkan makanan
c. Propulsikan makanan melalui sepanjang trak alimentari
d. Mencampurkan makanan semasa dalam perjalanan sepanjang trak alimentari.
e. Menambahkan sekresi pada makanan supaya melicinkan dan melembutkan makanan.
f. Menghadamkan makanan
g. Menyerap air, elektrolit dan nutrien-nutrien dari makanan yang dihadamkan.
h. Menghantar bahan makanan yang diserap melalui sistem sirkulatori ke sel-sel
i. Ekskresikan bahan-bahan makanan yang tidak dapat dihadamkan dari sistem alimentari melalui
anus.

Proses-proses yang melibatkan propulsi, sekresi, dan penyerapan makanan dikawal oleh mekanisma
saraf dan hormonal.

Proses Ingesi.
Proses ingesi ialah perkenalan makanan pepejal atau cecair ke dalam perut. Perjalanan biasa untuk
makanan adalah melalui kaviti mulut.

Proses Pengunyahan.
Pengunyahan ialah satu proses dimana makanan yang di ambil melalui mulut di kunyahkan oleh gigi.
Proses pengunyahan akan menghancurkan zarah-zarah makanan yang bersaiz besar kepada zarah-
zarah kechil secara mekanikal dengan menggunakan gigi. Ini dilakukan supaya memeudahkan enzim-
enzim pencernaan bertindak secara berkesan atas permukaan zarah-zarah makanan kechil itu.

1
Proses Propulsi
 Proses propulsi pada sistem pencernaan ialah pergerakkan makanan dari satu penghujung trak
pencernaan iaitu mulut ke penghujung akhir iaitu anus.
 Setiap satu segmen trak pencernaan dikhususkan untuk menggerak kandungannya dari penghujung
oral ke penghujung anal.
 Deglutisi atau penelanan ialah satu proses pergerkkan dimana makanan dialihkan dari kaviti oral
ke dalam esofagus.

 Peristalsis ialah satu proses pergerakkan makanan yang berlaku sepanjang trak pencernaan.
 Tindakan menelan ini ialah tanggungjawab otot pencerut yang didapati di dinding faring.
 Tindakan peristalsis ialah tanggungjawab otot-otot sirkular dan otot-otot longitudinal.

Proses Pencampuran
Melalui proses pencampuran yang berlaku di sepanjang trak pencernaan, makanan-makanan
dicampurkan dengan sekresi-sekresi pencernaan dimana makanan-makanan itu di hancurkan pada
zarahan-zarahan bersaiz kechil.

Proses Sekresi
 Apabila makanan bergerak sepanjang trak pencernaan, sekresi-sekresi ditambahkan pada
makanan-makanan itu supaya melicinkan, melembutkan dan menghadamkan makanan itu.
 Mukus yang dirembeskan sepanjang trak pencernaan akan melicinkan makanan dan juga dinding
trak pencernaan.
 Air yang terkandung dalam sekresi-sekresi itu akan melembutkan makanan supaya makanan itu
mudah dihadamkan dan diserap.
 Enzim-enzim yang dirembeskan dalam kaviti mulut akan menghancurkan makanan-makanan
kepada zarah-zarah kechil supaya ianya mudah diserap melalui dinding usus.

Proses Penghadaman
 Penghadaman ialah satu proses perubahan yang mengubahkan juzuk-juzuk kimia dan fizik bahan-
bahan makanan itu untuk menyediakannya bagi di serap seperti mengubahkan karbohidrat ke
monosakarida, protin ke asid amino, dan trigliserida kepada asid-asid lemak (fatty acids) dan
gliserol.
 Penghadaman dibahagikan pada penghadaman mekanikal, yang melibatkan proses pengunyahan
dan pencampuran makanan, dan penghadaman kimia, yang dilaksanakan oleh enzim-enzim
pencernaan.

Proses Penyerapan
 Penyerapan adalah proses dimana molekul-molekul makanan di gerakkkan dari trak pencernaan ke
dalam sistem sirkulatori atau ke dalam ruang-ruang ekstrasellular.
 Molekul-molekul makanan biasanya dialihkan dari trak pencernaan melalui difusi, difusi
pemudahan (facilitated diffusion) atau pengangkutan aktif (active transport).

Proses Pengangkutan.
 Pengangkutan adalah proses dimana molekul-molekul yang digerak keluar dari trak pencernaan
melalui penyerapan diedarkan ke seluruh tubuh manusia.
 Pengedaran ini boleh berlaku secara langsung melalui sistem sirkulatori atau secara tidak langsung
dengan mula-mulanya memasuki sistem limfatika dan kemudian melalui sistem sirkulatori.

2
Proses Ekskresi.
 Ekskresi ialah satu proses dimana sisa-sisa disingkirkan dari tubuh badan manusia.
 Semasa proses ini, berlaku terutamanya di usus besar, air dan garam-garam diserapkan dan ini
akan menggubahkan ciri-ciri bahan makanan yang berada dalam trak pencernaan dari kadaan
cecair (liqufied state) ke keadaan separuh pejal (semisolid state).
 Bahan-bahan kumuh yang separuh pejal ini kemudian di singkirkan dari trak pencernaan melalui
proses defekasi (defecation).

Gerakan Peristalsis
 Apabila bahan makanan telah di telan, kuncupan otot-otot di dinding saluran pnghadaman
menolakkannya ke bawah. Gerakan ini di kenali sebagai gerakan peristalsis dan berlaku di seluruh
sistem penghadaman, dari kerongkong ke usus hujung.
 Tindakan ini berlaku secara otomatik dan tidak dapat di kawal.
 Dinding saluran penghadaman dibekalkan dengan otot bebas yang teratur secara bulat dan bujur.
Kuncupan otot-otot ini menyerupai ombak.
 Apabila otot bulat menguncup, otot bujur mengendur dan ini menolakkan gumpalan makanan
(bolus of food) ke arah hujung usus.
 Gerakan peristalsis juga berlaku di struktur-struktur lain seperti :
 Salur hempedu di mana gerakan peristalsis menolak bendalir hempedu dari hati dan pundi-
pundi hempedu ke arah dudinum.

Fungsi Organ-Organ Pencernaan


Organ Fungsi Rembesan
Kaviti Oral
 Gigi Pengunyahan dimana makanan Tiada
dipotong dan diasahkan.
 Bibir & Pipi Memanipulasi dan memegang makanan Air liur
diantara gigi-gigi.
 Lidah Memanipulasi & memegang makanan Mukus
diantara gigi ; deria rasa dan menolong Cecair serous
membersihkan gigi.

Kelinjar Salivari Merembeskan air liur Air liur serous


Air liur mukus Enzim amilase
Farink Deglutinasi iaitu prgerakkan makanan
dari kaviti oral ke esofagus. Mukus

Esofagus Pergerakkan makanan dengan peristalsis Mukus


dari farinks ke dalam perut.
Perut Pencampuran makanan secara mekanikal Mukus
Penghadaman enzimatik Asid hidrolik
Penyimpanan makanan dan penyerapan Faktor intrinsik
Regulasikan sekresi dan motiliti Pepsin
Perlindungan dinding perut Gastrin

3
Fungsi Organ-OrganY Pencernaan
Organ Fungsi Rembesan
Kelinjar Aksesori
Hepar - Merembeskan bile kedalam duodinum Bile
- Mengdeaminasi nitrogen dari asid amino
- Menukarkan glukosa ke glikogen
- Mengsaturasi lemak untuk digunakan oleh sel
- Menghasilkan tenaga
- Menghilangkan kesan toksik ubat dan racun
- merembeskan bile
- menyimpan vitamin
- mengsintesis vit. A
Pundi Hempedu Penyimpanan bile Tiada
Penyerapan air dan elektrolit
Pankreas Merembeskan beberapa enzim pencernaan Tripsin
dan ion bikarbonit dalam duodinum. Kimotripsin
Karboksipeptidas
Pankreatikamilas
Pankreatik lipase
Ion bikarbonit
Kolesterol Esterase
Usus Kecil Merembeskan enzim pencernaan Enterokinas
dan penyerapan bahan-bahan pencernaan. Mukus
Regulasi rembesan dan motiliti Amilas
Peptidas
Sukras
Maltas
Iisomaltas
Laktas
Llipase
Sekretin
Kolesistokinin
Usus Besar Penyerapan, penyimpanan bahan-bahan Mukus
makanan dan pergerakkan makanan.

4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

You might also like