You are on page 1of 30

BAB 4 – PEMAKANAN SUKAN

BAB 4 – PEMAKANAN SUKAN


4.1 – Sistem Pencernaan Manusia
4.2 – Pengkelasan Nutrien
4.3 – Piramid Makanan
4.4 – Kepentingan Pemakanan Sukan
4.5 – Pengambilan Makanan dalam Sukan
4.6 – Keperluan Air
4.7 – Penokok Diet dan Prestasi Sukan
4.1
SISTEM
PENCERNAAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti komponen utama sistem pencernaan.
b) Memerihalkan fungsi sistem pencernaan.
c) Memerihalkan pencernaan dan penyerapan makanan di
gaster, usus kecil, dan usus besar.
d) Memerihalkan jangka masa pencernaan karbohidrat, protein,
dan lemak.
SISTEM PENCERNAAN
MANUSIA
Ø Sistem pencernaan (digestive system) adalah sistem organ
yang:
1) menerima makanan, è 2) mencernanya menjadi tenaga dan
nutrien, è 3) serta mengeluarkan sisa proses tersebut
melalui dubur (anus).
Ø Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari
yang Panjang dan berotot dari mulut ke dubur.
Sistem pencernaan makanan dalam tubuh manusia terjadi di
sepanjang saluran pencernaan (gastrointestinal tract) terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu :

• proses penghancuran makanan yang berlaku di dalam mulut


sehingga ke perut melalui saluran pencernaan.
• proses penyerapan makanan yang berlaku di sepanjang usus kecil
dan usus besar.
• proses pengeluaran sisa - sisa makanan melalui anus / dubur.
Komponen Sistem Pencernaan
JENIS PENCERNAAN
Terdapat dua jenis pencernaan iaitu :
- Pencernaan fizikal
- Pencernaan kimia

Pencernaan fizikal ialah pemecahan makanan secara


mekanikal untuk membentuk butiran yang kecil. Ia melibatkan
pengunyahan dan peristalsis.

Pencernaan kimia pula ialah proses penguraian molekul


kompleks menjadi molekul ringkas yang melibatkan tindakan
enzim.
FUNGSI SISTEM PENCERNAAN
- Mengambil makanan
- Memecahkan makanan (pencernaan fizikal dan
(pencernaan kimia)
- Menyerap molekul yang dihadam.
- Menyediakan nutrient.
- Menyingkirkan bahan-bahan perkumuhan
Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan
1. Mulut
• Mulut merupakan organ pencernaan pertama.
Didalamnya terdapat gigi, lidah dan kelenjar pituitari.
• Gigi manusia terdiri daripada gigi kacip, gigi taring dan
gigi geraham kecil dan geraham besar
• Fungsi gigi
• Gigi kacip adalah untuk memotong makanan,
• Gigi taring untuk merobek,
• Gigi geraham untuk mengunyah makanan.
Susunan gigi secara umum dari luar ke dalam meliputi lapisan enamel (sebagai
pelindung lapisan gigi).
Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan
2. Lidah
• Lidah di dalam mulut berfungsi untuk merasa makanan, membantu pengunyahan, serta
menolak makanan yang dikunyah, serta menolak makanan yang telah dikunyah ke
esofagus.
• Deria rasa pada lidah ialah papilla.
• Saliva atau air liur yang mengandungi enzim amilase air liur berfungsi untuk mencerna
makanan serta membantu dalam proses menelan makanan. Makanan akan ke esofagus
melalui ronga faring.
• Faring berupa saluran memanjang di belakang ruang mulut. Pada pangkal faring
terdapat epiglotis, untuk menutup saluran pernafasan (bukaan
trakea) ketika menelan makanan.
KALENJAR AIR LIUR

• Kelenjar air liur terdapat di bawah lidah, di rahang bawah sebelah


kanan dan kiri serta di bawah telinga kanan dan kiri faring

• Enzim amilase air liur


Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan
3. Esofagus
• Esofagus merupakan saluran panjang yang
terdapat di dalam leher, berfungsi untuk
memindahkan makanan dari mulut ke perut.
• Di dalam esofagus, berlaku gerakan peristalsis
yang membolehkan makanan dipindahkan dari
mulut ke perut.
• Peristalsis ialah tindakan pengecutan dan
pengenduran otot licin secara beritma di
sepanjang salur alimentari. (salur makanan)
Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan
4. Perut (Gaster)
• Perut terletak dalam rongga abdomen di sebelah bawah diafragma serta berfungsi sebagai
mekanisme pencernaan dan tempat penyimpanan makanan.
• Permukaan dinding perut dilapisi
oleh tisu epitelium.

• Perut terdiri dari tiga bahagian :


• kardiak (bagian atas)
• fundus (bagian tengah)
• pilorus (bagian akhir).

• Makanan akan berada di perut kira-kira 3 – 4 jam atau sampai 7 jam untuk makanan yang
mengandungi banyak lemak.
• Makanan yang sudah hancur sedikit demi sedikit masuk ke usus kecil.
• Terdapat kelenjar dalam perut yang menghasilkan enzim pencernaan seperti
pepsin dan renin serta asid hidroklorik untuk menghentikan tindakan enzim
amilase air liur untuk membantu pencernaan.

• Makanan dalam perut bercampur dengan jus gaster yang terdiri daripada asid
hidroklorik dan enzim pepsin.
• Makanan digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut selama beberapa
jam.
• Kandungan dalam perut akhirnya bertukar kepada bentuk separa cair yang
disebut (chyme) kim. Kim akan memasuki duodenum dengan perlahan – lahan
apabila otot sfinkter mengendur.
• Pankreas merembeskan enzime amilase pankreas, tripsin dan lipase ke dalam
duodenum melalui duktus pankreas.
• Hati menghasilkan hempedu.
• Pundi hempedu menyimpan hempedu.

• Fungsi Hempedu :
Ø Menuetralkan kim yang berasid.
Ø Menyediakan keadaan beralkali untuk tindakan enzim.
Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan
5. Usus Kecil
• Usus kecil terdiri daripada 3 bahagian, iaitu:-
i. Duodenum – pangkal perut
ii. Jejunum – usus panjang
iii. Ileum – usus penyerap
• Duodenum memiliki panjang sekitar
12inci, yang mempunyai dua salur:
Ø Saluran dari pancreas
Ø Saluran dari kantung hempedu.
• Di dalam duodenum makanan dicerna dengan bantuan enzim pencernaan untuk
menjadikan molekul yang lebih sederhana.
• Dalam duodenum juga akan bermula penyerapan aamino (protein) sehingga di
jejunum (7- 8 meter) dan seterusnya ke ileum.
• Ileum yang Panjang mempunyai ciri penyesuaian untuk menyerap nutiren.
• Dinding ileum adalah berlipat-lipat dan dilitupi unjuran – unjuran halus disebut vilus. Vilus
ini berfungsi untuk memperluas kawasan penyerapan zat – zat makanan.
• Zat – zat makanan yang larut dalam air ( glukosa, asid amino, vitamin B dan C) diserap
melalui epitelium ke kapilari darah dan seterusnya diedarkan ke seluruh sel yang
memerlukan.
• Molekul glukosa diserap secara resapan dengan kepantasan
maksimum sehingga 120 gram sejam.
• Zat – zat makanan yang larut dalam lemak ( asid lemak, gliserol,
vitamin A, D, E dan K larut dalam lipid ) diserap melalui epitelium ke dalam lakteal secara
resapan ringkas.
• Zat makanan yang tidak dapat dicerna seperti zat serat (sellulosa)
dan bahan yang telah diserap zatnya akan menuju ke usus besar.
Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan
6. USUS BESAR (colon)
• Pertemuan antara usus kecil dan usus besar
membentuk umbai @ appendiks.

• Setakat ini belum diketahui fungsi utama appendiks.

• Usus besar memiliki ukuran yang lebih pendek dari pada usus kecil,
tetapi memiliki diameter lebih lebar sampai 3X usus kecil (< 7 cm).

• Penyerapan garam-garam mineral dari sisa makanan serta penyerapan air


(reabsorbsi) dalam jumlah tertentu.

• Di dalam usus besar terdapat banyak mikro-organisme yang membantu


membusukkan sisa makanan.

• Setelah air diserap, Sisa yang tinggal berupa separa pepejal disebut tinja. Colon
terdiri dari colon menaik, colon transcendens (mendatar) dan colon menurun.
• Selepas penyerapan nutrient di ileum selesai, makanan yang tidak tercerna, sel mati,
sel epitilium, serat dan air memasuki usus besar dan bergerak dengan perlahan melalui
tindakan peristalsis. Serat terdiri daripada selulosa dinding sel tumbuhan. Usus besar
menjalakan dua fungsi utama :
Ø Penyerapan air dan vitamin
Ø Pembentukan tinja.
JANGKA MASA PENCERNAAN

Karbohidrat 1 - 2 jam.

1 - 3 jam. Protien Lemak


3 - 5 jam.
JANGKA MASA PENCERNAAN
1. KARBOHIDRAT

• Mengikut teori masa penghadaman karbohidrat adalah 1 - 2 jam.


• Karbohidrat dihadam lebih cepat berbanding dengan protein dan lemak dalam
perut.
• Karbohidrat ringkas lebih cepat dihadam dan ditukar kepada glukosa berbanding
dengan karbohidrat kompleks.
• Pencernaan karbohidrat bermula dari dalam mulut lagi, bersambung di usus kecil
dan selesai apabila polisakarida (kompleks) dipecah menjadi gula tunggal, atau
monosakarida (ringkas), yang boleh diserap oleh badan.
• Binaan / ikatan karbohidrat lebih ringkas berbanding lemak
JANGKA MASA PENCERNAAN
2. PROTEIN

• Mengikut teori masa penghadaman protein adalah 1 - 3 jam.


• Protein memerlukan masa yang lebih lama untuk proses pencernaan dalam
perut berbanding karbohidrat.
• Enzim pepsin akan menghidrolisis (protein + air ) dan menjadi polipeptida.
• Enzim erepsin pula menghidrolisis (peptida + air) menjadi asid amino
JANGKA MASA PENCERNAAN
3. LEMAK

• Mengikut teori masa penghadaman lemak adalah 3 - 5 jam.


• Lemak memerlukan masa yang lebih lama untuk proses pencernaan dalam
perut berbanding karbohidrat dan protein.
• Lipase menghidrolisis (lipid + air) menjadi asid lemak dan gliserol.
• Molekul lemak lebih besar dari karbohidrat dan protein.
• Pencernaan lemak berlaku di usus kecil

You might also like