You are on page 1of 8

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kulit Kulit merupakan organ homeostasis yang penting.

Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Lapisan epidermis Tidak mempunyai saluran darah, bergantung kepada bekalan darah daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel epidermis yang nyata iaitu: Lapisan germinatif (Malphigi) Lapisan granul Lapisan jernih Lapisan terkematu Lapisan germinatif Lapisan yang paling bawah pada epidermis. Sel-sel lapisan germinatif merupakan sel yang aktif membahagi. Hasil pembahagian sel-sel germanitif ini akan tersesar keluar ke arah permukaan di atas lapisan germinatif. Lapisan yang keluar ini merupakan lapisan granul. Lapisan granul Lapisan ini berada di atas lapisan germinatif. Sel-sel lapisan germinatif mempunyai banyak granul. Granul ini terdiri daripada keratin, keratin merupakan bahan keras berprotein. Lapisan jernih Lapisan ini berada di atas lapisan granul. Sel-sel lapisan granul merupakan sel-sel yang sukar diwarnakan. Bentuk sel-sel jernih ini juga, akan semakin pipih apabila menjauhi bekalan darah. Sel-sel ini akan mati apabila bekalan darah tidak diterima atau tidak mencukupi. Lapisan terkematu Lapisan ini berada di atas lapisan jernih. Sel-sel ini merupakan bekas sel-sel jernih iaitu sel-sel tanduk yang pipih dan telah mati akibat tidak menerima bekalan darah. Lapisan ini berfungsi untuk membentuk penutup luar iaitu untuk melindungi kulit. Sel-sel lapisan ini sama seperti kepingan nipis yang

sentiasa digugurkan dan diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam lapisan terkematu.

Lapisan dermis Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah. Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. Terdapat juga otot-otot dan kelenjar tertentu berfungsi untuk kawalaturan homeostasis. Pada dermis juga, terdapat akar rambut. Reseptor Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah: Reseptor sentuhan Reseptor Suhu atau termoreseptor Reseptor tekanan

Kelenjar Antara kelenjar yang terdapat dalam dermis ialah: Kelenjar peluh Kelenjar sebum

Fungsi kulit Antara fungsi kulit ialah: Perlindungan Mencegah dehidrasi Rangsangan luar Menyimpan lemak Sintesis Vitamin D Menghasilkan bau dan penyamaran

Kawalaturan suhu

Perlindungan Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang senantiasa gugur, menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit. Mencegah dehidrasi Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air. Rangsangan luar Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptorreseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya. Menyimpan lemak Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisan ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Lapisan lemak ini juga merupakan penebat haba. Sintesis vitamin D Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor, seterusnya menukarkannya kepada vitamin D. Menghasilkan bau dan penyamaran Bau berguna untuk tujuan pertahanan terutama bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Bau juga bertujuan untuk membeza antara haiwan-haiwan lain. Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan, mampu meniru atau mengikut perubahan warna persekitaran. Kawalaturan suhu Ini adalah proses homeostasis.

http://hanya-tulisan.blogspot.com/2008/03/sistem-penghadamanmanusia.html Sistem Penghadaman Manusia

Sistem penghadaman manusia mengandungi beberapa organ dan kelenjar yang kompleks dalam proses ia menghadamkan makanan. Untuk memastikan makanan yang kita makan bermanfaat pada tubuh kita, tubuh mesti memecahkan makanan-makanan tersebut kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya lebih mudah diproses, di samping untuk memudahkan perkumuhan.

Kebanyakan organ-organ penghadaman (seperti perut dan salur usus) adalah berbentuk salur tiub dan mengandungi makanan sepanjang makanan tersebut memasuki tubuh manusia. Sistem penghadaman manusia adalah sangat panjang, salur-salur tiub yang berselirat ini bermula dari mulut hinggalah ke dubur dan termasuklah beberapa organ lain (seperti hati dan pankreas) yang menghasilkan atau menyimpan enzim-enzim penghadaman.

Proses penghadaman:

1) Bermula di mulut: Proses penghadaman bermula di mulut. Makanan akan dipecahkan hasil dari kunyahan dan interaksi dengan enzim air liur (enzim ini dihasilkan oleh kelenjar air liur yg memecahkan kanji kepada molekulmolekul yang lebih kecil)

2) Dalam perjalanan ke perut, di esophagus : Selepas makanan dikunyah dan ditelan, makanan akan memasuki salur esophagus. Esofagus ialah salur panjang yang menghubungkan mulut dan perut. Salur ini menggerakkan makanan dengan cara peristalsis (seperti mengecut mengembang yang berulang-ulang) untuk membuatkan makanan dari kerongkong bergerak ke perut. Pergerakan peristalsis ini membolehkan kita makan atau minum

walaupun dalam keadaan terbalik (kepala di bawah)

3) Dalam perut : Perut adalah organ berbentuk kantung yang akan memproses makanan sambil di bantu oleh asid yang sangat kuat iaitu asid gastik. Makanan dalam perut yang telah separa-proses dan bercampur dengan asid perut dipanggil chyme.

4) Dalam usus kecil : Selepas perut, makanan memasuki duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Kemudian ia melalui jejunum dan ileum. Dalam usus kecil, hempedu (dihasilkan oleh hati dan disimpan di pundi hempedu), enzim pancreas dan enzim-enzim penghadaman yang lain yang dihasilkan oleh dinding usus kecil untuk membantu penguraian makanan.

5) Dalam usus besar: Seterusnya makanan akan melalui usus besar. Dalam usus besar, air dan elektrolit (bahan kimia seperti sodium) di ekstrak daripada makanan. Terdapat banyak mikrob (bacteria seperti Bacteroides, Lactobacillus acidophilus, Escherichia coli, dan Klebsiella) dalam usus besar yang turut membantu penghadaman. Bahagian awal usus besar dikenali sebagai cecum (yang turut bersambung dengan appendiks). Seterusnya makanan akan melalui kolon (ascending, transverse, ascending dan sigmois).

6) Penamat : Bahan kumuh dan makanan yang tidak dapat diproses kemudiannya akan tersimpan di rectum sehingga ia sedia dikumuhkan melalui dubur.

Glosari: anus (dubur) bahagian terakhir salur penghadaman, untuk menyingkirkan bahan kumuh appendix kantung kecil yang terletak berdekatan cecum (bahagian awal usus besar) ascending colon bahagian usus besar yang menghala ke atas, selepas cecum. bile (hempedu) bahan kimia untuk penghadaman yang dihasilkan hati,

disimpan di pundi hempedu dan digunakan dalam usus kecil. cecum bahagian pertama dalam usus besar, bersambung dengan appendiks. chyme makanan yang telah separa-process dan bercampur dengan asidasid di perut. descending colon bahagian usus besar yang menghala ke bawah, sebelum sigmoid. duodenum bahagian awal usus kecil, bahagian berbentuk C dari perut ke jejunum. epiglottis rawan yang menutup larinks semasa menelan, dan membuka larinks semasa bernafas. esophagus salur panjang menghubungkan mulut dan perut. Mempunyai gerakan otot berirama (peristalsis) untuk membawa makanan dari tekak ke perut. gall bladder (pundit hempedu) kantung kecil berdekatan duodenum. Menyimpan dan melepaskan hempedu ke usus kecil apabila diperlukan. ileum bahagian terakhir usus kecil sebelum usus besar. jejunum bahagian usus kecil yang panjang dan berada di antara duodenum dan ileum. liver (hati) organ besar yang terletak di bahagian atas dan hadapan perut. Ia menapis toksin daripada darah dan menghasilkan hempedu (untuk memecahkan lemak) dan juga protein darah. mouth (mulut) bahagian pertama system penghadaman. Mengunyah dan tindak balas dengan enzim air liur berlaku di sini. pancreas kelenjar yang menghasilkan enzim, terletak di bawah perut dan atas usus kecil. Pancreas menghasilkan enzim amylase (bertindak pada kanji), lipase (bertindak pada lemak) dan trypsin (bertindak pada protein) yang berlaku dalam usus kecil. peristalsis gerakan berirama tanpa-kawal oleh esofagus yang menggerakkan makanan dari tekak ke perut. rectum bahagian terakhir usus besar, yang menyimpan bahan kumuh sebelum disingkirkan. salivary glands (kelenjar airliur) kelenjar yang terletak dalam mulut untuk menghasilkan airliur. Air liur mengandungi enzim yang mampu memecahkan

kanji kepada molekul-molekul yang lebih kecil. sigmoid colon bahagian usus besar, di antara descending colon dan rectum. stomach (perut) - berbentuk kantung, organ berotot ini bersambung dengan esofagus. Makanan yang memasuki perut akan bertindak balas dengan asidasid dan enzim-enzim yang ada dalam perut. transverse colon bahagian usus besar yang melintang di abdomen

http://ashaario-ashaario.blogspot.com/2010/03/sistempenghadamanpencernaan.html Satu proses penghancuran/pengisaran makanan secara fizikal. Diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan yang kompleks menjadi molekul/elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dipecahkan akan dibuang menerusi proses penyingkiran.

Sistem pencernaan manusia terdiri drp satu salur alimentari yang panjangnya 9 meter.

Bahagian2 dalam sistem ini ialah mulut, rongga mulut, farinks, esofagus, perut, usus kecil (duodenum, jejunum dan illeum), usus besar (apendiks, sekum, kolon dan rektum) dan dubur. Usus kecil meliputi 2/3 daripada jumlah keseluruhan saluran alimentari.

FUNGSI SISTEM PENGHADAMAN

1. Mengambil makanan 2. Memecahkan makanan kepada yang lebih kecil. 3. Menyerap molekul yang dihadam 4. Menyediakan nutrien 5. Menyingkirkan bahan-bahan buangan.

Ginjal adalah organ tubuh yang memiliki banyak pembuluh darah dan berbentuk seperti kacang. Di dalam tubuh kita terdapat sepasang ginjal yang memiliki fungsi yang sangat penting antara lain: Sebagai sistem filter dan membuang sampah dari tubuh Menjaga keseimbangan cairan tubuh Memproduksi hormon yang mengatur tekanan darah Memproduksi hormon yang Erythropoietin yang membantu pembuatan sel darah merah Mengaktifkan vitamin D untuk memelihara kesehatan tulang

You might also like